Isnin, 30 Januari 2017

Jangan Sampahkan Masa Anak Dengan Gadget

 Assalamualaikum :D

Semoga sihat sejahtera sokmo. Plannya nak update blog dan berblogwalking setiap Jumaat sambil2 bersantai.. tapi plan selalu je lari lari:D

Hari ni lady nak bercerita sal gadget ni. Sebenarnya memang sukar untuk larikan gadget ni dari Fatimah. Sangat2 sukar.. lebih lebih lagi lady dan suami sendiri pengguna tegar handset untuk urusan menjual beli.


Memang selalu 'berperang'  dengan Fatimah jika main henset,  tapi kami tetap kalah.  Kalau tidak diberi handset, kami perlu melayaninya bermain.  Kerana tiada pilihan,  kami dengan terpaksa bagi handset buruk satu kat Fatimah dan ingatkan kat Fatimah "ini handset Abi,  Fatimah pinjam sahaja..   Sekejap sahaja".

Dalam waktu yang sama,  kami dapatkan juga mainan fizikal,  tapi xmampu nak alihkan perhatian Fatimah pada gadget seratus peratus.

Dalam pertengahan tahun lepas,  lady sakit mata.  Fatimah dalam usia 2 tahun lebih.. Tetibe je lady jawab,  mata ibu ni sakit, merah2 sebab ibu main handset. Lady mintak dia tengok mata lady,  ade darah katanya.

Bermula dari itu,  Fatimah jauh dari handset.  Dan mula bermain dengan lego,  pasir magnet (magnetik sand).  Tetapi dalam waktu yang sama lady bukakan laptop jauh dari Fatimah..  Lady buka upin ipin,  nyanyian kanak2 bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Dan Alhamdulilah,  sampai ke hari ini Fatimah tak pegang handset dan dalam waktu yang sama mengikuti perkembangan teknologi secara jarak jauh.

Fatimah banyak aktiviti fizikal,  teman tok ke taman bunga,  main dengan kucing peliharaan, main dengan batu, pasir. Dan dia jauh lebih kreatif dan yang lady perasan ingatan dia jauh lebih baik dari sepupu2 yang sebaya.

Dia tahu sebut dan bezakan warna2 seawal usia kurang dari dua tahun.  Dan penguasaan bahasa dia jauh lebih matang dari usia.  Dia dapat kuasai dua bahasa serentak.  Dan memahami dengan baik dan boleh menggunakan perkataan2 tersebut dalam perbualan harian.

Dan pada usia 4 tahun,  kami hantar Fatimah ke sekolah dengan harapan dia dapat belajar sesuatu yang kami sendiri tak tahu dan tak mampu nak ajar.  Contohnya bahasa Arab,  lady sedikitpun tak pandai nak didik. Dan sekarang alhamdulillah,  Fatimah ajar ibu mengira dalam bahasa Arab.


Dan sekarang,  kami dalam proses nak mendidik Fatimah untuk bersolat.

Setiap kali selepas siap mandi, lady bagi dia berwhudu' dlu. Tak solat pun takpe,  tapi wajib berwhuduk lepas mandi.

Belikan Fatimah telekung solat warna pink, dengan harapan die seronok dan teruja nak bersolat dengan ibu dan abi.  Solat main2 pun xpe dlu dik..

Tetapi yang sedihnya Fatimah solat duduk macam lady.  Dia tidak dapat nak bezakan kenapa abi solat berdiri dan kenapa ibu solat duduk.

Kami tak berkesempatan nak hadiri kelas parenting..  Dan d Terengganu ni agak sukar untuk dapatkan kelas2 berbentuk sebegini.

Semoga dengan usaha kami yang tidak seberapa ni mampu menjaga amanah Allah ini dengan baik.

Sahabat doakan sekali yer..  Mungkin inilah satu2nya zuriat amanah Allah untuk lady. Semoga men
jadi manusia yang mengabdikan diri pada Allah.  Ameenn..

Azliza Ibrahim
Jubah Abaya Fateema

26 ulasan:

SIQAHIQA berkata...

Insyallah. Semoga fatimah membesar menjadi anak yang solehah. Amin :)

Alhamdullilah lady. Memperolehi zuriat anak walaupun sorang itu sangat indah dan hargailah rezeki yang dikurniakan. Siqah masih belum dikurniakan rezeki anak. Masih sabar menghadapinya. Insyallah satu hari nanti :)

LadyBird berkata...

Insya Allah Siqah.. Ameenn..

Lady doakan agar Siqah pun akan dikurniakan anak suatu hari nanti. InsyaAllah.. Ameenn..

saniahibrahim berkata...

InsyaAllah ....Semoga Fatemah menjadi anak solehah kelak.
Pandai Lady mendidik anak...Seimbang kan antara aktiviti fizikal dan teknologi.

LadyBird berkata...

Alhamdulillah, slow2 kak Saniah.. Semoga jadi orang suatu hari nanti. Ameenn.. Tp kdg2 Fatimah banyak peelnye.. Huhu

QasehnyaRania berkata...

assalam kakak
in shaa Allah.aamiin
sama juga dgn saya sebolehnya x nk anak hmguna hp.
buka upin ipin pon dr jauh..
semoga dipermudahkan urusan kita dlm mendidik anak anak.aamiin

LadyBird berkata...

