Dugaan dulu belum mampu nak hadam dan maafkan lagi.. dan sering menghantui kehidupan setiap detik.. Datang pulak dugaan lain yang belum tentu di mana pengakhirannya..
Penat hati memujuk diri, menerima semua dugaan sebagai ketentuan hidup yang telah tercatat sejak azali.. tetapi hati ini betul-betul tak larat untuk melalui ujian demi ujian yang datang silih berganti..
Selalu pujuk jiwa.. tenangkan diri.. semat di hati..
Orang
yang kuat adalah orang yang tabah dengan ujian Allah yang dianugerahkan
oleh Allah padanya.. Menangis dan mengadulah pada Allah kerana hanya
Dia yang lebih mengetahui bebanan kita. Janganlah menjadi orang yang
lemah dengan mengadu pada manusia yang tiada daya upaya untuk menolong.
Manusia hanyalah mampu memberi sokongan, bukan memberi kekuatan. Carilah
kekuatan dalam diri sendiri..
Tetapi jauh di sudut naluri ini.. Hanya Allah yang amat mengetahui.. biarlah Dia sahaja yang mengatur segala perjalanan hidup ini..
Namun ku mohon ya Allah.. berikanlah aku sedikit sinar untukku kecapi bahagia walaupun sementara cuma..
Cukuplah sekadar biasan andai itu mampu membuat bibirku tersenyum di dalam duka..
رَبِّي يَسِر وَلَا تُعَسِر
Ya Tuhanku, permudahkan aku dan jangan Kau susahkan aku
21 ulasan:
mate die mcm popye =P
Aminn..semuga Allah membantu awk :)
amin juga untuk lady, setiap dari kita ada ujian dan dugaan yang mungkin berlainan ditentukan
dia menentukan segala..mohon diberi kekuatan
cute pic tu.....
LB,
IM pernah malah selalu menerima dugaan yang bertimpa-timpa. Malah pernah terasa nak terjun jambatan Pulau Pinang. Namun, pesan mak IM selalu bermain di fikiran IM;
'Laluilah hidup ini satu demi satu dengan sabar. InsyaAllah, Tuhan akan bersama dengan kita yang sbar. Tuhan nak lihat hambanya yang sabar.'
Kalau baca entri IM, SYURGA ITU MAHAL HARGANYA!
ameen kak... semoga allah memudah kan segala urusan kak :)
Assalamualaikum...
Biarpun payah namun kesungguhan itu bekal yang baik untuk terus bangun dan berjalan..
singgah follow sini
jom follow ai pulak
^_"
lebih baik mengadu pada tuhan kan lady... daripada mengadu kepada manusia yang bermacam sifat unik...
Dugaan yang datang usah dikesali kerana bersamanya akan ada hikmah dan kebaikan yang tidak ternilai..
usaha sehabis baik , menangkan dugaan yang datang , dan tawakkal . INsyaAllah .
=)
Amin.. semoga terus tabah dan dipermudahkan segala urusan. =)
insyaallah..mudah2an..
Setiap dugaan itu ada hikmahnya
hati sndiri, mmg kite sndiri yang kene pujuk.. :)
sabar k lady..
harap2 kite terus kuat..
Sabar dan tabah itu nilainya memang terletak dalam ujian. Tanpa ujian tiadalah ertinya lagi...
Kita semua sentiasa diduga...
semoga terus tabah cam budak tu...kuat betul semangat dia...
hahaha...atok ingat lagi masa kena enject dolu2....nurse suruh lembutkan badan, tapoi atok tetap keraskan...hihihi
begitulah kehidupan..ada kalanyer indah, ada kalanyer mendung..semoga tabah mengharungi setiap dugaan..
Tuhan sentiasa mendengarnya,LB.
sabor je kak =)
hantu bro m
Ya Allah, mengapa wanita sering menangis?
Jawabnya:
Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
AKu kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKu lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKu kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKu teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
AKu berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
AKu kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKu berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
“WANITA itu ISTIMEWA”
Catat Ulasan