Khamis, 20 Disember 2012

Big Bang Photoshoot Promotion


PROMOSI RUNTUH 2013

Mencari Pakej berdasarkan budget anda?!

FNZStudio menyediakannya!!!

Dengan hanya RM400 anda mampu mendapatkan perkhidmatan FOTOGRAFER PROFESIONAL !!!!!!

Hubungi kami di talian 019-900 5689/ 013-960 6169
Atau terus lawati kami di http://fnzstudio.blogspot.com

BERBALOI-BALOI!!!


1.      Shoot & Burn RM400
2.      Sticky Album RM300
3.      PhotoBook RM500
4.      Custom Album RM500
5.      Gambar 8R + Frame RM80

·         1 Jam penambahan RM250
Penambahan RM100 bagi setiap jam seterusnya
·         Kami turut menyediakan perkhidmatan editan, RM4 setiap keping


Jumaat, 14 Disember 2012

Bukan Mudah Nak Jaga Anak

Salam korang.. sahabat2 LadyBird's Life.. Hari ini lady nak menulis dengan hati.. hehehe.. bukan bermaksud selama ni menulis membuta tuli.. tp ni mungkin lebih dari hati kot.. huhuhu

Sebenarnye lady takut.. perihal tajuk di atas.. Insya-Allah kalau xde aral yang menghalang, dan takdir tidak menukilkan yang sebaliknya (ameeenn), 2 Jun 2013 insyaAllah lady dan suami bergelar ibu dan ayah.. kalian doakan yang terbaik ek.. 

Tetapi bila fikirkan didikan tuk anak-anak, lady rasa takut.. sangat2 takut.. kadang-kadang ape yang difikirkan, dirancangkan dan diharapkan tuk mendidik anak-anak tidak menjadi seperti yang kita usahakan.. Kadang-kadang kesilapan dari diri sendiri, dan skrg persekitaran sangat2 memainkan peranan dalam pembentukan seseorang individu. 

Sekarang lady takut sangat2 kalau anak lady nanti kuat sangat peelnye (perangai).. sebab lady sukar tuk menjaganya dengan keadaan lady sekarang.. lady sukar tuk dukung seperti ibu-ibu yang kuat dan sempurna.. huhuhuhu.. sedangkan lady tengok anak kakak lady selalu je menangis, kalau x didukung xkan diam.. susah sangat hati lady melihatnye.. bukan lady susah hati sebab anak kakak lady tu, tp bila fikirkan anak lady nanti.. Ya Allah, kau bantulah kami sesuai dengan kudrat kami ya Allah.. ameeennn.. Lady harap sangat2 Allah membantu lady setiap saat dan waktu.. 

baby comel
Sekarang sepanjang kehamilan lady pakai kerusi roda seperti yang disarankan oleh doktor.. beliau takut lady jatuh.. huhuhuhu.. memandangkan lady ni x pandai handle kerusi roda.. maka agar sukarlah jugak tuk menggunakannye secara selesa seperti orang lain.. Kadang-kadang kalau lady cube bangun dan bergerak seperti dalam keadaan sebelum pregnant, kaki lady tetibe jadi lemah dan terus jatuh terjelepuk.. dan sekarang lady dah x berani memberanikan diri sebab baru2 ni lepas lady jatuh ade sedikit pendarahan.. alhamdulillah sedikit.. huhuhu amat2 risau.. Maka sekarang.. hubby lady terpaksa angkat/ dukung lady terutamanya jika terpaksa melalui tangga or tempat2 yang tinggi sedikit.. Alhamdulillah lady dikurniakan seorang suami yang boleh angkat dan dukung lady.. dan lady lak kecik jerk.. Syukur Alhamdulillah.. 

Dulu doktor bagitahu lady, semakin besar usia kandungan lady akan merasa sakit belakang.. tetapi setakat hari ini Alhamdulillah tiada ape2 kesakitan lagi.. cuma alahan je yang lady alami.. Alhamdulillah.. Allah memudahkan sangat2.. kadang2 ape yang doktor jangkakan itu tidak benar.. setiap patient kan berbeza.. sekarang lady lebih positif, alhamdulillah.. lady yakin Allah akan bantu lady.. insyaAllah.. Kalau ade di kalangan kalian yang ade mslh spinal mcm lady.. jangan takut yer.. setiap orang Allah duga ikut kemampuan dia.. :).. doktor jangka hanyalah tuk kite bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.. 

Perihal kerusi roda plak.. lady harap lepas bersalin lady dah x perlu guna kerusi roda dah :) dan lady harap sangat lady dapat pulih sepenuhnya selepas bersalin.. :D.. xde yang mustahil.. insyaAllah.. kalian doakan kehidupan lady dan suami sentiasa dalam rahmat Allah ek.. kalau difikirkan, kehidupan Kak Gee dan Abang Abil lagi banyak Allah uji.. Semoga Allah memberi ketabahan kepada mereka jugak.. ameeennn.. Lady doakan kehidupan kalian juga dalam rahmat Allah..

p/s : Lady dah mula menulis tentang diri, kalau dahulu just tulis tentang suatu yang tidak berkaitan dengan diri.. sorry yer dah tertukar nukilan lak blog lady ni.. kalian doakan ek anak lady nanti tabah dan kuat dan yang penting soleh dan solehah supaya dia mampu jaga lady dan ayahnye bila kami dah tua nanti..


Jumaat, 7 Disember 2012

Bahaya Terpercik Air Liur

Tadi lady baru je terbaca kisah bahaya air liur.. ingatkan air liur kucing ke.. anjing ke.. babi ke.. rupe2nye air liur manusia.. huhuhu.. Bahaya air liur ni.. kene sentiasa berhati2.. Terutamanya ngn org yang bercakap sampai terpercik air liurnye.. hehehe~

Lady copy paste je artikel ni dari facebook.. xjumpe penulis asal pun.. kalau ade sesape yg rs ni artikel die, jgn segan2 bagitahu lady yer.. nanti lady bagi rujukan pada blog anda.. hehehe~.. Lady xde idea nak menulis sekarang.. otak kurang oksigen.. alahan lady dah semakin baik.. skrg dah masuk usia kandungan 4 bulan.. lady terpaksa ambik cuti tanpa gaji.. :) xpelah.. asalkan lady dan baby sihat.. bukan senang nak dapat baby.. huhuhu.. 

Sekarang ni lady batuk.. dah dua hari.. masalahnye lady x reri nak buang kahaknye.. dari lady muda sampai tua x reti nak buang.. huhuhu.. tu yang lambat baik.. lady lak takut nak makan ubat batuk.. boleh ke pregnant makan ubat batuk? huhuhuhu..

