Khamis, 18 Januari 2024

CERITA TENTANG KAKAK I

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua sahabat blogger.. 💓💓💓 

Semoga kalian semua sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dalam lingkungan rahmat dan pertolongan Allah. Begitu juga untuk saudara-saudara kita di Palestina, Syria dan Yaman. Ameeennnnn.. Hanya Allah sahaja yang mampu menolong kita semua..

Lady ada dua orang anak sahaja, seorang perempuan dan seorang lelaki. Perbezaan sangat jelas antara kedua-duanya.. tidak pasti kerana faktor genetik atau pengaruh persekitaran.

Kali ni Ldy nak bercerita tentang kakak sebab kakak selalu tanya tentang dia.. Ldy tidak pandai berkomunikasi secara lisan, maka kita jadikan ia dalam bentuk tulisan.

Kakak Fateemah (4 tahun)

💖 Fateemah Az Zahra nama diberi. 

💖 Kakak ni sewaktu baby sangat mudah untuk menjaganya. Sangat bertoleransi dengan keadaan ibu. Seorang yang sangat tenang. Suka tidur. Sangat sangat suka tidur.

💖 Waktu keluar dari perut ibu pun kakak tidur. Ibu dengar doktor kata, eh tidur lagi budak kecik ni.. tak sedar dah tukar alam. Kemudian dr tepuk punggung barula dengar kakak menangis.

💖 Sukar untuk menangis dan tidak pernah mengamuk sekiranya ibu berada bersamanya. Slow sangat orangnya. Tidak perlu marah-marah... hanya menurut. 

💖 Sangat mudah, baik.. sentiasa ada pertolongan Allah untuk kakak..Sehingga ibu bimbang untuk mendapat anak lain, bimbang ia tidak seperti kakak.

💖 Kakak dijaga ikut jadual ibu... ibu sediakan jadual makan, tidur, berjaga. Ibu akan pastikan 1 jam berjaga lepas tu ibu bagi tidur. Sebelum tidur ibu akan pastikan menyusu. Tidur pula lama.. dalam 2/3 jam.

💖 Bilangan jam berjaga ni berubah sesuai dengan perubahan usia. Ibu akan bagi tidur sebelum mengamuk.. dan ibu pastikan makan sebelum lapar. Ibu nak elakkan mengamuk dan menangis.. maka ibu akan sentiasa perlu alert dengan waktu. Jadi mudah untuk ibu melakukan kerja kerja ibu. 

💖 Waktu ibu membesarkan kakak, kita tinggal di rumah Tok Ma. Di belakang rumah Tok Ma ada sebuah bilik besar yang selayaknya dipanggil sebuah rumah.. ada ruang tamu, bilik, dapur dan toilet.. Di situla kami masak, makan, mandi, bekerja, tidur.. 

💖 Ibu dan abi sentiasa bawa ke mana sahaja ibu dan abi berada, waktu kakak kecik.. abi bekerja sebagai wedding fotografer. Maka kakak sentiasa dibawa ke setiap lokasi .. dan kakak boleh duduk berjam-jam dalam kereta tanpa merengek. 

💖 Waktu itu, kereta kita adalah rumah kita, pelbagai jenis mainan ade dalam kereta beserta makanan dan sedikit pakaian. Waktu tu, telur adalah makanan wajib yang sentiasa akan bersama kita supaya kakak sentiasa kenyang. Kakak tidak memilih, apa yang ibu suap itulah kakak makan.. Dalam hidup kakak, ibu tidak pernah dengar kakak sebut lapar.

💖 Kakak waktu kecik 'suka' sangat demam, selang dua minggu demam, dari baby sehingga usia 2 tahun. Selepas tu dah jarang demam.. Syukur sangat-sangat. Kakak ibu tidak pernah bagi ubat hospital. Ibu fobia dengan ubat, maka anak ibu pun tidak diberi ubat.

💖 Waktu kakak baby, ibaratnya kehidupan ibu dan abi struggle. Emosi kami tidak stabil.. pelbagai dugaan datang silih berganti. Yang itu ibu tidak perlu tulis di sini yer kakak. 

💖 Waktu kakak baby, pelbagai jenis perniagaan kami usahakan. Fotografer perkahwinan hanya mendapat permintaan kebanyakan pada cuti sekolah.

💖 Kakak berusia 4 bulan, ibu start buat perniagaan online. Ibu jual rempah dan pencuci wanita Sireh Lovely Care. Bermula dengan telefon yang diberi pinjam dan pemberian laptop yang perlu bayar dengan harga RM180 sahaja (pok ijue bagi). 

💖 Alhamdulillah boleh menampung sedikit sebanyak keperluan hidup kita anak beranak. Hidup tidak pernah meminta, kesusahan ditanggung dan dipendam bersama. 

💖 Sokongan dari keluarga sangat banyak.. sangat-sangat banyak.. tidak mampu untuk dihuraikan dan tidak mampu untuk dibalas. 

Fateemah Az Zahra (4 tahun)

💖Selepas tu, ibu ngan abi buat dan jual rempah sendiri. Tokma jadi tulang belakang, Mok Long pemilik resepi. Terima kasih Tok Ma, Terima kasih Mok Long.

