Khamis, 16 Mei 2024

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum... Semoga Allah merahmati kita semua dan memberi jalan kemudahan atas segala ujianNya.. Setiap ujian dariNya adalah hadiah dari Allah untuk kita semua meraih SyurgaNya.. Ameeennnn.. Ya Allah, Engkau limpahilah rahmatMu ke atas saudara2 kami di Gaza.. Ameeennnn

๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š

Di kesempatan yang sudah hampir terlewat ini, Lady ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik dan kepada semua guru2 yang berkhidmat di rumah dalam mendidik anak-anak.. Kitalah semua guru-guru itu.. 

Majlis hari guru di sini dibuat  semalam.. di atas kesibukan dunia sementara ini maka Ldy tidak sempat nak ke kedai untuk membeli sebarang hadiah kepada guru2 yang mengajar di sekolah anak-anak.

Si Abinya pula kalau tiada ibu, takkan beli walaupun sudah ke kedai.. begitulah ayah-ayah.. tanpa ibu tidak membelilah anak2.. baliklah dengan sugul.. setiap ayah berbeza yer anak-anak.. jangan disama ratakan dengan ayah2 yang lain :D..

Jenuhlah ibu ni ha nak memujuk anak-anak untuk tetap ke sekolah walaupun tanpa hadiah di tangan.. 

Wahai anak-anak.. gurumu tidak menagih hadiah berbentuk material darimu.. Tetapi mereka menuntut hadiah yang paling mahal dan berharga darimu yang mampu memberi kenangan yang terindah buatnya.

Seorang guru mendambakan hadiah dari muridnya untuk belajar bersungguh-sungguh, berakhlak baik, sentiasa membantu dan tidak bermusuhan sesama sahabat. Sentiasa memberi salam dan memaniskan wajah ketika berselisih dengan guru dan ketika bersama guru. Mereka suka anak-anak membuat kerja sekolah yang diberikan dan menurut setiap arahan darinya. Hormati mereka dan jaga nama baik mereka di mana mereka berada. 

Itulah hadiah yang paling besar nilainya kepada seorang guru.. Juga hadiah yang paling berharga untuk ibumu ini wahai anak-anak.

Gurumu juga suka jika anak-anaknya selalu ke sekolah, tidak ponteng sekolah.. berpakaian kemas.. berdisiplin..

Hadiah ini juga perlu diberi oleh seorang ibu dan bapa pelajar-pelajarnya. 

Ajarlah anak-anak kalian untuk sentiasa menghormati guru, janganlah sesekali mengutuk atau mengeji seorang guru di hadapan anak-anak. Ajarilah anak-anak supaya berbicara baik-baik tentang gurunya walaupun guru melakukan sedikit kesalahan atau tidak menepati hati dan jiwa ibu bapa.

Jagalah nama baik guru-guru supaya anak-anak menghormati mereka.

Tanpa seorang guru, siapalah kita dan anak kita.

Sehebat manapun kita, secerdik mana pun kita, siapalah kita tanpa seorang guru. Hormatilah guru, jagalah tutur kata tentang gurumu dan guru anak2 anakmu. 

Inilah sahaja pesanan dari seorang ibu..

p/s : Nanti yer anak-anak kami belikan hadiah untuk guru-gurumu.. tunggu bila abimu mempunyai waktu untuk ke kedai.. :D 

11 ulasan:

Afzan berkata...

selamat hari guru juga untuk ibuayah..ibuayah juga adalah guru pertama buat anak-anak

Farrah MF berkata...

Mudah-mudahan semua guru yang mendidik anak-anak kita akan sentiasa dilindungi Allah.

Warisan Petani berkata...

Selamat hari guru

Syazni Rahim berkata...

Selamat Hari Guru buat semua guru2!

Nur berkata...

Betul tu. Tak perlu ajar anak untuk beli hadiah, tiap kali Hari Guru. Cikgu-cikgu lebih suka jika anak-anak buat segala kerja rumah yang diarahkan, belajar rajin-rajin, dengar cakap, tulisan cantik dan kemas, dan sebagainya.

Rezky Pratama berkata...

selamat hari guru
semoga yang diberikan oleh guru memberikan barokah

Arman berkata...

Singgah Blog Walking kat sini. Selamat Hari Guru.

dear anies berkata...

mengajar anak utk menghormati guru jg satu cabaran pd hari ni.
baru2 tertgk video, seorg cikgu dipanggil abg oleh anak muridnya!
kalau zaman kite dulu mau kena cubit tu!

btw selamat hari guru utk semua guru di malaysia๐Ÿซฐ

fanny_dcatqueen berkata...

Ya setujuuu kak. Sesungguhnya hadiah paling berarti utk seorang guru saat melihat apa yg dia ajarkan ke muridnya berhasil , apalagi bisa membawa si murid menuju puncak kesuksesan nantinya.

mamapp berkata...

besar pengorbanan seorg guru

✿Cik Cappuccino Latte ✿ berkata...

Happy teachers day ๐ŸŽ‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...