Rabu, 26 November 2014

Rempah Kuah Nasi Dagang Homemade dari TokMa...

Salam semua... :) harap semua sihat alhamdulillah... Alhamdulillah masih dipanjangkan usia kita semua sehingga ke hari ini...

Baru siap buat rempah pes Kuah Nadi Dagang Terengganu..

Rempah ni TokMa sendiri yang buat.. dari air tangan orang lama...

Alhamdulillah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan..

Hanya perlu tambah santan dan ikan..

Harganya rm10 bagi 3 kilo ikan tongkol...

Sape2 nak order boleh terus wasap lady 019 900 5689.. ataupun tinggalkan no telefon atau komen je di sini.. nanti lady akn poskan bersama resepi..

Harga pos bagi sepeket rm6... :)

Rempah masih panas2.. boleh terus tempah.. klu dh hbs tokma buat lain.. kmi akn hntr rempah baru sokmo... :)

Cepat2 komen yer...

Ni gambarnye...

Abaikan keadaan dapur yer... hihihi
Baunye subhanallah.. sangat sangat sedap... yummm.. yummm.. yummm..
Mehla support business lady.. orang yang nak belajar berniaga..

Jumaat, 21 November 2014

Pesisir Pantai Marang Dibanjiri Kerang

Alhamdulillah.. rezeki musim tengkujuh.. semalam di Pesisir Pantai Marang dibanjiri oleh kerang.. xpernah pernah peristiwa macam ni berlaku..

Lady baru menjadi orang Marang, dan betul2 tinggal berhadapan dengan pantai.. Alhamdulillah.. sebelum kehadiran kerang di pesisir pantai kami, kami dilanda banjir musim tengkujuh.. setelah selesai banjir Allah kurniakan kami rezeki yang tak disangka2.. pengalaman yang sangat2 di luar jangkaan..

Kehadiran kerang menjadikan pantai kami sebagai tempat tumpuan manusia d segenap penjuru Terengganu.. rezeki untuk semua.. dikongsi2.. Alhamdulillah..

Alhamdulillah.. ade yang dapat berguni2 seorang..

Orang ramai mula membanjiri Pantai Marang semenjak dari pagi sehinggalah ke petang.. dijangkakan esok pun akan ada yang berkunjung mencuba nasib..




Puteri Zahra mengambil kenangan bersama kerang yang akan menjadi santapan kami sekeluarga nanti.. hihi 

Gambar yang lady close up.. cantik.. rugi rasa kalau tak diambil gambarnya.. sangat2 cantik.. sayang untuk dimakan.. sayang dan kasihan.. huhuhu


Kerang yang bersedia untuk direbus.. yumm yumm yumm...

Kerang yang dibakar menggunakan Rempah Ikan Bakar Tok Ma.. sedap.. sampai menjilat jari.. rasa kerang segar sangat2 enak... sukar tuk dibayangkan dengan kata2..

Sebesen sorang.. hihi.. kenduri mkn kerang.. xmkn nasi.. esok kite sambung cari... yumm yumm yumm..

Sebenarnya kutip kerang lagi seronok dari mkn kerang.. tp mkn kerang yang dikutip sendiri lagi sedap rasanya.. hihihi..

Isnin, 10 November 2014

Sireh Lovely Care

Salam semua.. warga blogger.. lady doakan agar semuanya dalam kondisi sihat dan segar semua, dipayungi dan dinaungi rahmat Allah, dimudahkan perjalan kehidupan, dan diberikan hati yang tenang dan damai.. ameeennn..

Inilah rupa Sireh yang lady jual selama ini..

SIREH LOVELY CARE
Inilah produk yang lady jual.. produk ni sepupu lady yang buat.. warisan turun temurun.. hasil rebusan daun sireh, manjakani, akar perapat, kacip fatimah dan aloe vera.. dijadikan dalam bentuk gel seperti ubat gigi mukmin..

Lady pakai produk ni semenjak lady masih gadis, dr permulaan business sampailah sekarang.. Alhamdulillah semenjak lady ank dara sampailah sekarang lady masih belum ada masalah berkaitan dengan miss v.. waktu pregnant pun bersih, xde mslh urin kotor seperti kebanyakan wanita mengandung yang lain..

Mungkin produk ni produk warisan n diproses secara tradisional, ia tiada kesan sampingan.. bagi wanita yang baru lepas bersalin amat sesuai pakai.. ia mengembalikan kesegaran dan mengecutkan kembali sistem peranakan kita.. kalau nk lbh berkesan perlu minum air rebusan daun sireh.. kesannya amat ketara, semua kotoran2 yg tersisa akn keluar, perutpun cepat kempis n kecut..

Bagi yang bermasalah lain pun boleh cube pakai, insyaAllah berkesan..

Kalau ada sahabat lady yang nk cube bolehlah tinggal komen d sini, ataupun boleh terus whatsapp lady di 019 900 5689..

Kebetulan lady mengambil bidang yg berkaitan dengan kesihatan, boleh juga kongsikan mslh dengan lady.. kalau nk tahu berkaitan cara org lm berpantang pun boleh.. mak mertua lady, tokma mmg ahli dalam bidang kesihatan secara tradisional..