Xnak merepek dah.. ni artikel yang lady cakap tadi.. tentang masalah air liur tu.. moga2 lady bukan pembawanya.. bila baca macam takut lak nak g jumpe org.. pakai purnah mungkin salah satu alternatif tuk elakkan daripada terjangkit tanpa disedari..

.................................................................................................



Adakah anda mengalami batuk berterusan melebihi dua minggu diikuti demam serta berpeluh pada sebelah petang dan malam, susut berat badan, hilang selera makan dan mudah letih?

Jika ya, anda mungkin dijangkiti penyakit tibi.

Mereka yang mengalami simptom di atas dinasihatkan segera menjalani pemeriksaan lanjut dengan membuat ujian kahak di klinik atau hospital.

Tindakan awal bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa anda malah dapat mengelak penyakit itu daripada merebak dan menjangkiti orang tersayang.

Pakar Perubatan Respiratori Hospital Pantai Ampang, Prof. Madya Dr. Nor Adina Ahmad Tajudin berkata, batuk sebenarnya sejenis mekanisme pertahanan fisiologi yang penting.

Ia cara semula jadi tubuh untuk melindungi sistem pernafasan dengan mengeluarkan bahan rengsa atau rembesan daripada saluran udara, katanya.

Justeru seseorang perlu berjumpa doktor jika batuk berpanjangan melebihi tiga minggu sehingga sesak nafas, mengalami kesakitan teruk atau pengsan.

Anda perlu risau jika batuk anda semakin teruk sehingga membawa kepada masalah lain seperti muntah darah dan sukar tidur malam.

Jika masalah itu berlaku, anda bukan lagi mengalami batuk biasa sebaliknya mungkin menghidap tibi.

Menurut Dr. Nor Adina, tibi atau nama saintifiknya Mycobacterium tuberculosis berpunca daripada kuman yang merebak melalui udara hasil titisan oleh penghidap penyakit tibi aktif.

Tambahnya, tibi boleh berjangkit dengan mudah kerana ia tersebar melalui udara seperti selsema.

Bahkan, ia boleh berjangkit melalui air liur dan hingus hanya dalam beberapa jam.

"Bakteria tibi boleh masuk ke dalam badan seseorang melalui saluran pernafasan sebelum ia menyerang paru-paru.

Bayangkan seseorang itu boleh dijangkiti apabila penghidap tibi yang batuk, bersin, ketawa atau bercakap terpercik air liur," katanya.

Oleh itu, Dr. Nor Adina menasihatkan orang ramai menutup mulut dengan sapu tangan atau tisu setiap kali batuk mahupun bersin.

"Malangnya tidak ramai mengikut saranan ini. Masyarakat perlu jelas bahawa semua orang berisiko mendapat jangkitan, terutama golongan tua dan kanak-kanak di bawah empat tahun, tetapi sama ada ia menyebabkan penyakit atau tidak bergantung kepada daya ketahanan badan," jelasnya.

Lebih menakutkan, kuman tibi boleh hidup bertahun-tahun dalam badan manusia secara tidak aktif tanpa individu itu menyedari yang dia ialah pembawa kuman.

Dalam keadaan ini, dia bukan pesakit tetapi boleh menjangkiti orang di sekeliling khususnya warga emas dan kanak-kanak, jika tidak diberi rawatan segera.

Bukan hanya paru-paru, tibi juga boleh menyerang bahagian anggota badan yang lain.

Rabu, 28 November 2012

Majlis Perkahwinan & Akad Nikah Dr. Siti Sarah & Azri

Assalamualaikum.. alhamdulillah hari Sabtu baru2 ni kami diberi kepercayaan untuk merakamkan detik-detik indah perkahwinan Dr. Siti Sarah bersama pasangan tercinta, Azri di Pasir Panjang, Terengganu. Majlis akad nikah diadakan di Masjid Putih disusuli dengan Majlis Perkahwinan di rumah pengantin perempuan. Petang pada hari yang sama, terus mengadakan outdoor shooting di 'Padang Kuda' TER.

Ini antara gambar pengantin yang kami ingin kongsikan bersama pembaca LadyBird's Life. Seandainya kalian nak kawin nanti jemput kami ek.. hihihihi~
















p/s : Entry ni entry dua minggu lepas.. disebabkan masalah tertentu dicampur dengan kurang semangat.. tersimpanlah entry ini di draf... :).. Kalian doakan terus ek business kami ini berjaya.. :)..

Andai sesape yg perlukan perkhidmatan photografer, leh terus kontek kami di talian 019-900 5689. :)

Selasa, 30 Oktober 2012

Kepentingan Debu Kepada Alam

Kita sedar bahawa abu atau debu yang berlebihan di dalam alam boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan kita.

Bukan sekadar memberi masalah kepada kesihatan malahan juga kepada kebanyakan peralatan yang kita gunakan pada waktu sekarang boleh rosak disebabkan oleh debu.

Zarah-zarah debu di dalam udara adalah berbentuk partikel yang halus dan kebanyakannya hanya boleh dilihat melalui mikroskop dan semuanya boleh diterbangkan oleh angin.

Partikel yang lebih berat akan jatuh ke bumi dan yang kecil2 akan terus terapung di udara dan hanya akan turun ke bumi apabila hujan turun.

Debu terdiri daripada berbagai-bagai jenis partikel. Antaranya termasuklah karbon hasil daripada pembakaran, tar dan asap, cebisan kecil batu batan daripada tindakbalas semulajadi alam (luluhawa, angina, banjir), letupan gunung berapi atau lombong batu, partikel meteor dari angkasa lepas, bahagian tumbuhan seperti debunga dan spora, garam dari percikan ombak laut dan cebisan daripada bahagian badan haiwan seperti bulu, najis, serta kulit.

Manusia juga turut menyumbangkan kehadiran debu di alam ini. Kebanyakan debu yang terdapat di dalam rumah kite turut terdiri daripada sel-sel kulit manusia yang mati. (40.000 sel kulit per minit) 

Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Setiap apa yang diciptakan itu berguna untuk kehidupan kita. Walaupun hanyalah sekadar debu yang pada pandangan kasarnya hanyalah mendatangkan keburukan semata-mata.


Sebaliknya Allah merencanakan suatu kebaikan dengan penciptaan debu untuk kepentingan kita.

Keindahan langit pada waktu senja dan waktu pagi merupakan suatu pengurniaan daripada Allah untuk kita semua menikmati dan bersyukur kepada-Nya.

