Assalamualaikum.. Bagi salam pada yang sudi terjah blog ni.. Mungkin dah xde dah kot.. 😅😅😅
Tajuk kalah anak2 remaja.. Saje nak tulis tentang tajuk Cinta.. Sedikit luahan hati juga..
Aku pernah bergelar remaja.. Remaja berkerusi roda.. Cantik hanya pada rupa, tapi fizikalnya tiada.. Itu apa yang aku rasa..
Lumrah remaja ingin dicinta.. Ingin dimanja.. Tapi siapa sudi mengambil hati tuk disimpan di jiwa.. Aku sedar diri aku siapa..
Ada orang kata.. "Kalau aku orang kurang upaya.. Aku tidak akan bermimpi untuk bercinta.. Berumahtangga.."
Aku senyum sahaja, tetapi luka di hati aku yang rasa.. Sakit tak dapat dicerita.. Nanti orang kata tak sedar diri pula.. Dah kurang upaya ada rasa nk bercinta..
Jadi rasa hati aku simpan di jiwa.. Bukan tiada rasa.. Tapi itu sebaik2nya.. Eloknya aku cintai Tuhan sahaja..
Nukilan ini bukan untuk aku semata.. Tapi untuk sahabat remaja semua.. Terutama OKU.. Sebagai pedoman di jiwa..
Wahai adikku remaja belia..
Hati ini milik Dia.. Bukan milik siapa.. Bukan milik kita..
Jika kalian inginkan cinta.. Mohon padaNya.. Pemilik hati2 manusia.. Bukan mencari siapa yang kau suka untuk diberi cinta..
Orang yang engkau punya pasti Allah dah reka.. Sebab tu kau ada di dunia.. Engkau ada, pasti dia ada.. Yakin itu wahai remaja belia..
Bagaimana jodoh dapat berjumpa? Apabila engkau telah bersedia..
Sebelum engkau dapat berjumpa, doakanlah apa yang engkau mahu punya.. Dan jadikanlah engkau sebaik2nya.. Baik sifatnya.. Baik akhlaknya.. Baik hatinya..
"Ya Allah ya Tuhanku.. Berikanlah aku seorang suami yang baik.. Yang soleh.. Yang boleh membimbing aku dan zuriat2ku menjadi penghuni SyurgaMu.
Kurniakanlah aku seorang suami yang boleh membantuku dalam urusan duniaku. Engkau maha mengetahui segala kelemahan dan ketidakupayaanku.. Engkau tampungilah kekurangan aku dengan kelebihannya...
Ameeenn2 ya Robbala"lameeennn...
......
Inilah doa tiap2 kali aku selesai mengadapNya.. Inilah kata2 ulang2 yang aku bicarakan dengan Tuhanku sewaktu ditemani duka..
Allah tidak pernah alpa dengan bicara kita.. Luahan hati kita padaNya..
Dia tidak pernah zalim pada hamba yang Dia cipta.. Dia cipta kita, dia reka hati kita.. Dia beri rasa cinta..
Allahuakbar, Dia sayang pada kita.. Dia uji dengan rasa.. Sebab dengan rasa derita dapat mendekatkan diri padaNya..
Wahai adik2 remaja.. Bercinta berdua2 tiada redhoNya..
Usahkan kalian sedih jika tiada cinta manusia.. Kerana Tuhan pemberi cinta pasti akan memberi cinta jika kalian mencari CINTA NYA.
Isnin, 6 November 2017
Sabtu, 17 Jun 2017
Cerita Untuk Tatapan Puteri Ibu - 2
Badan Eizza keseluruhan kekejangan.. Kaki tangan semua mengeras dan tersentak-sentak ke lantai.
Waktu itu mak Eizza ada anak kecil yang perlu diuruskan.. Kelam kabut mak urutkan badan Eizza supaya lebih lembut.. Waktu itu Eizza xtahu ke mana ayah.. Mungkin masih di tempat kerja.
Kebiasaan orang kampung, hospital adalah pilihan terakhir.. Maka dihantar ke tok mudim tukang urut, dan rujuk ke mana2 sahaja tempat yang orang bagitahu boleh menyesaikan masalah Eizza.. Dari ustaz sehinggalah ke tok bomoh yang bermantera berasap bagai..