Jangan segan2 hubungi lady yer.. :)

Ini antara testimoni daripada pelanggan-pelanggan kami :





Moga Allah murah dan mudahkan rezeki kalian.. kalian doakan agar Allah mudahkan dan murahkan rezeki lady yer... :)

Sayang korang semua..


Sabtu, 1 November 2014

Lawatan Ke Cameron Highland

Assalamualaikum semua... saje nak tepek gambar2 kami ke CH baru2 ni.. Gambar x cantik, tp bolehlah sebagai kenangan.. :D.. Gambar x cantik sebab orang yg pandai ambik gambar kene tolak wheel chair lady.. jenuh jugak, semua cerun-cerun.. huhuhuhu.. agak sukar bagi pengguna kerusi roda nak bergerak.. bayangkan kalau hampir 50 darjah cerunnye, mau x putus urat saraf tolak lady.. :(.. huhuhuhu..


Gambar ni diambil di Taman MARDI.. kawasan ni sesuailah untuk riadah selesa bagi pengguna kerusi roda tegar.. hihihi.. tanahnya agak rata, kalau ade cerun pun hanya antara 30 - 40 darjah.. :D.. Agak selesa berbanding tempat lain.. Bagi pengguna kerusi roda yg xde pembantu bolehlah pergi ke sini.. 


Gambar ni dekat kaunter pembayaran.. harga tiket bagi OKU percuma.. dan xde tiket diberikan... :D Lady x sempat nak snap banyak2 di sini, pegang baby.. baby kecik lady ni teruja nak tengok bunga.. di sini banyak pokok herba.. macam2 jenis herba ada.. kebanyakannya boleh dibuat ubat.. dan dibuat sayur.. :D


Yang ini taman ape nth ni.. lady xleh masuk dalam.. tanahnya sedikit becak sebab baru lepas hujan.. tapi lady pergi taman sebelahnya tu.. sangat2 sesuai tuk kerusi roda.. laluannya padan2 jer ngn kerusi roda.. :D.. amat mesra kerusi rodalah.. :).. bunga-bunga pun banyak.. tp satu pun xsnap.. rakam dalam dlm hati jerk.. :D


Inilah rupa yang tukang tolak lady.. hihihihi.. sian en asben, baju kering jadi basah.. :) walaupun cuacanya sejuk..kering basah kering basah.. hihihi.. xpe.. senaman katenyer.. :D Dari atas puncak bukit ladang teh tu, beliau tolak hingga ke bawah.. huhuhu.. jenuh.. hampir tersungkur.. huhuhuhu.. time turun ok lagi, time naik masyaAllah.. melawan graviti lagi dahsyat.. En asben naik tuk tanye pengangkutan.. tp diabaikan oleh penjaganya.. padahal kenderaan pacuan 4 roda asyik turun naik turun naik jer dr ladang teh.. huhuhuhu.. xde inisiatif langsung tuk tolong kami.. 


Si cilik Zahra rehat sebentar menghilangkan penat.. hihihihi.. sejuk.. tapi panas :P.. Waktu ni baby Zahra dah berumur setahun 4 bulan.. :) dah besar, alhamdulillah.. :).. baru dapat kaki 2 bulan, terus digunakan semaksimumnyer.. jalan2 jatuh, jalan2 jatuh.. kaki lembek.. hihihihi


Gambar ni dari lokasi yang sama berhenti rehat.. :) tangan masih menggigil waktu ni, menggigil bukan sejuk, tp menggigil disebabkan penat kayuh kerusi roda menuruni cerun dan melawan graviti.. melecet tangan.. tp puas hati, alhamdulillah.. dapat juga menghirup udara segar.. :D


Ni adik lady, sebenarnya kami pergi dengan 2 buah kereta.. 6 orang semuanya.. kami sewa apartmen Iris.. Alhamdulillah, sangat2 selesa untuk kami.. tiga bilik dengan toilet setiap bilik ada.. Juga selesa untuk OKU berkerusi roda.. :D..

Harapan lepas ni moga2 pihak Cameron Highland sediakan kemudahan tuk warga OKU.. kami pun teringin nak menikmati keindahan alam.. bagi pengguna kerusi roda, kawasan cerun amat tidak mampu untuk kami beradaptasi.. apalah sangat kudrat dari 2 tangan.. alangkah baik jika disediakan kenderaan seperti 'keretapi' orang2 tua pun boleh naik..

Taman Lavender pun lady pergi.. di sana lagi dhasyat cerunnya.. tp gambarnya xde dalam henset lg.. ade dlm kamera en asben.. :D..

Ahad, 26 Oktober 2014

Perlukah "Anak Dara" Menggunakan Pencuci Wanita???

Miss V Amat perlu untuk dijaga.. Ia adalah pintu segala PENYAKIT.. Tempat yang paling strategik dan 'KUKUH' untuk kebanyakan jenis kulat/ bakteria/ virus bertapak.. Ia merupakan laluan bagi bahan perkumuhan badan.. dan ia juga merupakan LALUAN KEMASUKAN BAKTERIA KE DALAM BADAN!

Jadi kenapa kita perlu bertangguh dan menangguh untuk menjaganya? Tidak kiralah kita anak dara, wanita dewasa, warga tua, ataupun wanita mengandung perlulah menjaga Miss V kita..

Anak dara tidak perlu membasuh Miss V!!!..