“…dan Kami telah menghiaskan langit itu bagi orang-orang yang memandangnya.” [Q15;16)

Kalau atmosfera di dunia ini langsung tidak berdebu, kita tidak akan dapat menikmati keindahan cahaya langit kemerah-merahan pada waktu senja atau semasa fajar menyinsing pada waktu subuh.

Cahaya daripada matahari dipantulkan oleh partikel debu di dalam atmosfera. Gelombang cahaya biru yang pendek diselerakkan lebih banyak daripada cahaya merah. Ini menyebabkan langit kelihatan biru pada siang hari.

Pada waktu senja, langit kelihatan merah kerana gelombang cahaya merah amat panjang dan tidak banyak diselerakkan.

Pada waktu Subuh, kira-kira lapan minit selepas matahari terbit di kaki langit, kita barulah menerima cahaya daripada matahari. Ini kerana cahaya bergerak selaju 299, 792.5 km/saat. Cahaya pagi ini terus dipantulkan oleh partikel debu di dalam udara.

Warna langit subuh atau senja adalah bergantung kepada kuantiti debu di dalam udara yang tinggi.

Hal ini disebabkan oleh perbezaan pada kadar cahaya putih diselerakkan.

Cahaya putih mengandungi tujuh gabungan warna yang mempunyai gelombang yang berbeza.

Contohnya cahaya gelombang biru adalah pendek dan mudah diselerakkan oleh debu di udara, manakala cahaya merah bergelombang panjang dan kurang diselerakkan semasa Subuh atau senja.

Selain daripada itu, kehadiran wap air/ hujan di atas muka bumi ini juga disumbangkan oleh kehadiran debu di persekitaran.

Setiap pagi kita pernah nampak air embun membasahi daun atau bumbung kereta kita sebab wap air yang terdapat di udara telah terpeluwap pada permukaannya.

Kadang2 kita juga nampak kabus terapung-apung di udara dekat muka bumi.

Ini adalah disebabkan oleh wap air yang terpeluwap pada permukaan zarah-zarah debu. Setiap titis air hujan yang turun beransur-ansur dibawa ke bawah oleh partikel2 debu.

“.. bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antaranya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah menurunkan ais dari langit.” [Q24:43]

Setiap titis air hujan yang turun beransur-ansur dibawa ke bawah oleh partikel-partikel debu.Kalau tiada debu ini, hujan akan turun mencurah-curah dan menbanjiri bumi serta merta.

Begitu hebatnya Allah, Dia tidak pernah pun menciptakan dan menjadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia. Walaupun pada pandangan kita debu hanyalah sesuatu yang remeh dan tidak berguna, tetapi hakikat kebenarannya hanyalah Allah yang Maha Mengetahui hikmah penciptaan debu. Dan dia menganurahkan kita akal untuk berfikir tentang setiap kejadianNya, dan memberikan kita kitab panduan Al-Quran sebagai pedoman kepada akal kita supaya tidak terpesong daripada jalan yang disyariatkan.

[LadyBird's Life]

Isnin, 15 Oktober 2012

Dipermudahkan Urusan, Diberikan Jalan.. Ameeenn..

Assalamualaikum wbt ♥ Sudah lama lady tidak menukilkan bicara hati lady di sini.. huhuhu.. keadaan kesihatan kurang mengizinkan untuk otak mengait patah2 kata membentuk sebuah nukilan bicara.

Buat pengetahuan kwn2 di sini, lady sedang menyesuaikan diri dengan situasi baru yg lady perlu lalui.. dengan sedikit kelemahan dan kdg2 di luar kemampuan.. tapi perlu digagahi juga melaluinya.. Alhamdulillah semakin beransur boleh menyesuaikan diri dengan hormon baru.. ♥ Syukur sangat2 kerana kawan2 di pejabat amat memahami jika lady banyak mengambil cuti.. 

Kalau kalian masih ingat lady pernah cerita sedikit pasal lady, kesukaran lady untuk melalui hidup saban hari sebagai seorang pesakit yang bergantung kepada hospital semenjak dari kecil sudah pasti memahami masalah lady sekarang. huhuhuhu..

Sebenarnya sekarang lady dah pregnant dalam dua bulan, tetapi lady sangat takut/ khuatir/ dan bimbang sebab lady menghadapi masalah spinal.. Macam2 cerite karut yang mendatang yang amat menakutkan lady.. Tetapi alhamdulillah lady masih belum 'sound' 'direk' pada yang membuat kenyataan seolah2 dielah Tuhan, Pemilik Sekelian Alam. 

Sejak sebelum lady berkahwin macam2 spekulasi buruk timbul, sampailah sekarang.. dan spekulasi tersebut datangnya daripada orang yang berpelajaran tinggi (tinggila sangat, kalau setakat ijazah tu xheranlah).. Kadang-kadang lady langsung tak boleh nak memandang or mendengar namanya.. di hadapan lady manis mulut bicaranya.. tp di belakang lady.. hanya Allah yang teramat tahu.. tapi sedikit sebanyak Allah memberi sedikit pengajaran tuk lady. Sebenarnya lady nak merahsiakan dari semua orang, termasuk makhluk itu, tetapi mungkin Allah nak melatih diri menjadi lebih tabah.. ♥ 

Kalian doakan agar kesihatan lady semakin pulih yer.. nurse nasihatkan lady pakai kerusi roda.. tapi... lady tak reti nak handlenyer.. sob sob sob.. Kalian doakan agar lady sihat, baby sihat, suami lady tabah jaga lady yang asyik baring jer ni, dan lady berjaya bersalin secara normal. Nurse tu cakap kalau dapat uk' uk' dan kencing sendiri insya-Allah boleh bersalin secara normal. Kalian doakan ek.. Lady teringin tuk mendapat zuriat sendiri.. yang sihat, baik, dan boleh jaga lady dan suami nanti lps kami tua.. dan kalian doakan sekali agar lady dipanjangkan umur yer.. sebab ade org cakap ade org sakit mcm lady lepas bersalin terus meninggal.. amat2 takut.. tapi kalau itulah takdirnye x mampu lady nak halang.. tapi lady tetap sedih dengan kenyataan manusia yang seperti itu.. sob3x..


p/s : maaf sebab dah lama x blogwalking.. semalam dapat client baru.. kalian doakan agar rezeki lady juga bertambah ek.. :).. lepas pd ni lady nak try join jualan tikar plak.. kalian doakan ek.. nak cari keje kerajaan susah untuk lady yg sakit mcm ni..

Rabu, 19 September 2012

FNZ Studio Menawarkan Pakej Istimewa

Assalamualaikum para sahabat semua.. ♥ Semoga kalian sihat walafiat semua.. 