💖 Guna medium sosial Facebook dan Fb adds. Mempunyai seorang pekerja. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. 

💖 Adik beradik support, tolong beli, tolong agihkan, tolong jualkan. Kawan-kawan sekolah rendah, sekolah menengah, matrik dan USM semua saling membantu untuk jadi agen jual ke seluruh Malaysia. Terima kasih semua.. kalian sahabat2 yang hebat.. Ldy doakan agar kalian semua ke SyurgaNya tanpa hisab. Ameennn..

💖 Waktu ini ibu dan abi sudah mulai busy, kakak dihantar ke sekolah. Dari jam 8 pagi sehingga jam 3.30 petang. 

💖 Apabila busy, masa untuk kakak berkurangan.. kami 'terlalu muda' lagi pada waktu itu, kurang pengalaman.. Ibu rasa kakak kekurangan kasih sayang. 

💖 Waktu ini perangai kakak berubah secara perlahan-lahan. Ibu mohon maaf kakak. Ibu silap. Banyak lepaskan tekanan emosi pada kakak, dan kakak melihat diskusi kami seperti sebuah pergaduhan.

💖 Selepas ibu jual rempah, kami kumpul duit, kami buat operasi jahitan jubah. Waktu ni perniagaan pakaian custom made sangat mendapat permintaan. Alhamdulillah. 

💖 Sebenarnya ibu tiada kemahiran menjahit.. tetapi ibu dan abi tidak pernah jadikan ia sebagai suatu kekurangan. Abi buat adds, ibu dan abi design, dan pekerja kita yang jahitkan. 

💖 Cik Ngoh Nurul sepupu ibu jadi tulang belakang kepada perniagaan ini. Terima kasih Cik Ngoh, sanggup jatuh bangun sama-sama.

Kita sewaktu shoot jubah

💖 Ini gambar Kakak waktu teman ibu ngan abi shoot jubah homemade.. waktu ini kita ada lebih kurang 6 orang pekerja.. Alhamdulillah.. Banyak cerita jatuh bangun waktu ini, ibu akan ceritakan satu persatu untuk kakak.. insyaAllah. 

💖 Waktu ini ibu rasa kakak dan mula ada peel special. Ibu mohon maaf, ibu harap kakak berubah seiring dengan usia kakak. Hormatilah ibu dan abi serta sayangilah adik. Kakak lahir bersama sebuah perjuangan untuk meneruskan kehidupan kendiri. 

💖Perit jerih dalam membesarkan kakak oleh seorang ibu OKU sangat sukar untuk diceritakan. Di samping ibu dan abi berhempas pulas untuk bekerja tanpa memohon bantuan dan menagih simpati sesiapa apatah lagi untuk memohon pertolongan orang lain menjaga kakak. 

💖Dalam waktu yang sama, abi juga jual produk kecantikan.. Sabun Honeyglow dan seluar orang mengandung secara atas talian. Semua dibuat atas talian supaya kami dapat fokus kepada penjagaan kakak. Alhamdulillah... 

💖Kasih sayang pada kakak tidak pernah berkurang malah terlebih-lebih.. cuma emosi kami sukar untuk dijangka kerana dalam dunia perniagaan ini banyak ujian dan dugaan yang akan tiba dan tidak disangka-sangka. Hanya orang yang kental sahaja akan mampu bertahan.

💖 Waktu kakak berusia 5 tahun.. Alhamdulillah bermulalah kita mempunyai pejabat sendiri di Gong Gemia, Kuala Terengganu. Alhamdulillah. Pejabat yang sangat-sangat cantik dan banyak menyaksikan jatuh bangun ibu dan abi. Waktu ni ramai orang tak bayar hutang.. yang ini cerita lain.. hampir 80k.. 

💖 Waktu ini kehidupan kita hampir stabil.. Syukur sangat-sangat.. lebih tenang dan damai walaupun masih tinggal di rumah Tok Ma. Tok Ma ni seorang ibu mertua yang sangat baik, ibu rasa seperti bonda ibu sendiri. 

💖 Kemudian kita berpindah pejabat di Pulau Musang, Kuala Terengganu dan tinggal di situ buat seketika. 

💖 Waktu ini adalah waktu bersedia untuk menerima orang baru dalam hidup kita bertiga. Waktu kakak berusia 6 tahun, kakak dapat adik. Alhamdulillah. 

💖 Maka bermulalah kakak jadi seorang kakak.. dan waktu tersebut kita dah pindah pejabat di Bukit Payung dan terperangkapla kita di situ sepanjang PKP. 

Bersambung... InsyaAllah

Kakak sewaktu usia 5 Tahun

p/s : Setiap orang Allah kurniakan kehidupan berbeza sesuai dengan keupayaannya.. InsyaAllah, sentiasa bersyukur dan jalani kehidupan sehabis baik tanpa bersangka buruk pada Allah. 

Jika kalian klik gambar, akan terus ke FB Ldy.

27 ulasan:

Afzan berkata...

insyaAllah kakak juga akan jadi wanita sehebat ibunya

NA berkata...