Andai tidak perlu dibasuh, mengapa zaman nenek-nenek kita menyuruh kita membasuh Miss V dengan basuhan air SIREH? Minum Air Sireh? Terutama sekali pada waktu-waktu period.. Ia adalah untuk membuang dan merangsang saraf2 bekerja dan bergiat dengan lebih aktif.. Supaya ia kuat.. Kuat bukan hanya untuk SUAMI, tetapi untuk kesihatan sendiri.. Apabila ia kuat, ia akan kuat melawan segala jangkitan, kuat mengeluarkan segala kumuhan badan termasuklah Keputihan..

Sistem dalaman wanita sangatlah unik.. ia mampu melawan pelbagai jenis penyakit dengan sendirinya.. tapi bersyarat.. Jika ia kuat ia akan mampu, tetapi jika ia lemah ia sendiri akan musnah..

Sireh merupakan sejenis tumbuhan yang mampu membunuh bakteria dan kulat dengan sifat semulajadinya yang antifungus/antibakteria.. Ia juga merangsang sel-sel saraf untuk kuat..

Vagina terdiri daripada gabungan dan lipatan otot-otot tebal yang boleh bergerak persis peristalsis. Proses pembuangan kumuhan seperti keputihan berlaku dengan jayanya apabila otot2 ini mampu bergerak dan membuang segala sisa-sisa buangan tersebut melalui pembukaan faraj.

Kelemahan dan kekuatan dinding vagina kita bergantung kepada corak pemakanan kita sekarang dan cara kita membersihkannya..

Kalau anda sayangkan sistem anda, sudah pasti anda akan menjaganya sebaik mungkin.. jangan bertangguh untuk menjaga.. Jika penyakit sudah bertapak, ia tidak mampu lagi untuk berpaling.. selagi ia sihat.. jagalah ia dengan sebaik-baiknya..

Produk kami berunsurkan SIREH, MANJAKANI, AKAR PERAPAT, KACIP FATIMAH, ALOE VERA.. InsyaAllah ia sesuai untuk digunakan sebagai pencuci dan penguat dalaman wanita bagi sesiapa sahaja.. Juga boleh digunakan untuk lelaki..

Anda Cuba, Anda tahu PERBEZAANNYA..

PM saya untuk sebarang pertanyaan tentang produk kami, warisan zaman berzaman..

WHATSAPP >>>>>>>>>>>>> 019 900 5689
WHATSAPP >>>>>>>>>>>>> 019 900 5689
WHATSAPP >>>>>>>>>>>>> 019 900 5689


p/s : Maaf korang kerana sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di sini, agak busy dengan business rempah yg masih teroleng2.. Sekarang lady cube jual produk SIREH plak.. kalau sesape berminat bolehlah whatsapp lady yer.. :D 

Rabu, 7 Mei 2014

Rempah Ayam Madu TokMa

Salam semua.. Maaf sudah sangat2 lama tidak menjengah blog ni.. sejak januari 2014 lady x berkunjung ke sini.. kalau entry yg publsih tu lady set autopublish.. sangat2 rindukan kalian dan blog ni.. Sangat2 rindukan LadyBird's Life..

Sekarang ni kehidupan "ladyBird" totally berubah.. bermula Januari 2014.. Lady mendapat cabaran dari suami lady untuk menjadi usahawan.. dan tanggal 23 January 2014, secara rasminya lady bergelar usahawan.. Usahawan Rempah TokMa..

Kalian nak tengok Repah TokMa? Masih dalam permulaan.. maka xla secantik rempah2 yang orang lain punye.. lady jual secara online.. Alhamdulillah.. berhasil walaupun sedikit :)..

Tada... Inilah rupenyer :

Ini rupe Rempah Ayam Madu TokMa.. :D.. Pekat, Melekat, Memikat.. Lady hasilkannya berdasarkan resepi warisan orang lama.. Resepi ibu mertua iza.. rasanya masyaAllah, sangat2 hebat.. kalu xcayer marilah cube sekali.. cube order, lady cube pos.. hehehehe


Ini hasil masakan dari client kami.. Beliau menggunakan rempah kami untuk menghasilkan masakan Ikan Sweet Sour.. beliau kata sangat2 menyelerakan.. :D.. Sebenarnya repah kami ni bukan sekadar untuk buat ayam madu, malahan boleh dibuat pelbagai jenis resepi masakan.. jap lady nak upload lagi :D


Ayam Masak Paprik :D.. just letak Rempah Ayam Madu TokMa, serta bahan2 tuk dibuat paprik ayam.. rasanya sangat2 hebat.. xtahula nak bagitahu macammana, lady pun kagum dengan rempah orang-orang lama ni.. 


Yang ni plak, daging masak paprik.. kalau dibandingkan ayam dengan daging.. rasa daging lebih enak.. :D..


Daging masak paprik lagi.. yg ni cleint kami yang masak :D.. nampak sedap kan? sememangnya sedap.. Maybe berkat doa TokMa jugak kot yang menjadikan rempah ni berjaya.. :D Alhamdulillah... :D


Inilah ayam yang dibakar menggunakan Rempah Ayam Madu TokMa.. :D.. berkilat kan? kami xletak bahan pewarna mahupun bahan pengawet.. segar2 dari ladang.. :D


Yang ni sutong yang dibakar .. kalau nak gune untuk membakar makanan laut, kene modified sikit.. perlu ditumis dahulu dengan menambah sedikit belacan dan asam keping.. :D..

