Jumaat, 30 Disember 2011

Halia, Susu, Kismis, Kemenyan Putih [Ubat-Ubatan Islam]

Salam.. :D.. Ini antara ubatan tradisional yang lady petik dari buku lady..
Buku yang berkaitan dengan rangsangan minda.. ini antara makanan perangsang minda supaya lebih sihat dan positif..

Halia
1. Halia

Terdapat pelbagai jenis halia.. Ada yang berwarna kuning dan ada yang berwarna merah (halia bara).

Dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud :

"Mereka (orang yang bertakwa di dalam Syurga) diberi minum segelas air yang bercampur dengan halia." [Surah al-Insan 76:17]

Nabi saw. juga gemar makan halia. Sebuah hadis bersumberkan daripada Abu Said al-Kudri menyebut bahawa :

"Raja Rom pernah menghadiahkan satu takar kecil halia kepada Rasulullah saw. Lalu baginda memakannya dan diberikan juga kepada para sahabat yang ada bersamanya." [Riwayat al-Hakim no 7190]

Khasiat Halia

- Menyegarkan dan menguatkan urat saraf.
- Kepanasannya boleh menghancurkan dan menghilangkan lendiran atau kahak.
- Melancarkan perjalanan darah dalam badan.
- Menguatkan ingatan.

Cara Memakan Halia
- Dihiris atau ditumbuk dan dicampurkan ke dalam masakan yang sesuai.
- Dijadikan manisan (halwa) dan dimakan pada waktu pagi. Ia amat mujarab bagi mengatasi penyakit lupa.
- Direbus atau diminum airnya. Untuk rasa enak, tambah sedikit gula atau susu.
- Dicampur dengan madu lebah
- Diminum dalam keadaan panas
- Jangan dicampur ais

2. Susu

Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang susu haiwan ternakan yang mempunyai banyak manfaat kepada manusia. Firman Allah yang bermaksud :

"Dan sesungguhnya pada haiwan ternakan itu benar-benar terdapat banyak pengajaran bagi kamu. Kami memberi kamu minum daripadanya apa yang berada di antara tahi dan darahnya. Ia mudah ditelan (diminum). [Surah al-Nahl : 66]

Susu sememangnya minuman berkhasiat. Ia sangat sesuai untuk pembesaran bayi. Minuman ini menjadi pilihan utama Nabi saw. sebelum dimikrajkan ke langit.

Susu segar adalah lebih berkhasiat daripada susu tepung, manakala susu tepung lebih baik daripada susu cair.

Khasiat Susu

- Membantu menambah tenaga fizikal
- Menguatkan tulang belakang
- Meningkatkan kecerdasan akal
- Menajamkan penglihatan
- Menghindari penyakit lupa
- Menghilangkan suhu panas badan dan jantung
- Isteri yang mengandung hendaklah banyak minum susu kerana susu akan menambah kecerdasan otak bayi di dalam kandungan

Cara Minum Susu
- Diminum terus
- Dicampur dengan minuman lain
- Dicampur dengan 7 biji buah badam dan 21 biji kismis
- Selepas minum susu, basuhlah mulut kerana di dalam susu ada lemak.

3. Buah Kismis (Zabib)

Ibn Qayyim dalam Tib al-Nabawi memetik perkataan Imam al-Zuhri, seorang penghafaz hadis di kota Madinah iaitu :

"Sesiapa yang ingin menghafaz hadis hendaklah sering memakan buah kismis."

"Khasiat amalan memakan kismis dapat menghapuskan lendiran (kahak) dan membersihkan hati."

[Kitab Tibul Ihsan]

Khasiat Buah Kismis

- Baik untuk kerongkong
- Menghilangkan batuk
- Menghilangkan kahak
- Menormalkan kandungan urin
- Menguatkan perut
- Menyejukkan perut
- Membantu mencerdaskan minda
- Menghindarkan keletihan
- Mengelokkan degupan jantung

Cara Makan Buah Kismis
Bagi pelajar, elok amalkan memakan kismis tiga kali sehari

- Sebelum sarapan pagi
- Tengahari
- Sebelum tidur malam

Makan sebanyak 7 biji sekali makan, jumlahnya sebanyak 21 biji sehari.

Nutrisi Kismis

Kismis mengandungi 60% gula. Kebanyakannya ialah fruktosa. Kismis juga mengandungi antioksida yang tinggi, sebagaimana buah kering yang lain. Kismis mengandungi vitaimn C yang sgt rendah.

Kemenyan Putih
Kemenyan Putih

Ia juga terkenal dengan nama kemenyan Arab dan boleh didapati di kedai-kedai rempah ratus yang biasanya dimiliki oleh orang India.

