Rabu, 23 Februari 2011

Pertandingan Menulis Cerpen Islami

Rasulullah SAW diutus sebagai rahmat kepada sekelian alam. Umat manusia di sepanjang zaman, tanpa dibatasi oleh ras bangsa dan warna kulit telah bangun menukilkan episod-episod tertentu kehidupan Baginda yang sangat mengesankan hati terdalam mereka.


Umat Islam di sepanjang zaman tidak pernah puas menukilkan prosa rasa memuji dan berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW.


Pemuka sejarah di kalangan non-muslim juga tidak lekang daripada menyebut kehebatan Baginda. Napoleon Bonaparte, Gandhi, Montgomery Watt dan berbagai lagi nama yang mewakili bangsa, negara dan profesi masing-masing telah bangun menyatakan kekaguman mereka terhadap ketokohan baginda Rasulullah saw.

Kini telah tiba masanya bagi kita umat Islam, yang telah menikmati anugerah Iman dan Islam hasil jerih payah perjuangan baginda Rasulullah dan para sahabat untuk tampil berkongsi rasa dan cerita dari lubuk hati terdalam umat akhir zaman tentang baginda. Rasulullah SAW.

Semoga inti cinta yang didasari keimanan yang tulus ini dapat dikongsi oleh seramai mungkin umat manusia untuk berupaya melihat dan merasai rahmat cinta kasih yang tumbuh bersama datangnya Nabi Muhammad SAW. Sungguh tiadalah kita terpisah dengan Rasulullah SAW dengan kewafatan baginda. Mengasihi Rasulullah adalah mata rantai untuk kita meraih kasih sayang Allah SWT.

Pelima Media berbesar hati menganjurkan Pertandingan Menulis Cerpen Islami dengan tema "YA RASUL ALLAH, AKU RINDU PADA MU"dan penyertaan dibuka kepada umum dalam usaha menghidupkan kecintaan umat Rasulullah kepada Baginda.

Skop
Skop pengkaryaan adalah bebas.
Kongsikan kisah-kisah anda/teman anda yang pernah dilalui, dirindui dan dihayati.
Contoh : Apakah reaksi dan penyelesaian untuk diri sendiri dan masyarakat Islam ketika Nabi Muhammad dihina melalui lukisan kartun oleh masyarakat barat.

Hadiah
Hadiah Pertama: RM 500.00
Hadiah Kedua: RM 300.00
Hadiah Ketiga: RM 100.00
10 Hadiah Saguhati : RM 50.00 setiap satu.

Syarat-syarat
1. Pertandingan dibuka kepada warganegara Malaysia  kecuali staf Pelima Media Sdn Bhd..
2. Setiap penyertaan adalah hak milik penganjur dan pihak penganjur berhak menyunting, menerbit dan mencetak cerpen.
3. Cerpen hendaklah menerapkan nilai-nilai  dan pengajaran yang berkesan kepada pembaca.
4. Setiap tajuk penyertaan adalah bebas berdasarkan tema tetapi tidak menyentuh unsur-unsur politik dan  unsur-unsur yang boleh menimbulkan spekluasi negatif di kalangan masyarakat majmuk Malaysia amnya.
5. Panjang manuskrip bagi cerpen mestilah tidak kurang daripada 3,000 patah perkataaan.
6. Manuskrip yang dihantar mestilah ditaip di atas kertas A4 sebelah muka dengan jarak langkau satu baris beserta bentuk tulisan Times New Roman bersaiz 12.
7. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu manuskrip namun setiap peserta hanya layak menerima satu hadiah sahaja.
8. Judul cerpen hendaklah ditaip pada kulit naskah.
9. Karya mestilah asli, dan bukan adaptasi daripada mana-mana pihak serta tidak pernah diterbitkan dalam apa jua bentuk sekalipun.
10. Karya akan dinilai berdasarkan kriteria pihak  juri yang dipilih Pelima Media dan keputusan adalah muktamad.
11. Penyertaan yang lengkap hendaklah sampai kepada penganjur sebelum atau pada tarikh tutup penyertaan, iaitu pada 27 March 2011 dan dihantar kepada alamat yang berikut:

Pelima Media Sdn Bhd,
No 3-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4A,
Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Atau emel karya anda ke alamat media@pelima.com.my dan disertakan dengan nama, alamat, nombor telefon dan pekerjaan.
Tarikh tutup : 27 March 2011

Layari www.pelima.com.my/media dan untuk sebarang pertanyaan hubungi Syazwan di talian 016-2099454.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagusnyaaa ade ptndingan cmni..sukeee-.-

LadyBird berkata...

masukla dik :)..
manela tahu leh menang :D

kiwi berkata...

kiwi..x pndai nk tulis cerpen..hihi..lady bird join ke?? ^^

LadyBird berkata...

lady pun x join..
lady letak sini kot2 ade yg berminat..
sebba dulu2 lady tgk ramai yg pandai menulis.. :)

Pendekar Berkuda berkata...

PB nak join boleh tak??

Jom Jalan Sini

LadyBird berkata...

Pendekar :
boleh aja pak pendekar.. :D..
sila2.. moga2 pendekar menang..
:D.. lady doakan :D

KUREKURE COMEL berkata...

alamak..mina ada bakat ke...
malu la pulak...huhuhu...

LadyBird berkata...

Kure2 Comel:
klau mina nak join.. mina tulis dulu..
nanti hantar kat akak..
nanti akak tlg editkan..
tp jgn siapkan last minit tau..
nanti akak x sempat nk edit.

zalizalu berkata...

insyaallah saya masuk.. kalau tak busy saya tulis... hee..
*syarikat baru dapat tender :)

LadyBird berkata...

zalizalu :
moga2 zali menang.. :)..

syarikat baru dpt tender?
akak x paham.. ape yer?

KUREKURE COMEL berkata...

nk cerpen islamic je ek kak...hehehe

MissyNursy ♥ berkata...

kt kolej pun aritu de tbace contest ni..promosi..tp aida xpandai la nk bcerpen2 ni..hehe..

LadyBird berkata...

Kure2 Chomey :

Ye dik..

LadyBird berkata...

Miss Nursy :

oh ye ke.. promosi besar besaran la ni.. smg blogger2 yang berbakat tidak ketinggalan untuk menyertainya :)

Aretikz berkata...

Hok olo, kawe baru tahu.. sudahlah nak join contest kisah klasik kita.. tetiba muncul pula ni.. oh tidak.. nak ikut ke tak? haha,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...