Lady baru je siap membaca buku tulisan Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah yang bertajuk Menerobos Sempadan Diri.. Buku MOTIVASI diri.. amat sesuai bagi semua peringkat umur.. Banyak petua-petua yang dikongsikan di sini mampu memberi rangsangan kepada kita untuk menjadi manusia yang lebih cemerlang.. Bukan hanya yang mempunyai masalah tetapi juga sesuai untuk yang tidak mempunyai masalah..
Bagi lady buku ini mampu membangkit motivasi diri, orang yang bermotivasi tinggi tidak akan mengeluh dengan dugaan dan kesempitan hidup, tetapi dia akan tetap berjuang untuk mengupil sisa2 upaya yang masih tertinggal untuk dibajai kembali.. dan tidak mustahil sisa-sisa itu akan bercambah dan membesar kembali dan subur sepanjang hidup.. InsyaAllah.. malahan boleh juga memberi inspirasi pada yang lain.. dan itulah sebaik-baiknya..
Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah merupakan idola lady sejak dari bangku sekolah lagi, kononnya nak jadi pakar motivasi.. tetapi terambil bidang lain yg langsung tidak berkaitan.. ♥.. tp xpe.. masih belum terlewat tuk dikejar kembali.. sekurang-kurangnya boleh menjadi pemotivasi tuk diri sendiri.. kerana kaunselor terbaik adalah diri sendiri.. ♥
Buku ini sebenarnya mengajar kita bagaimana untuk mencungkil kehebatan diri.. ia juga menyelitkan sedikit tatacara hidup untuk dijadikan pedoman dalam kita menempuhi kehidupan sebagai individu yang cemerlang kerana, walaupun kita hebat tetapi kadang-kadang masih banyak perkara yang boleh mencacatkan kehebatan kita. Contohnya dari sudut komunikasi.. lady selalu jumpa orang yang hebat, tinggi ilmunya, berlatar belakangkan master, phd, bergelar profesor tetapi fail kemahiran komunikasinya. Kadang-kadang bicaranya menunjukkan keegoan, merendah-rendahkan orang lain, dan banyak juga yang mengguris perasaan orang lain. Ada juga yang membuka keaiban sendiri dengan tata bicaranya.. maka di sini lady nak kongsikan apa yang Dr Fadhilah Kamsah nukilkan dalam bukunya. Mungkin boleh dijadikan panduan bersama ♥
♥ Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada samar-samar.
♥ Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang. Ini adalah untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
♥ Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan, maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualan itu.
♥ Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.
♥ Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberi semangat serta harapan.
♥ Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil tentang agama.
♥ Jangan bercakap secara berkumam mulut.
♥ Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci maki orang.
♥ Jangan memanggil orang yang lebih tua daripada kita dengan panggilan nama, sebaliknya panggillah mereka dengan nama yang memuliakan mereka.
♥ Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.
♥ Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri kurang pasti.
Kemahiran komunikasi juga penting dalam sesi temuduga, kalau result gempak tapi komunikasi fail.. sukar tuk mendapat pekerjaan.. tetapi jika pandai berkomunikasi dan memiliki ilmu.. sudah pasti result tidak akan menjadi penghalang untuk kita memiliki pekerjaan yang didambakan. InsyaAllah..
Bagus tips diberi musim beraya ini lady sebab masing-masing pasti ada cerita... kena tahu bila dan bagaimana nak lontarkan kata-kata..
BalasPadamSelamat Hari Raya Lady.
Salam Aidil Fitri Lady
BalasPadamterima kasih atas ingatan ini
Dr Fadzillah mmg idola YM sejak dulu...sempat la berguru sket ngan dia...:-)
BalasPadammotifasi serta bahan ishlah diri kepada kebaikan, layak sebagai referensi agar menuju pribadi yang lebih baik lagi
BalasPadam♥ Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada samar-samar
BalasPadamyang ni paling saya setuju kak za...sebab ada mamat yg dok usha saya ni..suka cakap tak jelas...eemm..aaahh..errr...aih..rimas...
