Friday, July 1, 2016

Resepi Masak Lemak Kulit Buah Sentul / Kulit Stor - Masakan Tradisi Terengganu

Assalamualaikum..  😍😍

Kali ini lady ingin berkongsi resepi Sayur Kulit Buah Sentul/ Buah Stor versi Terengganu.

Sayur yang paling sedap dan segar..  Resepi turun temurun rakyat Terengganu.


Bahan2.

1. Buah Sentul/ buah stor
2. Kacang panjang
3. Petai
4. Ikan selayang yg direbus dan diambil isi
5. Lada hidup/ cili merah
6. Santan
7. Bawang merah dimayang kasar


Langkah2.

1. Buah sentul/ buah stor dikupas kulit..  Direbus dan diperah buang airnya..

2. Kacang panjang dipotong pendek2.

3. Petai diambil isi dalamnya.

4. Semua bahan2 yg ditulis di atas disatukan (kecuali santan)  dan dimasukkan ke dalam periuk.



5. Letakkan sedikit air,  dan letak di atas dapur dengan api yg perlahan.

6. Bila dah sayur sedikit masak,  masukkan santan..  Kacau supaya santan xnaik minyak..

7. Anggaran masak,  boleh ltk garam/ perasa.

8. Boleh diangkat dan dihidangkan.

Selepas masak,  rupa Sayur Sentul seperti pada gambar di atas.  Ade juga orang letak sotong dan sayur rebung.  Terpulang pada selera individu,  cume benda wajib yg perlu ada adalah isi ikan.



19 comments:

paridah said...

SEDAP SGT NAMPAKNYA TU LB

LYAfrina said...

feberet ni...
akt trg org sebut sayur kolok ni...

LYAfrina said...

selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir & batin

Love,
Lya Afrina ;-)

nuyui a.k.a miss YUI said...

nmpk sdp..

slmt hari raya =)

Norhayati Mohd Isa said...

Baru akak tahu masakan kulit buah sentul ni LB..
Tentu sedapkan..

Selamat hari raya LB..

nini said...

Lama x jumpa buah nu..hihi

nuyui a.k.a miss YUI said...

sdp tgk tu..slmt hari raya sis.

norhidana miswan said...

mcmne ye rasa kulit buah sentul tu yek...
tak penah mkn... kalau kulit rambai penah lak rasa msk lemak hehehe

adarnadzmie said...

salam kenal dr akak... tq sudi ke blog akak...

salam aidilfitri...

nampak sedap resepi menu masak lemak kulit buah setul dik ladybird... x pernah merasa lg menu tu... mesti sedap...;)

Nor Azimah said...

LB ni org mane, tau plak resepi teganu nih, tapi mmg kat teganu buah setor ni tengah musim, akk balik raya baru ni pun ada org bagi, tapi tak sempat nk masak pun

Dzaky Dewan said...

Harus di coba nih resepnya. Must to be try!

Jari Manis said...

Asslam LB..sorry lama sis JM x singgah sini..masih ingat kah :-)

Jari Manis said...

pernah mkn sekali seamsa g umah kawan di terengganu..SEDAP sgt..bila tgk resipi ni mcm nk try buat tapi mana nk cari buah stor tu..dah berpuluh thn tak mkn..kena g umah LB lah camni ehehe

Puan Kutu said...

Wah baru tahu masakan ni tradisi terengganu.sy tak pernah makan.hehe

saniah ibrahim said...

Dekat sini nak jumpa pokok sentul pun payah....tentu sedap kan bila buat sayur gini.

Mummydearie said...

Buahnya pun tak pernah makan, LB. Inikan pulak kulitnya nak dimasak macam ni. First time saya mendengarnya.

hainom OKje said...

Tak dapat bayangkan buah stor tu macamana....kiranya lauk yg femes di Terengganulah ni yeh

TukangKebun said...

Terima Kasih banyak-banyak tak tahu pula kulitnya boleh dibuat sayur.
Untuk buah tua atau muda atau kedua-duanya boleh ya.

dear anies said...

wahhh tampak sedap niiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...