Setakat ke hari ini, iaitu baru 5 bulan beroperasi, kami telah mempunyai agen d klang, penang, dan di sekitar trg.. kalau kalian nak order bolehlah :D.. Juga boleh didapati di kedai2 sekitar bandar Ktrg, dan di Sabasun Hyperuncit yng terletak di Bandar Ktrg. 


Sekarang ni berada di Klang sempena Jualan Amal Talasemia di Hospital Klang bermula dari 5 Mei dan berakhir pada 9 Mei 2014. Kalian boleh berkunjung ke sana yer :D

Khamis, 6 Februari 2014

Rahsia Kaabah


Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.


2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.



3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.



4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.



5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.



6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.



7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.



8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.



9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.



10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.



11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.



12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.



13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.



 14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.



15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Selasa, 4 Februari 2014

Posisi Tidur Yang Baik Dan Yang Buruk

Posisi tidur yang baik adalah posisi tidur yang selalu dipraktikkan oleh Rasulullah saw. Abu Qatadah meriwayatkan yang bermaksud:

"Jika Nabi hendak tidur di malam hari, baginda berbaring menghadap ke kanan."

[Tirmidzi, Muslim, Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Hakim]


Berbaring menghadap ke kanan, itulah posisi tidur yang dipraktikkan oleh Rasulullah saw. dan dinasihatkan supaya diikuti oleh umat baginda.

Ia adalah langkah perubatan paling berkesan mempercepatkan cairan lendir mengalir ke kerongkng. Salur kerongkong sebelah kanan berkeadaan sedikit condong sehingga memudahkan pembuangan bendalir buangan melalui rongga kerongkong.

Manakala salur kerongkong sebelah kiri berkeadaan tegak lurus, menyulitkan pembuangan bendalir buangan ke atas dan menyebabkan bendalir terkumpul di bahagian bawah dan menyempitkan saluran kerongkong di dalamnya.

Akibatnya sering membuang kahak di waktu pagi.. Masalah ini akan menyebabkan pelbagai penyakit muncul seperti bisul pada paru-paru dan penyakit ginjal. 

Maka, marilah kita sama-sama amalkan tidur secara sunnah, mengiring ke sebelah kanan. Walau bagaimanapun, sesekali kita boleh mengiring ke sebelah kiri sekadar untuk keperluannya sahaja. 

Jika tidur di sebelah kiri secara berterusan, boleh menyebabkan jantung sebelah kanan yang saiznya lebih besar dari sebelah kiri terhimpit dan ini akan melemahkan fungsi jantung.

Perut yang penuh juga boleh menyesakkan jantung dan akan menambahkan tekanan pada organ tersebut. Hati juga akan menerima tekanan disebabkan saiznya yang besar dan berat dengan kedudukan di sebelah kanan.

Perjalanan makanan dari perut menuju usus mengambil masa 2.5 - 4.5 jam jika kita tidur secara mengiring ke sebelah kanan, manakala jika mengiring ke kiri ia akan mengambil masa 5-8 jam.

Posisi tidur yang buruk adalah adalah tidur telentang dan tidur meniarap. 

Tidur telentang jika untuk beristirehat dan hanya untuk suatu tempoh yang singkat tidak akan mendatangkan mudarat.

Tidur telentang akan menyebabkan masalah pernafasan. Ini kerana mulut akan terbuka dengan sendirinya akibat tindak balas tulang rahang bawah.

Pernafasan dalam posisi tidur telentang berisiko untuk diserang radang selaput lendir di hidung dan kerongkong (selsema), di samping akan menyebabkan kekeringan gusi yang disebabkan oleh radang gusi dan mengakibatkan pembengkakan gusi.

Dalam posisi tidur seperti ini, gerakan rahang bawah dan ovula akan berlawanan dengan celah rongga belakang hidug dan menghalang aliran pernafasan dan menyebabkan masalah dengkuran.

Selain tidur telentang, tidur meniarap juga merupakan kaedah tidur yang salah. Ketika seseorang tidur meniarap, dalam beberapa saat akan berlaku sesak nafas disebabkan bebanan tulang punggung penghalang dada untuk bernafas dengan sempurna. 

Keadaan ini menyebabkan terjadinya lekukan pada urat leher belakang dan pergeselan organ dengan tempat tidur sehingga mendorong terjadinya sex by self. Selain itu, kesukaran untuk bernafas akan mengakibatkan masalah lelah.

Berlaku peningkatan angka kematian sebanyak tiga kali ganda terhadap kanak-kanak yang tidur meniarap berbanding dengan tidur mengiring.  

[Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit] 

Ahad, 2 Februari 2014

Manfaat Solat Bagi Kesihatan Tubuh


Salah satu kepentingan solat adalah dapat menjaga kesihatan tulang dan sendi. Hal ini disebabkan dengan melakukan solat, seseorang telah menggerakkan tubuhnya sebanyak lima kali sehari sehingga aliran elektrik dalam tulang tidak akan berhenti atau berkurang.

Serta sel-sel yang membentuk dan menguatkan tulang akan sentiasa diperbaharui. Gerakan solat yang dilakukan setiap hari dapat menguatkan dan menegakkan tulang dan juga sendi. 

