Assalamualaikum.. 😍😍
Kali ini lady ingin berkongsi resepi Sayur Kulit Buah Sentul/ Buah Stor versi Terengganu.
Sayur yang paling sedap dan segar.. Resepi turun temurun rakyat Terengganu.
Bahan2.
1. Buah Sentul/ buah stor
2. Kacang panjang
3. Petai
4. Ikan selayang yg direbus dan diambil isi
5. Lada hidup/ cili merah
6. Santan
7. Bawang merah dimayang kasar
Langkah2.
1. Buah sentul/ buah stor dikupas kulit.. Direbus dan diperah buang airnya..
2. Kacang panjang dipotong pendek2.
3. Petai diambil isi dalamnya.
4. Semua bahan2 yg ditulis di atas disatukan (kecuali santan) dan dimasukkan ke dalam periuk.
5. Letakkan sedikit air, dan letak di atas dapur dengan api yg perlahan.
6. Bila dah sayur sedikit masak, masukkan santan.. Kacau supaya santan xnaik minyak..
7. Anggaran masak, boleh ltk garam/ perasa.
8. Boleh diangkat dan dihidangkan.
Selepas masak, rupa Sayur Sentul seperti pada gambar di atas. Ade juga orang letak sotong dan sayur rebung. Terpulang pada selera individu, cume benda wajib yg perlu ada adalah isi ikan.
22 ulasan:
SEDAP SGT NAMPAKNYA TU LB
feberet ni...
akt trg org sebut sayur kolok ni...
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir & batin
Love,
Lya Afrina ;-)
nmpk sdp..
slmt hari raya =)
Baru akak tahu masakan kulit buah sentul ni LB..
Tentu sedapkan..
Selamat hari raya LB..
Lama x jumpa buah nu..hihi
sdp tgk tu..slmt hari raya sis.
mcmne ye rasa kulit buah sentul tu yek...
tak penah mkn... kalau kulit rambai penah lak rasa msk lemak hehehe
salam kenal dr akak... tq sudi ke blog akak...
salam aidilfitri...
nampak sedap resepi menu masak lemak kulit buah setul dik ladybird... x pernah merasa lg menu tu... mesti sedap...;)
LB ni org mane, tau plak resepi teganu nih, tapi mmg kat teganu buah setor ni tengah musim, akk balik raya baru ni pun ada org bagi, tapi tak sempat nk masak pun
Harus di coba nih resepnya. Must to be try!
Asslam LB..sorry lama sis JM x singgah sini..masih ingat kah :-)
pernah mkn sekali seamsa g umah kawan di terengganu..SEDAP sgt..bila tgk resipi ni mcm nk try buat tapi mana nk cari buah stor tu..dah berpuluh thn tak mkn..kena g umah LB lah camni ehehe
Wah baru tahu masakan ni tradisi terengganu.sy tak pernah makan.hehe
Dekat sini nak jumpa pokok sentul pun payah....tentu sedap kan bila buat sayur gini.
Buahnya pun tak pernah makan, LB. Inikan pulak kulitnya nak dimasak macam ni. First time saya mendengarnya.
Tak dapat bayangkan buah stor tu macamana....kiranya lauk yg femes di Terengganulah ni yeh
Terima Kasih banyak-banyak tak tahu pula kulitnya boleh dibuat sayur.
Untuk buah tua atau muda atau kedua-duanya boleh ya.
wahhh tampak sedap niiii
buah muda...tua..atau masak..?
SEDAP!
Lebih sedap dari sayur kulit rambai.
Mesti ada petai dan cili mesti lebihkan.
Masak banyak utk 2 haripun takpe...lepas panaskan lagi sedap.
Buah muda @tua...boleh belaka...
Catat Ulasan