Imam Sayuti dalam kitabnya al-Rahmat Fi al-Tib Wal Hikmah berkata bahawa Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud :
"Wahai kalangan yang mengandung (wanita), perkenalkan kepada anak-anakmu kemenyan putih dengan memberi makannya, kerana sesungguhnya ia menambahkan hafalan dan kecerdasan." [Riwayat al-Dailami]

Khasiat 

- Mengubati penyakit lupa
- Menguatkan penglihatan
- Menguatkan kisaran perut
- Menghapuskan kahak
- Mengeluarkan angin badan
- Melawaskan pembuangan air kecil
- Membersihkan hati daripada sifat dengki
- Meringankan lidah dan mudah berkomunikasi

p/s : makanan yang lady tulis kat sini kebanyakan lady tahu.. tapi sal kemenyan tu lady tak pernah tahu.. siapa yang pernah makan.. ape rasanya?

Isnin, 26 Disember 2011

Elakkan Meniup Makanan Panas

Assalamualaikum.. :D.. 
Semoga semua sahabat lady dalam keadaan yang baik.. persekitaran yang baik.. pemakanan yang baik.. dan pemikiran yang baik.. Insya-Allah.. doa lady untuk semua.. ameeennn..

Pemikiran yang baik.. pastilah daripada tatacara pemakanan yang baik.. kerana makanan yang baik pembentuk hati yang baik.. apabila hati baik sudah pasti pemikiran juga baik.. dan bila semua baik.. pastilah seluruh kehidupan kita baik-baik.. Alhamdulillah.. Insya-Allah.. untuk lady dan juga sahabat.. :D..

Lady selalu lihat.. kebanyakan daripada kita amat suka makan makanan yang panas.. sebab makanan panas amat membuka selera.. lady sendiri suka makan makanan yang masih panas.. terutamanya sup atau tomyam.. 

Tetapi, kita tak boleh makan terus makanan panas tu.. kita terpaksa meniupnya terlebih dahulu untuk mengurangkan kepanasan yang boleh melecurkan lidah..

Tabiat meniup makanan sebenarnya tabiat yang buruk dan perlu dielakkan.. tetapi sebahagian daripada kita tidak menyedarinya.. Malah mempraktikkannya setiap hari untuk diri sendiri dan anak-anak.. Malahan turut memperturunkan ilmu yang salah itu kepada anak-anak kecil untuk diikuti.

Makanan dan minuman yang panas tersebut mengeluarkan wap air iaitu H2O.

Apabila kita meniupnya, kita memberikan gas kumuhan kita yang mengandungi karbon dioksida iaitu C02.

Wap air tersebut apabila bercampur dengan gas karbon dioksida akan bertindak balas dan menghasilkan asid karbonik yang bersifat berasid.

H2O + CO2 -> H2CO3

Di dalam darah kita pula terdapat H2CO3 yang berguna untuk mengatur pH di dalam darah. Darah adalah Buffer (larutan yang dapat mengekalkan pH) supaya berkeadaan asid lemah berupa H2CO3 dalam bentuk HCO3- sehingga darah memiliki pH antara 7.35 – 7.45 dengan reaksi sebagai berikut:

CO2 + H20 <= H2CO3 => HCO3- + H+

Tubuh menggunakan penyangga pH (buffer) dalam darah sebagai pelindung terhadap perubahan yang terjadi secara tiba-tiba dalam pH darah. 

Apabila terdapat perubahan boleh menyebabkan keseimbangan pH darah tidak dapat dikekalkan dalam keadaan normal sama ada bersifat lebih berasid atau beralkali dan keadaan ini akan menggangu sistem tubuh kita.

Apa yang berlaku setelah kita makan atau minum makanan tersebut akan menambahkan keasidan darah kita dan menyebabkan suatu keadaan di mana darah kita akan menjadi lebih berasid (pH akan menurun).

Seiring dengan menurunnya pH darah, pernafasan menjadi lebih cepat sebagai usaha tubuh untuk menstabilkan keasidan darah pada tahap normal dengan cara menurunkan jumlah karbon dioksida.

Ginjal juga berusaha mengatasi masalah tersebut dengan cara mengeluarkan lebih banyak asid melalui urin.

Tetapi kedua-dua mekanisme tersebut tidak akan berguna jika tubuh terus menerus menghasilkan terlalu banyak asid. 

Kesan jangka panjang, akan menyebabkan lelah, rasa mengantuk, mual dan mengalami masalah pemikiran disebabkan sistem badan tidak dapat berfungsi dengan teratur. Sehingga boleh menyebabkan penyakit tekanan darah rendah, strok, malahan boleh menyebabkan koma dan kematian.

Selain daripada itu, kita juga tahu bahawa udara hembusan kita juga mempunyai bakteria yang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia.

Oleh itu, cubalah sedaya upaya elakkan diri daripada meniup makanan yang panas. Dalam Islam sendiri tidak digalakkan meniup makanan dan tidak digalakkan memakan makanan yang panas. 