Ketika tubuh membongkok untuk gerakan rukuk, paru-paru akan terbuka dan menyebabkan darah mengalir dengan sempurna.

Dalam posisi sujud, darah mengalir lancar menuju paru-paru. Dalam keadaan rukuk dan sujud, darah mengalir ke seluruh bahagian paru-paru dan kemudiannya oksigen dimasukkan untuk mengganti karbon dioksida. 

Fakta paling penting adalah, apabila posisi tangan sedang bertakbir ia akan memudahkan proses pengosongan udara sehingga paru-paru boleh mendapatkan oksigen dengan lebih banyak untuk dialirkan ke seluruh bahagian tubuh oleh darah.

Menundukkan kepala sehingga lebih rendah dari paru-paru memberikan impak besar terhadap peningkatan fungsi otak. Keadaan yang dilakukan beberapa kali sesuai dengan jumlah rakaat solat akan memelihara sel pembuluh darah ke otak.

Terdapat satu kajian membuktikan bahawa terdapat beberapa saraf manusia yang tidak dimasuki darah padahal setiap inci otak memerlukan darah untuk berfungsi secara normal. Saraf tersebut hanya akan dimasuki darah apabila berkeadaan sujud. (kajian dr. Fidelma yg akhirnya memeluk Islam)

Gerakan otot ketika solat dapat mengaktifkan urat menjadi kuat serta dapat mengurangi dan mencegah penyakit jantung, paru-paru, penyakit hempedu, asma, kegemukan, diabetis, reumatik dan lain-lain.

p/s: Sel kanser menyerang paru-paru disebabkan oleh kekurangan oksigen.

[Buku Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit, m/s: 70]


Khamis, 30 Januari 2014

Khasiat Lemon


Lemon atau nama saintifiknya Citrus limon merupakan buah yang kaya dengan vitamin C. Jus lemon manis sangat efektif dalam mengubati penyakit kembung dan muntah-muntah. Ia juga berkesan untuk menurunkan risiko penyakit-penyakit kelamin.

Ini disebabkan ia bertindak membunuh kuman dan bakteria, sekaligus mempertingkatkan daya tahan badan.

Elemen-elemen alkali yang terdapat dalam lemon manis boleh mengurangkan paras asid dalam perut. Elemen seratnya pula sangat berguna untuk menyembuhkan sembelit.

Jus lemon manis juga memberikan khasiat bagi tubuh di dalam merangsang nafsu makan dan mampu membaiki kerosakan yang dialami oleh sistem pencernaan dengan cepat.

Di antara zat yang terdapat pada buah lemon ialah potasium, kalsium, dan fosforus. Pengambilan segelas jus lemon setiap hari terutama pada waktu pagi dapat meningkatkan kesihatan badan.

Manfaat lain jus lemon untuk kesihatan ialah :-

♥ Menyembuhkan dan meredakan penyakit influenza, malaria dan masuk angin
♥ Bersifat antibakteria
♥ Meneutralkan kandungan gula dalam darah
♥ Baik untuk saraf dan jantung
♥ Menurunkan tekanan darah tinggi
♥ Memelihara kesihatan gigi dan tulang
♥ Menyembuhkan penyakit pada ginjal dan kerosakan pundi kencing

Tips Memilih Lemon

Lemon yang baik mempunyai kulit yang kuning, nipis, dan isi buahnya berwarna kuning muda. Pilihlah lemon yang keras dan berat. Jika ingin menyimpannya selama lebih dari empat hari, maka simpanlah buah lemon ini di dalam peti ais.

Selasa, 28 Januari 2014

Resepi Meehun Rebus Special LadyBird

Salam korang.. hehehe.. petang tadi lady masak Meehun rebus special.. Tak pernah buat pun sebelum ni, tapi alhamdulillah menjadik.. :D..

Nah ko, seperiuk hampir penuh.. hehehe, alang-alang buat biar tahan lama.. :P.. petang sampai pagi keesokan harinye baru habis :P.. hehehehe
Ta daa.. meehun rebus special sedia untuk dimakan.. :D.. sedap sampai menjilat sudu.. hehehehe.. yang paling sedap telur tu :D.. 

Resepi Meehun Rebus Special LadyBird:

1. Meehun - direndam air panas dan ditoskan
2. Bawang merah dan bawang putih - dimayang nipis2..
3. Ayam yang ipotong kecil-kecil
4. Air
5. Lada Hitam
6. Sayur
5. Fish ball (kalau buat sendiri fish ball lagi sedap, gentel2 ikan yang ditumbuk lumat dan dimasukkan ke dalam sup)
7. Telur
8. Garam/ Gula
8. Perasa yang dibenarkan
9. Secubit belacan

Cara-Cara

1. Panaskan minyak, masukkan secubit belacan dan digoreng sehingga belacan garing.

2. Masukkan bawang putih dan bawang merah dan ditumis sehingga naik bau.. kemudian masukkan gula. Kacau sehingga gula cair kemudian masukkan ayam dan tunggu seketika.

3. Masukkan air secukupnya, dan biarkan menggelegak. Apabila menggelegak, kecilkan api dan masukkan telur satu persatu sehingga telur masak. Bilangannya bergantung kepada berapa ramai yang nak dihidangkan.

