Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan.
Bagaimanapun,
seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan
warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.
Walaupun
sukar dipastikan mengapa warna hijau menjadi popular, hijau memang
sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana
hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah. Warna hijau dapat
menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda yang berwarna
merah termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika
pembedahan.
Melihat
warna merah terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak
memundar sensitiviti terhadap variasi warna merah. Alasan lainnya
adalah, terus menerus berfokus pada warna merah akan menyebabkan pakar
bedah kurang memberi tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor. Jika
warna baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memundar dan tidak
akan mengganggu penglihatan doktor.
Dipetik dari estidotmy
Dipetik dari estidotmy
12 ulasan:
betul Lady, bila tengok dr dan baju hijau rasa cool, pengalaman silam
Thank akak
bagus entry ini.. :))
Good info.. Faktor warna sememangnya mempengaruhi akal manusia dalam kehidupan seharian. Warna hijau yang mewakili warna alam sangat sesuai untuk meditasi diri dalam melakukan sesuatu perkara. Secara psikologinya, faktor pemilihan warna yang ceria lebih membantu untuk kita terus fokus dalam apa perkara sekalipun.
a'a baju doktor dalam dewan bedah warna hijau, selungkup pun hijau.
rupanya untuk bagi nampak kontra.
ladybird itu tompok hitam merah...hihihihi..
SUDAIS :
Pengalamn silap?
Sudais pernah jadi doktor ke? atau jadi pesakit yg perlu dibedah?
Naim :
:D Terima kasih naim.. same2 sebarkan ilmu :D
Asas SEO :
Pencerahan yang baik Asas SEO.
Terima kasih :)
Eila :
Menampakkan kontra dan menyegarkan mata..
Qeela :
tu sebab sebagai benteng pertahanan dirilah Qeela.. warna terang tu menunjukkan beracun.. maka haiwan pemangsa xkan makan mereka.. :D
owh..
da lama x baca estidotmy..
hihi..
x terperasan plak pasal kaler baju doktor nk masuk teater room..
nice info.. :)
Miss :
tu estidotmy lama.. yg lady simpan time dulu2 :P skrg dh lama x bace..
Catat Ulasan