Rabu, 8 Mac 2017

Mikrobiologist jadi Usahawan Jubah..


Anak-anak saudara iza ramai,  yang paling besar umur 27, yang paling kecik 2 bulan. Jadi iza berdepan dengan pelbagai jenis soalan dan perlu bersedia dengan pelbagai jenis dan bentuk soalan.

Soalan yang paling gemar diajukan adalah,  dulu cita-cita iza ape?  πŸ˜œ

Iza tidak begitu pandai nak menjawab dengan patah-patah kata,  maka iza akan jawab dalam bentuk tulisan berantai.  πŸ˜

Dulu waktu zaman iza muda2 dulu,  iza ada idola iza sendiri.  Ada dua orang,  Dr Fadhilah Kamsah dan Dr Syukri Abdullah.

Waktu borang UPU diedarkan,  iza tak isi terus..  Tapi iza cari cikgu kaunseling untuk bertanya.

Iza : "Cikgu,  iza nak jadi macam Dr Syukri Abdullah,  kos ape yang perlu iza isi?"

Cikgu 1 : Perguruan.

Iza : Iza 'takmboh' jadi cikgu,  kalau tak jadi cikgu tidak boleh jadi pakar motivasi ke?

Cikgu 1 : Nak jadi pakar motivasi,  perlu jadi cikgu..  Lepas tu baru boleh pilih cikgu bidang ape.

Iza : Ok..

Dan terus balik dengan borang UPU yang masih kosong.

Kemudian disebabkan tidak boleh jadi macam Dr Syukri,  kita jadi penyelidiklah.

Maka terus isi borang,  ambik Biologi..  Dan pilihan no 1 -  5 adalah di Universiti Sains Malaysia.

(waktu itu tempat rujukan sangat terhad)

Alhamdulillah dapat pilihan pertama.

Tahun kedua di USM,  perlu pilih kursus minor. Kaunseling turut ditawarkan untuk pengkhususan minor.

Waktu tu berfikir,  aku taknak selama-lamanya kerja dengan orang..  Aku nak berniaga..  Tapi kaunseling adalah minat no satu. Tapi dah terlewat..  Sepatutnya ambil sebagai major bukan sebagai minor.  Kenapa tiada dalam borang UPU?  (monolog diri)

Maka,  terus ambil Pengurusan Perniagaan sebagai minor.  Sebab waktu spm dah 'fight' ambil  akaun sebab memang cita-cita tak nak kerja bermajikan selama-lamanya.

Maka bermulalah episod menjadi sebagai seorang pelajar biologi (mikrobiologi).

Inilah perjalanan cerita sebuah cita-cita seorang iza.  πŸ˜œπŸ˜œ

Menyesal?

Tidak sesekali..  Bidang mikrobiologi adalah suatu bidang yang paling menyeronokkan.

Kita mampu melihat dan berkawan dengan sesuatu yang orang tidak boleh pandang,  sentuh,  dan lihat.  Tapi kami mikrobiologist dapat melihat malah dapat 'bersahabat' dengan mereka.

Apa yang telah kita lalui adalah ketentuan dari Allah untuk melengkapkan perjalanan kisah kehidupan di dunia.

Apakah sia-sia perjuangan menjadi seorang pelajar biologi tetapi tidak mempraktikkannya?

Tidak!  Ilmu itu menjadi benteng pertahanan kita sepanjang kita hidup. Ia ilmu untuk kita dalam menjaga orang-orang sekeliling kita.

Tindakan kita berdasarkan ilmu yang kita ada.  Walaupun tidak nampak secara kasar,  tetapi ia membimbing dan mengatur kita tanpa kita sedar.

Rugi?  Tidak!

Ilmu itu adalah sesuatu yang kita tidak nampak di mana keperluan kita. Bila kita ada, kita tahu bagaimana menggunakannya.

😁😁😁😁

8 ulasan:

  1. Betul dengan ilmu kita berani berada dimana saja.

    BalasPadam
  2. Menarik jugak kerja ni kan..

    BalasPadam
  3. ilmu itu xkan pernah jd sia sia...kecuali klu kita salah gunakan...untung belajar micro ni, sebab org lain xde peluang nak tgk...rietta sendiri xde peluang nak tgk...

    BalasPadam
  4. Menarik. Bermula dari kesah anak saudara berakhir dgn bidang ilmu. Mat saleh kata knowledge is power. Bidang sains saya memang lemah. Kalau saya ambik bailoji bermakna kertas pepereksaan saya kosong tidak bertulis.

    BalasPadam
  5. Mikrobiologi? Kak sama dengan istwri sy. Kak ingat sy lagi? Haha

    BalasPadam
  6. Kadang apa yang kita cita-citakan tak semestinya kita dapat. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita =)

    BalasPadam
  7. Hidup kita sudah ditentukan oleh ALLAH kan.
    belajar lain, kerja lain.

    BalasPadam
  8. betul. tak kira kita belajar apa, belajar & bekerja adalah dua dunia yg jauh berbeza.

    BalasPadam