Ahad, 19 Mei 2024

Satu-Satunya Bapa Saudara Yang Ada Belah Ayahanda Ibrahim

Assalamualaikum kepada semua.. Semoga Allah kabulkan doa kita supaya Palestin kembali MERDEKA.. Ameeennn... 😓😓😓

💖 Ini Ahmad Bin Abdullah..

💖 Adinda kepada Ayahanda Ibrahim Bin Abdullah..

💖 Ayahanda mempunyai 3 orang adik beradik sedarah sedaging dan seorang adik susuan iaitu Salmah Binti Jusoh (Arwah Mek Allow)

💖 Adik beradik arwah ayah semuanya dah tiada, yang sulung namanya Awang Bin Abdullah (meninggal sebelum Ibu dilahirkan atau sebelum tokki berkahwin) 

💖 Yang di ingatan hanyalah arwah Mek yang bersama sama jaga Ldy waktu Ldy kecik. Arwah mek juga mempunyai seorang anak angkat (Cik Yuyu). Suami Mek ini bernama Syarif yang dipanggil abang Syarif. 

💖 Sekarang, Pok Su Mak (Ahmad) ni lah satu satunya yang boleh jadi pengganti arwah bak. Perangai lebih kurang sama dengan arwah bak, ciri-cirinya sama.. dan beliau sendiri tak jangka mempunyai ciri-ciri yang sama. Rupa mereka berdua memang sama..

💖 Kalau arwah bak, selalu sangkut makanan dekat tombol pintu, Pok Sumak di pula selalu tinggalkan telur kat muka pintu dengan plastik atau dalam bekas.

💖 Mereka berdua ni ada ciri2 yang sama, iaitu pembersih. Kawasan rumah Pok Sumak memang bersih, sangat bersih.. sampah pun takde walaupun kawasan rumah kampung. Lapang selapang-lapangnya. Setiap hari, setiap bulan, setiap tahun begitulah keadaannya. 

💖 Di keliling rumah Pok Sumak ni ade kandang lembu, kandang itik, ayam, dan semuanya lah... Walaupun banyak kandang tapi bersih.. 


 ðŸ’– Sebagaimana arwah bak, Pok Sumak ni jugak tak suka bergambar.. hanya gambar curi yang mampu diambil..

💖 Kalau arwah bak datang ke rumah, tisu yang arwah guna untuk sapu mulut lepas makan dilipat cermat.. makanan tiada tumpah walau sedikit.. sangat cermat.. dilihat sekeliling ada sawang ke tak, debu ke tak..

💖 Pok Sumak ni pulak dia tak tengok, tapi dia bersihkan.. nampak tak bunga kuning atas meja tu, setiap kali Pok Sumak datang, daun dan bunganya tu akan dilurut sambil mulutnya berbicara.. bunga2 ni kene lurut sokmo, bagi cantik.. lepas tu tangan dia letak atas meja.. maka fahamlah kite yg debunya ada di bunga dan meja itu.. maka silalah bersihkannya.. hihihi..

💖 Begitulah Pok Sumak.. selalu datang bertandang ke rumah Ldy, bercerita.. kalau ada suami Ldy rancaklah mereka bercerita.. lepas satu cerita satu cerita.. kalau ada Ldy seorang, sunyi sesepinya ..

💖 Baru ni Pok Sumak datang.. bercerita kisah pekerjaannya di Langkawi zaman belum wujudnya kami di dunia.. banyak ceritanya..

💖 Kisah Pesta Pantai zaman dahulu kala

💖 Kisah kenduri kendara zaman sebelum kita..

💖 Semuanya gembira, tidak sama dengan zaman kita dan tidak terjangkau di fikiran kita.. sangat meriah, masing2 bersatu hati..

💖 Sebelum beliau pulang.. beliau berkata.. Pok Sumak ni dah berusia 71 tahun, tahun ni.. Arwah bak meninggal sama usia dengan Pok Sumak sekarang.. 😓😓😓😓

💖 Tidak terkata di hati ini Pok Su Mak, semoga Pok Su Mak masih diberi kesempatan untuk bersama kami ..

💖 Semoga Allah panjangkan usia Pok Su Mak dan Che serta Ma.. dan Tok Nyang . Kami hanya ada kalian sebagai orang tua kami..

p/s : Wahai anak-anak ibu, ingatlah mereka dan anak-anak mereka (sepupu2 ibu).. sekiranya kami telah kembali padaNya, jagalah hubungan sesama sendiri, saling bertolong tolongan.. sewaktu ibu sakit atau kenduri kendara.. mereka sentiasa ada bersama mengembling tenaga sehingga kami tidak pernah rasa kesusahan. Seronok sama-sama, susah sama-sama. Begitulah kehidupan kami suatu ketika dahulu.

19 ulasan:

Mama Zharfan berkata...

moga2 silaturrahim terus berkekalan insya Allah

Afzan berkata...

moga pok su mak sentiasa sihat&panjang umur..

Mulan berkata...

Moga semuanya sihat Sejahtera.

mrhanafi berkata...

Menyanbung silaturrahim menjadi asbab rezeki masyuk...in shaa Allah

Warisan Petani berkata...

Semoga dipanjangkan umur dan sihat walafiat hendaknya

Puan Hazel berkata...

Halus teguran orang tua² ni kan...
Rezeki Ldy masih punya bapa saudara utk menumpang kasih. Semoga poksu sentiasa sihat hendaknya 🤲

Faizal R berkata...

Menarik tu menyantuni orang2 tua ni. Mesti banyak pengalaman hidupnya tu.

adnil linda berkata...

sama macam bapak linda, kalau kita balik kampung je..metsi dia kabo gitu "umur bapak nie dha sekian sekian..tak lama dah"

Allahuakbar..memang Mati itu pasti...tapi, kita sedih...tak terbalas lagi jasa mereka...semoga orang tua kita selalu dalam jagaan dan Rahmat Allah, aamin

anamizu berkata...

moga Pok Su Mak diberi kesihatan yg baik selalu aminnnn

Kakmim berkata...

Semoga pak su sihat sejahtera.. bila dah semakin ramai org tua kita tiada terasa kita ni semakin tua.. nanti kitalah pulak pengganti mereka bila anak2 semua dh besar

mama tisya berkata...

orang tua jrg sgt nk bergambar...kita suka amik gmbr utk kenangan mendatang...smoga diberikan kesihatan yg baik utk PokSu lady

uncle gedek berkata...

Kalau dari foto, nampak masih steady lagi... semoga terus diberkati

dear anies berkata...

alhamdulillah...
semoga poksu sentiasa sihat dan bahagia selalu..
aminnn

Nur berkata...

Sayu je baca. Bila balik kampung suami akak pun, ramai juga orang tua cakap macam tu, dah tak lama dah. Tak tahu nak cakap apa. Semoga Pok Su sihat-sihat selalu, aminn...

fanny_dcatqueen berkata...

Saya ikut mendoakan semoga pok su Mak selalu sehat dan dipanjangkan usia. 🙏. Selalu happy jika ahli keluarga ada yg pembersih sangat seperti itu. Krn saya pun paling benci dengan tempat kotor

Suria Amanda berkata...

Sedihkan bila orang- orang tua cakap mcm tu..Pak Zain pun sama...sedih kadang- kadang

mamapp berkata...

penting anak2 kenal sedara mara. mama pun sentiasa doa anak mama tak putuskan hubungan kalau kami xde

NA berkata...

Rajin kemas sekeliling rumah sampai tiada sampah.

aizamia3 berkata...

Sama dengan saya, kalau en. Hb ada suasana taklah sunyi sebab saya introvert.. hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...