Assalamualaikum :D.. Kali ini lady nak share berkaitan dengan ikan.. Sebenarnya seumur hidup lady, hanya beberapa kali lady ke pasar.. kalau tak silap lady kurang dari 4 kali.. Maka nak beli ape2 memang lady x pernah pandai.. Nama ikan pun x tahu, apatah lagi nama sayur yg sememangnya lady xmakan.. Kalau lady tahu pun hanyalah nama buah jerk sebab lady memang suke buah..
Maka, sekarang lady perlulah tahu macamana nak membeli belah ni.. walaupun sebenarnya bukan tugas seorang isteri untuk membeli belah atau pergi ke pasar.. Kalau tak silap lady, perempuan tidak digalakkan untuk ke pasar.. Allahua'lam..
Ini kaedah pemilihan ikan segar untuk dijadikan pedoman bagi yang baru mengenali alam 'kehidupan' ni.. Kalau dulu x pernah nak ambil tahu, tp sekarang perlu untuk diambil tahu..
|
Ikan ape ntah ni.. |
Kalau nak pilih ikan segar ni, kita boleh kenal berdasarkan beberapa perkara. Antaranya adalah :
1. Penampilan dan Bentuknya
Ikan segar adalah ikan yang penampilannya 'menawan', bersih, tidak menggelupas kulitnya dan tidak terpotong-potong.
Apabila diletakkan dalam kedudukan horizontal, ekornya tidak menjuntai ke bawah. Itu menunjukkan bahawa ikan tersebut masih segar kecuali ikan-ikan elastik seperti belut.
Apabila ditekan dengan jari, kulitnya tidak mudah tersiat. Semasa jari diangkat, dagingnya akan cepat kembali dalam keadaan asal.
2. Baunya
Ikan segar tidak memiliki bau selain bau hanyir semulajadi ikan. Untuk ikan yang diletakkan di dalam ais akan kelihatan kaku dan tiada bau dihasilkan kecuali setelah ais cair.
3. Dagingnya Tidak Rapuh
Tubuh ikan segar saling terikat antara satu dengan yang lain. Kulitnya melekat kuat dengan daging dan daging dengan tulang.
4. Warna Insang
Ikan segar memiliki insang yang merah terang, bersih dan memiliki bau hanyir.
5. Sinar pada Kedua-dua Matanya
Ikan segar memiliki dua mata yang bercahaya, sedangkan ikan yang sudah lama terlihat kedua-dua matanya cengkung dan layu.
6. Terapung Dalam Air
Ikan yang busuk biasanya mengembang di permukaan air.
7. Menguji Keadaan Darah
Setelah ikan diambil beberapa saat, darahnya berubah menjadi beku. Kemudian kerosakan mengubah kebekuan ini menjadi cair kembali untuk kali keduanya. Ketika darah ikan itu mencair, ia berwarna merah darah segar. Ini menunjukkan ikan tersebut masih segar.
Jika ikan yang busuk/ rosak, cucuran darahnya berbau busuk dan berwarna coklat gelap dan pekat.
Lady ambil info ni daripada buku jugak... :P kene rajin bace buku.. tp skrg dah xde banyak ruang untuk mentelaah.. kelas pun dah beberapa kali ponteng :P.. Lady dah nak balik dah.. sekarang lady kat office sebenarnya.. Ambil peluang nak update blog jap.. tata korang.. salam...