Sabtu, 27 Januari 2024

Lawatan Kerja Ke Setia Alam [23/01 - 26/01]

Assalamualaikum semua sahabat..

Alkisahnya Ldy up entry lama dalam draf sebab ketidak sempatan update entry baru tetapi tetap nak update 😁Jadi kita korekla yang lama-lama. Sangat lama, wajah Ldy pun nampak masih kebudak budakan waktu tu.. 

Kami sebenarnya bergegas ke Selangor dari Terengganu atas urusan kerja.. Biasanya suami sahaja yang pergi, tetapi kali ini Ldy dan anak-anak perlu turut serta. Rasanya cuti sekolah ni kami perlu cari tempat penginapan sementara di sana. Office kami ada dua, satu di Terengganu dan satu di Setia Alam (HQ), sebab itulah kami berulang alik.. 

Waktu kami on the way ke sana, dari pagi sehingga ke petang meredah hujan yang renyai-renyai dan kadang-kadang lebat juga. Dan ada juga kawasan di sana yang banjir, Terengganu pun banjir. 

Kami tinggal di rumah anak saudara suami yang menetap di sini. Cuaca di perumahan yang kami tinggal pada 4 petang di Setia Alam mendung dan sangat gelap.. Rasanya kalau hujan ni memang lebat lah... 

Tetapi cuaca ni tak lama, lepas tu kembali terang dengan sinaran mentari yang sangat indah.

Ini selepas jam 6 petang. Cantik kan? 

Alhamdulillah tidak banjir.. kalau banjir, terperangkaplah kami di sini. 

Petang Rabu, bawa anak jalan-jalan di Setia Mall.. sementara suami dan kawan-kawan buat kerja. 

Luas sungguh tempat mainannya.. kalau seharian di sini pun takkan bosan untuk anak-anak. Ibu sebagai peneman sahaja yang bosan.. 


Yang 'terbang' tu anak saudara Ldy, Hana Humayra, 6 tahun.. bawa dia sekali teman di adik dan kakak ke Selangor. 

Hana ni sebagai peneutral keadaan.. kalau Si Kakak dan Si Adik sahaja akan sentiasa gaduh.. bila ada sekali sepupu sepupu akan jadi kurang gaduhnya. 

Hari Jumaat kami terus pulang ke Terengganu memandangkan hari Sabtu ada Majlis Graduasi si Adik.

20 ulasan:

Mama Zharfan berkata...

cantik gmbr langit tu...gelap dan cerah

NA berkata...

Bila kejadian in?
Memang cantik sinaran matahari pukul 6 itu.

uncle gedek berkata...

uish... mintak anak saudara buat tutorial cara nak terbang tu... hehehhee

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Kalau org lain mungkin murung nampak langit yg gelap (first pic).. tapi sy pulak sebaliknya. Terus rasa nak buat sup dan menunggu hujan. Semuanya bertukar sedap bila cuaca sebegitu.

nanieydotcom berkata...

Cantik gambar langit petang.. dulu suka ambil gambar langit petang. Sekarang waktu petang terperap dalam rumah je..

Roziah @ Cie berkata...

Biasa la tu anak2 Cie pun sama. Ada masa baik, ada masa bercakaran. Hihi

Amie berkata...

Cantik pemandangan selepas jam 6 petang. Nampak hening.

Ezna Khalili berkata...

Suka gambar langit tu....

Mulan berkata...

Subhanallah cantiknya sunset. Memang suka sangat sunrise sunset ni.

Wak Lat berkata...

cantik je sunset langit keemasan gtu., aminn

Warisan Petani berkata...

Harap2 musim hujan lebat sudah berakhir

AzianKhalil berkata...

cantiknya langit.. dari gelap bertukar cerah

Záty Rose berkata...

the golden hour! so pleasing! lovely moments hereeee ! ♡

Rini Ismail berkata...

cantik gambar langit tu..terasa macam nak hujan lebat je

anamizu berkata...

subhanallah cantik langit mendung gelap & view sunset mcm tu.. nama Hana mmg selalu jadi peneutral keadaan hehehe

nohas berkata...

cantik view langit petang...mentari selepas hujan...

belum pernah sampai Setia Mall..jauh ke dlm mallnya..malas nak singgah..hihi..

Nur berkata...

Jauh juga tu, berulang Terengganu ke Selangor. Seronok tengok anak-anak bermain. :D

mama tisya berkata...

skarang kl ptg2 hujan...dpt view langit ptg tu cantik

fanny_dcatqueen berkata...

Langitnya dari awal gelap, lalu berubah kuning keemasan, cantiiiiiiiiik sangaaaat kak 😍😍😍😍.

Memang lah anak2 pasti begitu. Kalo hanya mereka kakak beradik, begaduh. Tapi kalo ada temennya, biasa baik Budi semua 😄😄.

SalbiahM berkata...

cuaca di KL/Selangor memang begitu. kejap nampak macam nak hujan, tetibe panas. tengah panas terik tetibe hujan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...