Buah Delima |
- Madu
- Madu
adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu
penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh
menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan
bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu
pagi dan malam.
- Habbatus sauda
- Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya.
Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering
dihadapi oleh manusia. Antaranya merangsang tenaga dan membantu memulihkan
kepenatan dan semangat, berupaya memulihkan penyakit seperti batuk,
"bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti
jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah
pengaliran air liur dan mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
- Kismis
-
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan
bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah
dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa
penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan
tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap
hari.
- Susu segar
- Susu
berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental
dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air
yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk
ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia
diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
- Telur
-
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan
keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap
dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih
baru.
- Halia
- Ia
sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau
dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu
pagi.
- Buah Delima
- Mujarab
untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah
delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
- Kurma
- Sebagai
ubat penyakit lahir, penyakit minda, dan juga makanan mengenyangkan.
- Buah Tin
- Buah tin
dan buah zaitun telah diakui oleh doctor perubatan moden banyak mengandungi
manfaat untuk manusia. Ia dapat membantutkan penyakit buasir dan gaut.
- Buah Badam
- Dapat
mencerdaskan akal dan menguatkan hafalan. Boleh juga mencerahkan mata bagi yang
rabun.
- Daging unta
-
Bertindak sebagai tonik untuk penyakit hati, lemah jantung, buasir dan lemah
tenaga batin. Jika dicampur dengan madu lebah, ia dapat mengatasi penyakit radang
paru-paru lelah, batuk berkahak, sengal sendi, pendarahan sebelum bersalin,
hilang selera makan, sakit kuning dan bengkak hati.
- Garam
- Setiap
kali sebelum makan, Islam menganjurkan supaya dimulai dengan merasa secubit
garam. Jilatan garam itu menyebabkan air liur keluar di mana air liur
mengandungi enzim yang dapat membantu menghadamkan makanan. Amalan ini akan
menjauhkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan penghadaman makanan.
p/s : Artikel ni lady buat untuk tazkirah hari rabu yang lepas.. sekarang lady share di sini lak.. :).. nasihat lady... kite cube amalkan pemakanan berlandaskan Islam untuk kesejahteraan kita dunia akhirat..
bgsnya info ni..buah delima tu nampak sedaplah..*_*
BalasPadamsusu segar, Habbatus sauda ngan daging unta je belom penah makan lg....urm tp unta? air rebusan hati unta penah la minum....hehe
BalasPadamAssalamualaikum Lady
BalasPadamAlhamdulillah
info yg memberi faedah
Wassalam
Madu mahal. Habatus Sauda tak pasti, tak pernah check harga dia. Delima mahal, sebijik harganya bleh jadi RM3 dan ke atas, susu segar juga mahal kalau nak dijadikan rutin harian, kurma pun mahal selain bulan Ramadhan itu pun yg murah yang stock manis tak hengat punya, buah tin pun mahal jgk. Badam pun mahal, daging unta lagi la payah nak dpt. Kismis boleh dikatakan murah jugak, telur, halia dan garam boleh la.
BalasPadamKesimpulannya, makanan2 ni boleh dibeli sekali sekala, tapi nak dijadikan amalan setiap hari rasanya tak mampu. Buah delima tu, kalau nak mkn setiap hari RM3 x 30 = RM150. [tupun yg paling murah, ada yg sampai Rm5 sebijik].
Sebab tu, kebanyakan org tak makan makanan yg berkhasiat ni, bukan sebab tak suka, tapi ramai yg tak mampu. *saya penah praktikkan makan beberapa senarai di atas ni, tapi memang agak semput la kewangan.
Jadi... kesimpulan lagi sekali, makanan berkhasiat ni, org kaya je la yg boleh amalkan. Huhu.
itu hadis sahih ke??yg buah delima tu??mak kiwi suka beli buah delima :)
BalasPadamAssalamualaikum...
BalasPadamDaging unta payah nak dicari di sini namun daging kambing pun boleh jadi pengantinya kerana Rasulullah s.a.w. memang suka makan daging kambing..
kite suke semua kucuali halia.. hehe
BalasPadamhuhu..apik tak tahu lak garam sebahagian darinya..hehee
BalasPadamsalam....