4. Apabila yakin telur telah masak, masukkan semua perasa yang anda ingin masukkan, jangan banyak2 nanti terlebih rasa x sedap.

5. Masukkan sayur dan tutupkan api.. Sedia untuk dihidangkan. :D..

p/s: sejurus selepas masukkan sayur terus tutup api yer.. kalau x jadilah mcm tomato lady tu.. habis mati semua nutrien..

Ahad, 26 Januari 2014

Lobak Merah - Bagus Untuk Sistem Untuk Pencernaan


Menurut kajian dan pemerhatian, lobak merah mengandungi unsur karoten yang mampu mencegah kanser.

Dengan pengambilan 200 ml jus lobak merah setiap hari terutamanya pada waktu pagi sebelum sarapan akan membantu di dalam memelihara kesihatan usus besar.

Di antara zat yang terdapat pada lobak merah ialah potasium, kalsium dan fosforus.

Manfaat lain jus lobak merahterhadap kesihatan ialah :-

♥ Membantu kesihatan mata
♥ Mencegah kanser peparu
♥ Menurunkan kadar kolesterol darah
♥ Meningkatkan daya ketahanan badan
♥ Baik untuk penyakit arthritis (radang sendi) dan sakit urat
♥ Meneutralkan paras gula dalam darah

Tips Memilih Lobak Merah

♥ Pilihlah lobak merah yang keras, halus, segar dan berwarna oren cerah.

♥ Pastikan tidak memilih lobak merah yang sudah lembik, lembut dan berkerut. Semakin cerah warna lobak tersebut semakin banyak kandungan vitaminnya.

Rujukan : Buku Mengatasi Masalah Penghadaman Dengan Jus Buah-Buahan
Tulisan Dr. Ap. Bangun, MHA dan Nuni Dalina M. Jamaluddin

Isnin, 20 Januari 2014

Pisang - Bagus Untuk Sistem Pencernaan

Ihsan Google
Salam semua.. Jom kite perbanyakkan makan pisang.. Banyak khasiatnya..

Pisang mempunyai banyak khasiat dan enak pula rasanya. Ia mampu menjadikan permukaan sel perut lebih kuat dalam menahan cecair yang merbahaya atau toksin.

Buah ini dapat menstimulasikan perkembangan sel sel di dalam perut yang baru dan mengeluarkan lapisan pelindung berlendir yang mana akan dapat menyelubungi permukaan perut dengan cepat.

Oleh yang demikian, pisang dapat mencegah kerosakan yang berterusan yang disebabkan oleh asid hidroklorik dan pepsin atau asid perut.

Di antara zat yang terdapat pada pisang ialah potassium, magnessium, dan fosforus.

Jus pisang diambil sehari sekali pada waktu malam sebelum tidur. Untuk menyediakan segelas jus pisang, gunakan dua biji pisang yang bersaiz sederhana. Jenis pisang yang digunakan sebaik-baiknya adalah pisang embun.

Manfaat lain pisang untuk kesihatan ialah :-

♥ Menurunkan kolesterol darah
♥ Menurunkan tekanan darah
♥ Baik untuk darah dan jantung

Tips Memilih Pisang

♥ Pisang yang masih hijau atau muda boleh diperam untuk menjadikannya matang dengan menyimpannya dalam suhu bilik.

♥ Namun jika ingin segera memakannya, pilihlah pisang yang sudah masak. Jangan memilih pisang yang sudah terlalu ranum.

Sabtu, 18 Januari 2014

Bahaya Hubungan S*** Oral

Tahukah anda bahawa hubungan S*** Oral boleh menyebabkan kanser mulut?


S*** Oral merupakan salah satu cara memindahkan virus jenis Human papillomavirus (HPV) iaitu virus penyebab kanser serviks yang boleh menyebabkan kanser mulut.

Berdasarkan kajian, sepuluh tahun terakhir ini jumlah pengidap kanser mulut melebihi pesakit kanser testis dan kanser serviks.

Kebanyakannya pesakit berusia bawah 45 tahun, iaitu pada usia tahap s**sualitinya sedang memuncak.

Lapisan mulut manusia merupakan organ yang mempunyai lapisan jaringan halus dan kurang elastis.

Mukosa atau jaringan halus pada bibir mudah terluka mengakibatkan bakteria dan virus senang membiak.

Di samping itu, mulut dan bibir sering mengalami pecah-pecah yang mengundang bahaya seperti penyakit klamidia, herpes genitalis, gonore, hepatitis B, HIV dan HPV.

[Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit : 61]

p/s : Terdapat banyak penyebab yang boleh menyebabkan kanser mulut.. antaranya seperti dalam gambar yang lady attach kat bawah :


Menuju Ke Alam Abadi

Salam semua sahabat ladybird's life.. rase x bersemangat jer hari ni.. tetibe je raser sayu sangat2..

Lady baru tahu kawan sekampus lady meninggal pada hari Selasa baru-baru ni.. tu pun lady tahu melalui blog Cikgu Tehr.. Kawan lady tu pemilik blog Kisah Dari Hati. Mazila.. Bila lady kol eila, adik dia angkat dan bagitahu lady eila dah meninggal.. huhuhuhu lady xtanye bagaimana dan mengapa sebab environment macam x mengizinkan.. bunyi kekalutan masih ader.. lady pun menggigil tuk tanye banyak2.. sebab antara percaya dengan tidak..

