Tadi lady baca majalah MESTIKA keluaran Sept 2011. Terdapat cerita motivasi.. Kisah antara ulat daun dan sehelai daun.. Kisah itu sesuai sangat untuk pedoman kita bersama.. Makna hidup adalah berkongsi dan memberi..
Ini adalah hasil lady tulis balik tanpa mengedit walaupun sedikit daripada MESTIKA tersebut. Moga-moga mendapat ganjaran pahala kepada empunya idea.. Insya-Allah..
Kelihatan seekor ulat bergoyang-goyang ditiup angin di celah dedaunan hijau.
"Apa khabar daun hijau!" sapa ulat kecil tersebut.
Tersentak daun hijau lantas menoleh ke arah suara yang datang.
"Oh kamu, ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" soal si daun hijau.
"Aku hampir tidak daun untuk dijadikan makananku, bolehkah engkau membantuku wahai sahabat!" tanya si ulat kecil.
"Boleh! Boleh! Datanglah ke mari!" kata daun hijau.
Daun hijau terfikir, jika dia memberikan sedikit daun ini untuk makanan si ulat, dia akan tetap hijau. Hanya akan kelihatan berlubang-lubang.. tetapi tak mengapalah!
Perlahan-lahan si ulat kecil menggerakkan tubuhnya menuju ke daun hijau. Setelah makan dengan kenyang, ulat kecil berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan sebahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat.
Ketika si ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya yang penuh kasih dan pengorbanan itu ada rasa kepuasan mendalam dalam diri daun hijau.
Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana sini, namun dia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi si ulat kecil yang lapar.
Tidak lama kemudian, ketika musim panas datang, daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.
Demikianlah kehidupan kita.. hidup hanya sementara, kemudian kita akan mati. Jadikanlah sifat berkorban sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membahagiakan semasa kita hidup di dunia.
Yang manakah, yang sering kita lakukan, menjadi ulat yang sanggup berkorban apa sahaja?
p/s : Sharing is LOVING..
32 ulasan:
nak jdi daun..membhagiakan org lain..tu lebih bermkna..=)
terima kasih kongsi disini.menarik..
acik dah alam tak beli mestika
suke tgk gambar ulat tu...
*senyum*
kadang masih berkira untuk biar diri dimakan .
chiLleD...!! :
lady pun nk jadi daun.. tp.. xsggplah nk rosakkan diri sendiri mcm tu.. :(
Acik Erna :
terima kasih acik sebab sudi bc :)..
pinjm mastika kawan :) hihi~
wallpaper2free :
comel kan.. ult mmg comel~
HEROICzero :
ladypun gtu.. huhu~
tp zmn skrg ssh kan nk cr org yg brkorban.
unless parents kita sendiri
nice entry..
pengajaran yg sgt berguna nie..
thanx 4 sharing :)
banyak pengajaran nih, biarpun pendek je tapi mendalam.
rasanya x smpai lagi tahap itu lady....
menyayat hati :'(
kesian daun tu...mcm lilin jugak kan...
nice story :D
besarnyee pengorbanan daun hijau..
x mgharapkan balasan pun.. huhu
Lyaa Suriany:
bukan sekadar parents yg susah nak berkorban tuk anak.. anak pun susah nak berkorban tuk parents.. walaupun mereka yg besarkan kite dan bergadai nyawa tuk kiter.. huhu
efa nur :
sm2 berkongsi ilmu~
eiela : :D
S..U..D..@..I..S :
ldy pun same :(
SoutulMujahid :
begitulah Abg kacak huhu
Mario :
lilin x hdp :( xde perasaan~
Zetchi Henry : :D
Ungu Violet :
mcm ksh ibu kan~
nak jadi daun hijau tu gak.. tapi kalau nak berkorban utk org lain tu.. mesti ler perlu kena pada tempatnyer kan.. :)
mulianya daun hijau
memang dah lama tak baca Mestika tu. thanks dear. :-)
nice sharing.. direct & jelas ^^
msing2 ada pro dan kontra.. ^_^
assalammualaikum kak lady.. hehe.. lama tak on9.. ye la kesihatan kurang sikit skang.. hehehe....
itulah, tak salah kita korbankan sedikit harta untuk menolong orang lain... hidup hanya sekejap, lepas itu mati.. eloklah beramal sedikit.. moga2 dengan amal itu, orang lain gembira, kita pon dapat ganjarannya.. :)
nak jadi ulat bulu lah cam ni..heheheheheehehehe
gunalah kehidupan yg kite ada nie untuk melakukan kebaikkan sebayaknye..:)
JOM singgah blog saya nak...Tau x ape tu talian 999? skung nie dah tukar....
Catat Ulasan