Selang 7 hari sakit tetapi sedikitpun tidak xberubah.. Badan masih mengeras dan perut kembung membukit.. Saraf langsung tidak berfungsi walaupun untuk mengeluarkan bahan kumuhan sendiri.. Maka Eizza dihantar ke hospital dengan nasihat dari orang kampung.
Di hospital, Eizza dimasukkan ke bilik khas.. Dan lepas tu wayar urin dimasukkan.. Dan tinja dikeluarkan dengan semburan sabun (mungkin).. Sb yang ni Eizza tak dapat recall balik..
Lepas beberapa hari di hospital dengan wayar berselirat.. Tangan sudah tidak merawang2 tanpa arah lagi, tapi tidak dapat dicontrol sepenuhnya.. Nak sapu muka dengan tangan sendiri pun tidak mampu.. Jenuh usaha nak gerakkan tangan.. Tp lain nak dibuat lain tangan pergi.. Kite nak buat sesuatu tapi yang orang nampak seolah2 tangan kita terkapai2 tanpa haluan.
Nak bagitahu orang, nak mintak tolong mak.. Perkataan semua hilang dari ingatan. Jenuh otak fikir nak cari perkataan.. Xjumpe..
Kaki terus kaku dan lembek.. Terus tak bergerak..
Mata Eizza time tu tak mampu untuk dibukak dan katup.. Katup hanya waktu tidur, die terkatup sendiri.. Dan bukak time terjaga.. Bila dah terjaga.. Mata langsung tidak dapat dikelip2 seperti orang noemal.. Berat.. (mak xtahu sebab Eizza xdpt bagitahu). Tangan dicuba untuk menutup mata.. Tapi otak tak mampu arahkan tangan sampai ke mata untuk membantu menutup kelopak mata nan seketika. Penat menerawang tangan..
Mata menjadi kemerahan menahan pedih.. Tambahan angin kipas yang menghembus terus ke dalam mata.. Orang yang datang hanya mampu memandang tanpa mengetahui ape yang kita rasa nak perlukan. Mereka rancak berbual dan bermesra sesama sendiri. Mata dan Hati terasa makin pedih.
Xde orang datang sentuh muka kita, mata kita, usap badan kita.. Mereka datang berborak2 dan balik.. Dan ade juge yang mengata Eizza ada penunggu sebab mata merah.. Eizza hanya mampu memandang dengan marah sebab stress orang datang tapi cakap yang bukan2 tanpa mahu merasa kesakitan kita.
Nurse dan doctor pun xreti nak tanya Eizza, rasa macammana.. Masalah ape.. Mereka datang cucuk2.. Dan pergi.. Takde yang cube bertanya dengan soalan dan perkataan yang mudah untuk seorang anak kecil memahami. Mereka xde yang mahu menjiwai rasa hati seorang anak kecil yang sedang sakit. Mungkin hati mereka juga berkata Eizza berpenunggu. Mereka takut untuk dekati. Mendekat hanya untuk melaksanakan tanggungjawab.
Bersambung..

Rabu, 8 Mac 2017
Mikrobiologist jadi Usahawan Jubah..
Anak-anak saudara iza ramai, yang paling besar umur 27, yang paling kecik 2 bulan. Jadi iza berdepan dengan pelbagai jenis soalan dan perlu bersedia dengan pelbagai jenis dan bentuk soalan.
Soalan yang paling gemar diajukan adalah, dulu cita-cita iza ape? 😜
Iza tidak begitu pandai nak menjawab dengan patah-patah kata, maka iza akan jawab dalam bentuk tulisan berantai. 😁
Dulu waktu zaman iza muda2 dulu, iza ada idola iza sendiri. Ada dua orang, Dr Fadhilah Kamsah dan Dr Syukri Abdullah.
Waktu borang UPU diedarkan, iza tak isi terus.. Tapi iza cari cikgu kaunseling untuk bertanya.
Iza : "Cikgu, iza nak jadi macam Dr Syukri Abdullah, kos ape yang perlu iza isi?"
