Isnin, 17 September 2012

Penggunaan Tangan Kanan bagi Manfaat Otak Kiri

Kenapa Rasulullah anjurkan kita makan dengan menggunakan tangan kanan?


Rasulullah saw. menganjurkan supaya kita melakukan sesuatu dengan menggunakan tangan kanan. Tangan kanan sebenarnya menjadi anggota tubuh yang dominan dalam adab-adab Islam. Selain memasuki tandas dan beristinjak, Rasulullah sentiasa menganjurkan penggunaan tangan kanan.

Saranan Rasulullah dalam konteks penggunaan tangan kanan ini ada relevennya. Otak sebelah kiri adalah sumber aliran saraf motor anggota-anggota badan sebelah kanan termasuklah tangan kanan. Otak sebelah kiri sudah dikenal pasti sebagai bahagian otak yang menggunakan kemampuan analitis dan rasional.

Manakala otak sebelah kanan digunakan bagi 'merasa' ekspresi, naluri dan kreativiti. Makan dengan menggunakan tangan kanan dapat diertikan sebagai makan dengan penuh pertimbangan dan rasional serta tidak berlebih-lebihan. Ini melibatkan analisis kritikal kepada manfaat makanan yang dimakan.

22 ulasan:

  1. Kalau dapat memaksimumkan kedua-dua belah otak, lagi baik..

    Byk kali tgk program makan2 di TV, guna dua2 belah tangan utk makan, sungguh kurang sopan.

    BalasPadam
  2. islam mmg mnyeluruh
    trm ksh perkongsian ni

    BalasPadam
  3. Semua yg dijadikan oleh Allah ada hikmahnya.. Kiri-kanan, atas-bawah, depan-belakang apa saja..

    BalasPadam
  4. yupp ada hikmah di sebalik semua ciptaan-Nya,..

    BalasPadam
  5. Saya ini kidal. Lepas ini kena lebih penggunaan tangan sebelah kanan. :-)

    BalasPadam
  6. 90% naim guna tangan kanan..

    :)

    http://pemudattbc.blogspot.com/2012/09/sikap-pejuang-masa-kini-amanat.html

    BalasPadam
  7. Teringin nak guna kedua2 belah tgn tuj menulis... So, kalu ada exam bertulis boleh tukar tangan.. Hehehe

    BalasPadam
  8. subhanAllah smpai begitu sekali kan? ^^
    bagaimana pula org yg left handed eh? dorg pun kena biasakan guna right hand ke?

    BalasPadam
  9. teringin boleh menulis guna kedua2 belah tangan... kalau ada exam esei boleh tukar2... hehehe

    BalasPadam
  10. segala sunnah Nabi ternyata dibaliknya ada kejayaan bagi umat manusia,
    Terima kasih pengetahuannya ukhti..

    BalasPadam
  11. Lah.. pendek je entry ni. Semangat akak baca. Kekeke. Akak left-handed. Dulu kalo makan pakai sudu, akak suap guna tangan kiri tau. Heheh. Bila dah kawen ni sbb selalu kena tegur dgn suami, baru le akak belajar makan dgn sudu tangan kanan.

    BalasPadam
  12. selalu dengar keistimewaan left handed je.. bangga jugak saya ni right hand... tapi tak kisah la mana2pun, Allah ada sebab yang kukuh menjadikan begitu kan... Semua ada hikmah n rahsianya... =) Subhanaallah

    BalasPadam
  13. apa pun kanan diutamakan memeberi salam bermula dikanan..tq lady

    BalasPadam
  14. mmg hebat sunah rasullulah..walaupun tiada teknologi canggih utk kaji..ttp boleh mengetahui kelebihan menggunakan bhgian kanan..

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah...info yang sangat bagus, begitulah indahnya sunnah.

    BalasPadam
  16. sama2 kita mengamalkan sunnah baginda

    BalasPadam
  17. timekasih sudi share, info yg amat bermanfaat....:)

    like sgt1000000x...

    BalasPadam
  18. Perkongsian menarik.. terima kasih. :D

    BalasPadam
  19. Tapi anak IM - Angah adalah seorang kidal. Cuma makan guna tangan kanan tapi kerja guna tangan kiri.

    BalasPadam