Ahad, 14 Januari 2024

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK IBU

Assalamualaikum wbt kepada semua saudara2 blogger yang dikasihi sekalian.. semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera semuanya... doa juga untuk saudara2 kita di Yaman dan Palestin.. yang berjuang berhabis habisan menentang golongan kuffar penjajah. Semoga kemenangan berpihak kepada kita.. Ameeennnn..

Fateemah & Ibraheem

Wahai anak ibu, Ibu dan abi semakin hari semakin tua.. umur pinjaman semakin hari semakin singkat.. kita tak tahu bila dan di mana usia akan diangkat..

Jika dikabulkan Allah, ibu sentiasa berdoa dan berharap untuk tetap dapat menemani dan membesarkan anak2 ibu dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah untuk ibu sehingga anak-anak ibu besar dan tidak memerlukan ibu dan abi lagi sebagai penjaga.

Anak-anak ibu, sehingga ke waktu ini.. ibu dan abi sentiasa berpesan dan mendidik untuk tidak meninggalkan solat dan sentiasa membaca al - Quran.. dan tidak lupa ibu sentiasa menyuruh anak-anak ibu belajar bersungguh-sungguh menjadi orang yang hebat yang Allah telah tetapkan untuk kita. 

Ibu seorang yang berkira dengan anak-anak ibu dalam segala hal.. berkira untuk tidak membelikan barang-barang yang tidak diperlukan.. tetapi ibu tidak pernah berkira-kira untuk membelikan buku-buku untuk anak2 ibu.. bagi ibu, buku adalah jambatan ilmu.. ia tidak boleh digantikan dengan pelbagai cabang ilmu dalam dunia teknologi ini. Ibu juga tidak pernah berkira-kira untuk membelikan barang-barang mainan sesuai dengan usia anak-anak ibu.. berkotak-kotak ibu dan abi belikan mainan untuk adik dan kakak tetapi untuk kakak, sekarang ibu tumpukan pada buku-buku pelajaran. 

Kakak, kakak sudah berusia 11 tahun pada tahun 2024. Tanggungjawab kakak adalah besar sebagai kakak dan sebagai anak sulung ibu dan abi.. Kakak akan jadi pengganti ibu jika berlaku apa-apa pada ibu.. kakak perlu jaga rumah kita, jaga kebersihan sebagaimana ibu didik kakak dan adik.. jaga pakaian.. jaga kesihatan, jaga adik dan jaga abi.. Ibu nak kakak dan adik menjalani kehidupan biasa sebagaimana hidup dengan ibu. Dan jangan lupa doakan ibu di sana andai itu takdirnya.

Kakak, adik... ibu nak kalian belajar bersungguh-sungguh.. belajar ilmu akhirat dan dunia. Usah hirau tentang lain.. tumpukan pada pendidikan.. buat sehabis baik, selagi Allah kurniakan kita otak untuk berfikir selagi itu kita boleh belajar dan belajar sehingga akhir. Berbakti pada yang memerlukan, jangan berkira dengan orang-orang yang bersama kita. Hormatilah gurumu walaupun jika sekiranya gurumu berbuat salah. Tanpa redho guru, ilmu adalah sia-sia..

Setiap apa yang Allah telah tetapkan dan takdirkan untuk kita, buat sehabis baik, jaga sehabis baik sebab ia adalah yang paling baik untuk kita.  Hargai apa yang kita ada dan syukuri apa yang kita tiada, kerana apa yang Allah tidak takdirkan untuk kita adalah tidak sesuai untuk kita. 

Kakak, adik.. kita tidak pernah ditakdirkan 'bodoh'.. tetapi kita bermula dari bodoh kepada pandai.. jadi jangan sedih jika kita rasa bodoh tetapi belajarlah untuk menjadi pandai.. Jangan berhenti untuk belajar. Jangan sesekali putus di tengah jalan, dalam apa jua kita lakukan, biarlah sehingga ke akhir. Kita akan dapat berkadar dengan keyakinan dan usaha kita. 

Kakak, adik.. ilmu adalah segala-galanya dalam hidup.. ilmu Akhirat mahupun ilmu dunia. Belajarlah ilmu akhirat bersungguh-sungguh dan amalkannya kerana tanpanya kita tiada apa-apa di sisiNya.. dan kita tidak akan dialu-alukan di SyurgaNya. Ilmu Akhirat adalah benteng kita antara Syurga dan Neraka.

Kakak, Adik.. Ilmu dunia tidak kurang juga pentingnya.. Ibu dan abi nak kakak dan adik kuasai kedua-duanya.. Fizik, Kimia, Biologi, Matmatik, Seni, Geografi.. semua cabang ilmu... jadilah pakar sebahagian darinya.. Jangan biarkan negara kita, bangsa kita Agama kita dikuasai dan dijajah semula.. hanya dengan ilmu kita akan mampu menjaga dan mentadbir negara kita sebaik-baiknya.

