Ahad, 26 Februari 2017

Cerita Untuk Tatapan Puteri Ibu


Assalamualaikum wbt.  kepada sahabat-sahabat semua..

Eizza doakan semoga semua dalam keadaan sihat walafiat sentiasa..  Ameenn..

Mengaji ketika sakit..

Eizza sebenarnya nak sarankan,  kalau ketika anak atau sesiapa sahaja yang sakit.. Sakit ringan ke,  sakit berat ke..  Tolonglah kita yang sihat ni mengaji untuk beliau.

Eizza dulu waktu kecil,  eizza sakit. Sehingga eizza  tak sedar siapa yang datang, siapa yang duduk sebelah kita..

Time Eizza sakit,  selalu mintak mak mengaji..  Sebab bile ade orang mengaji di sebelah..  Rasa sakit itu beransur2 hilang (walaupun still sakit sebenarnya).  Bacaan al Quran ni seolah2 seperti ubat bius.  Rasa tenang dan damai..

Eizza sakit saraf sewaktu eizza masih kecil... Seingat eizza seawal dulu eizza memang tak ingat bagaimana rasanya,  apa yang eizza lalui sepanjang eizza sakit..  Sebab sakit eizza ni sampai dewasa.  Mungkin ingatan eizza agak lemah untuk eizza imbau balik..

Tetapi sekarang,  perlahan-lahan rasa sakit itu terimbau kembali.  Mungkin Allah dah pulihkan sedikit sedikit ingatan eizza. Sebelum eizza lupe balik,  baik eizza tulis dulu.

Waktu eizza jatuh dulu,  eizza jatuh dalam keadaan baring.  Dalam setengah jam juga eizza terbaring di situ.  Eizza cube bangun, gerakkan anggota badan,  tetapi x mampu. Nak jerit pun tak mampu.  Jadi eizza baring je di situ tunggu orang datang.

Lepas tu eizza usaha lagi untuk bangun,   Alhamdulilah eizza mampu duduk.  Rasanya sedikit sengal di pangkal leher..  Dan agak kebas di kepala.  Tapi xmampu nak bangun berdiri lagi..

Dalam waktu eizza duduk,  mak saudara eizza datang.  Time tu usaha eizza untuk berdiri berjaya.  Maka tiada orang tahu eizza pernah jatuh.  Dan sampai di situ sahaja ceritanya.

Selang dalam dua minggu,  waktu itu eizza sedang bermain seorang diri.  Main air banjir.  Kaki eizza tetiba tidak mampu untuk melangkah.  Tapi mampu berdiri.

Terlalu berat.  Sangat berat.  Seolah sesuatu yang maha berat tergantung pada kaki. Eizza menjerit memanggil orang untuk datang tolong.  Tetapi tiada orang datang untuk tolong.

Meraunglah eizza sorang2 di situ.. Bagaimana mungkin seorang anak kecil mampu memberitahu orang yang dia xmampu untuk melangkah.  Sedangkan bahasa pun belum dikuasai sepenuhnya.

Lepas tu abang sulung eizza angkat eizza,  dengan keadaan kaki eizza kekejangan,  tersentap sentap dari atas dukungan sehinggalah eizza lemah terkulai di atas lantai.

Tiada seorang pun tahu ape dan bagaimana ia berlaku. Dan bermula dari situ eizza terus tidak boleh berdiri,  mahupun melangkah.

...

Bersambung


6 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Wkmsalam.
Mengaji untuk orang sakit.
Mudah2an dapat mengurangkan kesakitan yang ditanggung.

saniahibrahim berkata...

Tak sabar akak nak tau cerita seterusnya ezza.

Wak Lat berkata...

salam pagi jumat mkcik tuu., mugo dipermudahkan., aminn

nOe suhaimi berkata...

salam eizza..

tertunggu sambungan seterusnya...

makchaq berkata...

Terima kasih Eizza singgah bloq makchaq.

Macam kata SI makchaq pun nak tau kisah seterusnya..
Semoga dipermudah urusan Eizza sekeluarga..

Unknown berkata...

tertinggal keretapi. tapi dah ada sambungan kan. nak baca sambungan plak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...