Assalamualaikum :D.. Kali ini lady nak share berkaitan dengan ikan.. Sebenarnya seumur hidup lady, hanya beberapa kali lady ke pasar.. kalau tak silap lady kurang dari 4 kali.. Maka nak beli ape2 memang lady x pernah pandai.. Nama ikan pun x tahu, apatah lagi nama sayur yg sememangnya lady xmakan.. Kalau lady tahu pun hanyalah nama buah jerk sebab lady memang suke buah..
Maka, sekarang lady perlulah tahu macamana nak membeli belah ni.. walaupun sebenarnya bukan tugas seorang isteri untuk membeli belah atau pergi ke pasar.. Kalau tak silap lady, perempuan tidak digalakkan untuk ke pasar.. Allahua'lam..
Ini kaedah pemilihan ikan segar untuk dijadikan pedoman bagi yang baru mengenali alam 'kehidupan' ni.. Kalau dulu x pernah nak ambil tahu, tp sekarang perlu untuk diambil tahu..
![]() |
Ikan ape ntah ni.. |
Kalau nak pilih ikan segar ni, kita boleh kenal berdasarkan beberapa perkara. Antaranya adalah :
1. Penampilan dan Bentuknya
Ikan segar adalah ikan yang penampilannya 'menawan', bersih, tidak menggelupas kulitnya dan tidak terpotong-potong.
Apabila diletakkan dalam kedudukan horizontal, ekornya tidak menjuntai ke bawah. Itu menunjukkan bahawa ikan tersebut masih segar kecuali ikan-ikan elastik seperti belut.
Apabila ditekan dengan jari, kulitnya tidak mudah tersiat. Semasa jari diangkat, dagingnya akan cepat kembali dalam keadaan asal.
2. Baunya
Ikan segar tidak memiliki bau selain bau hanyir semulajadi ikan. Untuk ikan yang diletakkan di dalam ais akan kelihatan kaku dan tiada bau dihasilkan kecuali setelah ais cair.
3. Dagingnya Tidak Rapuh
Tubuh ikan segar saling terikat antara satu dengan yang lain. Kulitnya melekat kuat dengan daging dan daging dengan tulang.
4. Warna Insang
Ikan segar memiliki insang yang merah terang, bersih dan memiliki bau hanyir.
5. Sinar pada Kedua-dua Matanya
Ikan segar memiliki dua mata yang bercahaya, sedangkan ikan yang sudah lama terlihat kedua-dua matanya cengkung dan layu.
6. Terapung Dalam Air
Ikan yang busuk biasanya mengembang di permukaan air.
7. Menguji Keadaan Darah
Setelah ikan diambil beberapa saat, darahnya berubah menjadi beku. Kemudian kerosakan mengubah kebekuan ini menjadi cair kembali untuk kali keduanya. Ketika darah ikan itu mencair, ia berwarna merah darah segar. Ini menunjukkan ikan tersebut masih segar.
Jika ikan yang busuk/ rosak, cucuran darahnya berbau busuk dan berwarna coklat gelap dan pekat.
Lady ambil info ni daripada buku jugak... :P kene rajin bace buku.. tp skrg dah xde banyak ruang untuk mentelaah.. kelas pun dah beberapa kali ponteng :P.. Lady dah nak balik dah.. sekarang lady kat office sebenarnya.. Ambil peluang nak update blog jap.. tata korang.. salam...
nice info
BalasPadamthanx 4 sharing :)
tengok kulit ikan sama,kalo kaler dah pucat, 2 ikang lama
BalasPadamkak, suka x makang ikang termenung@ kembung?
hehe
bakpo tulih gaya ganu nie. hehe
Ikan2 di pasar,murah..suka pegi pasar moden..
BalasPadamnak tambah...
BalasPadamikan tak kira segar @ tak biasanya ada lalat hinggap... kalu lalat lalu tp tak singgah, mungkin ikan tu dah direndam ngan pengawet... taktik sesetengah peniaga nak jual ikan lama..
yg no 6 tu takan boleh chek lady sbb ikan kat pasar diatur atas meja setakat tengok insang ja la..apapun kita kena hati2 bila membeli//
BalasPadamhmm.hmm
BalasPadamnasiblah mak yg sllu g pasar.
hihihi
huhuhu selama ni hanya tahu ttg mata ikan dan kesegaran tubuh badan si ikan aje... yg lain2 tak tahu pula
BalasPadamterima kasih. pasni boleh la aku inspection ikan2 tu segar ke tak hihihihi
thanks lady atas info ni.. boleh guna waktu tolong parent belikan ikan kt pasar heheh
BalasPadamBila dah tak segar dan busuk nk masak ikan tu pun tak sedapkan...
BalasPadamTima kasih ladybird..
bagus info ni
BalasPadamthanks for sharing
Selalu lihat pada insang dan mata ikan.
BalasPadamhurm . slalu beli ikut firasat . hehe . nak lg fresh tgap seniri
BalasPadamikan kalau tersalah beli memang tak sedap rasanya bila dh masak nnt..kdng org kata yg keras semcm tu byk buh ubat pengawet
BalasPadammak pesan tengok dekat mata dan insang je.. :) tapi penjual sekarang cerdik. kalau ikan kita sendiri pilih, harga tinggi compare dengan harga ikan yang diorang sudah siap letak dalam pinggan.. :(
BalasPadamwah3.. bgs nih.. lg2 sy mmg xtw bnd2 cmni.. ho3... thank u :)
BalasPadamsbg sorg laki L terpakse amik tau.. hik3.. thx utk info ni akak..=D
BalasPadamLady..ummi yang dah tua ni pun tak berapa pandai pilih ikan lagi, thanks for the info
BalasPadamwani bab2 pilih ikan mmg failed...selalu husband yg beli hihihihi
BalasPadamnice tips...sy klo beli ikan main bedal je..asal tgk ikan tu nampak ensem sy trus beli...xpon klo sllu kena usik oleh mamat si penjual ikan nih, ikan ade depan mata trus tunjuk, pastu blah...
BalasPadamhehe...
saya pilih ikan tingu mata ikan..kalau putih saya ambil..kalau yang merah-merah tu saya nda ambil suda..mesti gatal-gatal kalau makan
BalasPadamKAK BUI KALAU BELI IKAN SELALU TENGOK MATA DIA..KALAU MATA PUTIH,OKLAH IKAN TU,KALAU MERAH TAK OK..TAK TAU PULAK ORG LAIN MCM MANA
BalasPadambiasa mmg snang nk tgk kat mata la samada lama atau baru..
BalasPadamselalunya aku jadi tukang angkat je
BalasPadamsemua isteri yang pilih, beli dan bayar
hehe
info yang sangat menarik, sejak kebelakangan ni suka makan ikan =D
BalasPadamالسلم عليكم ورحمة الله
BalasPadamSaya pun tak berapa pandai bab memilih ikan cuma berpegang kepada perkara pertama dan ketiga yang Lady tulis di sini...
kalau nak beli ikan biasa tengok rupa ikan dan warna insang ikan je.
BalasPadamngeee..k.chii lg la. rasanya br bbrp kali je beli ikan..yg lebihnya.mak beli.x sukaa..ehehhe
BalasPadamkalau atok p pasar nanti leh amalkan tips ni....
BalasPadamthanks for sharing..
BalasPadamwalaupun saya selalu beli ikan tapi masih tak boleh bezakan mane ikan yg segar & mana ikan beku/lama..hehe
http://vitaminhalal.com/
Terima kasih info yang berguna... sekarang dah boleh beli ikan secara online memang betul2 fresh harga sama seperti di pasar
BalasPadam