Cikgu 1 : Perguruan.
Iza : Iza 'takmboh' jadi cikgu, kalau tak jadi cikgu tidak boleh jadi pakar motivasi ke?
Cikgu 1 : Nak jadi pakar motivasi, perlu jadi cikgu.. Lepas tu baru boleh pilih cikgu bidang ape.
Iza : Ok..
Dan terus balik dengan borang UPU yang masih kosong.
Kemudian disebabkan tidak boleh jadi macam Dr Syukri, kita jadi penyelidiklah.
Maka terus isi borang, ambik Biologi.. Dan pilihan no 1 - 5 adalah di Universiti Sains Malaysia.
(waktu itu tempat rujukan sangat terhad)
Alhamdulillah dapat pilihan pertama.
Tahun kedua di USM, perlu pilih kursus minor. Kaunseling turut ditawarkan untuk pengkhususan minor.
Waktu tu berfikir, aku taknak selama-lamanya kerja dengan orang.. Aku nak berniaga.. Tapi kaunseling adalah minat no satu. Tapi dah terlewat.. Sepatutnya ambil sebagai major bukan sebagai minor. Kenapa tiada dalam borang UPU? (monolog diri)
Maka, terus ambil Pengurusan Perniagaan sebagai minor. Sebab waktu spm dah 'fight' ambil akaun sebab memang cita-cita tak nak kerja bermajikan selama-lamanya.
Maka bermulalah episod menjadi sebagai seorang pelajar biologi (mikrobiologi).
Inilah perjalanan cerita sebuah cita-cita seorang iza. 😜😜
Menyesal?
Tidak sesekali.. Bidang mikrobiologi adalah suatu bidang yang paling menyeronokkan.
Kita mampu melihat dan berkawan dengan sesuatu yang orang tidak boleh pandang, sentuh, dan lihat. Tapi kami mikrobiologist dapat melihat malah dapat 'bersahabat' dengan mereka.
Apa yang telah kita lalui adalah ketentuan dari Allah untuk melengkapkan perjalanan kisah kehidupan di dunia.
Apakah sia-sia perjuangan menjadi seorang pelajar biologi tetapi tidak mempraktikkannya?
Tidak! Ilmu itu menjadi benteng pertahanan kita sepanjang kita hidup. Ia ilmu untuk kita dalam menjaga orang-orang sekeliling kita.
Tindakan kita berdasarkan ilmu yang kita ada. Walaupun tidak nampak secara kasar, tetapi ia membimbing dan mengatur kita tanpa kita sedar.
Rugi? Tidak!
Ilmu itu adalah sesuatu yang kita tidak nampak di mana keperluan kita. Bila kita ada, kita tahu bagaimana menggunakannya.
😁😁😁😁
Ahad, 26 Februari 2017
Cerita Untuk Tatapan Puteri Ibu
Assalamualaikum wbt. kepada sahabat-sahabat semua..
Eizza doakan semoga semua dalam keadaan sihat walafiat sentiasa.. Ameenn..
Mengaji ketika sakit..
Eizza sebenarnya nak sarankan, kalau ketika anak atau sesiapa sahaja yang sakit.. Sakit ringan ke, sakit berat ke.. Tolonglah kita yang sihat ni mengaji untuk beliau.
Eizza dulu waktu kecil, eizza sakit. Sehingga eizza tak sedar siapa yang datang, siapa yang duduk sebelah kita..
Time Eizza sakit, selalu mintak mak mengaji.. Sebab bile ade orang mengaji di sebelah.. Rasa sakit itu beransur2 hilang (walaupun still sakit sebenarnya). Bacaan al Quran ni seolah2 seperti ubat bius. Rasa tenang dan damai..
Eizza sakit saraf sewaktu eizza masih kecil... Seingat eizza seawal dulu eizza memang tak ingat bagaimana rasanya, apa yang eizza lalui sepanjang eizza sakit.. Sebab sakit eizza ni sampai dewasa. Mungkin ingatan eizza agak lemah untuk eizza imbau balik..
