Assalamualaikum warga blogger semua.. Selamat Tahun Baru Masihi 2024. Semoga kalian dan kita semua berada di bawah naungan rahmat Allah. Tidak lupa juga doa kita untuk saudara Palestina.. semoga Allah tamatkan pembunuhan ini. Hati sangat sakit dan hiba melihat keadaan mereka.. setiap hari ramai yang syahid. Semoga pembunuh-pembunuh mereka dilencongkan hati ke arah kebaikan. Tentera-tentera mereka tersasar tembakan, dan pemimpin-pemimpin mereka dihancurkan.. Ameeennnn
๐๐๐๐๐๐๐
Pada 29 Dis 2023 - 01 Jan 2024.. kami ditakdirkan berada di Perak dan Kedah.. Bumi tercinta.. ibarat kata setiap tahun 3/4 kali kami akan ke sana.. Kedah negeri tumpuan kami menikmati suasana desa. Hati tertinggal dan terikat di desa sana. Ibarat kata, kami seperti pulang ke kampung halaman jika ke sana. Kami biasa menetap di Awara Chalet, betul-betul berlokasi di tengah-tengah bendang. Alhamdulillah, pemilik dan penduduk setempat seperti telah menerima kami sebagai warga tempatan.
Pernah dulu kami dapat sekotak buah mempelam harum manis. Salah seorang penduduk kampung di situ hantar ke bilik penginapan kami. Syukur sangat-sangat. Telur itik pun diberi secara percuma.. kami rebus dengan water hitter kat chalet. ๐
Sekarang, hampir 87% kawasan padi di Kedah sudah menghijau, dan hanya sebahagian sahaja yang masih belum ditanam dengan padi. Udara segar, pemandangan indah.. seperti hamparan permaidani hijau.. kelihatan sangat lembut melintuk-lintuk apabila ditiup angin. Waktu kami di sini, cuaca panas dan sesuai untuk aktiviti ke bendang.
Sebelah jalan ni ade chalet baru, berkolam... betul-betul tepi jalan kecik dan di tengah-tengah sawah. Tapi cari nombor telefon tiada ditinggalkan.. Chalet ni dalam 500 meter dari Chalet Awara.. (kelihatan seperti chalet tp Acik bagitahu seperti Chalet tp dibuat tempat penginapan kedua pemiliknya)
Waktu pagi kami banyak habiskan masa di sekeliling chalet.. Petang pula kami banyak di tengah bendang.. Parking kereta di luar jalan besar dan masuk kampung dengan 'kereta kecik'. Petang semalam kami dah masuk dengan kereta.. tetapi tiada tempat parking.. laluan hanya muat-muat untuk sebuah kereta.. dan ada sebahagian tempat jalan dilebarkan sedikit supaya kereta dapat berhenti untuk beri laluan bagi kenderaan bertentangan. Ibarat kata, pengguna kenderaan di sini perlu sentiasa bertolak ansur supaya masing-masing dapat lalu dengan selamat dan selesa. tapi ada juga yang suka hon sebab nak cepat.. (jangan cepat terus masuk tali air yang besar macam sungai ni)
Kami keluar selepas waktu Asar.. ramai pakcik-pakcik lalu kawasan ni dan bertegur sapa dengan kami.. dan ada yang ajak kami ke rumah, nak bagi ikan pada kami.. mereka teruja melihat kami anak-beranak jalan-jalan d sini.. lebih-lebih dengan kerusi roda.. menarik minat pakcik makcik untuk bertanya kabar.
Laluan kami.. jalan sampai ke hujung.. pusing ikut jalan sebelah kanan tu.. penat tangan dan jari bawa kerusi roda.. tapi banyak hentiannya.. dari jam 4 petang, jam 7 lebih baru sampai ke kereta balik.. sepanjang perjalanan. Di antara jalan lurus ni ada lorong-lorong ke kanan untuk ke bendang..
Kampung kecil di tengah-tengah sawah.. dihubungi dengan jalan kecil bertanah merah
Burung-burung ni follow mesin ni.. mungkin untuk menangkap ikan kecil.. bila kami menghampiri, mereka berkicauan lari ke tengah sawah menjauhi kami..
Gambar ni diambil waktu petang snagat dah.. mentari dah nak balik.. Kaki perlu dilipat ke belakang untuk menambah berat.. kalau dibiarkan ke bawah, kerusi akan jadi lebih ringan dan lebih sukar untuk bergerak di jalan berlekuk lekuk..
Selamat Tinggal Kedah.. Selamat Tinggal MB Dato Sanusi.. Selamat Tinggal Pokok Padi.. InsyaAllah lain kali kami ke sini lagi.. Pakcik pemilik chalet mintak kami kumpul duit dan beli tanah di sini.. InsyaAllah jika kami ditakdirkan menjadi orang sini suatu hari nanti.
