Assalamualaikum..
Kali ini lady nak kongsikan berkaitan dengan manfaat wuduk terhadap kesihatan manusia sejagat yang lady olah daripada buku Ajaibnya Wanita karangan Muhammad Jaya.
Selama ini kita mengambil wuduk setiap kali hendak menunaikan solat fardhu dan solat sunat tanpa mengetahui mengapa Allah mewajibkan kita berwuduk.
Berwuduk termasuk dalam menjaga kebersihan diri dengan membasuh anggota utama dalam aktiviti seharian.
Pada umumnya, umat Islam wajib berwuduk sebelum mengerjakan solat kerana solat tidak sah jika tidak dimulakan dengan wuduk.
Terdapat dalil yang berkaitan dengan wuduk yang terdapat di dalam al-Quran yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu hingga kedua-dua buku kaki." [al-Maidah: 6]
Muhammad Muhyidin dalam bukunya Misteri Energi Wuduk (2007:56) menyatakan wudhu' perlu disempurnakan.
Apa yang disebut dengan istilah 'menyempurnakan wuduk' adalah melakukan hal-hal yang wajib ditambah dengan hal-hal yang sunat dalam berwudhu'.
Kadang-kadang kita mengambil wuduk sambil lewa.. walaupun kita tahu bahawa tanpa wuduk yang tidak sempurna menyebabkan solat tidak sah.
Wuduk yang diambil secara sempurna adalah memenuhi perkara-perkara yang lady senaraikan di bawah :
Wajib :
1. Berniat (tak semestinya kene baca secara lisan, dalam hati pun boleh)
2. Meratakan air ke seluruh muka dari anak rambut kat atas sampai ke bawah tulang dagu, dari hujung anak telinga sampai ke sebelah yg lagi satu.
3. Meratakan air di kedua belah tangan hingga ke siku.
4. Mengusap air ke kepala
5. Meratakan air di kedua belah kaki hingga ke buku lali.
6. Tertib (melakukan perbuatan dr pertama hingga akhir mengikut susunan)
Antara yang Sunat :
1. Baca Basmallah
2. Basuh kedua-dua tapak tangan sampai pergelangan tangan
3. Berkumur
4. Memasukkan air dlm hidung
5. Sapu seluruh kepala
6. Menyapu kedua telinga
7. Menyelati janggut yg tebal
8. Mendahulukan anggota kanan dari yg kiri
9. Menyelati celah-celah jari tangan dan kaki
10. Melebihkn basuhan tangan dan kaki dari had yg wajib
11. Mengulang perbuatan sbyk 3 kali
12. Perbuatan secara berturut2 (iaitu tak bercerai turutan anggota ke anggota lain sampai kering)
13. Menggosok2 anggota wudhu'
14. Mengadap kiblat
15. Baca doa lepas wudhu'
Wajib :
1. Berniat (tak semestinya kene baca secara lisan, dalam hati pun boleh)
2. Meratakan air ke seluruh muka dari anak rambut kat atas sampai ke bawah tulang dagu, dari hujung anak telinga sampai ke sebelah yg lagi satu.
3. Meratakan air di kedua belah tangan hingga ke siku.
4. Mengusap air ke kepala
5. Meratakan air di kedua belah kaki hingga ke buku lali.
6. Tertib (melakukan perbuatan dr pertama hingga akhir mengikut susunan)
Antara yang Sunat :
1. Baca Basmallah
2. Basuh kedua-dua tapak tangan sampai pergelangan tangan
3. Berkumur
4. Memasukkan air dlm hidung
5. Sapu seluruh kepala
6. Menyapu kedua telinga
7. Menyelati janggut yg tebal
8. Mendahulukan anggota kanan dari yg kiri
9. Menyelati celah-celah jari tangan dan kaki
10. Melebihkn basuhan tangan dan kaki dari had yg wajib
11. Mengulang perbuatan sbyk 3 kali
12. Perbuatan secara berturut2 (iaitu tak bercerai turutan anggota ke anggota lain sampai kering)
13. Menggosok2 anggota wudhu'
14. Mengadap kiblat
15. Baca doa lepas wudhu'
Penyelidik telah membuktikan bahawa wuduk mampu mengurangkan pertumbuhan virus/ bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.
Kita membersihkan diri sekurang-kurangnya lima kali sehari dengan berwuduk dan secara tidak langsung membuang segala kekotoran yang mengandungi virus, bakteria, kulat serta bahan kimia yang merbahaya daripada memasuki badan kita.
