Jumaat, 6 Januari 2017

Mendidik Anak Soleh

Alhamdulillah,  Allah beri kesempatan lagi nak menulis di sini.. Dah lama sangat tak berkongsi tentang anak solehah lady ni..  Si Fatimah..

Tahun depan InsyaAllah Fatimah dah sekolah..  Katanya taknak sekolah,  tapi difikir-fikir lebih baik hantar sekolah..  Ajar berkawan..  πŸ˜πŸ˜πŸ˜ Ibu tak pandai lagi nak didik Fatimah,  biar ibu,  abi,  dan cikgu sama2 didik Fatimah jadi pandai. Jadi anak soleh solehah.

Teringat zaman lady kecik2 dulu.. Ayah lady seorang yang tegas/ garang.  Waktu itu,  tak rasa pun diri disayangi.  Bila dah besar, dah boleh fikir sendiri..  Garang tu penting untuk mendidik anak.  Bukan mudah nak bentuk menjadi manusia.

Ayah lady paling pantang kalau kami makan merata-rata.  Terutamanya kalau makan sambil tengok tv.  Diharamkan sama sekali.  Makan hanya di atas meja di dapur sahaja.  Selain itu tidak dibenarkan.

Buat kerja biar sama-sama.  Dari abang yang sulung sampai adik yang kecil perlu buat kerja. Yang besar buat keje yang berat, yang kecil-kecil buat yang ringan-ringan. Biar masing-masing mengerti hidup susah dan saling menghargai antara satu sama lain.

Keluarga kami bukan keluarga yang kaya. Kami makan beras hasil tanam sendiri,  ikan pula ayah,  tokki,  abang memang suke cari ikan di tapak sawah (baruh),  longkang.  Jadi tidak ada masalah untuk makan,  sayur mayur cari jer kat belakang rumah.  Pasti ada.  Tak pernah kelaparan sebab tak makan.  Tapi kadang-kadang akan ada orang hantar makanan sedap-sedap.  Dan waktu tu macam raya,  seronok sangat.  Dan kami bahagi sikit-sikit sorang. Alhamdulillah,  nikmat. Kami memang dididik untuk saling berkongsi.

Kalau orang datang rumah,  ayah akan arahkan kami duduk di dapur.  Jangan dengar orang tua bercakap. Sebab bimbang terdengar hal-hal orang dewasa.  Satu lagi sebab bimbang nanti orang nampak kami selekeh.  Sebab kami tak pernah ada baju baru,  yang kami pakai semua hasil pemberian orang. Dan kalau tetamu bawa buah tangan,  buka selepas tetamu balik. Wajib.

Kalau pergi rumah orang,  duduk di ruang tamu sahaja.  Jangan berlari-lari.  Duduk! Jangan makan banyak,  secukupnya sahaja. Mata jangan meliar,  jangan sesekali ke dapur.  Bimbang tertengok makanan orang, nanti tuan rumah segan nak makan.  Nak bagi kat kiter,  mereka pun takde.

Petang-petang boleh main dengan kawan-kawan.  Tapi sebelum azan maghrib,  wajib siap mandi dan ada dalam rumah tunggu azan maghrib dan solat.

Kami seawal usia diajar mengaji,  seawal 3 tahun dah ada muqaddam sendiri,  umur 12 tahun dah wajib khatam Quran. Menggigil2 sambil nangis mengaji sebab mak bekeng sangat.  Bagi mak, kene pandai mengaji dan pandai sekolah..

Buat kerja jangan beetangguh tangguh. Kalau bak suruh buat kene cepat2 kene buat.

Terasa hidup dalam ketakutan,  tekanan. Tapi alhamdulillah kami berjaya terdidik dengan baik.

Sekarang time lady pula nak didik anak sendiri.  Setakat ni Lady memang agak garang,  dan kadang2 kejam.  Tapi sayang.  Hihi..

Semoga Si Fatimah ni jadi anak solehah..  Sebenarnya bukan mudah nak didik anak mengaji seawal usia.  Ibu ketiadaan ilmu/ idea nk ajar macammana.  Kagum dengan cara mak ajar anak mengaji dan mengenal ABC. Garang tegas untuk bentuk anak jadi pandai.

P/s: Fatimah dah start sekolah..  Hihi

34 ulasan:

  1. ASSALAM LADY..COMELNYA ANAK2 LADY MOGA MEMBESAR SBG ANAK SOLEH YG DISAYANGI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paridah : Alhamdulilah kak.. Hihi.. Akak, anak iza sorang je. Yg tu ank2 sedare. Pinjam jap nk bg ramai. Hihi

      Padam
  2. zaman dulu2 paling best kan walaupon susah sama2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zarul Farhana : dulu susah xpnh pun rs susah. Sb ia rasa biasa, itulah kehidupan kite. Kan..