Tetapi sekarang, perlahan-lahan rasa sakit itu terimbau kembali. Mungkin Allah dah pulihkan sedikit sedikit ingatan eizza. Sebelum eizza lupe balik, baik eizza tulis dulu.
Waktu eizza jatuh dulu, eizza jatuh dalam keadaan baring. Dalam setengah jam juga eizza terbaring di situ. Eizza cube bangun, gerakkan anggota badan, tetapi x mampu. Nak jerit pun tak mampu. Jadi eizza baring je di situ tunggu orang datang.
Lepas tu eizza usaha lagi untuk bangun, Alhamdulilah eizza mampu duduk. Rasanya sedikit sengal di pangkal leher.. Dan agak kebas di kepala. Tapi xmampu nak bangun berdiri lagi..
Dalam waktu eizza duduk, mak saudara eizza datang. Time tu usaha eizza untuk berdiri berjaya. Maka tiada orang tahu eizza pernah jatuh. Dan sampai di situ sahaja ceritanya.
Selang dalam dua minggu, waktu itu eizza sedang bermain seorang diri. Main air banjir. Kaki eizza tetiba tidak mampu untuk melangkah. Tapi mampu berdiri.
Terlalu berat. Sangat berat. Seolah sesuatu yang maha berat tergantung pada kaki. Eizza menjerit memanggil orang untuk datang tolong. Tetapi tiada orang datang untuk tolong.
Meraunglah eizza sorang2 di situ.. Bagaimana mungkin seorang anak kecil mampu memberitahu orang yang dia xmampu untuk melangkah. Sedangkan bahasa pun belum dikuasai sepenuhnya.
Lepas tu abang sulung eizza angkat eizza, dengan keadaan kaki eizza kekejangan, tersentap sentap dari atas dukungan sehinggalah eizza lemah terkulai di atas lantai.
Tiada seorang pun tahu ape dan bagaimana ia berlaku. Dan bermula dari situ eizza terus tidak boleh berdiri, mahupun melangkah.
...
Bersambung
Isnin, 20 Februari 2017
Jangan Berprasangka Dengan Rezeki Kita
Alhamdulillah, kebetulan dapat tempat selesa dan strategik. Pangkin berpokok betul2 depan gigi air.
Kemudian ada seorang pakcik lalu di hadapan kami sambil membawa jala. Beliau pergi ke gigi air, tengok2.. Kemudian beralih arah.. Tengok2 lagi.. Mungkin mencari tempat strategik untuk mencari rezeki.
Kemudian datang lagi dua tiga orang, dengan keadaan yang sama.. Sehinggalah semua sekali dalam lingkungan 8 orang..
Masing-masing bertebaran di lingkungan masing-masing. Tanpa bergaduh, tanpa kenal (mungkin), mereka berkongsi tempat untuk mencari rezeki.
Pakcik yang datang awal tadi, dapat dalam 4 5 ekor ikan sederhana besar (sepanjang tempoh iza bersantai di situ). Yang lain-lain iza tidak nampak sebab lokasi mereka yang agak jauh dari kemampuan jarak penglihatan iza. 😝
Dan yang paling hampir dengan iza ni yang iza paling fokus. Jenuh beliau angkat tebar angkat tebar.. Tapi ikan tetap takde.. Iza tumpang sedih.. Dalam hati berdoa supaya beliau dapat ikan juga.
Kemudian dapat ikan dalam dua ekor, mula-mula iza tengok ikan tu tercampak balik ke air, iza ingat terlepas.. Tapi ikan kedua iza nampak dicampak ke dalam air. Ikan apakah yang pakcik itu cari sebenarnya? Berbeza dengan pakcik yang tadi.. ☺☺☺ Mungkin ikan tu kecil sangat kot.
Kemudian duk ralit tengok orang menjala, tiba-tiba ada seseorang lalu dan menegur. "Takmboh balik lagi ke kak, lama sangat doh duk situ."
Terkejut, rupa-rupanya ade juge orang duk perhati gelagat kita rupanya. 😝😝😝 terus mood nak termenung di situ terkubur.
Tapi sepanjang 2 jam iza duk termenung di situ, ada sesuatu yang iza dapat.