Sebab itu Nabi saw. melarang kita daripada minum air lebih dari tiga teguk untuk mengelakkan kita daripada menghembus nafas ke dalam air (kalau salah tolong perbetulkan) dan terdapat hadis Rasullullah saw. yang menyatakan bahawa tiada keberkatan pada makanan panas. Lady lupa hadisnya, andai sesiapa tahu boleh tolong lady ingatkan untuk mengelakkan lady menyebar hadis yang salah.

Maka, lady sarankan agar kita amalkan cara pemakanan sunnah iaitu termasuk dalam tabiat memakan minuman/ makanan panas ini.

Sabtu, 24 Disember 2011

Kitar Semula

Assalamualaikum....

Tadi lady terbaca suatu berita di Sinar Online.. Berkaitan dengan jambatan yang dibina daripada bahan kitar semula..

Lady tertarik untuk berkongsinya di sini memandangkan kebanyakan masyarakat kita kurang kesedaran tentang kepentingan menggunakan barangan yang mesra alam.

Mereka lebih gemar menggunakan barangan yang tidak dapat dilupuskan disebabkan kebanyakan barangan tersebut jauh lebih lasak tanpa mempedulikan kesan negatifnya terhadap diri sendiri dan masyarakat pada masa hadapan. Dengan kata lain lebih mengutamakan keselesaan diri.

Contohnya di Terengganu, setiap hari Sabtu ditetapkan hari tanpa plastik.. dan jika ingin menggunakan plastik ketika membeli belah perlu membeli plastik RM0.20 setiap satu. Majoriti daripada masyarakat di sini tidak suka dengan peraturan tersebut dan mempertikaikannya tanpa berfikir kebaikan di sebaliknya. Bukan sahaja di kalangan orang-orang berumur malahan tentangannya termasuk daripada golongan cerdik pandai.

Bukan sekadar plastik, malahan semua peralatan yang digunakan, mereka lebih gemar menggunakan peralatan pakai buang sedangkan peralatan tersebut masih boleh diguna pakai kembali. Jika ada segelintir daripada kita yang menggunakannya kembali setelah digunakan akan terdapat mata-mata yang memandangnya dengan sinis seolah-olah kita terlalu berkira dan kedekut, dan perbuatan kita itu seolah-olah terlalu salah dan berdosa.

Berbeza pula dengan masyarakat Jepun yang amat menitik beratkan tentang kitar semula. Setiap barangan akan dipastikan dikitar semula dan mendapat sokongan padu daripada masyarakat mereka. Sisa-sisa makanan pula digunakan untuk dijadikan baja.

Amat berbeza dengan mentaliti masyarakat kita yang teramat jauh ketinggalan. Bukan sekadar persepsi kitar semula, malahan dari semua aspek kehidupan kita amat jauh ketinggalan.. contohnya tentang isu kebersihan, isu penerimaan masyarakat terhadap golongan OKU, isu pemakanan kesihatan masih di tahap yang rendah.. bukan sahaja di kalangan masyarakat biasa.. malahan juga di kalangan golongan terpelajar dan pemimpin.

Apa yang lady dapat simpulkan di sini , kemungkinan besar masyarakat kita tidak sedar adalah disebabkan bukan kurangnya kesedaran terhadap kepentingan kitar semula, tetapi lebih bersifat pentingkan diri sendiri dan mengharapkan orang lain.

Di bawah ini merupakan jambatan yang dihasilkan daripada barangan kitar semula. Semoga rakyat Malaysia turut memikirkan perkara yang sama dalam usaha membendungi masalah pelupusan sampah yang amat ketara.

Jambatan Kitar Semula

SCOTLAND - Mempunyai kepanjangan 30 meter dan dihasilkan sepenuhnya menggunakan produk plastik terpakai, jambatan merentasi sungai Tweed di Peeblesshire, Scotland ini mencipta rekod baru dalam dunia pembinaan.

Jambatan yang baru sahaja disiapkan, bulan ini, menjadi jambatan kitar semula yang paling panjang dan kukuh di dunia, hasil kajian penyelidik di Universiti Rutgers, Amerika Syarikat.

Dibina menggunakan bahan komposit plastik berketahanan tinggi yang ditemui dalam botol minuman dan barangan plastik terpakai lain, jambatan itu boleh digunakan oleh pejalan kaki, kereta dan kenderaan besar yang membawa muatan berat.

Syarikat pembinaan Britain, Vertech Composites yang bertanggungjawab dalam projek itu menganggap jambatan unik ini sebagai permulaan untuk menghasilkan lebih banyak jambatan dan jalan raya mesra alam pada masa akan datang.

“Plastik juga lebih tahan lama berbanding bahan binaan jambatan seperti besi, balak dan konkrit,” menurut syarikat itu.