Dengan berwuduk kita bukan sahaja membersihkan anggota badan seperti tangan dan kaki tetapi wuduk juga dapat mencegah barah kulit.
Contohnya seorang mekanik yang seharian bekerja di bengkel yang menyebabkan anggota badannya sentiasa bergelumang dengan minyak yang boleh meresap ke bawah kulit dan mendatangkan penyakit.
Dengan berwuduk secara sempurna, minyak tersebut akan dibersihkan daripada anggota badan sebanyak lima kali sehari dan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan kemudaratan kepada mekanik tersebut.
Maka, dengan ini marilah kita sama-sama menyempurnakan wuduk kita.. sucikan diri sebelum menunaikan solat dengan sempurna.
Amalan yang ditanya selepas kita mati adalah amalan solat, jika wuduk tidak sempurna.. maka solat tidak sah.
blognya keren beuds
BalasPadamhehehe
Assalamualaikum Lady
BalasPadamsetiap yg Allah anjurkan penuh rahmat
Wassalam
Alhamduillah..
BalasPadamp/s: cam mana akak bisa menulis peris yg kaya ilmu.
turunkan ilmu sama 'adik' kecil ini.hehe
ambil wuduk ketika masih ada wuduk juga tidak menjadi kesalahan
BalasPadamAssalamualaikum..
BalasPadamBanyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:
ABU Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Pada hari kiamat, umatku dipanggil dengan ghurram muhajjalin, kerana bekas wuduknya (yang bercahaya). Siapa yang mahu menambah ghurramnya, silalah lakukan,” (Hadis Riwayat Bukhari).
TQ for sharing..
salam
BalasPadamlady...lagi satu,wuduk yg sempurna,terpancar nur nya pada wajah...
bkn semua org ada 'nur' pada wajah mereka ,kan...akak suka tgk muka ust Harun Din,Hassan Din...
wuduk juga menghapuskan dosa2 kecil..betul x lady
BalasPadamInfo yg menarik..
BalasPadamBelog lady bnyk info best laa.
carik kat mane yeaa
rajin rajin lah berwuduk walaupun pada waktu bukan waktu solat kerana banyak sisi positif yang boleh kita dapat.
BalasPadamsbb tu wuduk sngt penting.. btw , nice entry ! ;)
BalasPadambaru tau wuduk mampu mengurangkan ptumbuhan bakteria...
BalasPadamnice sharing :)
Bila berwuduk kan kita cuci lubang hidung, pastu masukkan air dlm hidung. Tp bila dtg bulan kan tak berwuduk, selalu je tahi idung jd byk. keke. *sorry, disgusting.
BalasPadambetul tu..manfaat yang seringkali orang terlepas pandang. rugi bagi mereka2 yg tak melakukan nya kan
BalasPadamdengan menggosok-gosok anggota badan juga di katakan menyamai urutan refleksiologi..
BalasPadamsemoga cahaya wuduk dpt menerangi kita di alam sana...Amin..
BalasPadamSinggah ziarah, salam kenal dr ibu Yusuf dan Maryam..
BalasPadamBenar, wudhuk punya banyak kelebihan.. :D
Inilah kelebihan berwuduk...selain kebersihan fizikal...dapat juga membersihkan rohani kita sendiri...
BalasPadamcuma tertinggal setiap tindakan wuduk itu perlu dibuat sebanyak 3 kali. Sekali sahaja tak cukup.
BalasPadam:)
setiap yang ALLAH wajibkan pasti ada kebaikkanya kepada kita semua
BalasPadamketenangan juga terselah di muka orang-orang yang berwudhuk...
BalasPadamkak bui jarang dpt kekalkan wuduk lama2 sebab mudah sgt nk buang angin..huhu
BalasPadamtp mmg tidak dinafikan byk kebaikan berwuduk ni
jgn biarkan wuduk hilang dari tubuh.. pastikan wuduk sentiasa ada bila pergi ke mana2 sekalipun
BalasPadamthanks...
BalasPadamBanyak manfaatnya bila berwuduk nih. Thanks for sharing.
BalasPadamustaz sy kt kalu kita ikhlas berwuduk insya allah penyakit kulit akn sembuh
BalasPadambetul tu.. nak lagi bersih mandi 5 kali sehari... hehehe...
BalasPadamMasyaAllah, setiap kejadian itu ada hikmahnya....
BalasPadam