Buat pengetahuan sahabat semua, lady dah memulakan business fotografi lady yang diberi nama FNZ, iaitu gabungan nama lady dan hubby. Ini page yang lady dah create FNZStudio. Alhamdulillah setakat ini baru dapat beberapa tempahan untuk perkahwinan dan pertunangan. Agak kurang tapi syukur sangat-sangat sekurang-kurangnya ada. Mungkin adat sesebuah perniagaan, mula dengan sedikit dahulu, nanti kalau kene dengan usaha dan doa pada Yang Maha Kuasa InsyaAlalh akan semakin baik. Lady harap sangat sokongan daripada sahabat semua tuk like page lady ni, dan kalau ade sesape yang memerlukan perkhidmatan fotografer, rekemenkan lady ek.. hehehe.. 

Kalau ade kesudian, mohon tunjuk ajar daripada semua sahabat. Kami ni budak baru belajar tentang business, nak promot pun x pandai, nak bercakap pun lagilah x reti. Tak tahu nak takle hati pelanggan supaya yakin dengan keupayaan kami.. kalau ade sebarang tips mohon tuk dikongsikan ek..

Ini gambar sahabat lady yang baru bertunang baru2 ini. Lady kongsikan di sini ek, tuk yang lebih banyak clicklah perkataan FNZStudio yang kat atas tu, nanti die akan terus ke page lady. Tq Korang semua.. mohon support dan doanye yer.. ♥ Oh ye, pakej yang paling murah yang kami tawarkan sebanyak RM350. Siap dengan perkhidmatan editing lagi..  ♥



Isnin, 17 September 2012

Penggunaan Tangan Kanan bagi Manfaat Otak Kiri

Kenapa Rasulullah anjurkan kita makan dengan menggunakan tangan kanan?


Rasulullah saw. menganjurkan supaya kita melakukan sesuatu dengan menggunakan tangan kanan. Tangan kanan sebenarnya menjadi anggota tubuh yang dominan dalam adab-adab Islam. Selain memasuki tandas dan beristinjak, Rasulullah sentiasa menganjurkan penggunaan tangan kanan.

Saranan Rasulullah dalam konteks penggunaan tangan kanan ini ada relevennya. Otak sebelah kiri adalah sumber aliran saraf motor anggota-anggota badan sebelah kanan termasuklah tangan kanan. Otak sebelah kiri sudah dikenal pasti sebagai bahagian otak yang menggunakan kemampuan analitis dan rasional.

Manakala otak sebelah kanan digunakan bagi 'merasa' ekspresi, naluri dan kreativiti. Makan dengan menggunakan tangan kanan dapat diertikan sebagai makan dengan penuh pertimbangan dan rasional serta tidak berlebih-lebihan. Ini melibatkan analisis kritikal kepada manfaat makanan yang dimakan.

Rabu, 12 September 2012

Perempuan Untuk Lelaki

Assalamualaikum.. ♥ Semoga sihat walafiat sokmo.. ameeennn.. kepada yang baru mendirikan rumahtangga.. tahniah lady ucapkan.. begitu juga bagi yang baru menimang cahaya mata.. lady doakan menjadi anak yang solehah dan soleh semua.. pejuang agama, bangsa, dan negara.. Ameeennn.. Kepada yang telah lama berkahwin, selamat pengantin lama.. semoga semakin bahagia dari hari ke hari.. ameeennn.. Insya-Allah..

Kali ini lady teruja sangat untuk berkongsi ilmu daripada buku yang lady duk baca sekarang.. Buku Permata Yang Hilang.. Lady segan nak tuliskan nama buku ini memandangkan isi kandungannya terlalu kedewasaan.. Lady yakin sudah ramai yang mendalami kandungannya, namun begitu agak jarang yang membacanya dari kulit ke kulit termasuk penghargaan daripada penulis.. Bagi lady banyak maklumat yang boleh didapati daripada ulasan, pengenalan dan mukaddimahnya sekali. 

 Kali ini lady nak mengambil satu subtopik daripada mukaddimahnya yang bertajuk Perempuan Untuk Lelaki. Menurut sejarah penciptaan Hawa, ketika Nabi Adam a.s tinggal di Syurga, baginda melihat bahawa setiap makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan. Maka timbulkan keinginan baginda untuk mendapat teman pasangannya. 

Allah swt. mengetahui isi hati Adam as. lalu diciptakan Hawa sebagai teman penghibur Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya." Fungsi sebenar perempuan diciptakan ialah untuk memberi kesenangan kepada kaum lelaki.

Wanita diperlukan oleh lelaki bagi menunaikan fitrah biologi. Nafsu yang diciptakan Allah kepada kita perlu disalurkan  kepada tempat yang wajar. Maka lelaki sanggup berusaha mendapatkan isteri halal tempat penghibur hati. Rugilah isteri jika dia lebih mementingkan kerja dari suami kerana ganjaran pahala melayani suami adalah besar dan melimpah.

Keinginan lelaki pada perempuan lebih besar dari keinginan perempuan kepada lelaki. Sebab itu kaum perempuan wajib menutup aurat bagi mengelakkan berlakunya perkara yang buruk. Ciri pakaiannya ialah saiznya besar dan labuh, tidak menampakkan lekuk-lekuk badan, berwarna suram dan bebas daripada bauan harum. Aurat hanya boleh dilihat oleh suami, dan bauan hanya boleh dipakai untuk suami.

Perempuan diciptakan untuk kesenangan lelaki. Ini menjadikan satu lumrah bahawa lelaki yang biasanya mendahului untuk mengenali perempuan sedangkan perempuan menunggu-nunggu agar lelaki berminat mengenali lantas melamarnya. Sejak dari zaman dahulu, perempuan diibaratkan sebagai bunga, dengan seri mekarnya sementara lelaki sebagai kumbang mencari-cari bagi menghisap madu bunga. Atas lumrah ini, maka setiap lelaki dan wanita patut berhati-hati dalam berkenalan agar tidak terpesong ke kancah maksiat dan kehinaan.

Adat kesopanan Melayu yang sedia ada serta ajaran Islam membantu kaum lelaki dan perempuan dalam hal berkenalan secara yang baik dan bersopan. Ibu bapa Melayu lebih suka jika lelaki yang berminat melamar datang sendiri ke rumah agar mereka dapat berkenalan dengan bakal menantu. Mendatangi rumah ibu bapa wanita adalah tindakan sopan dan sifat jejaka sejati. Ibu bapa tidak suka jika anak perempuan mereka dibawa ke mana-mana dengan bebas tanpa pengetahuan mereka kerana kesannya amat buruk kepada nama baik keluarga dan keselamatan seorang perawan.

