Saturday, February 5, 2011

Pakai Tudung tapi SEKSI

Artikel diambil daripada team agama (iluvislam). Moga boleh menjadi panduan yang berguna kepada kita semua.


Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.Antara pemakaian tudung remaja zaman skarang antaranya:


1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

- Artikel iluvislam.com

p/s : tidak sempat buat artikel sendiri, moga dapat mengambil ilmu dan manfaat daripada artikel ini.
sayang korang semua. :)

9 comments:

Hashira Yusoff said...

nak buat mcm ne kn..bahana fesyen. T__T

sy pun ikut fsyen jgk..tpi xdelah mlampaui btas..asalkan shj mnutup aurat.

terjah! -> shopping maniac!!

nur said...

terima kasih...
Jemput ke:ALL IN ONE

chiLleD...!! said...

hrap artikle ni leh dijadikn panduan dan teldan kepada semua..memg tak dinafikn, memg skrng dh byak yang pakai cmtu..seakan2 mempersendakn agama..na'uzubillah..

LadyBird said...

Hashira Yusoff :

kite mudah sgt terpengaruh dgn mende yg tak baik.. bukan lady ckp kat org, tp lady sendiri.. mudah sgt terikut dengan bende2 yg Allah lrg. rs mcm besi tertarik dengan magnet.

LadyBird said...

Nur :

sama2 kasih :D

LadyBird said...

chiLleD...!! :

insyaAllah.. semoga Allah menjaga kite semua. ameenn..

Muhammad Burn said...

slm. kbtulan tgk smlm... sory komen lari tajuk sket. masa kat kedai makan ad satu family. mak bertudung elok. anak seksi baju ketat tak pakai tudung. mata lelaki normal cam saya ni susah betul nak kawal bila kaum hawa buat free show ni. aduh... mcm mana mak bapak dia bleh biar. mak dia pun pakai mungkin atas faktor usia dan pandangan masyarakat.

entry terbaru: Download Hantu Kak Limah Mediafire

She's retarded said...

nice one!

Putera Helmei said...

LB: agak sibuk sikit la kblakangn ni nk mengomen.. kerja xmnentu.. baru jap td p hospital.. tgk gelagat manusia.. tertarik dgn artikel ni.. ada yg bertudung tp seumpama telanjang juga.. mak aih ada td pakai tudung tp bju ketat sgt. ramai yg memerhati.. hmm.. tepuk dada tanya iman...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...