Khamis, 22 Disember 2011

Rahsia Pemakanan Sunnah, Amalan Ilmuwan Islam

Buah Delima
  • Madu
- Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  • Habbatus sauda
- Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Antaranya merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat, berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
  • Kismis
- Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  • Susu segar
- Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  • Telur
- Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  • Halia
- Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  • Buah Delima
- Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
  • Kurma
- Sebagai ubat penyakit lahir, penyakit minda, dan juga makanan mengenyangkan.
  • Buah Tin
- Buah tin dan buah zaitun telah diakui oleh doctor perubatan moden banyak mengandungi manfaat untuk manusia. Ia dapat membantutkan penyakit buasir dan gaut.
  • Buah Badam
- Dapat mencerdaskan akal dan menguatkan hafalan. Boleh juga mencerahkan mata bagi yang rabun.
  • Daging unta
- Bertindak sebagai tonik untuk penyakit hati, lemah jantung, buasir dan lemah tenaga batin. Jika dicampur dengan madu lebah, ia dapat mengatasi penyakit radang paru-paru lelah, batuk berkahak, sengal sendi, pendarahan sebelum bersalin, hilang selera makan, sakit kuning dan bengkak hati.
  • Garam
- Setiap kali sebelum makan, Islam menganjurkan supaya dimulai dengan merasa secubit garam. Jilatan garam itu menyebabkan air liur keluar di mana air liur mengandungi enzim yang dapat membantu menghadamkan makanan. Amalan ini akan menjauhkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan penghadaman makanan.

p/s : Artikel ni lady buat untuk tazkirah hari rabu yang lepas.. sekarang lady share di sini lak.. :).. nasihat lady... kite cube amalkan pemakanan berlandaskan Islam untuk kesejahteraan kita dunia akhirat..

Rabu, 21 Disember 2011

Pluto Bukan Lagi Planet

Pluto adalah jasad angkasa yang paling hujung dari susunan planet dalam Galaksi Bima Sakti. Ia ditemui dalam tahun 1970-an oleh Tombaugh.

Pluto berais. Garis pusatnya jika dilihat dari bumi ialah 0.1 arkasaat (1 darjah = 60 arkaminit). Manakala saiznya ialah hanya 65% saiz bulan bumi.

Pluto mengorbit matahari dalam bentuk hampir bulatan. Jarak planet Pluto ke matahari adalah 46.3AU. Tetapi yang menariknya, Pluto boleh menghampiri matahari lebih dekat berbanding planet Neptun.

Planet ini cukup sejuk. Permukaannya mengandungi nitrogen pejal ais dan terdapat kesan-kesan ais metana.

Pada awal penemuannya, Pluto diterima sebagai salah satu planet yang terletak di dalam Galaksi Bima Sakti. Walau bagaimanapun pada 24 Ogos 2006, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) telah mengadakan perhimpunan di Prague dan mengeluarkan satu resolusi melalui undian yang menyatakan status terbaru tentang Pluto dan definisi planet kecil (dwarf planet).

Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) yang dihadiri oleh 2,500 pakar astronomi tersebut secara rasminya telah menuruntarafkan Pluto daripada sebuah Planet kepada sebuah planet kerdil.


Berdasarkan keputusan perbincangan mereka, untuk diiktiraf sebagai sesebuah planet, maka sesuatu objek itu disyaratkan :

(1) mengorbit Matahari,
(2) berukuran cukup besar sehingga mampu mempertahankan bentuk sferanya, dan
(3) memiliki jalur orbit yang jelas dan bersih (dengan maksud, tidak ada benda samawi lain di orbitnya).

Dengan definisi baru ini, Pluto kini sudah dilucutkan tarafnya oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) pada 25 Ogos 2006 yang ketika itu bersidang di Republik Czech. Sekarang Pluto hanya dikenali sebagai sebuah planet kerdil.

Dengan itu bermakna hanya terdapat lapan planet sahaja di dalam Galaksi Bima Sakti buat masa ini iaitu;

1. Utarid (Mercury)
2. Zuhrah (Venus)
3. Bumi
4. Marikh (Mars)
5. Musytari (Jupiter)
6. Zuhal (Saturn)
7. Uranus
8. Neptun (Neptune)

Kini, Pluto telah menjadi sebuah planet kecil (dwarft planet) bersama-sama dengan Eris , Ceres, dan Makemake dan fakta terbaru, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) telah menemui satu lagi planet kecil yang dinamakan Humae. Sehingga tahun 2008, terdapat lima planet kecil ( dwarft planet ) yang telah dikenalpasti. Eris , Pluto, Ceres, Makemake dan Humae.

[LadyBird's Life]

Isnin, 19 Disember 2011

10 Pendedahan Tentang Yahudi

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang Yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom lady nak dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk Israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di Israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita di sini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA.