Hidup ini dunia yang sama.. Masing-masing mencari rezeki yang sama. Tetapi tempatnya, Allah dah aturkan berbeza.. Kite cari tempat kite, lingkungan kite.. Fokus kite..
Tak perlu pun bergaduh-gaduh untuk berkongsi rezeki. Cuma masing2 perlu saling memahami, tidak menindas, tiada yang tertindas. Tidak perlu stress kerana Allah dah sediakan cukup untuk kita. 😍😍😍
Apa yang perlu dibuat, jangan berprasangka dengan rezeki orang, jangan berprasangka dengan rezeki kita.
Pakcik tu dapat rezeki ikan banyak, mungkin anak2 pakcik tu ramai duk tunggu ikan di rumah, dan mungkin pakcik ni dapat ikan sikit sebab beliau hanya untuk makan seorang.
Adilkan Allah, adil Dia yang kita tak nampak. Tetapi Dia bagi cukup untuk kita.
Terima kasih Allah.
Azliza Ibrahim
Jubah Abaya Fateema
21 February 2017
Isnin, 6 Februari 2017
Pasar Rusila, Marang, Terengganu.
Assalamualaikum wbt.. :D Lady doakan semua sahabat maya lady berada dalam keadaan sihat walafiat sentiasa. Ameenn.
Kali ini Lady nak bercerita tentang Pasar Rusila di kampung mertua lady. Di Marang.
Pasar ini sebenarnya di dalam kawasan/ persekitaran Masjid Rusila, tempat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengajar setiap Jumaat. Hanya sejauh 15 minit berjalan kaki dari rumah mertua lady.
Setiap Jumaat, memang rutin mingguan Tuan Guru untuk berkongsi ilmu dan mendidik kami tentang kehidupan. Memang kami masyarakat Terengganu sentiasa menanti kehadiran Jumaat untuk santapan rohani.
Lady menetap di sini hampir 4 tahun, dan setiap Jumaat bagaikan hari raya bagi masyarakat berhampiran sini. Seawal pagi mereka bangun, bersiap diri dan anak-anak. Kemudian bergegas ke Masjid Rusila untuk membeli sarapan pagi dan makan di situ ramai2 sambil mendengar Tuan Guru sampaikan amanat.
Masing2 akan duduk di merata2 dengan membawa alas tempat duduk masing2. Bagi yang datang awal boleh duduk di dalam masjid, tapi kalau datang lambat memang xkan mampu masuk ke dalam masjid. Penuh. 'Rumbu'. Seakan2 suatu pesta menuntut ilmu. Bukan sahaja masyarakat sekeliling Masjid atau daerah kami sahaja, malah dari pelbagai pelusuk daerah berkumpul di sini. Dari Kuala Terengganu, Kuala Berang, Dungun, Kemaman, Besut, Setiu.
Disebabkan betapa ramainya manusia yang hadir, untuk keperluan maka terdapat juga yang mencari rezeki di sini. Maka terwujudlah pasar di sini. Alhamdulillah.. Pelbagai jenis makanan, barang keperluan harian turut didagangkan sambil2 mendengar bicara santapan rohani dari Tuan Guru.
Kebanyakan barang dagangan di sini adalah dari kalangan kami2 sendiri Penduduk2 kampung.. Masing2 berkongsi rezeki.
Cube tengok gambar di atas ni.. Sambil2 datang mendengar kuliah Tuan Guru, mereka membawa hasil dari halaman untuk dikongsikan sebagai barang jualan.
Makcik ni selalu ada di sini. Beliau hanya menjual untuk diri sendiri sambil2 menyedut ilmu. Tetapi Alhamdulilah, rezeki sentiasa ada untuknya. Kadang2 kami sendiri tumpang menempel di situ.
Alhamdulillah, disebabkan kawasan ini kawasan tumpuan.. Maka akan ada yang datang untuk mengutip derma.
Buat pengetahuan semua, pasar ini hanya wujud jika ada majlis ilmu di Masjid Rusila, jika tiada pasar ini tidak akan beroperasi.
