Dari Sungai Ke Segara, Palestin Pasti Merdeka. Ameeennnn
Dalam debar, dalam sabar,
Satu Ramadhan, ibu menanti,
Di wad sepi, hati berzikir,
Doa mengiringi setiap detik berdetik.
Tiga Ramadhan, azan berkumandang,
Langit senja menyambut berbuka,
Dan di saat ibu melepaskan nafas,
Tangisan pertama Baem bergema.
Anakku, engkau hadiah Ramadan,
Lahir di bulan penuh keberkatan,
Semoga hidupmu seindah doa,
Menjadi cahaya, rahmat, bahagia.
Waktu berlalu, kau semakin besar,
Langkah kecil kini semakin jauh,
Namun dalam setiap sujud ibu,
Namamu tetap terukir teguh.
Wahai Baem, ingatlah sayang,
Kau hadir bukan sekadar kebetulan,
Allah atur setiap perjalanan,
Untuk kau membawa kebaikan.
Selamat membesar dalam kasih-Nya,
Jadilah hamba yang penuh taqwa,
Kerana kau, hadiah istimewa,
Yang lahir di bulan Mulia.
🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀
Selamat Hari Lahir Baem yang ke-6.
Lahir selepas azan Maghrib 3 Ramadhan (masuk ke-4 Ramadhan)
Happy Birthday buat anakanda Lady - Baem 🥳
BalasPadamManis sungguh hadiah Ramadan Lady.
Selamat Hari Jadi Baem! Moga menjadi anak yang soleh, menyenangkan ibu :D
BalasPadamWhoaaa.. Happyy Birthday Baem! Semoga yang baik baik berlaku dalam kehidupan Baem.. Semoga berjaya dunia akhirat...
BalasPadamIndahnya lahir pada bulan Ramadan..
Baem lahir pada bulan mulia. Senang hendak ingat harijadi dia.
BalasPadamSanah helwah Baeem 🎈
BalasPadamSemoga membesar dgn baik, sentiasa dlm lindungan-Nya dan jadi anak yg soleh ye
Selamat hari lahir buat anakanda Lady.....
BalasPadamslmt ulangtahun kelahiran baem! moga jd anak soleh utk ibu ayah ya sayang
BalasPadamsanah helwah Baem, moga jd anak soleh, aamiin
BalasPadamselamat hari lair Baem..
BalasPadamsemoga menjadi anak soleh, pandai betul LB berpuitis..tersusun katanya
Selamat hari lahir Baem....
BalasPadamIni jawapan saya untuk soalan Lady
Konten dalam blog boleh hilang jika blog tidak dapat di log in dalam jangka masa yang lama. Bagaimanapun saya sarankan simpan dalam bentuk offline seperti pendrive, cetak atai portable hardisk sebagai back up
Selamat Hari Lahir Baem.
BalasPadamMoga rutin harian dipermudahkanNYA.
Selamat ulang tahun Baem 🎉🎉🎉. Semoga Baem tumbuh membesar jadi anak kebanggaan orangtua, berhati lembut dan penyayang 🤗.
BalasPadamhappy belated birthday Baem
BalasPadamsama laa kite anak ramadan juga
Happy belated birthday baem! Anugerah ramadan awak ni, semoga menjadi anak yg soleh!
BalasPadamSelamat hari ulang tahun kelahiran Baem
BalasPadam