Terima kasih semua warga Kedah.. Kalian memang mesra dan baik..
๐๐๐๐
27 ulasan:
cantiknya view. suka tengok
cantik sangat pemandangan di sana...tenang je bila tengok suasana tu..kami pun teringin nak ke Kedah tapi ntah bila dapat ke sana
alhamdulillah...baik2 penduduk setempat...seronok kan bercampur dengan alam nie..tenang je rase
Tgk gambar pun dh tenang dan mendamaikan.. teringin nak ke bendang.. pengalaman yg sy dan anak2 blom ada.. semoga suatu hari nnt kami berpeluang ke sana
Buat sy kembali rindu akan tanah kelahiran sy, bumi hijau kuning yg sangat damai & mempesona.
Sy doakan hasrat utk beli tanah di sana termakbul, selitkan juga doanya utk saya ☺️
Selamat Tahun Baru kak...
cantiknya kawasan sana.. seronok ya angin sepoi2 bahasa
Subhanallah..cantik sungguh view...bestnya kalau dapat ke sini..mesti tenang jiwa yang serabut kan...eh jiwa ke otak? Ah lantaklah...best untuk healing...
Ini kunjungan pertama ke blog Mbak ini.
Pertama, selamat tahun baru 2024, semoga sukses selalu.
Kedua, tentang posting ini, cantik sekali pemandangan alam pedesaan disana. Masih hijau, masih banyak sawah, saya bayangkan udara disana masih segar, fresh dan jauh dari polusi. Mirip dengan suasana alam pedesaan disini. Dan foto-fotonya keren sekali.
Salam perkenalan dari saya di Sukabumi, west java, INA
Foto cantik2 semua. Ini mesti:
1) Juru foto berjiwa seni
2) Kamera harga kayangan.
Tenangnya rasa tengok pemandangan bendang, hijau luas terbentang.. Last ke bendang masa kecil dulu.
P/S: Naura umur 4 tahun kak. Bulan 5 ni, 5 tahun.
Alhamduillah. Semoga percutian di Kedah memberi akak 1001 satu kenangan. Jika ada kelapangan lagi, marilah kedah lagi. Insha ALlah
Sekarang musim menanam padi, sebab tu padi mennghijau.. :)
Selamat Tahun Baru 2024... Seronok balik ke kampung kedah pulak tu :D
Rebus telur itik pakai water heater.. Harap owner chalet tak tahu hihiii :D
untung dpt sekotak buah org kg bagi.... dapat ikan pakcik tu bgi .. seronok nya ... 2 3 hari duduk situ tgk padi mata blh jdi sihat :D
Cantik pemandangan disana , semoga tuan terus success dan cerita selalu .
Rasa tenang bila baca entri ni. Rindu suasana macam tu, jalan tepi bendang. Dulu masa kecik, time nak pergi mengaji, lalu tengah bendang. Slipper selalu kotor, sebab lecah. Salam kenal ya. Saya singgah balas dan follow. :)
MASYALLAHHHH.
cantiknya bumi allah.
wahhh. travel sampai 2 tahun ye.
2023 dgn 2024.
Salam kenal. saya membalas kunjungan tq sbb sudi drop komen. 1st time ni saya sampai kat blog ni...gmbr kat entry ni semua cantik2...view bendang...nice sgt2...
subhanallah cantiknya view! tenang rasa keliling hijauu bendang.
salam kenal,
Blog Anamizu :)
Sungguh cantik pemandangan di sana,foto"menarik, selamat tahun baru 2024 yaa๐
Subhanallah. Ini lama duduk merenung ciptaan Allah.
Waalaikumsalam kak.
Pemandangan sawahnya cantik cantik, adem lihatnya. Sungguh indah.
Syu suka suasana kampung macam ni. Tenang jer rasa. BTW, salam perkenalan. Singgah BW dari blog kawan2 yg lain.
begitu damai dan mengasyikkan suasana kampung..
semoga suasana begini mampu dikekalkan sapai bila-bila
semua gambar cantik-cantik belaka . pandai shoot . tengok gambar pun dah nampak tenang apatah lagi kalau pergi ke situ lagi tenang . cantik bila padi tengah menghijau ni . relaks jer
tengok suasana sebegini duduk lama2 pun tak terasa masa berlalu kan?
SubhanaAllah.. Cantik pemandangan.. Memang menenangkan..
Cantik sangat gambar-gambar yang diambil.
Selayaknya bagi suami seorang photographer professional.
Catat Ulasan