Sunday, September 25, 2011

Hudud Bagi Bukan Islam [Ustaz Azhar Idrus]

Sekarang ramai individu yang membahaskan isu hukum Allah.. iaitu hukum Hudud. 

Yakni undang-undang Islam yang telah ditetapkan untuk melindungi dan menghukum kesalahan yang dilakukan oleh makhluk ciptaan-Nya yang masing-masing dicipta dengan kelemahan dan kelebihan yang tersendiri sesuai dengan perjalanan kehidupan yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Subhanallah.. begitu luasnya Pengetahuan-Nya, dan setiap perjalanan kehidupan kita hatta setiap titisan peluh kita ke bumi di bawah Kekuasaan-Nya.

Di sini, Lady rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang mungkin berguna bagi yang masih was-was berkaitan perlaksanaan hukum Allah tersebut.

Masih ramai di kalangan kita yang masih belum yakin dengan al-Quran dan hukum yang telah termaktub di dalamnya. Pelbagai persoalan timbul di benak masing-masing jika hukum Hudud diperdebatkan.

Ada yang takut, dan tidak kurang juga yang sangat-sangat bersetuju jika undang-undang berlandaskan al-Quran dan hadis tersebut terlaksana di bumi Malaysia ini.

Masing-masing mempunyai alasan tersendiri berdasarkan kefahaman masing-masing. Alhamdulillah.. Hebatnya Allah menciptakan manusia dengan akal fikiran, dan masing-masing diberi kebebasan untuk berfikir dan mengutarakan pendapat. 

Tetapi, sebebas manapun kita diberi hak untuk mengeluarkan pendapat.. Allah telah memberi garis panduannya.. dan jangan sesekali biarkan ia terpesong daripada landasannya..

Di sini lady ingin kongsikan video daripada You Tube.. olahan daripada Ustaz Azhar Idrus berkaitan isu HUDUD ini.. dan di bawah video ini lady tuliskan intipati daripada ceramah beliau. 


Soalan :  Jika hukum Hudud dilaksanakan di negara ini adakah semua akan menjalani hukuman berlandaskan hukum Allah termasuk orang kafir atau hukuman terhadap mereka berlandaskan hukuman sivik? 

Olahan daripada Ustaz Azhar Idrus :

Setiap orang yang mengakui dirinya Islam, wajib berazam di dalam hatinya untuk melihat undang-undang Allah terlaksana dalam negara. Kalau tidak berniat begitu, maka berdosa kita pada Allah.

Perjuangan untuk menjalankan hukum Allah, WAJIB menyertai sekurang-kurangnya dengan doa. 

Jangan kita menyebelahi golongan yang memberi halangan dan tentangan kepada undang-undang Islam. Andai kita termasuk di dalamnya.. kita termasuk di dalam golongan orang-orang MUNAFIQ.

Siapa yang halang ISLAM.. siapa yang lawan undang-undang ISLAM.. dia MUNAFIQ.. penghuni Neraka yang paling bawah. Nauzubillah...

Apabila Hudud dilaksanakan, contoh ;

Hukum potong tangan : Pencuri laki-laki dan perempuan yang disabitkan kesalahan dan cukup syarat-syaratnya perlu dipotong tangan keduanya oleh kerajaan (undang-undang).

Tetapi berbeza bagi orang kafir, hukuman terhadap orang kafir adalah tepulang kepada pihak mahkamah yang menetapkan hukuman.

Orang Islam tidak perlu bimbang tentang perlaksanaan hukum tersebut kerana ulamak-ulamak terdahulu telah menyediakan kitab-kitab yang mengandungi enakmen jenayah yang berpandukan hukum Allah jauh lebih banyak daripada kitab undang-undang karangan barat yang terdapat di dalam mahkamah masa kini.

Ketetapan hukuman telah disediakan.. setiap kesalahan ditentukan hukumannya.. istihad mendahului zaman seribu tahun. Allah telah memberi ilham kepada ulamak-ulamak terdahulu di mana kejadian yang belum berlaku mampu difikirkan oleh ulamak-ulamak Islam lampau.

Subhanallah, hebatnya ulamak dahulu. Allah menganugerahkan mereka ilham melangkau zaman.. demi untuk kemudahan kita sekarang..

Contoh : 

Persoalan (Tahun ke-4 Hijrah) : Siapa yang ada dua (2) kepala, yang mana satu perlu diambil whudu'? 

Jawapan : Muka (wajah) yang banyak menghadap kiblat perlu diwhudu'kan.