:)
Insya-Allah, walau dalam bidang lain, LadyBird boleh juga jadi motivator/kaunselor. Yang penting, ada ilmu memotivasi orang. Boleh dipelajari sendiri. Ilmu dalam bidang asal kita, malahan, mungkin boleh jadi satu bonus atau pengukuh.
BalasPadamwah thanks for sharing.. sedikit sebanyak dpt juga membantu ckj untuk perbaiki diri.. >_<
BalasPadamthanks 4 sharing lady...at least jadi peringatan.. :)
BalasPadamkomunikasi saya memang fail.. huhu
BalasPadampanduan untuk semua
BalasPadamterima kasih
Bagus2...kancil sukakannya
BalasPadamDatuk Dr Fadzillah Kamsah ni memang praktikkan apa yang dia cakap. Akak pernah berbual2 dgnnya masa jadi fasilitator di UPM dulu. Masa tu dia belum femes sgt lagi. Dia ingat nama kita walaupun baru kita diperkenalkan dan dia pun address kita by our names. Rasa macam dihormati je bila berbual2 dgnnya.
BalasPadamwah....perkongsian yang baik...sy dr dulu sampai sekarang x selesa panggil org yg lebih tua dr sy dgn nama mereka....kena selitkan perkataan kakak/abang pakcik/makcik gak heheh!
BalasPadamAssalamualaikum dan Selamat Hari Raya LB,
BalasPadamTerima kasih berkongsi tip2 yang bagus ni. Kalau dah berkumpul ramai2 tu macam2 ragam dan perangai yang kita nampak. Kenalah kita pandai2 menanganinya.
salam.selamat hri raya,rasanya adab mmg kna jaga sb org akan nilai kita dri stu hee.
BalasPadamsis sht ker?
salam,
BalasPadambetul
KLIK isu pendidikan menutut keadilan
nice sharing info ^^
BalasPadam*buku2 cmni byk dijual kt e-store sy...
hahaha adik2 cendol yg nakal tu suke describe mknan mcm mee tu dikatanye ulat.haha pastu pndai plak buat cite.haha
BalasPadamLady, akak mmg hangin dgn org yg suka potong ckp org masa org lain tgh bercerita. Mcm tak tunggu org tu habiskan ayat pun dia dah pangkah then tanya soalan lain yg takde kaitan.
BalasPadamLagi satu yg selalu akak jumpa ialah org yg selalu bercakap benda yg dia tak pasti tapi gaya macam memang confirm benda tu dia tau.
Terima kasih untuk ini. :)
BalasPadamTerima kasih sudi berkongsi dik :)
BalasPadammmg kene ade adab berbicara..kalo x kerana mulut bdn binasa.. :)
BalasPadamTapi ntah kenapa IM tak minat dia. IM lebih menggemari Dr Danial (Halaqah TV9)
BalasPadamInsyallah akan diamalkan untuk mendapatkan doa yang dimakbulkan.
BalasPadamdkna suka dengar cara Dato' bagi motivasi :)
BalasPadamSaya paling tak suka jenis org yg suka mengangkat bakul bahwa dia saja yg terbaik, dia saja yg berjasa, tanpa dia semuanya akan jadi tak kena, hanya jasa dia saja yg harus dikenang manakala org lain pula semuanya tak kena, tak pernah berjasa...
BalasPadamBagus tip ni...salam kenal. selamat hari raya
BalasPadamالسلم عليكم ورحمة الله
BalasPadamBerbicara sangat dianjurkan jika mengandung manfaat dan kebaikan.
Jika engkau berada di antara orang ramai hendaklah jaga LIDAHMU dan jika engkau berada di dalam sesuatu majlis, hendaklah jaga perangaimu.
bagus ni.. :-)
BalasPadamnak tambah 1 bleh? hehe jgn lupe gosok gigi
BalasPadammacam2 adab ada kan...
BalasPadamTerima Kasih . Doakan saya tuk perbaiki diri saya yee . Akan lebih gigih walaupon susah nak melawan ^_^
BalasPadam