Semoga Tuan Guru terus sihat untuk membimbing kami yang sentiasa dahagakan ilmu dan kasih sayang dan bimbingan dari orang yang berilmu.
Kalau ada kesempatan datang ke Terengganu, mohler ke sini. :D.. Lepas membeli, dengar kuliah.. Boleh lepak2 tepi pantai. Oh yer, lokasinya Betul2 berhadapan dengan pantai dan dekat dengan chalet2 dan rumah2 tumpangan.
P/s : kuliah ilmu start antara jam 8.30 pg hingga 10.30pg (InsyaAllah)
....
Maklumat atas ni adalah dari pengamatan sendiri. Kalau ada yang salah bgth lady, nnti lady baiki. Deh..

Isnin, 30 Januari 2017
Jangan Sampahkan Masa Anak Dengan Gadget
Assalamualaikum :D
Semoga sihat sejahtera sokmo. Plannya nak update blog dan berblogwalking setiap Jumaat sambil2 bersantai.. tapi plan selalu je lari lari:D
Hari ni lady nak bercerita sal gadget ni. Sebenarnya memang sukar untuk larikan gadget ni dari Fatimah. Sangat2 sukar.. lebih lebih lagi lady dan suami sendiri pengguna tegar handset untuk urusan menjual beli.
Memang selalu 'berperang' dengan Fatimah jika main henset, tapi kami tetap kalah. Kalau tidak diberi handset, kami perlu melayaninya bermain. Kerana tiada pilihan, kami dengan terpaksa bagi handset buruk satu kat Fatimah dan ingatkan kat Fatimah "ini handset Abi, Fatimah pinjam sahaja.. Sekejap sahaja".
Dalam waktu yang sama, kami dapatkan juga mainan fizikal, tapi xmampu nak alihkan perhatian Fatimah pada gadget seratus peratus.
Dalam pertengahan tahun lepas, lady sakit mata. Fatimah dalam usia 2 tahun lebih.. Tetibe je lady jawab, mata ibu ni sakit, merah2 sebab ibu main handset. Lady mintak dia tengok mata lady, ade darah katanya.
Bermula dari itu, Fatimah jauh dari handset. Dan mula bermain dengan lego, pasir magnet (magnetik sand). Tetapi dalam waktu yang sama lady bukakan laptop jauh dari Fatimah.. Lady buka upin ipin, nyanyian kanak2 bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Dan Alhamdulilah, sampai ke hari ini Fatimah tak pegang handset dan dalam waktu yang sama mengikuti perkembangan teknologi secara jarak jauh.
Fatimah banyak aktiviti fizikal, teman tok ke taman bunga, main dengan kucing peliharaan, main dengan batu, pasir. Dan dia jauh lebih kreatif dan yang lady perasan ingatan dia jauh lebih baik dari sepupu2 yang sebaya.
Dia tahu sebut dan bezakan warna2 seawal usia kurang dari dua tahun. Dan penguasaan bahasa dia jauh lebih matang dari usia. Dia dapat kuasai dua bahasa serentak. Dan memahami dengan baik dan boleh menggunakan perkataan2 tersebut dalam perbualan harian.
Dan pada usia 4 tahun, kami hantar Fatimah ke sekolah dengan harapan dia dapat belajar sesuatu yang kami sendiri tak tahu dan tak mampu nak ajar. Contohnya bahasa Arab, lady sedikitpun tak pandai nak didik. Dan sekarang alhamdulillah, Fatimah ajar ibu mengira dalam bahasa Arab.
Dan sekarang, kami dalam proses nak mendidik Fatimah untuk bersolat.
Setiap kali selepas siap mandi, lady bagi dia berwhudu' dlu. Tak solat pun takpe, tapi wajib berwhuduk lepas mandi.
Belikan Fatimah telekung solat warna pink, dengan harapan die seronok dan teruja nak bersolat dengan ibu dan abi. Solat main2 pun xpe dlu dik..
Tetapi yang sedihnya Fatimah solat duduk macam lady. Dia tidak dapat nak bezakan kenapa abi solat berdiri dan kenapa ibu solat duduk.