Sewaktu persoalan dan jawapan ini ditetapkan, tidak wujud lagi manusia berkepala dua pada abad tersebut. Pada tahun 1970-an, lahir manusia berkepala dua yang hidupnya hanya sekitar 30 tahun.

Kita sebagai orang awam tidak perlu bimbang dan gusar terhadap perlaksanaan hukum ini kerana tanggungjawab untuk melaksanakan hukum tersebut bukan kita, tetapi telah dipertanggungjawabkan kepada pemimpin-pemimpin kita. 

Tetapi kita perlulah memberi sokongan, bantuan, dan tenaga supaya tertegaknya Islam di bumi Allah ini.

Perbezaan antara orang Islam dengan orang MUNAFIQ :

Islam : Akan bersungguh-sungguh berusaha supaya Islam tertegak. Samada melalui percakapan, fikiran, pekerjaan dan keseluruhan aspek menjurus kepada hendakkan Islam.

Munafiq : Mereka akan bersungguh-sungguh untuk memastikan hukuman Islam tidak dilaksanakan.

Mari kita sama-sama fikirkan.. kita tergolongan dalam kumpulan yang mana satu.

Walaupun siapa kita, sama ada jahil, jahat, kaki perempuan, tetapi perlu dipastikan.. akidah kita tetap pada Islam. Samada dengan doa, dengan fikiran, dengan duit, atau dengan tenaga.. pastikan walau sedikit.. kita tetap libatkan diri dan jangan sesekali terlibat dalam memberi halangan daripada tertegaknya hukum Allah.

Semoga kita terdiri daripada kalangan orang-orang yang dilindungi. Insya-Allah.

19 comments:

maiyah said...

assalam..

trm ksh dgn perkongsian ini, kita doakan dlm htiagar mngubah pendirian org2 yg sepatutnya melaksanakannya

SoutulMujahid said...

segala hukum islam TERKENA PADA ORANG KAFIR. kerana hukum islam adalah HUKUM NEGARA. maka, yg duduk dalam Daulah Islam wajib dikenakan hukum negara.

bahkan, ada maksud hadis:
“Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam telah pun menghukum rejam dua orang Yahudi. Kedua-dua itu sebelum berzina telah merasai persetubuhan melalui perkahwinan di dalam agamanya” [Muttafaqun 'Alaih]

jelah said...

entry yg brmafaat...
ulamak pewaris nabi2...

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Ya benar apa yang dibicarakan, Allah dah sediakan segala-galanya untuk kita termasuklah undang-undang dan hukum agar keadilan tertegak di kalangan manusia.

Dea Bianglala said...

sebagai orang ISlam yg menghuni salah satu sisi di penjuru bumi ini, saya setuju jika hudud di terapkan sebagai dasar hukum dalam suatu negara terutama untuk kejahatan yang merugikan orang banyak. Tidak perduli kafir/muslim, hukum harus ditetapkan secara equal. Sebab jika hukum hudud hanya dipraktikan untuk muslim dan tdk untuk umat selain muslim, maka nantinya akan muncul aktivitas pindah agama secara besar-besaran. Dengan alasan ketidak adilan negara dalam menghukum terpidana. Tidak masuk akal bukan jika 2 orang berbeda agama menjadi pencuri, yg muslim dihukum potong tangan, sedangkan yg kafir hanya masuk jail??

Hukum adalah dasar dalam menegakan suatu negara untuk menciptakan rasa aman, tentram dan damai dalam hati rakyatnya. Karena itu hukum harus di terapkan secara equal terhadap penduduk suatu negara tanpa ada diskriminasi. Trutama untuk kejahatan yg bersifat merugikan banyak orang...

Smg opini saya dalam men-komentari entry diatas tidak dianggap berlebihan.. karena ini hanta merupakan opini pribadi sebagai muslim yang hidup dalam suatu negara dengan berbagai umat.

salam.... happy blogging.. :)

BlogS of Hariyanto said...

artikel yang menarik, semoga Islam semakin berjaya di dunia dan di jiwa para pemeluknya :)

tiefazatie said...

salam..
n3 yg menarik..
tq 4 sharing..

Mario said...

tula pasal...knp dorg takut ek...

