♥ Cara penyembelihan haiwan ternakan dalam Islam walaupun nampak kejam dari kaca mata barat kerana menggunakan pisau yang tajam untuk menyembelih leher haiwan secara terus, tetapi ternyata ia mempunyai banyak kelebihan dan menghasilkan daging yang lebih selamat untuk dimakan.
♥ Cara sembelihan Islam adalah dengan memotong vena jugular, arteri karotid, trakea dan esofagus supaya darah dapat dikeluarkan dengan cepat dan banyak sekali.
♥ Orang Barat mendakwa cara sembelihan mereka dapat mengurangkan rasa kesakitan binatang. Walau bagaimanapun, dakwaan mereka ini ternyata salah berdasarkan kepada kajian perbandingan kedua-dua cara sembelihan yang dijalankan secara saintifik di Jerman.
Hasil Kajian Perbandingan:
♥ Cara sembelihan Islam menghasilkan daging yang bersih daripada darah kerana semua darah disalurkan keluar dengan cepat. Manakala cara sembelihan Barat menyebabkan terdapat darah beku di dalam daging sebanyak 45% yang mana ini adalah berbahaya apabila dimakan, terutamanya kanak-kanak.
♥ Cara sembelihan Islam, pada 3 saat pertama, haiwan yang disembelih tidak berasa sakit kerana lehernya dihiris dengan cepat menggunakan pisau yang tajam.
♥ Pada 3 saat berikutnya, haiwan yang disembelih tidak sedarkan diri kerana semua darah keluar dengan cepat dari badan.
♥ Selepas 6 saat, haiwan yang disembelih tidak berasa sakit langsung kerana hampir semua darah telah keluar dari badan.
♥ Dalam masa yang sama, jantung masih lagi berdenyut, dan dengan denyutan ini darah yang berbaki ditolak keluar lagi dari badan. Dan ini menghasilkan daging yang bersih daripada darah dan ia selamat untuk pengguna. Sebaliknya cara penyembelihan Barat menyebabkan haiwan berasa sakit kerana proses kematiannya mengambil masa yang lebih lama dan darah sempat membeku dalam daging.
Begitulah cara sembelihan Islam yang diamalkan. Dengan hasil kajian ini, maka tertolaklah dakwaan Barat bahawa cara sembelihan Islam adalah kejam, walhal cara sembelihan mereka lebih kejam kerana menyakitkan haiwan yang disembelih.
Pengertian Bangkai:
♥ Binatang Yang Dicekik
♥ Binatang Yang Dipukul
♥ Binatang Yang Jatuh Dari Tempat Tinggi
♥ Binatang Yang Ditanduk
♥ Binatang Yang Dimakan Binatang Buas
Rujukan: Buku Allah Doktorku, Wahyu Ubat Penyakitku
11 ulasan:
Alhamdulillah
jadi tambah ilmu
Tak berasa pula sebentar lagi idul kurban yaa ☺️. Saya percaya cara Islam lebih bagus, tp memang saya cukup sekali menonton sembelihan kurban, saat msh kecil. Setelah itu macam trauma, dan sampai skr tak pernah mau lihat lagi. Tiap berkurban, saya hanya minta petugas tolong uruskan hewan kurban saya , tapi jangan kirim foto apapun ke saya. Tak sanggub melihatnya.
Terima kasih atas perkongsian, x lama lagi raya korban kan...nanti akan banyak keluar pertikaian dari orang bukan islam..tiap- tiap tahun macam tu..
Tiada yang dapat menandingi aturan Allah. Pasti ada hikmahnya kaedah penyembelihan Islam.
tq for sharing...tp bila time hari raya korban..tgk lembu dikorbankan ..sayu
Setiap peraturan Allah tu pasti ada hikmahnya. Kita sebagai hambaNya kena terima dan percaya yang semua dari Allah tu untuk kebaikan kita dan makhluk ciptaanNya.
thanks for sharing info
teringat masa sekolah dulu
ustaz dok tadabbur pasal ayat 5 surah al-maidah fasal sembelihan dan jenis2 haiwan yang dikatakan bangkai tu mcm mana dan mcm2 lagi.
lebih seminggu kot ustaz dok share sbb dlm 1 ayat tu, banyak dia punya ''çabang' tadabbur...
so setiap kali baca ayat 5 surah ni pasti terngiang-ngiang kata ustaz
;-)
syukran for sharing..setiap perkara yg Allah tetapkan ada hikmahnya..Allah Maha Mengetahui..
Cara sembelihan Islam memang terbaik dan sepatutnya dipraktis oleh semua umat manusia
subhanallah indahnya islam
Catat Ulasan