Isnin, 6 November 2017

Apabila Aku Putus Cinta

Assalamualaikum.. Bagi salam pada yang sudi terjah blog ni.. Mungkin dah xde dah kot.. 😅😅😅

Tajuk kalah anak2 remaja.. Saje nak tulis tentang tajuk Cinta.. Sedikit luahan hati juga..

Aku pernah bergelar remaja.. Remaja berkerusi roda.. Cantik hanya pada rupa, tapi fizikalnya tiada.. Itu apa yang aku rasa..

Lumrah remaja ingin dicinta.. Ingin dimanja.. Tapi siapa sudi mengambil hati tuk disimpan di jiwa.. Aku sedar diri aku siapa..

Ada orang kata.. "Kalau aku orang kurang upaya.. Aku tidak akan bermimpi untuk bercinta.. Berumahtangga.."

Aku senyum sahaja, tetapi luka di hati aku yang rasa.. Sakit tak dapat dicerita.. Nanti orang kata tak sedar diri pula.. Dah kurang upaya ada rasa nk bercinta..

Jadi rasa hati aku simpan di jiwa.. Bukan tiada rasa.. Tapi itu sebaik2nya.. Eloknya aku cintai Tuhan sahaja..

Nukilan ini bukan untuk aku semata.. Tapi untuk sahabat remaja semua.. Terutama OKU.. Sebagai pedoman di jiwa..

Wahai adikku remaja belia..

Hati ini milik Dia.. Bukan milik siapa.. Bukan milik kita..

Jika kalian inginkan cinta.. Mohon padaNya.. Pemilik hati2 manusia.. Bukan mencari siapa yang kau suka untuk diberi cinta..

Orang yang engkau punya pasti Allah dah reka.. Sebab tu kau ada di dunia.. Engkau ada, pasti dia ada.. Yakin itu wahai remaja belia..

Bagaimana jodoh dapat berjumpa? Apabila engkau telah bersedia..

Sebelum engkau dapat berjumpa, doakanlah apa yang engkau mahu punya.. Dan jadikanlah engkau sebaik2nya.. Baik sifatnya.. Baik akhlaknya.. Baik hatinya..

"Ya Allah ya Tuhanku.. Berikanlah aku seorang suami yang baik.. Yang soleh.. Yang boleh membimbing aku dan zuriat2ku menjadi penghuni SyurgaMu.

Kurniakanlah aku seorang suami yang boleh membantuku dalam urusan duniaku. Engkau maha mengetahui segala kelemahan dan ketidakupayaanku.. Engkau tampungilah kekurangan aku dengan kelebihannya...

Ameeenn2 ya Robbala"lameeennn...

......

Inilah doa tiap2 kali aku selesai mengadapNya.. Inilah kata2 ulang2 yang aku bicarakan dengan Tuhanku sewaktu ditemani duka..

Allah tidak pernah alpa dengan bicara kita.. Luahan hati kita padaNya..

Dia tidak pernah zalim pada hamba yang Dia cipta.. Dia cipta kita, dia reka hati kita.. Dia beri rasa cinta..

Allahuakbar, Dia sayang pada kita.. Dia uji dengan rasa.. Sebab dengan rasa derita dapat mendekatkan diri padaNya..

Wahai adik2 remaja.. Bercinta berdua2 tiada redhoNya..

Usahkan kalian sedih jika tiada cinta manusia.. Kerana Tuhan pemberi cinta pasti akan memberi cinta jika kalian mencari  CINTA  NYA.


9 ulasan:

  1. oku juga berhak menikmati cinta kan LB...KALAU ADA AKAUN FB ADD KAK YA

    BalasPadam
  2. lamanya menyepikan diri... bila kuar semula naper sedih sgt ntry nya dik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ade adik oku yg duk sedih. Putus cinta. Iza nukil untuk tatapannya.. Spy jadi pedoman... Jd pegangan.. Cinta InsyaAllah akan datang. Sebab Allah dah tetapkan.. Huhu

      Padam
  3. Apapun yang berlaku...tabah...lauhkan dengan cara yang positif...hasilnya InsyaAllah positif juga...

    BalasPadam
  4. In Sha Allah
    ada punya tu
    jangan risau lah :)

    BalasPadam
  5. Allahu, semua manusia berhak rasa bahagia. Doa, doa & doa =)

    BalasPadam
  6. Kehidupan ini ada ujian tersendiri dan cabaran yang berbeza..

    tujuan dan maksud sama...mencari reda Allah

    BalasPadam