      Padam
  3. Bapa kita mungkin bukan garang tapi tegas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adam : tegas dengan kasih sayang. Terima kasih adam.

      Padam
  4. Bukan mudah mendidik anak zaman serba mencabar ni. Tapi percayalah, didiklah ank dgn solat, in shaa Allah..dan doa yg tk pernah putus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nor Azimah : InsyaAllah.. Terima kasih atas pesanannya.

      Padam
  5. Balasan
    1. Cahaya : hihi.. Tetibe dah tua kite jadi garang kan kak.

      Padam
  6. Semoga fatimah rajin belajar dan jadi anak solehah ye aminnnn

    BalasPadam
  7. salam mkcik Lady tuu., moga semua anak2 kita menjadi anak yg soleh ., amin ya robbal alaminn

    BalasPadam
  8. Almarhum bapak kakak dan almarhumah kakak jenis tak garang Lady
    Tapi syukur juga sebab kami org dedulu jegil mata mak dah takut dah tak payah dengar jerit-jerit.

    Moga kita mampu mendidik anak-anak menjadi yg terbaik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org skrg jengil nk kluo bijik mata xtakut lagi. Huhu.. Berbeza sgt2 dgn zmn dulu kan kak..

      Padam
    2. Org skrg jengil nk kluo bijik mata xtakut lagi. Huhu.. Berbeza sgt2 dgn zmn dulu kan kak..

      Padam
  9. alhamdulillah, bagus cara didikan ayah lady tu...

    BalasPadam
  10. ibu ayah kita dulu-dulu memang tegas kan. Tapi bila dah besar ni kita tau apa yang dorg nak sebenarnya..sobsob..salam kenal lady =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah ibu Zariht, bile dah besar ni baru tahu erti garang ayah.

      Salam kenal ibu zarith

      Padam
  11. zaman dulu tak sama dah.. masa bapak akak bercerita pasal kisah dia kecik2 .. kami adik beradik cakap belakang dia alah itu dulu .. .sekarang lain.. so itulah rasanya anak2 kita kalau kita nak diaorang rasa apa yang kita rasa.. zaman tak sama jadi kita yang kena ikut peredaran...

    psss lama dah tak jenguk sini.. anakpun dah besar2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman berubah.. Semoga kite masih mampu mendidik2 ank2 menjadi seorang yg soleh solehah. Terlalu byk dugaan pd zmn kite.. Huhu.. Kan..

      Aah,dh berkurun rsnye x ketemu. Huhu.. Smg ukhwh kt sntiasa bpnjgn wlpun hnya d dunia maya.

      Padam
  12. moga Fatimah & adik2 membesar mnjadi anak soleh & solehah..penyejuk mata ayahanda bonda..

    cepat sungguh masa berlalu..masa mula2 dtg ke sini, LB masih bujang, baru nk berkahwin..Alhamdulillah, dah ada 3 cahayamata..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Kan Nohas. Hihi.. Alhamdulillah.. Anak lady sorang jer akk.. Yg berkerut dahi tu ank lady si Fatimah.. Yg lain2 tu ank sedare.. Pinjam sat nk bg nmpk ramai. Hehe

      Padam
    2. Salam Kan Nohas. Hihi.. Alhamdulillah.. Anak lady sorang jer akk.. Yg berkerut dahi tu ank lady si Fatimah.. Yg lain2 tu ank sedare.. Pinjam sat nk bg nmpk ramai. Hehe

      Padam
  13. Semoga Fatimah menjadi anak solehah yang menyenangkan hati kedua ibubapa

    BalasPadam
  14. Ya kadang-kadang mendidik anak kena tegas dan garang juga.

    BalasPadam
  15. Ya benar, mendidik anak memang diperlukan ketegasan, kesabaran dan bijaksana serta keteladanan

    BalasPadam
  16. Ya benar, mendidik anak memang diperlukan ketegasan, kesabaran dan keteladanan

    BalasPadam
  17. zaman berubah cara didikan pun berubah. mcm saidina ali cakap, didiklah anak kamu mengikut zamannya

    BalasPadam
  18. sy pun agak garang dengan anak2, tapi dalam hati ada taman. hehe

    sampai anak tanya, "umi ni kenapa garang macam kak ros (cite upin ipin)?" aduiyai... πŸ˜‚

    BalasPadam
  19. Cara didikan mak ayah kita dulu penuh dengan adab... ayah saya pun garang. Tapi alhamdulillah, jadi orang juga... hehehhe 😁

    BalasPadam