Friday, September 23, 2011

Ungkapan.. Janji..

Assalamualaikum semua :)..
Didoakan semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dalam rahmat Allah.. Insya-Allah..
Kali ini, lady nak kongsikan beberapa situasi yang lady lalui sendiri dengan orang-orang di sekeliling lady.. Situasi tersebut ada kena mengena dengan tajuk entry ini yakni Ungkapan (kata-kata), dan Janji.

Situasi Pertama :

Pada suatu hari, lady bersama kawan dalam perjalanan ke suatu majlis penting anjuran persatuan kami.. Majlis bermula selepas Maghrib.. tetapi kami baru memulakan perjalanan disebabkan masalah tertentu.

Jalan pula agak sesak dengan kenderaan yg berpusu-pusu.. Jam pada masa itu lebih kurang 7.45 malam.. Kawan lady tu pula merupakan presiden kepada persatuan tersebut.. maka beliau amat diperlukan dalam majlis tersebut.

Dalam kekalutan memotong-motong kenderaan yang bertali arus.. kejap ke kiri kejap ke kanan.. kami semua kat dalam kereta tu dah siap mengucap dah... tetiba kami dapat panggilan daripada setiausaha persatuan.. beliau bertanyakan di mana kami berada sekarang..

Dengan spontan mr presiden menyebut suatu tempat yang sangat2 hampir dengan tempat yg kami tuju.. sedangkan kami bertolak hanyalah beberapa minit.. sedangkan jarak masa perjalanan adalah selama lebih kurang 45 minit.

Situasi kedua :

Lady menjemput sahabat lady ke rumah, memang selama ini lady sudah masak dengan perangainya.. beliau amat sukar untuk menepati waktu.. kadang-kadang berjam-jam lady tunggu andai membuat temujanji dengannya..

Tetapi sekarang lady belajar untuk memahami beliau yang tidak menepati waktu.. sebab lady dah muak tuk bertekak.. kerana tidak mendatangkan kesan apa2 padanya.. dan tidak pernah mahu berubah walaupun berguni-guni nasihat dicurahkan..

Sewaktu beliau berada di rumah lady di Durian Mas.. beliau telah dihubungi oleh sahabatnya melalui telefon. Sewaktu beliau menyambut panggilan telefon, beliau memaklumkan kepada sahabat beliau yang beliau sekarang berada di Gong Badak..

Situasi ketiga :

Lady menunggu seseorang di office lady atas urusan penting.. waktu tu lebih kurang jam 12.30 tengahari.. lagi 30 minit waktu makan tengahari. Sepatutnya kawan lady sampai jam 12.30.. maka lady pun menghubungi beliau untuk bertanyakan tempat dan beliau memaklumkan bahawa dalam perjalanan dan akan sampai dalam waktu 5 minit lagi.

Lady menarik nafas lega memandangkan jam 1.00 ptg, lady perlu keluar untuk makan dan solat.. Tetapi.. setelah jam 1.30 petang.. kelibat beliau pun tidak kelihatan.. perut lady dah mula berkeroncong..

Tetapi lady tabahkan hati menunggu sehinggalah lady masuk office balik tanpa makan dan minum. Jam 3.00 petang.. beliau baru muncul dengan muka tidak bersalah..

Kesimpulan :

Sebenarnya dalam ketiga-tiga situasi itu.. semua melibatkan ungkapan kata-kata berupa JANJI.. Manusia perlu berpegang pada janji.. Seseorang yang tidak menepati janji dan berbohong merupakan salah satu ciri-ciri munafiq.. Nauzubillah..

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya :
"Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah)". [Riwayat Ahmad]
Beringatlah wahai sahabat.. janganlah sesekali memungkiri janji dan menipu walaupun melibatkan hal-hal yang kecil..

Jangan kerana kesilapan kita menyebabkan sahabat kita terpaksa berkorban masa menunggu sedangkan mereka boleh mengisi kekosongan waktu dengan perbuat sesuatu yang lain.

Janganlah kerana kita tidak berani berkata benar.. situasi yang mudah boleh menjadi rumit.. kita tidak mengetahui situasi orang lain.. jadi belajarlah untuk memahami..

Belajarlah untuk meletakkan diri di tempat orang lain.. janganlah menjadi manusia yang pentingkan diri sendiri.. 

"Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Sentiasa Dalam Kerugian, Kecuali Mereka Yang Beriman dan Beramal Soleh Serta Berpesan-Pesan Dengan Kebenaran dan Kesabaran." 
[Surah al-Asry]

13 comments:

maiyah said...

assalam..

mmg mrh kalo brjnji x tepati, harap2 sy x le jd begini insyaAllah.. ;)

Ungu Violet said...

jangan memberikan janji2 palsu..tak bek taw...huhu

Naluri Ini said...

Inilah yang dinamakan janji melayu.. hahha.. Bukan janjai yang sebenar2 janji.. hanya omong kosong ungkapan dari bibir.. Fenomena normal yang sememangnya menjadi tabiat di kalangan orang melayu khususnya :)

Acik Erna said...

assalam lady..memang selalu terjadi macam tu..kata on the way..tapi gerak pun belum agaknya..acik cukup tak suka macam tu..tu yang kadang2 ada yang kena tinggal tu..

S..U..D..@..I..S said...

memang marah kalu janji sllu dtg lewat

IMANSHAH said...

tak suka org yg tak tepati janji

wahida said...

paling benci dgn org yg tak punctual...huh!!

salam kenal..terus follow sini..

al-lavendari said...

sangat bagus entri ini .. satu peringatan kepada mereka yang suka berjanji dan susah untuk menepati.

tetapi kalau benar2 terlupa setelah pelbagai cara dibuat untuk mengingatkan diri .. rasanya boleh dimaafkan kot !

terima kasih kerana sudi ziarah blog saya.

nur said...

Sokong al lavendari..
Terima kasih lady mengingatkan kita semua..
Jangan jadikan ia satu habit untuk 'berbohong'..
Jujur lah dlm semua hal...

Nizam Ijam said...

aku janji.... padamu.... hehee...
tiba2 lak nak nyanyi :D

eiela said...

saya geram jugak nih orang tak tepati janji. kalau berjanji, mata tuh dok tengok jam je.

tiefazatie said...

sabo je la..tp kalu balik2 kena..sakit hati jg kan..

A retarded kitty said...

penat jadi penunggu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...