Kami tak berkesempatan nak hadiri kelas parenting.. Dan d Terengganu ni agak sukar untuk dapatkan kelas2 berbentuk sebegini.
Semoga dengan usaha kami yang tidak seberapa ni mampu menjaga amanah Allah ini dengan baik.
Sahabat doakan sekali yer.. Mungkin inilah satu2nya zuriat amanah Allah untuk lady. Semoga men
jadi manusia yang mengabdikan diri pada Allah. Ameenn..

Khamis, 19 Januari 2017
Jalan-Jalan Kuala Lumpur
Assalamualaikum semua sahabat Lady.. Semoga sihat walafiat semua.. Insya Allah, ameenn..
Kemudian kawan lady belanja kami makan mee tarik special dari Timur. Sedap. 1st juge makan.. 😍😍😍
Ni la rupa mee tariknya.. Kenyal rasanya.. Sedap.. Memang tak puas.. :D. Pembuatnya kata boleh request untuk buat halus lagi mee nya. Yumm yumm yumm..
Ni la rupa mee tariknya.. Nikmat. Lepas makan, terus balik ke Klang. Alhamdulillah..
Oh ye, lupe nak cerita.. Kat bangunan kedai ni ada parking untuk OKU. Alhamdulillah, sangat mesra OKU, lokasi di Damansara.
Selain tempat ni ade lagi tempat yang lady pergi.. Nanti lady cerita lagi.. 😍😍😍
Minggu lepas lady pergi jalan-jalan ke Kuala Lumpur. Bukan jalan-jalan cari makan, bukan juga untuk shopping.. Lady gi cari barang-barang untuk menjahit. Di Terengganu ni harganya dah naik.. Naik berdikit-dikit, lama-lama dah jadi gunung everest. Hihi..
Semua barang harga naik, tapi harga jubah tetap xnaik.. Nanti sape nak beli.. Huhu.. Custemer x faham situasi kami. Jadi nak xnak kene struggle untuk dapatkan barang yang lebih murah tapi kualitinya tetap baik.
Lady ke Jalan Tar.. 1st time pergi.. Kawan lady si Linda Kadir jadi pemandu pelancong.. Ya Allah, memang crowdedlah.. Tapi Alhamdulilah ade satu tempat kosong betul2 depan kedai yang kami nak pergi..
Kedai shawl.. Shawl ni kami beli sebagai free gift jerk.. 😍😍 shawl bling bling gitu.. Lady duk dalam kete jer.. Tempat crowded, agak xselesa berkerusi roda.. Nak tengok pun xlepas.. Mata searas dengan buntut orang.. Tp xpe, bersyukur dengan apa yang ada.
Maka dr dalam kereta lady pilih.. Kawan lady tukang tunjuk dan lady tukang pilih. Alhamdulillah pekerjanya amat memahami keadaan lady yang sukar untuk masuk ke kedainya.
Lepas siap2 pilih shawl bling2, kami terus ke kedai alat jahit. En hubby yang masuk.. Lady hanya tunggu di dalam kereta. Insya Allah mungkin lain kali pula lady pergi.. Tunggu time reda (bila ntah tu) tapi kalau Allah takdirkan boleh sahaja. :D
Nampak tak gambar atas tu? Gambar ni lady ambil dari dalam kereta sambil tunggu en hubby gi beli barang jahitan dan si Linda Kadir tolong belikan makanan tuk perut kami yang kelaparan ni.
Kemudian kawan lady belanja kami makan mee tarik special dari Timur. Sedap. 1st juge makan.. 😍😍😍
Ni la rupa mee tariknya.. Kenyal rasanya.. Sedap.. Memang tak puas.. :D. Pembuatnya kata boleh request untuk buat halus lagi mee nya. Yumm yumm yumm..
Ni la rupa mee tariknya.. Nikmat. Lepas makan, terus balik ke Klang. Alhamdulillah..
Oh ye, lupe nak cerita.. Kat bangunan kedai ni ada parking untuk OKU. Alhamdulillah, sangat mesra OKU, lokasi di Damansara.
