Alhamdulillah, kebetulan dapat tempat selesa dan strategik. Pangkin berpokok betul2 depan gigi air.
Kemudian ada seorang pakcik lalu di hadapan kami sambil membawa jala. Beliau pergi ke gigi air, tengok2.. Kemudian beralih arah.. Tengok2 lagi.. Mungkin mencari tempat strategik untuk mencari rezeki.
Kemudian datang lagi dua tiga orang, dengan keadaan yang sama.. Sehinggalah semua sekali dalam lingkungan 8 orang..
Masing-masing bertebaran di lingkungan masing-masing. Tanpa bergaduh, tanpa kenal (mungkin), mereka berkongsi tempat untuk mencari rezeki.
Pakcik yang datang awal tadi, dapat dalam 4 5 ekor ikan sederhana besar (sepanjang tempoh iza bersantai di situ). Yang lain-lain iza tidak nampak sebab lokasi mereka yang agak jauh dari kemampuan jarak penglihatan iza. ๐
Dan yang paling hampir dengan iza ni yang iza paling fokus. Jenuh beliau angkat tebar angkat tebar.. Tapi ikan tetap takde.. Iza tumpang sedih.. Dalam hati berdoa supaya beliau dapat ikan juga.
Kemudian dapat ikan dalam dua ekor, mula-mula iza tengok ikan tu tercampak balik ke air, iza ingat terlepas.. Tapi ikan kedua iza nampak dicampak ke dalam air. Ikan apakah yang pakcik itu cari sebenarnya? Berbeza dengan pakcik yang tadi.. ☺☺☺ Mungkin ikan tu kecil sangat kot.
Kemudian duk ralit tengok orang menjala, tiba-tiba ada seseorang lalu dan menegur. "Takmboh balik lagi ke kak, lama sangat doh duk situ."
Terkejut, rupa-rupanya ade juge orang duk perhati gelagat kita rupanya. ๐๐๐ terus mood nak termenung di situ terkubur.
Tapi sepanjang 2 jam iza duk termenung di situ, ada sesuatu yang iza dapat.
Hidup ini dunia yang sama.. Masing-masing mencari rezeki yang sama. Tetapi tempatnya, Allah dah aturkan berbeza.. Kite cari tempat kite, lingkungan kite.. Fokus kite..
Tak perlu pun bergaduh-gaduh untuk berkongsi rezeki. Cuma masing2 perlu saling memahami, tidak menindas, tiada yang tertindas. Tidak perlu stress kerana Allah dah sediakan cukup untuk kita. ๐๐๐
Apa yang perlu dibuat, jangan berprasangka dengan rezeki orang, jangan berprasangka dengan rezeki kita.
Pakcik tu dapat rezeki ikan banyak, mungkin anak2 pakcik tu ramai duk tunggu ikan di rumah, dan mungkin pakcik ni dapat ikan sikit sebab beliau hanya untuk makan seorang.
Adilkan Allah, adil Dia yang kita tak nampak. Tetapi Dia bagi cukup untuk kita.
Terima kasih Allah.
Azliza Ibrahim
Jubah Abaya Fateema
21 February 2017
6 ulasan:
Tepat sekali apa yg Iza paparkan melalui N3 ini.
Kena percaya qada' dan qadar Allah
Usaha dibuat semampu boleh selebihnya kita tawakkal
Tengok ajelah tebar jala di sungai yg sama
Rezeki tak sama...
Cantiklah pemandangan utk dijadikan tempat bermenung hihi...
Betullah lady Allah tak kan menyusahkan umatNya.Allah itu adil.Akak selalu mengingatkan diri sendiri juga.Cabaran bagi keluarga akak yang anak2 semuanya masih belajar,nampak pada zahirnya memang payah sangat tapi Alhamdulillah rezeki anak2 sentiasa ada.
mmg betul..sentiasa bersyukur dgn rezeki yg Allah kurniakan..
Alangkah bagusnya kalau semua makluk dalam dunia ini berfikir mcm LB ni. Sentiasa bersyukur dengan rezeki yg ada. Allah maha mengetahui setiap hamba hambanya kan LB.
Betul... kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah beri... Apa yang Allah beri, itulah yang kita perlukan sebenarnya... Thanks sharing... Salam kenal... ๐
rezeki masing-masing..kena percaya pada qada dan qadar. sentiasa bersyukur dengan rezeki yang telah diberi ...
Catat Ulasan