Jika lelaki berminat terhadap seorang perempuan, tindakan untuk membawanya berjalan atau 'dating' bukanlah suatu tindakan yang bijak menurut adab kesopanan agama dan bangsa. Ia juga bukan ciri-ciri jejaka yang berani dan bertanggungjawab. Lelaki patut berbincang dengan keluarganya sendiri mengenai perempuan yang ingin dilamar. Dengar nasihat orang tua, kemudian mereka akan membantu dengan senang hati dan matang.

p/s : Tetapi adakah isteri tetap dipersalah jika tidak menjadi isteri yang didambakan suami?

Sabtu, 8 September 2012

Asal Usul Bangsa Melayu

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah masih diberi nafas tuk berkongsi ilmu di sini.. Kali ini lady terjumpa suatu artikel dalam sebuah buku, andai lady sebut buku itu di sini pasti semua orang akan kenal. Sebuah buku yang sangat dikenali ramai.. Tetapi lady xnak sebut buku tu.. memadailah bagi mereka yang mengetahuinya.. lady pun belum khatam lagi buku ni.. just baca tuk mendapatkan ilmu.. semoga memberi manfaat tuk semua.. insya-Allah.. ameeennn..

Kali ini berkaitan dengan sejarah.. dulu lady x pandai matapelajaran sejarah.. sukar tuk diingati berbanding matapelajaran sains yang memadai dengan memahami dan menghayati dengan kehidupan.. entah macamana terminat plak tuk mengetahui asal-usul kite..

Istana Kesultanan Melayu Melaka
 Bangsa Melayu dikatakan berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s., ia menurut Ibnu Athir, seorang ahli sejaran Islam terkenal di zaman lampau. Menurut beliau, bangsa Melayu merupakan Bani Jawi, iaitu keturunan Nabi Ibrahim a.s. melalui isterinya yang ketiga bernama Qatura. Bagi anak-anak dari keturunan Qatura ini, baginda telah memerintahkan agar berpindah ke Timur dengan memberikan bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup baru, maka mereka meninggalkan tanah Kanaan untuk berpindah ke Timur.

Kemungkinan besar perpindahan demi perpindahan telah berlaku akibat daripada pelbagai sebab. Menurut buku ini, bangsa Melayu pernah menduduki Tibet dan telah menamakan sebuah gunung dengan nama Gunung Himalaya yang bermaksud Gunung Melaysu dalam Bahasa Sanskrit. Peristiwa ini berlaku lebih dari 2000 tahun yang lampau. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu yang tinggal di banjaran gunung tersebut telah berpindah ke Selatan akibat dari peperangan demi peperangan yang berlaku di Tanah Besar China serta India dan akhirnya mereka menempatkan diri di Selatan Thai serta Semenanjung Tanah Melayu. Kisah ini merupakan kisah perpindahan melalui jalan darat.

Terdapat juga keturunan dari Kanaan ini yang datang melalui jalan laut, iaitu mengikuti seorang raja bernama Mus, belayar ke Timur dan mendarat di Palembang, Sumatera. Di sana terdapat bukti kedatangan baginda bersama rombongannya berdasarkan nama sebuah sungai iaitu Sungai Musi yang bermakna Sungai Mus Punya.

Dipercayai bahawa Nabi Ibrahim a.s melahirkan tiga keturunan yang besar, iaitu Bangsa Arab melalui anaknya yang bernama Ismail a.s, Bangsa Israel dari keturunan Ishak a.s, dan Bangsa Melayu (Bani Jawi) daripada keturunan anak Baginda menerusi perkahwinan dengan Qatura. Sejak dari dahulu lagi, orang-orang Arab memanggil kepulauan Tanah Melayu ini sebagai nama Bani Lavi (Levi) dari puak Israel.

Bangsa Melayu telah melalui pelbagai pengalaman semasa perpindahan dari satu tempat ke satu tempat. Kaumnya juga telah menganut pelbagai jenis agama bermula dari agama nabi Ibrahim, Hindu, Budha, Kristian, dan Islam. Maka kebanyakan ilmu masyarakat Melayu mempunyai perkaitan yang rapat dengan pengetahuan bangsa Cina, India, dan Jepun. Maka tidak hairanlah jika budaya kita, adat kita dan tatacara kehidupan kita bersilang antara satu sama lain.

Ini merupakan sedikit salasilah bangsa Melayu, mungkin boleh dibuat rujukan. Andai terdapat info yang lain, mohon tuk dinyatakan, mungkin lady boleh tambah2 di sini andai terdapat sumber yang sahih berkaitan dengannya.

Fakta dipetik dari Buku PYH

Rabu, 29 Ogos 2012

Tips Suami Isteri - Bahagia ke Hujung Nyawa

Assalamualaikum... ♥.. Salam Sejahtera kepada semua.. Baru-baru ini lady jumpe tips tuk pasangan yang dah berkahwin.. tp lady jumpe sebelum lady kahwin lagi.. maka time tu xde mood lagi nak masukkan di sini, just diletakkan dalam draf jerk.. Hr ni lady nak kongsi dengan sahabat semua.. mungkin kite boleh prektikkan sesama.. ♥ Lady dengar, kalau kita jaga hubungan antara suami isteri, hidup dengan harmoni, berkasih sayang, bertoleransi.. sudah pasti Allah akan memberi kita anak-anak yang kaya dengan sifat penyayang.. Insya-Allah.. 
Bahagianya hidup burung ini ♥
 Ini lady senaraikan amalan untuk menambahkan lagi seri rumahtangga.. menambahkan ruang tuk membuat pahala.. Pahala dapat, hati pun gembira  ♥

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah
kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan
berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Semua petua ini kite cube amalkan sebaik-baiknya selagi kita mampu.. Biar kita tidak cantik, tidak kaya, asalkan kita cuba untuk bahagia.. sudah pasti bahagia tetap menjadi milik kita.. Insya-Allah.. ♥

p/s : Lady kutip daripada penulisan Ustaz Asmungi Sidek (Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor)

Isnin, 27 Ogos 2012

Adab-Adab Berbicara - Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah

Assalamualaikum ♥ dan salam sejahtera.. ♥

Lady baru je siap membaca buku tulisan Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah yang bertajuk Menerobos Sempadan Diri.. Buku MOTIVASI diri.. amat sesuai bagi semua peringkat umur..  Banyak petua-petua yang dikongsikan di sini mampu memberi rangsangan kepada kita untuk menjadi manusia yang lebih cemerlang.. Bukan hanya yang mempunyai masalah tetapi juga sesuai untuk yang tidak mempunyai masalah.. 

