Sabtu, 7 Julai 2012

Manfaat Vitamin C

Vitamin C merupakan senyawa penting yang diperlukan untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Keupayaan daya tahan tubuh kita akan menurun jika kita aktif beraktiviti tanpa disertai pola makan yang sihat dan teratur. Daya tahan tubuh yang terganggu juga diakibatkan oleh serangan radikal bebas berupa polusi udara dari asap kenderaan bermotor dan asap rokok. Radikal bebas akan membuat sel-sel tubuh kita mudah rosak dan tidak mampu berfungsi dengan baik.

Vitamin C sebagai antioksidan selain dapat memperbaiki sel tubuh dan jaringan kulit yang rosak akibat radikal bebas. Untuk merawat kecantikan, vitamin C memainkan peranan penting dalam melancarkan peredaran darah sehingga kulit terlihat lebih segar. Vitamin ini juga akan merangsang pembentukan kolagen kulit dan menjaganya dari kerosakan. Vitamin C memiliki sifat sebagai water holder (menyimpan air) sehingga mampu menjaga kelembapan kulit dan mencegahnya dari kekeringan.

Jika kita makan vitamin C dalam jumlah tepat secara teratur, ia dapat menghambat proses penuaan dini, menghalus kulit, sekaligus menghambat enzim tirosinase iaitu enzim yang bertugas membantu pembentukan pigmen di kulit. Jika proses pigmentasi terhambat, kulit pun akan kelihatan lebih bersih dan cerah.

Sumber vitamin C boleh didapati dalam buah-buahan yang rasanya masam seperti oren, strawberi atau nanas, dan sayuran seperti brokoli dan tomato.  
[Sinar Harian]

26 ulasan:

  1. dni paling suka makan limau mandarin dan sunkist... memang terasa kevitaminan c nya.. hehe

    BalasPadam
  2. lady..selain dari buah boleh makan vitamin jugak kan..

    BalasPadam
  3. good info.. tp x suka makanla buah2 tu suma.. kalau camni, nk kena beli pil vitamin c la.. huhu

    BalasPadam
  4. suka fresh orange..

    Vit C dlm bentuk cecair lebih cepat diserap dlm darah..

    BalasPadam
  5. السلم عليكم ورحمة الله

    Saya lebih suka yang asli dari mengambil vitamin c yang ada di pasaran..

    BalasPadam
  6. sukaaaaaaaaaaa makan buah buah heee. bagus lah info ;)
    btw, thanks sebab komen kispen "Sarah" kat s7w :)

    BalasPadam
  7. oo dlm strawberi pn ada vitamin c juga rupenya...:)

    BalasPadam
  8. k.chii dptkan vit c dari jambu batu je hari2.eheh..lgpun kandungan vit c yg terdpt dlm jambu batu lg tinggi berbandng oren :D

    BalasPadam
  9. vic c mmg bagus untuk kulit khen...tue yg retis dok cucuk vic c ni

    BalasPadam
  10. info yg berguna, kalau makan buah terus dpt khasiat yg fresh kan

    BalasPadam
  11. vitamin c leh elakkan skurvi jugak :)

    BalasPadam
  12. Paling senang untuk mendapatkan sumber vitamin C adalah daripada buah-buahan.

    BalasPadam
  13. skg ni ramai je orang amik vitamin c guna pil/iv..macam la tak kan merasa tua.ehee

    BalasPadam
  14. atok ado amalkan makan pil vitamin C =)

    BalasPadam
  15. buah oren xbrapa sgt...
    klau buat jus memang layan...:)

    BalasPadam
  16. pengamal vitamin C ini sangat bagus...tetapi jgn udang kerana ia boleh membawa/menjadi toksin yg tinggi pada badan. asernik tak silap nama penyakit tu.

    Tapi kalau betul2 pure dari buah2an tidak pasti pula saya

    BalasPadam
  17. sedap la buah oren..ske minum air sunquick..sedap..klo time panas..pergh! bez layan!

    BalasPadam
  18. Salam..

    Betol tu... Amalkan vitamin c mmg elok untuk elakkan cpt tue

    BalasPadam
  19. kena banyak makan oren la lepas nie :)

    BalasPadam
  20. terbaik, info yang sihat ni.tq ya

    BalasPadam
  21. Akak sgt suka oren. Sebab tu bila demam, akak makan buah oren. Mungkin rasa oren tu ngam dgn tekak org demam yg makan apa pun rasa tak sedap.

    BalasPadam
  22. saya oren tak suka sangat...kecuali dah buat jus...heheheh

    BalasPadam

  23. Vitamin C memang bagus, tapi kita kena tengok pengeluar juga, sebab ada vitamin sintetik yg memudaratkan. Seeloknya ambil vitamin semulajadi, barulah selamat dan berkesan. Oren aje pun tak mampu nak beri kita 500mg sehari ( ini mg minimum badan manusia perlukan) sbb byk oren import dan banyak pengawet.

    Jemput datang ke REDCOMEL ya..

    BalasPadam