Comel rupa kakak. Moga kakak menjadi anak solehah.

Mama Zharfan berkata...

Moga2 kakak akan baca entry ni dan appreciate setiap moment yg penuh kasih sayang

Mama Zharfan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Puan Hazel berkata...

Banyak dugaan jatuh bangun dlm perniagaan yg Lady & suami hadapi ye. Semoga berjaya dunia & akhirat.

Nur berkata...

Sedap nama Fateemah. Puteri bongsu Nabi SAW. Semoga kakak membesar menjadi anak yang solehah.

Ana Jingga berkata...

sedap dan indah nama kakak.. semoga kakak terus membesar sebagai puteri solehah kebanggaan ayah bonda.. aamiin :)

uncle gedek berkata...

Simpan lek lok entry ni... supaya menjadi azimat kakak nanti...

mrhanafi berkata...

Ya kehidupan kita berbeza dan rezeki juga berbeza..yang sama kita adalah hamba Allah yang sentiasa berusaha untuk mendapat redaNya

Insha Allah

Warisan Petani berkata...

Semoga kakak jadi penyejuk mata dan hati ibu bapa

nanieydotcom berkata...

Hanya yang pernah mula dari bawah je tahu macam mana jatuh bangun perniagaan.
Semoga Kakak baca entri ni nanti ingatlah macam mana struggle ibu dan abi nak senang macam sekarang. Semoga kakak jadi anak solehah. Aamiin....

Agus Warteg berkata...

Fatimah Az-Zahra, seperti nama putri Rasulullah Saw ya.

Semoga Fatimah jadi anak yang hebat seperti ibunya.

Rawiwa berkata...

Masyaallah... coretan begini sangat bermakna buat Kakak.

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Allahu.. semoga kakak sentiasa dlm perlindungan-Nya.

Azirahman berkata...

Semoga kakak jadi insan kuat dan hebat sehebat ibunya....insya Allah.
Saya follow sini.

Amie berkata...

Waalaikumussalam.
Coretan ini banyak menginsafkan saya.
Ya, kita kena sentiasa bersangka baik kepada-Nya kerana daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.
Moga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Amin.

Kakmim berkata...

Pada pendapat saya, pahit manis suka duka dalam kehidupan membesarkan anak-anak mmg kita patut cerita pd mereka sekurang-kurangnya pengalaman ibu ayah dpt menyuntik emosi dan motivasi mereka utk lebih cekal mengharungi kehidupan bekekeluarga mereka sendiri nnt.. semoga dipermudahkan urusan keluarga LB

MRENEYOO berkata...

Cantiknya kakak Fateemah, namanya cantik secantik orangnya😘

Suria Amanda berkata...

Fatimah Az zahra,aak patut berbangga ada ibu dan abi yang hebat tau...semoga kakak akan terus tabah dna kuat seperti ibu..SA doakan LB terus kuat ye...jangan seskali mengalah walau dalam serba kekurangan

dear anies berkata...

Orang cakap anak sulung ni cinta hati ibu ayahnya. Anak sulung akan belajar banyak daripada ibu bapanya dan melalui suka duka kehidupan lebih tinggi daripada adik-adiknya.
Saya percaya kakak akan menjadi anak yang pandai berdikari apabila dewasa kelak. Dan akan jadi contoh terbaik buat adiknya. Insya allah.
Semoga kaka terus membesar dengan sihat dan baik dan menjadi insan terbaik utk keluarga, agama, bangsa dan negara.

Syaz Rahim berkata...

Anak sulung memang ada spot special dalam hati ibubapa

SalbiahM berkata...

Dari cerita Lady, kakak terlihat matang dan taat sekali. Semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. Doakan saya juga dikurniakan zuriat ye Lady

Sha Mohamed berkata...

Semoga kakak akan terus menjadi cinta hati dan penguat semangat Lady dan suami..
Semoga menjadi anak yang solhah, membesar dengan sihat dan menjadi contoh tauladan pada adik..

fanny Nila (dcatqueen.com) berkata...

Nama yg cantiiiiik , anak kakak pun maniiis sangat ❤️. Berat pastinya membesarkan anak2, tapi perjuangan kakak pasti berbuah manis nantinya. Saya pun yakin anak kakak akan paham kalau orangtua mereka sesibuk apapun, sangaaat sayang kepada mereka.❤️. Semoga apapun cobaan, kakak sekeluarga ttp kuat dan sabar. Saya doakan juga dipermudah segala urusannya.

Carneyz berkata...

Masha Allah, tabarakallah... Beruntung kakak, ada ibu dan abi sebagai role model yang terbaik, cukup kental dan berani dalam meneruskan perjuangan hidup, tak mudah berputus-asa, gigih berusaha tak mengharapkan bantuan dan bersemangat dalam setiap apa yang diusahakan. Semoga kakak dan adik ikut contoh dan teladan dari ibu dan abi bila besar kelak ❤️

nohas berkata...

Subhanallah, kuatnya ibu & ayah Kakak..semoga Kakak menjadi anak solehah..

Ezna Khalili berkata...

Moga kakak akan menjadi seorang anak yang bertanggungjawab dan solehah ya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...