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah. Sedangkan di sini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid al-Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal faktanya, Israel yang menyerang negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota al-Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi.

8 ) Di Palestin, penduduk Kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah Yahudi.

9) Pelajar-pelajar sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan pada masa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun.


Rabu, 14 Disember 2011

Kesihatan dan Perubatan [Hadis]


Allah swt. mencipta setiap penyakit ada ubatnya kecuali sakit tua dan mati.

Kebanyakan penyakit yang dihidapi oleh majoriti masyarakat kita hari ini adalah berpunca daripada tabiat pemakanan.

Pemakanan yang baik penting untuk pembentukan otak dan perkembangan organ dalaman badan serta pertumbuhan fizikal.

Kekurangan atau kelebihan gizi makanan penyebab utama sistem badan kita merosot dan tidak dapat berfungsi dengan baik dan seterusnya menyebabkan penyakit berantai yang serius.

Badan kita ini amanah Allah untuk kita menjaganya.. badan yang sihat membolehkan kita menguruskan kehidupan seharian di samping dapat beribadat kepada Allah.. Pencipta kita..



 Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud :

“Siapa berpagi-pagi dengan badan yang sihat, dengan hati yang baik (ikhlas dan tenang) dan dengan pasak seribu (makanan pengenyang) untuk hari itu, maka seolah-olah dia telah memiliki sebuah dunia (memperolehi segala keperluannya).”

[HR. Tirmizi dan Ibnu Majah]

Oleh sebab itu, kita hendaklah menjaga kesihatan kita dengan sebaik-baiknya kerana perkara yang pertama yang akan ditanyakan kepada hamba-Nya tentang kesenangan adalah berkaitan nikmat kesihatan.

Abu Hurairah ra. Memberitakan bahawa Nabi saw. Bersabda yang bermaksud :

“Perkara pertama yang akan ditanyakan kepada seorang hamba mengenai kesenangan(kesentosaan) di Hari Kiamat ialah dia akan ditanyakan : ‘Tidakkah telah diberi kesihatan pada badan engkau untuk (kepentingan) engkau, dan engkau telah dipuaskan (daripada dahaga) dengan air yang dingin?’”

[HR : Tarmizi, Al-Hakim, (sahih dan direstui oleh adz-Dzahabi) dan Ibnu Hibbaaan]

Setiap apa yang diturunkan di bumi ini berpasang-pasangan.. malam diberikan siang.. lelaki diberikan perempuan.. sihat diberikan sakit.. dan sakit diberikan ubatnya..

Dan sebagai fitrah kejadian, setiap yang sihat pasti akan sakit..

Allah tidak zalim terhadap hamba-hamba-Nya.. Setiap penyakit disertakan ubatnya..
Abdullah Bin Masud ra. menceritakan, Nabi saw. Bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah tidaklah menurunkan penyakit melainkan dia menurunkan ubatnya, ia diketahui oleh orang yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh orang yang tidak mengetahuinya (tidak mempelajari atau memperoleh) nya.”

[HR. Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim]

Dalam Islam, terdapat beberapa ubat-ubatan yang telah tercatat di dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah sebagai panduan manusia sejagat.

Namun begitu, kebanyakan daripada kita tidak mempercayainya malah lebih mengagung-agungkan perubatan secara moden yang kebanyakannya mengandungi dadah yang bersifat ‘bertahan’ terhadap penyakit, dan bukan bersifat ‘mengubati’ penyakit. Malah ubatan moden turut memberi kesan negatif terhadap badan dalam jangka waktu panjang.

Salah satu perubatan secara Islam adalah berubat dengan menggunakan madu :

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud :

“Jika ada pada sesuatu ubat antara ubat-ubat kamu itu kebaikan, atau akan mewujudkan kebaikan, maka dia adalah berada pada gurisan pisau pembekam atau berada pada minuman madu.”

[HR. Bukhari, Muslim dan Ahmad]

Allah mempermudahkan kita untuk memperolehi madu menerusi binatang bernama lebah.

Allah memberi keistimewaan kepada lebah untuk menghisap minuman (madu) daripada beraneka bunga-bungaan sepanjang pengembaraan antara pokok-pokok yang berlainan untuk mengumpul madu-madu kerana kombinasi madu yang didapati daripada pelbagai bungaan itu merupakan ubat bagi manusia.

Abu Said al-Khudri ra. menceritakan :

“Bahawa seorang lelaki telah datang menemui Nabi saw. Seraya berkata yang bermaksud:

“Sesungguhnya saudaraku telah mengalami sakit perut (memulas).”

Maka Rasulullah saw. Pun bersabda yang bermaksud :

“Berilah dia minum madu.”

Maka lelaki itu pun memberi minum madu kepadanya. Kemudia dia (datang lagi lalu) berkata :

“Sesungguhnya saya telah memberi dia minum madu, tetapi dia semakin memulas sakit..”