Bagi lady buku ini mampu membangkit motivasi diri, orang yang bermotivasi tinggi tidak akan mengeluh dengan dugaan dan kesempitan hidup, tetapi dia akan tetap berjuang untuk mengupil sisa2 upaya yang masih tertinggal untuk dibajai kembali.. dan tidak mustahil sisa-sisa itu akan bercambah dan membesar kembali dan subur sepanjang hidup.. InsyaAllah.. malahan boleh juga memberi inspirasi pada yang lain.. dan itulah sebaik-baiknya..


Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah merupakan idola lady sejak dari bangku sekolah lagi, kononnya nak jadi pakar motivasi.. tetapi terambil bidang lain yg langsung tidak berkaitan.. ♥.. tp xpe.. masih belum terlewat tuk dikejar kembali.. sekurang-kurangnya boleh menjadi pemotivasi tuk diri sendiri.. kerana kaunselor terbaik adalah diri sendiri.. ♥

Buku ini sebenarnya mengajar kita bagaimana untuk mencungkil kehebatan diri.. ia juga menyelitkan sedikit tatacara hidup untuk dijadikan pedoman dalam kita menempuhi kehidupan sebagai individu yang cemerlang kerana, walaupun kita hebat tetapi kadang-kadang masih banyak perkara yang boleh mencacatkan kehebatan kita. Contohnya dari sudut komunikasi.. lady selalu jumpa orang yang hebat, tinggi ilmunya, berlatar belakangkan master, phd, bergelar profesor tetapi fail kemahiran komunikasinya. Kadang-kadang bicaranya menunjukkan keegoan, merendah-rendahkan orang lain, dan banyak juga yang mengguris perasaan orang lain. Ada juga yang membuka keaiban sendiri dengan tata bicaranya.. maka di sini lady nak kongsikan apa yang Dr Fadhilah Kamsah nukilkan dalam bukunya. Mungkin boleh dijadikan panduan bersama  ♥

♥ Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada samar-samar.

♥ Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang. Ini adalah untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

♥ Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan, maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualan itu.

♥ Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.

♥ Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberi semangat serta harapan.

♥ Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil tentang agama.

♥ Jangan bercakap secara berkumam mulut. 

♥ Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci maki orang.

♥ Jangan memanggil orang yang lebih tua daripada kita dengan panggilan nama, sebaliknya panggillah mereka dengan nama yang memuliakan mereka.

♥ Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.

♥ Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri kurang pasti.

Kemahiran komunikasi juga penting dalam sesi temuduga, kalau result gempak tapi komunikasi fail.. sukar tuk mendapat pekerjaan.. tetapi jika pandai berkomunikasi dan memiliki ilmu.. sudah pasti result tidak akan menjadi penghalang untuk kita memiliki pekerjaan yang didambakan. InsyaAllah..

Sabtu, 25 Ogos 2012

♥ Pengalaman Pertama Seorang Isteri ♥

Salam.. Hari ini merupakan 8 Syawal 1433. Masih belum terlewat untuk melakarkan ucapan RAYA di sini.. Di Teratak busuk lady nih ♥.. 

Di kesempatan yang masih tersisa ini, lady ingin mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada semua sahabat LadyBird's Life yang sentiasa memberi sokongan dan nasihat kepada lady.. Lady juga ingin memohon kemaafan di atas keterlanjuran lady menukilkan kata2 mengguris rasa hati.. Sesungguhnya ia tanpa kesengajaan.. dan tanpa ditujukan pada sesiapa..

Tahun ini merupakan pengalaman pertama lady beraya sebagai seorang isteri dan seorang menantu bongsu.. Amat-amat mengujakan dan di luar jangkauan pemikiran lady selama ini.. Pengalaman yang amat bermakna dan berharga.. Pengalaman berbuka puasa beramai-ramai seperti kenduri.. sangat2 teruja.. suami lady merupakan anak bongsu daripada 13 orang adik beradik dan mempunyai 42 orang anak saudara.. sangat2 mengasyikkan.. Setakat ini, dah hampir 3 bulan kami berkahwin.. lady hanya mampu rapat dengan anak-anak saudara jerk.. sebab ipar2 semua dah besar2.. jadi lady berkawan dengan anak-anak saudara yang hampir sama 'besar' ngan lady.. Kalau dulu anak-anak saudara suami lady panggil lady sebagai akak.. sekarang bertukar menjadi ciksu.. comel sangat2.. hehehe.. gelaran yang sangat2 'comel dan cute' ♥ Dan yang paling lady suka, mereka leh jadi peneman lady tengok citer kartun.. :P.. seronok.. (bl nth nk jd matang nih)

Lady rasa bertuah sangat kerana dapat menjadi sebahagian daripada mereka.. Walaupun lady menghadapi masalah spinal, namun mereka masih boleh menerima lady seadanya dan sama-sama berusaha memberi dan berusaha untuk memulihkan kembali kesihatan lady.. ♥ Lady sangat2 bersyukur kerana Allah memberi ANUGERAH yang sangat2 berharga dalam hidup lady.. memberi keluarga yang sangat2 baik, kawan-kawan yang sangat memahami dan tidak pernah lokek dengan huluran bantuan dan nasihat, dan kini Allah memberi lady sebuah 'keluarga lain' yang amat2 memahami.. 

Syukur Alhamdulillah.. Bagi lady, lady telah memiliki segala-galanya.. Walaupun Allah menguji lady dengan pelbagai kekangan, tetapi dalam waktu yang sama, Dia mengurniakan lady anugerah yang sangat2 bernilai.. menemani lady di sepanjang lady menempuhi ujian-Nya sehinggakan lady tidak pernah terasa ujian itu sebagai kesulitan, tetapi sebagai wadah untuk lady mendapatkan sesuatu yang bernilai. Alhamdulillah.. Lady harap Syawal ini membawa seribu rahmat untuk kami sekeluarga.. Kalian doakan ek... doa ini untuk kalian juga.. Ameeennnnnn ♥

p/s : Lady sebenarnya mengalami masalah spinal akibat jatuh.. dulu lumpuh seluruh badan akibat cakera tergelincir di bahagian C3, C4 (pangkal leher) dan kini alhamdulillah hampir pulih, cuma memerlukan masa yang panjang untuk pulih sepenuhnya. Alhamdulillah suami lady dapat menerima lady seadaanya walaupun pada mulanya berhadapan dengan sedikit 'ujian'. Tetapi betullah kata Allah, Allah telah memberi Kemudahan di sebalik setiap Kesulitan.. Asalkan kita sentiasa bersangka baik dan memohon kebaikan dari-Nya. Kalian doakan kami sentiasa tabah mengharungi bahtera kehidupan ini yer.. Sayang korang semua ♥

Selasa, 21 Ogos 2012

Di Sebalik Badi / Kenan

Assalamualaikum semua.. ♥ Rasanya masih belum terlewat untuk lady mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan blogger. Semoga semua bergembira dan diberi kesihatan yang baik sepanjang Syawal ini dan untuk bulan2 seterusnya.. jaga makan, jaga hati, jaga akhlak dan jaga peribadi. Dan yang paling penting jaga IMAN. Iman ini senang sangat untuk diperkotak-katikkan oleh Syaitan. Syaitan dah bebas sekarang.. maka sentiasalah berwaspada dengan strategi mainan Syaitan.