Selain tempat ni ade lagi tempat yang lady pergi.. Nanti lady cerita lagi.. 😍😍😍
Jumaat, 6 Januari 2017
Mendidik Anak Soleh
Alhamdulillah, Allah beri kesempatan lagi nak menulis di sini.. Dah lama sangat tak berkongsi tentang anak solehah lady ni.. Si Fatimah..
Tahun depan InsyaAllah Fatimah dah sekolah.. Katanya taknak sekolah, tapi difikir-fikir lebih baik hantar sekolah.. Ajar berkawan.. 😍😍😍 Ibu tak pandai lagi nak didik Fatimah, biar ibu, abi, dan cikgu sama2 didik Fatimah jadi pandai. Jadi anak soleh solehah.
Teringat zaman lady kecik2 dulu.. Ayah lady seorang yang tegas/ garang. Waktu itu, tak rasa pun diri disayangi. Bila dah besar, dah boleh fikir sendiri.. Garang tu penting untuk mendidik anak. Bukan mudah nak bentuk menjadi manusia.
Ayah lady paling pantang kalau kami makan merata-rata. Terutamanya kalau makan sambil tengok tv. Diharamkan sama sekali. Makan hanya di atas meja di dapur sahaja. Selain itu tidak dibenarkan.
Buat kerja biar sama-sama. Dari abang yang sulung sampai adik yang kecil perlu buat kerja. Yang besar buat keje yang berat, yang kecil-kecil buat yang ringan-ringan. Biar masing-masing mengerti hidup susah dan saling menghargai antara satu sama lain.
Keluarga kami bukan keluarga yang kaya. Kami makan beras hasil tanam sendiri, ikan pula ayah, tokki, abang memang suke cari ikan di tapak sawah (baruh), longkang. Jadi tidak ada masalah untuk makan, sayur mayur cari jer kat belakang rumah. Pasti ada. Tak pernah kelaparan sebab tak makan. Tapi kadang-kadang akan ada orang hantar makanan sedap-sedap. Dan waktu tu macam raya, seronok sangat. Dan kami bahagi sikit-sikit sorang. Alhamdulillah, nikmat. Kami memang dididik untuk saling berkongsi.
Kalau orang datang rumah, ayah akan arahkan kami duduk di dapur. Jangan dengar orang tua bercakap. Sebab bimbang terdengar hal-hal orang dewasa. Satu lagi sebab bimbang nanti orang nampak kami selekeh. Sebab kami tak pernah ada baju baru, yang kami pakai semua hasil pemberian orang. Dan kalau tetamu bawa buah tangan, buka selepas tetamu balik. Wajib.
Kalau pergi rumah orang, duduk di ruang tamu sahaja. Jangan berlari-lari. Duduk! Jangan makan banyak, secukupnya sahaja. Mata jangan meliar, jangan sesekali ke dapur. Bimbang tertengok makanan orang, nanti tuan rumah segan nak makan. Nak bagi kat kiter, mereka pun takde.
Petang-petang boleh main dengan kawan-kawan. Tapi sebelum azan maghrib, wajib siap mandi dan ada dalam rumah tunggu azan maghrib dan solat.
Kami seawal usia diajar mengaji, seawal 3 tahun dah ada muqaddam sendiri, umur 12 tahun dah wajib khatam Quran. Menggigil2 sambil nangis mengaji sebab mak bekeng sangat. Bagi mak, kene pandai mengaji dan pandai sekolah..
Buat kerja jangan beetangguh tangguh. Kalau bak suruh buat kene cepat2 kene buat.
Terasa hidup dalam ketakutan, tekanan. Tapi alhamdulillah kami berjaya terdidik dengan baik.
Sekarang time lady pula nak didik anak sendiri. Setakat ni Lady memang agak garang, dan kadang2 kejam. Tapi sayang. Hihi..
Semoga Si Fatimah ni jadi anak solehah.. Sebenarnya bukan mudah nak didik anak mengaji seawal usia. Ibu ketiadaan ilmu/ idea nk ajar macammana. Kagum dengan cara mak ajar anak mengaji dan mengenal ABC. Garang tegas untuk bentuk anak jadi pandai.
P/s: Fatimah dah start sekolah.. Hihi