Maka Rasullullah sekali lagi menyuruhnya memberi minum madu lagi.

Lelaki tadi (pulang dan ) memberi minum lagi kepada saudaranya, tetapi masih membawa khabar yang sama sehingga Rasulullah saw. tetap bersabda seperti yang pertama pada kali ketiganya. Tetapi lelaki tadi tetap datang kembali pada kali keempatnya dan Rasulullah tetap menyuruhnya memberikan madu.

Untuk kali kelimanya lelaki itu kembali lagi sambil berkata :

“Sungguhnya saya telah memberinya minum, tetapi dia semakin memulas sakit.”

Mendengar demikian, Rasulullah saw. bersabda yangbermaksud :

”Benarlah Allah dan dustalah perut saudara engkau”.

Maka lelaki tadi (pulang) memberinya minum madu lagi, dan dia sembuh.”

[HR. Bukhari, Muslim, Turmizi, dan Ahmad]

Dalam peristiwa ini, apa yang berlaku adalah disebabkan oleh tindak balas madu terhadap penyakit.

Pada mula tindak balas, ia akan menyebabkan pesakit akan merasa bertambah sakit buat sementara waktu sebelum sembuh sepenuhnya.

Ia merupakan cara atau dasar perubatan.

Mengikut kajian, didapati madu merupakan satu-satunya ubat penyembuh hampir bagi seluruh penyakit manusia terutama penyakit dalam perut, sakit dalam dada (lelah, batuk, lemah jantung).

Digalakkan untuk menyimpan stok madu di dalam rumah dan digunakan untuk keperluan membina kesihatan, kesuburan, menahan daripada serangan penyakit dan dapat pula mengubati pelbagai penyakit yang berhubung dengan mental (mengingat) dan fizikal.

Allah swt. menganugerahkan kesihatan sebagai suatu nikmat yang perlu disyukuri oleh setiap insan.

Begitu juga Allah jadikan penyakit sebagai suatu ujian yang harus dihayati bahawa betapa besarnya erti kesihatan dalam diri kita.

Kita dianjurkan berikhtiar berubat agar kesihatan yang diperolehi dapat digunakan untuk mengabdi diri kepada Allah swt.

Rasullullah saw. juga memberikan berbagai panduan dalam mengubati penyakit. Kaedah yang digunakan oleh baginda adalah berdasarkan wahyu dan panduan Ilahi.

Para sahabat mengakui tentang kemujaraban pengubatan yang diamalkan oleh Rasulullah saw.

Maka selayaknyalah kita mengambil pedoman yang ditunjuk oleh Rasulullah saw. Di samping ikhtiar lain yang diberkati Allah swt.

Allahua’lam.

[Disediakan oleh LadyBird's Life untuk tazkirah pada 21 Disember 2011]

Isnin, 12 Disember 2011

Ujikaji Radiasi Telefon Bimbit Terhadap Telur Mentah

Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telor telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit. Persediaan adalah seperti gambar di bawah:


Rajah 1

Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:

15 minit - tiada apa yang berlaku.
25 minit - telur mulai panas.
45 minit - telur telah panas.
65 minit - telur telah masak.

Gambar telur tersebut dipaparkan di bawah:


Rajah 2
Rumusan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.

Saya mengingatkan diri saya dan pembaca sekalian agar jangan berbual lama-lama melalui telefon bimbit.

Bagaimana dengan telefon bimbit yang disimpan di pinggang? Apakah ianya memberi kesan yang sama? Bagaimana pula dengan mereka yang menyimpan dua buah telefon, satu di kocek kanan dan satu di kocek kiri?

p/s : Tadi lady jalan2 cari ilmu kat dunia tenet nih.. lady jumpe info ni dari sini (LINK).. Tetibe rasa takut sangat nak gune telefon.. ni lady copy 100% dari laman tersebut tanpa edit.

Jumaat, 9 Disember 2011

Manfaat Positif Berwuduk

Assalamualaikum..

Kali ini lady nak kongsikan berkaitan dengan manfaat wuduk terhadap kesihatan manusia sejagat yang lady olah daripada buku Ajaibnya Wanita karangan Muhammad Jaya.
 

Selama ini kita mengambil wuduk setiap kali hendak menunaikan solat fardhu dan solat sunat tanpa mengetahui mengapa Allah mewajibkan kita berwuduk.
Berwuduk termasuk dalam menjaga kebersihan diri dengan membasuh anggota utama dalam aktiviti seharian.

Pada umumnya, umat Islam wajib berwuduk sebelum mengerjakan solat kerana solat tidak sah jika tidak dimulakan dengan wuduk.

Terdapat dalil yang berkaitan dengan wuduk yang terdapat di dalam al-Quran yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu hingga kedua-dua buku kaki." [al-Maidah: 6]

Muhammad Muhyidin dalam bukunya Misteri Energi Wuduk (2007:56) menyatakan wudhu' perlu disempurnakan. 

