๐Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Kepada Semua Sahabat Blogger.. Semoga Kalian Semua Diberi Kesihatan Yang Baik..
๐ Alhamdulillah, hari ni masak lauk simple masakan orang Terengganu pure..
๐Ikan Selayang Singgang
๐Bahan-bahannya adalah
- Ikan selayang segar
- Kunyit (nak lagi mengancam letak kunyit hidup)
- Lengkuas
- Asam Keping
- Garam
๐Caranya :
- Panaskan air sampai mendidih.
- Masukkan semua bahan2 termasuk ikan yang telah dibersihkan.
- Biarkan sehingga air mendidih dan ikan masak.
- Nak pastikan ikan masak, tengok isi ikan di hujung ekor.. kalau dah meregang dari tulang, sila angkat dengan segera.
๐ Tip nak sedap :
- Ikan tu bersihkan sebersihnya, buang sisik di bahagian ekor, dan bersihkan semua sisik di seluruh badan ikan.
- Air hanya sekadar tenggelam ikan.
- Masukkan bahan2 tu banyak sehingga rasa dalam kuahnya.
- Jangan terlalu banyak nanti xsedap, pedor/ rahang orang Trengganu panggil.
- Makan dengan nasi panas2 berlaukkan budu campur bawang, halia, lada burung, bawang kecik yang diracik halus.
๐ Lauk macam ni favourit kakak dan adik.. simple dan sihat. Adik ngan kakak perlu makan ikan banyak2 supaya cerdik dan cerdas (tupun kalau rajin belajar, kalau malas makanla ikan sekilo sehari pun xkan jadi pandai ๐ฝ)
๐ Sayur Air Teney
๐ Bahan-Bahannya adalah :
- Teney (tak tahu la orang luar panggil ape)
- Isi ikan selayang yang telah direbus/dipanggang/digoreng) Lagi banyak lagi sedap dan lagi bagus.
- Bawang merah dan putih yang dimayang atau ditumbuk
- Lada Hitam (ditumbuk atau pakai je yang dah siap dikisar)
- Asam Keping
- Lada merah yang tak pedas, kalau pedas anak-anak x makan :P
- Air
๐ Cara2nya :
- Panaskan periuk, letakkan sesudu minyak yang sihat lagi menyihatkan.
- Tumiskan bawang merah/bawang putih/lada hitam sampai wangi semerbak
- Masukkan air dan isi ikan
- Biarkan mendidih, dan masukkan teney dan tunggu sampai masak.
- Masukkan perasa garam secukup rasa.
๐ Ikan Selayang Goreng
๐ Ikan Selayang tu dilumurkan dengan Lada, Garam, Kunyit dan Bawang yang telah ditumbuk lumat.. Goreng garing-garing.
๐ Budu ni gambar google sahaja sebab budu ni dihidangkan waktu nak makan, kalau tak habis terus dibuang.. xboleh disimpan sebab nanti tak sedap. :D
๐ Kalau ada buah pauh/ pelam yang separa masak boleh ricihkan dalam budu.. meleleh air liurnya kalau terbayangkan kesedapannya. MasyaAllah nikmat..
๐ Ok, siap masakan untuk hari ni, nasi takde sebab ibu dan abi hanya makan ikan, sayur, cicah budu :D..
๐ Sebenarnya Adik Baem yang request nak makan nasi + telur mata malam tadi... Alang-alang masak, biar betul2.. maka lahirlah pelbagai lauk ni.. kalau x masak nanti Ldy ngn suami makan telur ngan budu sahaja.. Pun sedap :D..
๐ Yang pasti, bila terlahirnya lauk ni maka Adik pun makanla nasi ngn ikan singgang.. telur pun dah lupa dari ingatan. Malam ni la ibu suapkan adik telur mata ngan kicap dan nasi panas.
๐ Alhamdulillah..
๐ Minggu depan lak ibu masak yer anak-anak.
28 ulasan:
Lauk simple macam ni boleh buatkan nasi bertambah-tambah, nak² Ada ikan singgah dan budu. Subhanallah, kecor liur masa taip ni dibuatnya.
Fieza : Kan, lauk simple lagi bertambah-tambah.. :D
Ikan singgang tu yg sedap...
Ini kalau bulan puasa lagi mantap ni!
Linda : aah, sedap hirup.. slurp...
Semua lauk pembuka selera.
Singgang naniey tak pernah makan dgn budu tapi orang selalu bagitau best.
Ikan goreng cicah budu memang sedap ๐.. lama tak makan budu...
Sy pun selalu juga masak singgang ni. Tak sangka plak resepi lebih kurang sama dgn versi Trengganu, cuma tak bubuh lengkuas.
Memang menyihatkan lauk singgang sebab tidak guna minyan.
Suka makan tapi jarang masak sebab kurang sambutan lauk ini.
Singgang ini kalo di Indonesia disebut pindang. Mama sering buat, Krn papa sukaaaa sangat.
Saya dah terbayang sambal budu kakak sedaap nih pasti ๐คค๐คค๐. Betullah makan itu saja dengan telur, dah cukuuuup sangat bagi saya ๐❤️. Tambah ulam2an ☺️
Teney tu mungkin sayur petola.
ini buat periuk bocor nasi x cukup ni...sedapnyaaaaa
Adudu boleh bertambah² nasi ni...
Teney tu petola ke? Nmpk macam petola...
Sedapnya ikan singgang. Ikang goreng lawan dengan sambal pedas. Mahu bertambah makan. Tak pernah lagi makan dengan budu dan sayur air teney tu first time dengar dan tengok.
masak singgang gu dengan ikan goreng cicoh budu memang ngam! tak sedar menambah 2-3 kali hehehe
Sayur teney tu, petola ya? Nampak macam potongan petola.
sayur teney tu sayur petola kalau org luar panggil...suka ikang singgang tp yg putih punya style klate
tok tok!
assalamualaikum
sy datang niiii
bawa pinggan
hahahahahhahaha
Tu diaa budu diaaa...
terliur nengok menu gini, salam balas kunjungan
Lama tak nampak ikan singgang Ganu. Part paling best bila hirup kuah dalam pinggan. ๐
masak teney tu tak pernah makan. tapi semua nampak sedap
Ikan goreng dah sedap dah tu...pastu makan dengan nasi panas boh kicap sikit....
Sedapnya budu ๐คค
sedap-sedap semua lauk nie...
pandai Lady ambik gambar...look a pro
Selamat menjamu selera
ikan selayang goreng tu kalo cecah sambal kicap mmg sedap., hehe
Sedapnya . Walaupun lauk yang simple tapi kalau makan ni bertambah nasi
lauk pauk lejen ni sedap sungguh lebih2 lagi bila ada sambal belacan
Catat Ulasan