Sebenarnya lady nak citerkan suatu kisah.. kisah ini tidak berkaitan dengan kisah raya.. tapi suatu kisah yang tidak pernah terlintas di benak lady untuk lady melalui.. 

Kisah ini lady pernah berjanji dengan kawan untuk berkongsi dengan sahabat blogger tetapi lady tidak mempunyai idea dan pengalaman, maka lady tidak mampu menukilkannya dari hati, maka lady holdkan dulu. Tetapi sekarang ia berlaku dalam kehidupan lady, maka lady akan citerkan sedikit kisah ini secara sepintas lalu.

Ia berkaitan dengan KENAN dan BADI. Mungkin sebahagian besar daripada kita pernah mendengar atau hampir mempercayai atau mempunyai pengalaman berkaitan dengan kedua-dua istilah ini. 

Dulu hampir setiap hari kawan lady bercerita tentang badi/ kenan.. perihal kepercayaan mertuanya yang terlalu taksub sehinggakan mengamalkan petua yang hampir tidak mampu diterima secara logik akal. Sehinggakan anaknya yang baru lahir turut dikaitkan dengan kenan/ badi. 

Ibu mertuanya memandikan anaknya dengan air rendaman katak kerana bersangka anaknya kenan katak kerana kulit badan anaknya menggelupas, pernah juga dimandikan dengan air rendaman biawak kerana anak yang baru dilahirkannya asyik tersentak. Ia pengalaman baru bagi lady mendengar cerita2 seumpama itu masih berlaku pada zaman yang maju dengan teknologi skrg.

Sedangkan, lady rasa memang bayi secara normalnya akan melalui dan mengalami simptom-simptom seperti itu disebabkan oleh perubahan dan rangsangan yang diterima berbeza dengan dunia dalam rahim. Ia merupakan proses penyesuaian diri secara semulajadi oleh badan bayi. 

Kenan merupakan suatu kepercayaan orang-orang lama yang menyatakan bahawa anak/ zuriat yang dilahirkannya menyamai sesuatu benda/ binatang. Ia adalah akibat daripada menganiaya atau membunuh haiwan berkenaan. Atau boleh dikatakan seperti sumpahan. 

Badi pula merupakan kepercayaan tentang sesuatu perkara/ benda yang boleh membawa kesan negatif kepada seseorang. Contohnya perihal badi mayat. 

Dalam Islam tiada istilah badi/ kenan. Jika kita mempercayai sesuatu benda mempunyai kuasa melebihi kuasa Yang Maha Kuasa, maka boleh membawa kepada SYIRIK, nauzubillah.

Dalam soal kenan, percaya atau tidak dalam Islam menyatakan doa orang yang teraniaya itu dimakbulkan Allah. Maka Allah melarang kita menganiaya orang, binatang, atau tumbuhan kerana doa mereka termasuk di dalam kategori doa tanpa hijab. Maka, jika kita menganiaya manusia, binatang mahupun tumbuhan, maka doa itu tanpa hijab akan kembali pada kita, smda doa yang baik mahupun sebaliknya.

Badi pula lebih menjuruskan kepada kepercayaan kurafat yang mempercayai sesuatu benda yang tidak mempunyai kuasa mampu menyebabkan malapetaka kepada seseorang. Ia lebih menjuruskan kepada suatu kuasa ghaib. 

Pernah dengar tentang pemujaan? Contohnya pemujaan cucuk satey untuk digunakan sebagai 'pagar' bagi kebun. Secara logik mana mungkin cucuk satey mampu melindungi ladang daripada dimasuki oleh babi, oleh kambing, oleh gajah... Tetapi jika kita memuja dan mempercayai cucuk satey tersebut mempunyai kuasa, maka Syaitan atau Jin akan memberi 'kuasa' kepada cucuk satey tersebut. 

Begitu juga perihal dengan badi, jika kita mempercayai sesuatu perkara itu mampu menjadi penyebab kepada suatu kebinasaan/ malapetaka.. Syaitan akan menjadikannya suatu realiti supaya keyakinan kita bertambah kuat untuk mempercayai tentang 'badi' melebihi kepercayaan kita terhadap TAKDIR ALLAH. 

Jika kita mempercayainya, secara tidak langsung kita telah termasuk ke dalam perangkap Syaitan, dan tidak mustahil kepercayaan itu boleh membawa kepada KESYIRIKAN.

Syaitan terlalu bijak memainkan peranannya, hanya orang yang yakin dengan Allah akan terselamat daripada tipu daya Syaitan, maka marilah kita sama-sama berusaha diri daripada memasuki jerat Syaitan. 

Lady sebenarnya tidak pernah untuk membuka mata dan telinga untuk mendengar cerita-cerita berkaitan dengan badi/ kenan. Tetapi jika diri sudah terlibat sama, hati agak sedikit rasa terkilan kerana masih ada segelintir orang terpelajar yang masih mempunyai kepercayaan seperti ini. 


Ada orang kata dengan melihat gambar baby yang comel jika mengandung akan menghasilkan anak yang comel persis bayi tersebut. Mereka mempercayainya sebagai kenan, tetapi ia bukan kenan.. tetapi doa.. Jika doakan sesuatu yang baik dengan penuh pengharapan, sudah pasti Allah akan kabulkannya. InsyaAllah..

p/s : Aku Hanya Mampu Berbicaya Menggunakan Tulisan, Bukan Perkataan Yang Boleh Menimbulkan Kekecohan. Bacalah Dengan Hati Bukan Dikawal Emosi.  