Insya Allah ciksu.. Kita sama2 jaga zuriat kita dengan baik.. Ameenn.. Semiga jd insan yang baik n peneman kita di Syurga. Ameenn

abuikhwan berkata...

Assalamualaikum warahmatullah, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Membalas kembali kunjungan.
Tertarik dengan entry ini. Memang, di antara cabaran terbesar masakini adalah mendidik anak-anak. Banyak yang mencabar di sekeliling kehidupan, maka ia terpulang kepada ibu bapa untuk menanganinya. Gadget dan teknologi tidaklah 100% menyumbang kepada kerosakan, yang penting adalah kawalan. Dan saya melihat penulis melakukan kawalan dengan baik, syabas!. Sudah semestinya panduan agama adalah balsam mujarab dalam mengatur kehidupan. Moga anak ini membesar menjadi anak yang solehah..amiinn

LadyBird berkata...

Waalaikumusalam ustaz.. Terima kasih..

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Ye lah LB..
Kita ni pun pengguna HP juga..
Susah pulak nak elak dari anak utk bermain HP..

Bagus juga idea LB tu..
Takut fatimah mata berdarah ye :)

LadyBird berkata...

Huhu.. Tu lah sis yati.. Kbyknnye dr kite memerlukan handset.. Mmg sukar untuk pisahkan. Tp Alhamdulilah, slow2 dpt alihkan perhatian Fatimah.

adianiez AIDA berkata...

alhamdulillah.
pe yg Lady buat tu is yg terbaik dah.
jauh kan anak dari gajet.
tak baik utk mata!
tak baik utk tumbesaran anak!

LadyBird berkata...

InsyaAllah Aida. Akan diusahakan. Setakat ni Alhamdulillah berjaya.

Nor Azimah Ali berkata...

Salam LB, mmg wajar usaha LB tu, tak sepatutnya ank2 kita ni dixposekan sesangat dgn gagjet. Kita dulu tkde gagjet boleje hidup sejahtera.
In shaa Allah, akk doakan agar fatimah jadi ank yg solehah.

sweetie berkata...

Fatimah kecik lagi, otaknya masih muda dan mudah menerima. InsyaAllah dididik dengan sempurna dia akan membesar menjadi anak yang bijak dan soleha... aminnn!

emarieys berkata...

InsyaALLAh semoga dipermudahkan.. Ya, tak dinafikan memang bahaya anak-anak diberikan gajet ni..akak pun tgh usaha nak stop kan mereka dengan hp.

LadyBird berkata...

InsyaAllah.. kita cuba sama2..

Kakzakie Purvit berkata...

Ada hikmah disebalik kena sakit mata. OK juga kan
Apa yg penting juga sebenarnya pada kakak bagaimana ibu-bapa mengasuh dari kecik. Fatimah dah nampak semakin cerdik. Sebab didik anak ni bukan boleh dan alat yg nampak depan mata juga. Du'a itu juga senjata ampuh kita sebenarnya.

Nadhie Wueen berkata...

Setuju. takleh biasakan budak2 dgn gadjet. even skrg zaman teknologi, tetapi kenalah tunggu masa yang sesuai

Unknown berkata...

kita yang dewasa pun mostly senang tertarik dengan gajet elektronik, apatah lagi budak2 yang sedang membesar yang suka explore.

tapi nampak perkembangan yang bagus fatimah comel tu. pandai ibu dia kata mata sakit sebab main fon. haha. aunty doakan fatimah membesar jadi anak solehah & bijak pandai ya. :)

Sheila Adziz berkata...

InsyaaAllah semoga fatimah menjadi anak yg soleh dan khlaifah Allah... jgn risau sis, serah jer pada Allah, yakin pada Allah, nanti Allah akan ajar kita mendidik anak2 dgn baik.... akak pun tak ade gadget kat rumah, akak sendiri pun tak guna smartphone buat masa ni.... masa anak2 akak dgn gadget memang terbatas....

LadyBird berkata...

Insya Allah sweety. Mudah2an.. 😍😍😍

LadyBird berkata...

Tanpa gadget InsyaAllah hidup lebih berkualiti kan sis Azimah.

LadyBird berkata...

Alhamdulillah, semakin matang. Skrg dah boleh tanya kenapa ibu pakai kerusi roda. Kenapa ibu sakit. 😍😍😍

LadyBird berkata...

Tunggu matang dulu.. Kan Nadhie wueen. 😍

OKje berkata...

Anak ni kan harta kita LB. Selagi mampu didiklah mereka sesempurna mungkin. Comey Fatimah. Untung Fatimah ada ibu yang pandai buat Abaya dan solehah

Nora Karim berkata...

Moga Fatimah menjadi anak yang solehah... Memang perlu menghadkan penggunaan anak2 pada gajet.. Saya sendiri dah lalui kesukaran bila anak sulung di dedahkan dengan PS2 dari usianya satu setengah tahun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...