Kakak, adik... kita jangan menunggu untuk ditolong, tetapi sentiasa bersedia untuk menolong. Belajarlah ilmu pertahanan diri kerana dengan ilmu ini kita mampu menjaga diri dan orang sekeliling kita. Jantina bukan faktor untuk kita lemah menunggu rebah.

Kakak, adik.. kalian telah dididik oleh Allah secara langsung dengan kesusahan.. kesulitan dan air mata. Sebab itu kalian ditakdirkan untuk menjadi anak ibu dan abi. 

Dengan kehidupan ini, ibu berharap ia bakal menjadi anak2 ibu seorang yang berempati dan bersimpati dengan semua makhluk di bumi ini. Jangan sesekali berkira-kira dengan tenaga sendiri untuk sentiasa membantu orang. Sama-samalah berjuang untuk menegakkan hak dan menggulingkan kebatilan serta kejahilan. Jangan sombong dengan diri dan jangan biarkan kelemahan menguasai diri.

Akhir kata, jagalah adab, jagalah tuturkata, hormatilah orang yang lebih tua, sayangi orang yang lebih muda. Sebarkan kasih sayang, sebarkan keamanan. Dunia perlukan kita untuk terus berjuang.

Jadilah pejuang Islam yang berilmu, beriman, dan berjati diri. Ingatlah semua pesanan ibu. Jangan menunggu tetapi sentiasa bersedia dan bertindak.


18 ulasan:

uncle gedek berkata...

pesanan yang baik.

Teringat pulak lirik lagu 'Oh! Anak' nyanyian M Nasir

NA berkata...

Harap kakak dan adik dapat baca apa yang Puan sampaikan pada mereka. Mesti merasa terharu.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Tersenyum2 Fateemah dan Ibraheem baca balik blog ibu bila mereka besar nanti.
Moga Allah permudahkan LB dlm membesarkan mereka.

Mama Zharfan berkata...

moga anak2 LB akan membaca dan memanfaatkan pesanan2 ni...aamiin

mama tisya berkata...

smoga ank2 dpt paham pesanan dr ibu tercinta

♥xaturen♥ berkata...

Catatan yang baik dan bermanfaat...!

MRENEYOO berkata...

Terharu baca postingan yang ini, semoga anak" menjadi anak yang Sholeh dan Sholehah...dapat mengangkat derajat kedua orang tuanya..amiin.

Kakmim berkata...

sy pulak yg terharu baca.. semoga dipermudahkan urusan keluarga kita dunia dan akhirat

Titik Asa berkata...

Pesan yang dalam dan penuh makna, Mbak
Semoga anak-anak Mbak dapat mengamalkan segala apa yang disampaikan pada pesan ini.

Semoga bahagia dan sejahtera selalu Mbak bersama keluarga.

Salam,

SalbiahM berkata...

pesanan yang baik. yang dah dewasa macam saya pun boleh ambil pengajaran

Nieyla Nadia berkata...

Pesanan yang baik...
Banyak pengajaran yg boleh kita pelajari..

Carneyz berkata...

Semoga anak2 kita membesar sebagai anak2 yang soleh dan solehah, yang berbakti kepada orang tua... Ameen YRA 🤲🏻

dear anies berkata...

tiada apa yg ibu bapa harapkan daripada anak-anak melainkan kebahagiaan dan kesejahteraan yg berpanjangan
semoga fateemah dan ibraheem mengerti suatu hari nanti, harapan dan doa ini tidak lain tidak bukan, kalian menjadi sebaik-baik insan buat keluarga, agama, bangsa dan negara.
aminnn

Mulan berkata...

Pesanan yang sangat bermanfaat, buat semua anak2 kita juga. Moga anak2 kita semua berjaya dunia akhirat, cemerlang dan bertanggungjawab.

Penghuni 60 berkata...

saya terharu bacanya... hiks..
semoga kita semua termasuk ke dlm org2 yg dikasihi Allah... dan masuk ke dalam golongan org2 yg baik.
Hidup mati memang sudah ada yg mengatur.

Amie berkata...

Waalaikumussalam.
Pesanan tulus ikhlas dari hati penuh kasih sayang, sangat menyentuh perasaan.
Semoga mereka terus membesar dengan sihat, jadi anak soleh dan solehah. Amin.

fanny Nila (dcatqueen.com) berkata...

Saat nanti dibaca oleh anak2 kakak, saya yakin mereka akan terharu, dan tahu betapa besar sayang ibu kepada mereka 🤗❤️

nohas berkata...

Subhanallah, terharu akk baca...seperti pesanan utk diri akk jg..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...