HEROICzero said...

good one . plus , hudud adalah untuk mendidik , bukan untuk menghukum secara total .

sebelum mahu apply hudud , berhenti berpolitik tentang isu ini . semua pihak , kerajaan , pembangkang , majlis agama or ulama , sama2 duduk semeja , bincang kaedah terbaik . sama ada mahu apply pada semua atau kekalkan sivil pada bukan islam . sama2 cari pendekatan terbaik.

then , sebelum apply , cuba explain dengan cara paling hikmah pada rakyat . agar semua faham . bukan bila setuju , terus apply . akan ada rasa tertindas , WALAUPUN hukum Allah itu Maha Adil . penerimaan konsep itu berbeda . perlu ada penjelasan , perlu ada pencerahan .


=)

Ungu Violet said...

Siapalah kita untuk mempertikaikan hukum Allah...

♥Aien Najwa♥ said...

assalamualaikum..

terime kasih kak di atas perkongsian ini..kite sebagai umat islam tidak boley mempertikai hukum Allah..

apik pehe said...

hehehe..mekasih kak..

Solihin Zubir said...

sgt kesal bila ada juga ulamak yg menentang hukum Islam drp terlaksana di Malaysia ni..

ieja amieja said...

time ksh yer sudi singgah kat blog sy..n x lp atas perkongsian ini..salam kenal..

delarocha said...

sgt komplikated

puteraduyong said...

hudud nampak semakin terpiggir...padahal itu kewajipan... tapi.... ustaz azhar memang best... ;)

Anastasyea said...

Hukum Hudud akan nampak mudah bila semua umat islam memahami intipati sebenar makna ISLAM. (",)

www.anastasyea.com

Suhami Ahmad said...

Atok setuju dengan Solihin Zubir, kalau ulamak sendiri yang bangkang???

Anonymous said...

ijma ulama 4 mazhab hudud wajib untuk semua orang, hudud adalah hukum Allah untuk manusia bukan orang islam sahaja dan wajib dijadikan hukum negara.

Mazhab Syafie

Jika seorang yang akil-baligh, mukthar (secara sukarela, tanpa paksaan) Muslim atau kafir yang terikat dengan undang-undang Islam; tanpa mengira samada dianya murtad, zimmi atau muâhid, dengan salah menuduh zina terhadap orang yang muhsan (yang bukan anaknya), hudud akan dikenakan keatasnya. [Muhazzab II: 272]

Pandangan ini sesuai dengan pengarang Nihayah Muhtaj [VII : 435], begitu juga pengarang Mughni Muhtaj [IV : 155] ungkapan dari Muhazzab ini disokong oleh kedua mereka ini.

Abu Syujaj berkata (dipotong tangan pencuri ) dan dikomentar oleh Syarbini, termasuk pencuri Perempuan, meskipun Zimmi ataupun Hamba. [Iqna Syarbini, ms 534]

Mazhab Hambali

Pendirian Mazhab ini dalam kes ini adalah jelas sekali;
Jika zimmi melakukan benda yang dilarang dalam agama mereka seperti zina, mencuri, qazhaf atau bunuh, mereka akan dikenakan had [Al-Mughni X: 199-200]


Ibn Qudamah menambah; Hudud juga dikenakan kepada zimmi walaupun mereka melakukan di luar Negara Islam. Sebagaimana yang dikatakan oleh Syafie, tetapi berbeza dengan Ashabu raâyi (Imam Hanafi), tidak dikenakan hudud kerana meereka duduk dalam negeri yang tidak ada had. [Al-Mughni X:203]

Menurut Al-Kashshaf Qinaâ :
Barangsiapa yang melakukan qazhaf dengan menunjukkan isyarat yang dapat difahami...walaupun dalam luar negara Islam ...dikenakan had 80 kali sebatan.
[Kashshaf al Qina VI: 104]


Mazhab Maliki

Saya bertanya: Jika orang kafir zimmi melakukan pertududuhan (zina) ke atas Muslim, adakah mereka akan dihukum dengan hadd qazaf pada pandangan Imam Malik? Dia menjawab ya, mereka akan disebat 80 sebatan. [Al-Mudawwanah Al-Kubra 2:379]

Imam Quthubi memberi komentar...sama dengan zimmi, jika mereka melakukan qazaf, mereka akan disebat 80 kali dengan hudud, jika mereka mencuri akan dipotong tangan, dan jika mereka membunuh mereka akan dibunuh. [Tafsir Qurthubi: 7:402-403

Mazhab Hanafi

Dikenakan hukuman Hudud (Qazaf) seorang yang merdeka atau hamba; zimmi atau wanita, melakukan Qazaf terhadap orang yang merdeka, baligh dan berakal, dan menjaga diri dari berzina [Hasyiyyah Raddul Mukhtar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...