Jodoh, Ajal, Maut itu rahsia Allah.. tiada siapa yang tahu.. kite ni, entahkan esok entahkan luser dipanggil pergi.. :(.. sedih dan takut bila membayangi saat-saat kematian datang menjemput.. :(


Jom sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Mazila.. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan insan yang terpuji.. insyaAllah.. ameeeeennn..

Beliau sangat-sangat baik orangnye.. :( sukar tuk menemui insan sebaik itu..

Rabu, 15 Januari 2014

Tomato - Bagus Untuk Sistem Pencernaan


Kandungan zat besi yang terdapat di dalam buah tomato mudah dicernakan sehingga dapat diserap keseluruhan zatnya oleh sistem pencernaan kita. Manfaat jus tomato adalah terhadap pencernaan adalah di mana ia bertindak membersihkan perut dan usus, menyembuhkan sembelit, kembung perut dan buasir.

Tomato merupakan sumber vitamin C dan vitamin A. Di antara zat yang terdapat pada tomato ialah potasium, fosforus, dan magnesium. Jika ia dimakan mentah, tomato ini turut membekalkan sejumlah besar vitamin E.

Ia seeloknya disimpan dalam suhu bilik, agar buah tomato yang belum cukup masak itu, masak dalam keadaan semulajadi. Jika tidak menggunakannya dalam jangkamasa beberapa hari, simpanlah di dalam peti sejuk.

Tomato hanya mengandungi sedikit sahaja lemak dan merupakan buah yang serbaguna, baik dalkam penggunaan dalam masakan berlauk seperti kari atau juga sebagai pelengkap untuk salad, jus, dan sup. Amalkan meminum jus tomato setiap pagi sebanyak satu gelas.

Manfaat lain jus tomato terhadap kesihatan ialah :-

♥ Meneutralkan kandungan gula dalam darah
♥ Mengurangkan risiko kanser prostat
♥ Mencegah penyumbatan usus
♥ Membantu membuang lemak
♥ Meningkatkan daya tahan tubuh

Tips Memilih Tomato

♥Pilihlah tomato yang segar, mempunyai bentuk yang elok (bulat), berkilat, bebas dari calar atau busuk dan berwarna merahm uda (tidak kusam).

♥ Disarankan membeli tomato yang masak secara semulajadi dan bukannya diperam.

Selasa, 14 Januari 2014

Kenapa Berkerusi Roda?

Salam korang... hehehe.. Tajuk xleh blah.. hehehe.. xpernah buat tajuk macam ni.. :P.. Dulu2 kalau yg bace blog lady dulu2 mesti korang dah tahu kehidupan lady byk masalah.. sebab byk entry lady seolah2 seperti entry motivasi atau luahan perasaan.. tp x nukilkan kepada permasalahan sebenar.. hehehe..

Nukilan lady biasanya hanya berbentuk sipi-sipi.. hanya kiasan luaran.. sebab bagi lady kalau diingt2 memang sangat2 parah.. kalau ditulis, nanti baca balik dan balik.. pasti lambat sembuh.. sebab itu lady x tulis secara telus.. lagipun nanti seolah2 seperti menagih simpati org.. tu yg lady malu nak tulis.. dan waktu tu mungkin lady masih belum dapat menerima keadaan lady sebenar.. belum dapat menerima suratan sebagai kenyataan.. hehehe.. macam poyolah sangat..

Maka lady bersembunyilah di sebalik blog ladybird ni.. menyembunyikan diri dengan hati yg sepi.. sob3x.. menukilkan kenyataan hidup dengan dunia sendiri.. hehehehe..

Entry ni dihasilkan rentetan daripada entry yang lady citer lady ke KL tu.. hehehe.. disebabkan ade yg tanye lady sakit ape.. maka lady nak jawablah dalam entry ni.. x sedih pun sebenarnye.. sebab tu boleh tulis.. :P.. 

Lady sebenarnye jatuh sewaktu lady berusia dalam 6 tahun gitu.. lady jatuh dari atas tempat salaian mak lady.. kebetulan time tu ade tiang kat bawah tu dan bucu tiang tu terkena leher lady.. maka menyebabkan kecederaan pada C3 dan C4.. hakikatnya kecederaan di situ boleh menyebabkan kematian/ lumpuh seluruh badan.. hehehehe.. dan lady lumpuh seluruh badan, alhamdulillah tak mati.. kalau mati x wujudlah blog ni.. hihi~..

Disebabkan itu, lady terlantarlah di hospital.. berapa lama pun lady x pasti.. tetapi time tu nak bukak mata ngn tutup mata pun lady x mampu.. terlalu sukar tuk menggerakkan kelopak mata.. tetapi sesape yg bercakap ngn lady, berbicara ngn lady, mengutuk lady, mengata lady lady faham dan hanya sekarang (bila lady dewasa) baru lady ingat.. ingatan lady slow2 baru boleh ingt balik ape yg berlaku dan boleh cerita balik.. kalau dulu org tanye kenapa, lady x mampu jawab sebab x tahu.. x ingat.. hehe..

Alhamdulillah, setelah banyak usaha ibu ayah lakukan, banyak masa dan duit dihabiskan.. lady mampu bergerak perlahan-lahan.. dan sampailah lady berjaya menggunakan tongkat untuk bergerak.. dan sekarang selepas bersalin lady pakai kerusi roda sebab badan tak kuat lagi tuk meneruskan usaha untuk berjalan secara normal.. kalian doakan ek.. hehehe..