Apa yang disebut dengan istilah 'menyempurnakan wuduk' adalah melakukan hal-hal yang wajib ditambah dengan hal-hal yang sunat dalam berwudhu'.

Kadang-kadang kita mengambil wuduk sambil lewa.. walaupun kita tahu bahawa tanpa wuduk yang tidak sempurna menyebabkan solat tidak sah.

Wuduk yang diambil secara sempurna adalah memenuhi perkara-perkara yang lady senaraikan di bawah :

Wajib :

1. Berniat (tak semestinya kene baca secara lisan, dalam hati pun boleh)
2. Meratakan air ke seluruh muka dari anak rambut kat atas sampai ke bawah tulang dagu, dari hujung anak telinga sampai ke sebelah yg lagi satu.
3. Meratakan air di kedua belah tangan hingga ke siku.
4. Mengusap air ke kepala
5. Meratakan air di kedua belah kaki hingga ke buku lali.
6. Tertib (melakukan perbuatan dr pertama hingga akhir mengikut susunan)

Antara yang Sunat :

1. Baca Basmallah
2. Basuh kedua-dua tapak tangan sampai pergelangan tangan
3. Berkumur
4. Memasukkan air dlm hidung
5. Sapu seluruh kepala
6. Menyapu kedua telinga
7. Menyelati janggut yg tebal
8. Mendahulukan anggota kanan dari yg kiri
9. Menyelati celah-celah jari tangan dan kaki
10. Melebihkn basuhan tangan dan kaki dari had yg wajib
11. Mengulang perbuatan sbyk 3 kali
12. Perbuatan secara berturut2 (iaitu tak bercerai turutan anggota ke anggota lain sampai kering)
13. Menggosok2 anggota wudhu'
14. Mengadap kiblat
15. Baca doa lepas wudhu' 

Penyelidik telah membuktikan bahawa wuduk mampu mengurangkan pertumbuhan virus/ bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. 

Kita membersihkan diri sekurang-kurangnya lima kali sehari dengan berwuduk dan secara tidak langsung membuang segala kekotoran yang mengandungi virus, bakteria, kulat serta bahan kimia yang merbahaya daripada memasuki badan kita.

Dengan berwuduk kita bukan sahaja membersihkan anggota badan seperti tangan dan kaki tetapi wuduk juga dapat mencegah barah kulit.

Contohnya seorang mekanik yang seharian bekerja di bengkel yang menyebabkan anggota badannya sentiasa bergelumang dengan minyak yang boleh meresap ke bawah kulit dan mendatangkan penyakit.

Dengan berwuduk secara sempurna, minyak tersebut akan dibersihkan daripada anggota badan sebanyak lima kali sehari dan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan kemudaratan kepada mekanik tersebut.

Maka, dengan ini marilah kita sama-sama menyempurnakan wuduk kita.. sucikan diri sebelum menunaikan solat dengan sempurna.

Amalan yang ditanya selepas kita mati adalah amalan solat, jika wuduk tidak sempurna.. maka solat tidak sah.

Rabu, 7 Disember 2011

LadyBird >>> Lelabah

Nak jadi Labah-Labahla plak..
Salam..
Sebenarnya kali ni lady nak merapu jerk..
Sebab rasanya dah lama lady tak merapu meraban..
Kalau dulu, di blog Diary Hearty, tempat tu lah tempat luahan hati lady..
Sampai suatu ketika.. pakcik lady cakap blog tu macam blog orang gila..
Semua ada.. sebab time lady berjinak dengan dunia blog tu time lady ada masalah 'mental' :P..
Cikgu Kaunselor createkan blog tuk lady supaya lady curahkan segala masalah lady di situ..
dan cikgu tu akan selalu pantau apa yang lady tulis..
Bukan apa.. sebab lady tak reti nak bercakap.. kalau lady bercakap atau cuba untuk memaklumkan sesuatu.. lain yang lady maksudkan, lain yang lady cakapkan.. sebab itulah kot lady selalu fail temuduga... :P..
Nasib ko la lady.. :P

Di blog LadyBird's Life ni pula..
Lady nak juruskan kepada sesuatu yang lebih bermakna..
Kalau dulu, lady lebih suka menulis tentang isu kesihatan.. sebab kehidupan lady dari kecil sehingga besar dikelilingi dengan sesuatu yang berkisar tentang kesihatan.. penyakit.. dari lady kecik, lady belajar.. praktikal.. semua di hospital.. cume skrg lady stop sekejap dengan hospital.. lady nak berusaha hidup di luar lingkungan itu.. :D..