BalasPadamterima kasih berkongsi info..:)
pernah mkn sekali je habbatus sauda tu sbb pahit huhuhu
BalasPadamrasa garam sebelum makan?
BalasPadambelum pernah buat tu
info yang berguna.. Setakat yang boleh, mari kita amalkan.
BalasPadamBui Junaidi :
BalasPadamterima kasih akak.. sama2 berkongsi..
a'ah.. feveret lady buah delima tu.. macam permata cincin.. syg nak makan..
Cik Panadol :
BalasPadamsemua lady dah pernah makan.. cuma daging unta jer belum pernah.. bagaimanalah rasanye ek.. rebusan hati unta best x?
Atuk :
BalasPadamWaalaikumusalam atuk..
Alhamdulillah.. terima kasih..
LydSunshine :
BalasPadamMadu = Rm20 (sebotol kicap).. makan 2 kali sehari.. stp kali makan sesudu sedang.. thn lbh kurang 3 bukan
Habbatus sauda = Rm10 sebotol.. thn lebih kurang setahun setengah.. makan 7 bijik sekali makan.. sekali ngn madu.. 2 kali sehari..
Delima = Rm10 (4 atau 5 biji) boleh makan sikit2.. jgnla makan sekali mkn 2 biji.. sekurang2nye sebulan sekali(sebiji) or sebulan dua kali..
kurma yg sdg2 lbh kuran RM10 sekotak.. sehari 3 biji... cukuplah tuk setengah bulan.. jgn makan tuk kenyang yer..
buah tin cukupla setahun 5 kali makan.. hihihihi.. beli yg kering tu.. anti oksida..
makanan tu makanan sampingan.. bukan sebagai makanan ruji.. x perlu makan hari2..
rsnye lebih murah kalau kite bandingkan dengan makanan ringan yg kita sellau makan.. contohnye pizza, kfc, A&W..
tu just pendpt lady sebab kami ekeluarga amalkan..
kiwi :
BalasPadamsahih insyaAllah.. lupe nk letak periwayatnye.. lady pun suke.. makan sebijik2..
Abdul Razak :
BalasPadamWaalaikumusalam ustaz.. lady x pernah makan daging unta.. dulu ade org sembelih unta kat kg lady.. tp x g makan pun.. daging kambing lady suka..
teha :
BalasPadamhehehe.. halia x suke jugak.. tp kita sellau makan kan? ltk dlm masakan..
Apik :
BalasPadamgaram tu merangsang pengeluaran air liur.. air liur tu ada enzim pencernaan..
apik jgn ambik byk.. apik cucuk ngn jari kelingking je kemudian hisap.. lepas tu mkn nasik...
Sekamar Rindu :
BalasPadamwsalam.. sama2 kasih :D
Miss Purple Ungu :
BalasPadammemang pahit. tp makan sikit je tau.. antara tujuh bijik atau hujung sudu kecik.. makan ngn madu.. gigit2.. dulu2 lady mmg rs pahit.. bila dh amalkan alhamdulillah dah boleh terima..
tehr :
BalasPadamcikgu tryla buat.. cucuk gune jari kelingling.. yg melekat di jari kita tu shj yg kt jilat.. yg melekat tu sesuai dgn keperluan badan kite.. insya-Allah.. kemudian makan seperti biasa..
Tirana :
BalasPadaminsyaAllah kak tirana.. :) kita sama2 amalkan sekadar yang termampu..
oh itu penerangan Habbatus Sauda, dalam post 'yahudi ' sebelum ni.
BalasPadamtrimas . =)
itulah kebaikan kopi Radix. kebanyakan dari senarai itu ada...
BalasPadamkalau mkn jeruk @asam halia..ok ke dak eh..
BalasPadambaru nie ada buat entri pasal makanan kesukaan rasulallah..lebih kurang macam nie jugak..
BalasPadampasal garam tu baru sy tau..tq 4 sharing