Sabtu, 11 Ogos 2012

Setiap Doa Memberi Faedah

Assalamualaikum wbt.. ♥ Kali ini lady ingin berkongsi berkaitan dengan doa.. Setiap dari kita pasti tidak pernah melupakan doa.. Akan sentiasa berdoa kerana setiap manusia sudah pasti mempunyai keinginan untuk dilunaskan.. Doa itu salah satu kaedah untuk mendapatkan apa yang diingini selain daripada usaha dan tawakal.. 

Setiap orang yang beriman perlu yakin, doa yang dipanjatkan kepada Allah sudah pasti akan dikabulkan-Nya, cuma bezanya cepat atau lambat jerk. Dan andai tidak dikabulkan sudah pasti permintaan kita tidak bagus untuk kita, ataupun akan dikabulkan apabila kita di 'sana' nanti.

Sebahagian daripada kita, sudah pasti pernah merasakan doa yang kita panjatkan saban hari tidak pernah dikabulkan Allah. Menjadikan kita sering bersangka buruk pada Allah.. Tetapi, Allah akan mengabulkan permintaan hambanya berdasarkan sangkaan-sangkaan dari hati kita. Andai buruk sangkaannya, maka buruklah jadinya.. Nauzubillah..

Allah maha mengetahui semua keperluan makhluknya dan Dia-lah yang paling memahami keperluan kita berbanding diri kita sendiri kerana Dia-lah yang menciptakan kita. Dan sudah pasti setiap pencipta akan berkehendak yang baik untuk barang ciptaannya, dan begitu juga dengan Allah, Dia tidak akan membuatkan sesuatu yang mendatangkan keburukan untuk hamba-hamba-Nya. Subhanallah

Apabila seseorang banyak berdoa kepada Allah, dia tidak akan rugi sedikitpun, malahan dialah orang yang akan memperoleh banyak keuntungan. Hebatnya kasih sayang Allah pada kita  makhluknya

Kita memerlukan seseorang sebagai tempat untuk mengadu bagi meringankan bebanan fikiran, tetapi kita sering tersilap pilih tempat untuk mengadu. Tetapi Allah merupakan tempat pengaduan yang paling jitu, Dia Maha Mendengar dan Maha Memahami apa jua masalah kita.. Dia-lah yang dapat memberikan penyelesaian terbaik bagi sesiapa sahaja yang memerlukannya.

Lady pernah terasa putus asa dengan rahmat Allah, kerana apa yang lady nak seringkali memerlukan pengorbanan yang sangat2 besar untuk memilikinya, memerlukan perjuangan yang terlalu jauh yang tidak perlu orang lain lalui.. tetapi bila lady fikir-fikir balik perjalanan hidup lady yang dulu2.. memang Allah tidak terus kabulkan permintaan lady, dan apa yang lady mintak itu selalunya memang x dapat.. namun begitu, Allah gantikan dengan sesuatu yang lain yang mungkin lebih sesuai untuk lady bagi perjalanan lady seterusnya.. Alhamdulillah..

Sabtu, 4 Ogos 2012

Alam Bertasbih

Tidak Pernah Sedetikpun Alam Terhenti Bertasbih Memuji-Mu ya Allah.. Bertasbih Dengan Mengikuti Segala Ketetapan-Mu ya Allah..

Kejadian Siang dan Malam Silih Berganti Pada Setiap Ketetapan Waktunya Membuktikan Betapa Akurnya Alam pada Pencipta..

Gambar ini diambil di Kampung Seberang Marang, berhampiran dengan tempat tinggal lady sekarang.. Sebuah perkampungan nelayan yang sangat mendamaikan jiwa.. Tetapi dek kerana kesibukan urusan dunia, tidak sempat untuk menghirup udara segar di kampung ini.. Masih terlalu banyak tempat yang tidak diterokai..

Tetapi baru2 ni ajak hubby gi selongkar belakang rumah.. kawan lady cakap ade sawah.. tetapi... bila kami pergi, semua sawah tersebut telah ditimbun dengan tanah.. xtahulah untuk dibuat apa.. mungkin perumahan kot.. huhuhu.. 

Mungkin beberapa tahun akan datang, perkampungan ini akan bertukar menjadi bandar seperti kat perumahan lady di bandar Kuala Terengganu. huhuhuhu.. 

Selasa, 24 Julai 2012

Empat Makanan Cairkan Lemak

Assalamualaikum sahabat lady... :D.. Tadi lady ada terbaca berkaitan dengan makanan pembakar lemak. Ingatkan lemak ni boleh dibakar dengan buat latihan jasmani jerk, rupanya boleh jugak membantu menguruskan badan.

Antara makanan yang boleh mencairkan lemak adalah :

Bawang Putih dan Bawang Merah

Ia mengandungi sulfur untuk bertindak melancarkan penghadaman dan meningkatkan metabolisme tubuh.  Tetapi ia mampu membuatkan tubuh berbau kurang menyenangkan.


Selain itu, tomato juga mempunyai peranan yang sama selain kaya dengan vitamin A, B6, C dan K. Lobak Merah yang mengandungi vitamin A (karotena) dan timun pula boleh membantu melancarkan system perkumuhan.

Khamis, 19 Julai 2012

Perkahwinan RaziQ dan Yanie









Raziq dan Yanie ni hubby lady yang jadi photographernya..
Kalau ade sesape yg nak ambik gambar hubungi kami yer..
Ngeh3x..

Selasa, 17 Julai 2012

Dunia Photography

Assalamualaikum kawan-kawan.. Semoga semuanya di bawah lindungan rahmat Allah sokmo.. rasanya sudah berkurun tidak update (padahal baru beberapa hari) dan sudah berkurun jugak tidak blogwalking.. Mood masih dalam penyesuaian diri untuk menjadi seorang isteri.. sob3x..

Kali ini lady just nak maklumkan kat korang.. lady create dua lagi blog yang berkaitan dengan photography.. korang tolonglah jenguk2 kat situ.. huhuhuhu.. tolong follow sekali ek.. hehehe

Yang ni blog yang mengandungi pelbagai jenis kategori gambar. Lady letak secara rawak jerk.. sebab lady x jumpe templates yg sesuai.. huhuhuhu.. boleh click di SINI.

Dan yang ini plak mengandungi gambar-gambar pengantin.. baru jer lagi letak... tp mcm malas dah update gambar kat sini.. hati macam membeku.. xtahu kerana apa.. boleh click SINI dan follow sekali ek :P

Ini plak PAGE kami.. mengandungi pelbagai jenis gambar jugak dengan kata-kata berunsur Islamik.. bolehlah like dan sebarkan ek..


Gambar ini merupakan salah satu gambar yang hubby lady ambik.. cube korang cari bayangan burung besar.. sangat2 cantik...