Tapi sekarang.. lady dah campur adukkan inti blog lady nih..
Mungkin disebabkan perubahan dalam kehidupan lady.. kecelaruan identiti..
Lady tak tahulah apa rupa dan isi blog lady ni..
Tetapi salah seorang sahabat lady cakap.. berdasarkan apa yang die baca di blog lady..
Lady sekarang cuba membekukan hati lady..
Sebenarnya lady tak faham ape maksud sahabat lady tu..

Lady teringin sangat nak tahu pendapat sahabat2 lady di sini..
Ape yang sahabat semua faham tentang blog LadyBird's life ni..
Sebab lady sebagai adminnye sendiri sudah mula tak faham..
Adminnye mula bercelaru..
Sebagaimana blognya bercelaru..

Isnin, 5 Disember 2011

Wanita Yang Dihindari Lelaki

Terdapat sesetengah wanita yang amat dihindari oleh lelaki.. walaupun biasanya wanita yang ingin lady senaraikan di bawah ini menarik perhatian dan mempersonakan. 

Terdapat juga ciri-ciri yang disebutkan ini dimiliki oleh lelaki.. kalau boleh lady sendiri ingin mengelakkan diri dari bertemu jodoh dengan lelaki yang mempunyai ciri2 sebegini.. tetapi kalau sudah ditakdirkan begitu bermakna ia sebagai ujian untuk lady :D..

Sekarang mari kita sama-sama perhatikan ciri-ciri wanita yang dihindari :


Miss Turncoat :

Jenis wanita seperti ini selalunya dia mendengar kemahuan lelaki dan memenuhi keinginan pasangannya sehingga ke gerbang perkahwinan. "Neraka" bermula apabila wanita yang sebelumnya adalah seorang yang patuh, berubah menjadi amat penuntut, tamak, ego, dan menjadi mudah marah jika ada perkara berlaku yang tidak mengikut kemahuannya.

Kebiasaanya kebanyakan wanita atau lelaki menyembunyikan perangai sebenarnya sebelum kahwin. Mereka akan menunjukkan perangai yang baik jerk ketika dalam proses perkenalan.

Miss Desperate :

Sekali wanita ini mengenali lelaki yang dirasakan sesuai dengan dirinya, tanpa banyak soal dia membuat keputusan untuk mengahwininya. Dia tidak peduli siapa dan bagaimana lelaki itu selagi lelaki itu boleh memuaskan kehendaknya.

Miss Tease :

Biasanya wanita jenis ini tidak boleh ditinggalkan jauh-jauh oleh pasangannya kerana hobinya yang suka bermain kayu tiga. Malangnya wanita jenis ini amat mempersonakan dan dia senang mendapat lelaki jenis apa pun yang diinginkannya. Selalunya ramai lelaki yang patah hati kerana si wanita ini mendapat 'permainan' barunya.

Lady pernah terjumpa dengan lelaki yang berperangai seperti ini.. lady ingat beliau betul-betul ingin mencari calon isteri berdasarkan cara dia 'mengayat'.. maka lady kenalkan dengan seorang kawan yang turut berkeinginan mencari calon suami.. Seawal perkenalan lelaki itu memang menggunakan ayat yang lady anggap proses ke arah perkahwinan.. tetapi lady tersilap.. kasihan kawan lady tu menjadi mangsa keadaan disebabkan lady..

Miss Controlling :

Wanita ini secara langsung masuk dan mempengaruhi kehidupan lelaki. Dia mengatur bagaimana pasangannya perlu berpakaian, bagaimana cara percakapan yang sesuai, apa yang seharusnya dimakan dan sebagainya. Jika lelaki melawan, wanita ini akan menghentikan aktiviti yang mampu mempengaruhi suaminya sehinggalah si suami mengikuti kehendaknya.

Bagi lady, kadang-kadang perlu andai pasangan kita tu tak pandai menyesuaikan persekitaran dengan pembawakan.. takkan berpakaian selekeh jika ke majlis rasmi.. Mungkin lady termasuk dalam jenis wanita sebegini kot.. lady suka lelaki yang kemas dan pandai bergaul.. tapi kalau selekeh.. hati membara..

Miss Romance :

Wanita jenis ini hidup di alam fantasi dan menghabiskan hari-harinya dengan membaca novel dan berangan. Hidupnya dalam dunia imaginasi yang diciptakannya sendiri. Wanita jenis ini suka apabila dipuji.

Untuk ciri yang macam ni lady tak pernah jumpa dan tak mampu  bayangkan.. macamana yer?

Miss Elusive :

Wanita jenis ini tidak mahu menjalinkan hubungan yang serius dengan seseorang lelaki. Dia lebih suka membujang seumur hidupnya.

Kebiasaannya yang pernah merasa terlukanya hati apabila dihancuri..

Inilah antara ciri-ciri wanita yang lelaki hindari.. dan sebenarnya wanita pun hindari jika lelaki perangainya seperti ini..