Sepanjang kehidupan lady lalui.. dulu lady sangat2 sedih nak lalui.. sebab setiap fasa kehidupan lady banyak dugaan dan rintangannya.. tapi sekarang bila dah dewasa.. bila difikir2kan balik ia bukanlah suatu rintangan.. tapi jalan yang berliku tuk dapatkan sesuatu yg lebih baik.. :D


Inilah rupa lady sekarang.. sekarang dah boleh pakai tongkat balik.. cuma kalau pakai tongkat susah nak pegang baby.. hehehe.. 

Sekarang masih dalam usaha tuk berjaya berjalan secara normal.. tanpa tongkat dan tanpa kerusi roda.. 

Mampukah ek? Mampu atau tidak, usaha masih dan sedang dijalankan.. lady berserah pada Allah.. 

Cuma sekarang lady berharap sangat suami lady tabah menjaga lady.. bila fikir2 sangat2 takut tuk rasa kehilangan ape yag dimiliki sekarang.. 

Full Stop. 

Hehehe, bimbang tuk meneruskan, nanti jadi sebuah entry sedih :P.. xda sedeh2.. hehehehe..

Ahad, 12 Januari 2014

Jalan-Jalan Ke Kuala Lumpur

Salam.. :D Apa khabar semua? 
Entry ni dah lama nak di-publishkan.. tapi segan nak publish.. hehehe.. :P..

Waktu cuti bulan Disember ritu, lady mengambil kesempatan berkunjung ke KL.. hehehe.. mcm x pernah g kl jerk :P.. dulu2 je gi kl, time muda2 dulu.. sekarang dh lama x gi.. siap nak gaduh2 lagi ngn en hubby sebab nak sangat pergi kl :P.. 

Maka kami pergilah ramai2.. lima buah kereta semuanya.. hehehe.. keluarga moklong, keluarga cik kin, keluarga cikla, keluarga pok iju, dan keluarga ciksu (lady la tu).. hihihi~ 

Tak pergi mane2 pun sebenarnye, hanya gi Pavilion, Sogo, Low Yat.. pas tu gi makan2 jerk.. Kami pergi selama 3 hari 2 malam.. :D.. 

Ini antara gambar yang lady masukkan di sini untuk kenangan kami sekeluarga.. 1st time lady masukkan gambar keluarga lady dalam blog LadyBirs' Life ni.. :D

Ini gambar hubby, Adly (anak sedare) dan baby lady.. si kecil Zahra.. :D..
Berposing sakan kat pokok ape ntah tu.. comel jerk lady tengok.. tu yang lady suh mereka duk tercongok di situ :D
Hehe, tadaaaa... inilah lady.. si kecik lady.. Lady pakai kerusi roda sebenarnya.. tapi time gambar ni diambil lady duk atas katil.. :P.. hehehehe.. Nantilah suatu hari nanti lady upload gambar lady atas wheelchair lak :D.. Lepas ni kalau korang terserempak ngan lady lehlah tegur2 ek.. 
Korang nampak tak budak kecik pakai baju merah tu.. :D.. Budak ni lady jumpe kat Sogo.. Ntah macammana die ternonong2 pergi tegur lady tunjuk baju lady same kaler ngan baju die.. hehehe.. comel jer telatahnya.. berani dan cerdik..  Namanya ape ntah, lady lupe..
Peace.. hihi.. comel x sayer? Ni lah Adli yang menemani lady sepanjang lady menjadi 'ciksu'.. Umurnya baru 6 tahun.. Alhamdulillah.. Sekarang ni Adlilah yang jadi 'Abang' kepada Baby Zahra..  
Lady suke pemandangan dari sini.. Nampak kemeriahannya.. Time ni x ramai lagi orang datang.. pagi lagi.. lepas lady dah nak balik baru penuh orang berpusu2.. Agar sukar tuk lady bergerak menggunakan kerusi roda bila kawasan padat dipenuhi orang.. tapi alhamdulillah masing2 alert..
Gambar adik ngan Abi.. :D.. tadi gambar adik ngan ibu.. :D.. jadi muka adik persis sape ek.. abi ke ibu? :P..
Adli berkenan dengan kuda ni sebab comel.. Dia nak duduk atas kuda tu, tapi kuda tu kecik sangatlah tuk adli :D.. hihihihi
Habislah putus telinga kuda Adli gigit.. :D..
Yang ini namanya Nana, sepupu Zahra.. Anak Maklong.. hihihi.. Comelkan si Nana ni.. Baru tingkatan 2 ni.. :D
Ni kasut yang lady berkenan, yang oren kat tengah tu.. tapi lady dah beli kasut lain, maka kasut ni xleh belilah.. nak buat ape beli kasut banyak2.. lady suka beli kasut selepas kasut yg lady pakai rosak.. :D..
Ini je lah hasil lady g KL ritu.. hihihi.. lady nak sangat gi kat Petrosains, tapi x berkesempatan.. walaupun dah berkali kali pergi tapi lady tetap nak pergi jugak.. :D.. InsyaAllah lain kali kalau pergi lagi lady akan ke sana bawa baby zahra.. :D