Selasa, 4 Mac 2025

Baem, Hadiah Ramadhan

 Dari Sungai Ke Segara, Palestin Pasti Merdeka. Ameeennnn


Dalam debar, dalam sabar,

Satu Ramadhan, ibu menanti,

Di wad sepi, hati berzikir,

Doa mengiringi setiap detik berdetik.


Tiga Ramadhan, azan berkumandang,

Langit senja menyambut berbuka,

Dan di saat ibu melepaskan nafas,

Tangisan pertama Baem bergema.


Anakku, engkau hadiah Ramadan,

Lahir di bulan penuh keberkatan,

Semoga hidupmu seindah doa,

Menjadi cahaya, rahmat, bahagia.


Waktu berlalu, kau semakin besar,

Langkah kecil kini semakin jauh,

Namun dalam setiap sujud ibu,

Namamu tetap terukir teguh.


Wahai Baem, ingatlah sayang,

Kau hadir bukan sekadar kebetulan,

Allah atur setiap perjalanan,

Untuk kau membawa kebaikan.


Selamat membesar dalam kasih-Nya,

Jadilah hamba yang penuh taqwa,

Kerana kau, hadiah istimewa,

Yang lahir di bulan Mulia.

🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀

Selamat Hari Lahir Baem yang ke-6. 

Lahir selepas azan Maghrib 3 Ramadhan (masuk ke-4 Ramadhan) 

15 ulasan:

Ujie Othman berkata...

Happy Birthday buat anakanda Lady - Baem 🥳

Manis sungguh hadiah Ramadan Lady.

Cuya berkata...

Selamat Hari Jadi Baem! Moga menjadi anak yang soleh, menyenangkan ibu :D

nona sani berkata...

Whoaaa.. Happyy Birthday Baem! Semoga yang baik baik berlaku dalam kehidupan Baem.. Semoga berjaya dunia akhirat...
Indahnya lahir pada bulan Ramadan..

NA berkata...

Baem lahir pada bulan mulia. Senang hendak ingat harijadi dia.

Puan Hazel berkata...

Sanah helwah Baeem 🎈
Semoga membesar dgn baik, sentiasa dlm lindungan-Nya dan jadi anak yg soleh ye

zana-norzana berkata...

Selamat hari lahir buat anakanda Lady.....

anamizu berkata...

slmt ulangtahun kelahiran baem! moga jd anak soleh utk ibu ayah ya sayang

Mama Zharfan berkata...

sanah helwah Baem, moga jd anak soleh, aamiin

adnil linda berkata...

selamat hari lair Baem..
semoga menjadi anak soleh, pandai betul LB berpuitis..tersusun katanya

mrhanafi.com berkata...

Selamat hari lahir Baem....


Ini jawapan saya untuk soalan Lady

Konten dalam blog boleh hilang jika blog tidak dapat di log in dalam jangka masa yang lama. Bagaimanapun saya sarankan simpan dalam bentuk offline seperti pendrive, cetak atai portable hardisk sebagai back up

aizamia3 berkata...

Selamat Hari Lahir Baem.
Moga rutin harian dipermudahkanNYA.

fanny Nila (dcatqueen.com) berkata...

Selamat ulang tahun Baem 🎉🎉🎉. Semoga Baem tumbuh membesar jadi anak kebanggaan orangtua, berhati lembut dan penyayang 🤗.

dear anies berkata...

happy belated birthday Baem
sama laa kite anak ramadan juga

Mznimnwr berkata...

Happy belated birthday baem! Anugerah ramadan awak ni, semoga menjadi anak yg soleh!

Abd Razak berkata...

Selamat hari ulang tahun kelahiran Baem

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...