Tadi lady terbaca suatu berita di Sinar Online.. Berkaitan dengan jambatan yang dibina daripada bahan kitar semula..
Lady tertarik untuk berkongsinya di sini memandangkan kebanyakan masyarakat kita kurang kesedaran tentang kepentingan menggunakan barangan yang mesra alam.
Mereka lebih gemar menggunakan barangan yang tidak dapat dilupuskan disebabkan kebanyakan barangan tersebut jauh lebih lasak tanpa mempedulikan kesan negatifnya terhadap diri sendiri dan masyarakat pada masa hadapan. Dengan kata lain lebih mengutamakan keselesaan diri.
Mereka lebih gemar menggunakan barangan yang tidak dapat dilupuskan disebabkan kebanyakan barangan tersebut jauh lebih lasak tanpa mempedulikan kesan negatifnya terhadap diri sendiri dan masyarakat pada masa hadapan. Dengan kata lain lebih mengutamakan keselesaan diri.
Contohnya di Terengganu, setiap hari Sabtu ditetapkan hari tanpa plastik.. dan jika ingin menggunakan plastik ketika membeli belah perlu membeli plastik RM0.20 setiap satu. Majoriti daripada masyarakat di sini tidak suka dengan peraturan tersebut dan mempertikaikannya tanpa berfikir kebaikan di sebaliknya. Bukan sahaja di kalangan orang-orang berumur malahan tentangannya termasuk daripada golongan cerdik pandai.
Bukan sekadar plastik, malahan semua peralatan yang digunakan, mereka lebih gemar menggunakan peralatan pakai buang sedangkan peralatan tersebut masih boleh diguna pakai kembali. Jika ada segelintir daripada kita yang menggunakannya kembali setelah digunakan akan terdapat mata-mata yang memandangnya dengan sinis seolah-olah kita terlalu berkira dan kedekut, dan perbuatan kita itu seolah-olah terlalu salah dan berdosa.
Berbeza pula dengan masyarakat Jepun yang amat menitik beratkan tentang kitar semula. Setiap barangan akan dipastikan dikitar semula dan mendapat sokongan padu daripada masyarakat mereka. Sisa-sisa makanan pula digunakan untuk dijadikan baja.
Amat berbeza dengan mentaliti masyarakat kita yang teramat jauh ketinggalan. Bukan sekadar persepsi kitar semula, malahan dari semua aspek kehidupan kita amat jauh ketinggalan.. contohnya tentang isu kebersihan, isu penerimaan masyarakat terhadap golongan OKU, isu pemakanan kesihatan masih di tahap yang rendah.. bukan sahaja di kalangan masyarakat biasa.. malahan juga di kalangan golongan terpelajar dan pemimpin.
Amat berbeza dengan mentaliti masyarakat kita yang teramat jauh ketinggalan. Bukan sekadar persepsi kitar semula, malahan dari semua aspek kehidupan kita amat jauh ketinggalan.. contohnya tentang isu kebersihan, isu penerimaan masyarakat terhadap golongan OKU, isu pemakanan kesihatan masih di tahap yang rendah.. bukan sahaja di kalangan masyarakat biasa.. malahan juga di kalangan golongan terpelajar dan pemimpin.
Apa yang lady dapat simpulkan di sini , kemungkinan besar masyarakat kita tidak sedar adalah disebabkan bukan kurangnya kesedaran terhadap kepentingan kitar semula, tetapi lebih bersifat pentingkan diri sendiri dan mengharapkan orang lain.
Di bawah ini merupakan jambatan yang dihasilkan daripada barangan kitar semula. Semoga rakyat Malaysia turut memikirkan perkara yang sama dalam usaha membendungi masalah pelupusan sampah yang amat ketara.
Jambatan Kitar Semula
SCOTLAND - Mempunyai kepanjangan 30 meter dan dihasilkan sepenuhnya menggunakan produk plastik terpakai, jambatan merentasi sungai Tweed di Peeblesshire, Scotland ini mencipta rekod baru dalam dunia pembinaan.
Jambatan yang baru sahaja disiapkan, bulan ini, menjadi jambatan kitar semula yang paling panjang dan kukuh di dunia, hasil kajian penyelidik di Universiti Rutgers, Amerika Syarikat.
Dibina menggunakan bahan komposit plastik berketahanan tinggi yang ditemui dalam botol minuman dan barangan plastik terpakai lain, jambatan itu boleh digunakan oleh pejalan kaki, kereta dan kenderaan besar yang membawa muatan berat.
Syarikat pembinaan Britain, Vertech Composites yang bertanggungjawab dalam projek itu menganggap jambatan unik ini sebagai permulaan untuk menghasilkan lebih banyak jambatan dan jalan raya mesra alam pada masa akan datang.
“Plastik juga lebih tahan lama berbanding bahan binaan jambatan seperti besi, balak dan konkrit,” menurut syarikat itu.
Jambatan yang baru sahaja disiapkan, bulan ini, menjadi jambatan kitar semula yang paling panjang dan kukuh di dunia, hasil kajian penyelidik di Universiti Rutgers, Amerika Syarikat.
Dibina menggunakan bahan komposit plastik berketahanan tinggi yang ditemui dalam botol minuman dan barangan plastik terpakai lain, jambatan itu boleh digunakan oleh pejalan kaki, kereta dan kenderaan besar yang membawa muatan berat.
Syarikat pembinaan Britain, Vertech Composites yang bertanggungjawab dalam projek itu menganggap jambatan unik ini sebagai permulaan untuk menghasilkan lebih banyak jambatan dan jalan raya mesra alam pada masa akan datang.
“Plastik juga lebih tahan lama berbanding bahan binaan jambatan seperti besi, balak dan konkrit,” menurut syarikat itu.
hehe..kempen kitar semula ni bgus juga..kt jj pn kalau hari sbtu memg kena bwk beg sdiri nk shopping..
BalasPadamKalau terbakor jambatan ni cair ke dop? Heheh..
BalasPadamSaya akan kitar semula plastik yg dpt masa membeli belah untuk jadikan plastik sampah. *tu termasuk dlm kategori kitar semula tak?
setahu IM idea hari tanpa palstik ni bermula dari kerajaan negeri penang. kemudian di ambil ke pusat.
BalasPadampenang juga sekarang ini buat program mengurangkan penggunaan bekas makan yang diperbuat dari foam.
isu itu di putarbelit oleh pihak pembangkang d penang.
Kat Kuching pun ada gak kempen macam tu.. Cuma masyarakat sini msh belum tahu camner cara nak kitarkan semula barang2 terpakai..
BalasPadamMano yg tak sedar tuh tat y dorang x suko shop hr sabtu..
BalasPadamkan lebih elok digunakan bahan yang boleh dikitar semula
BalasPadamdapat juga berjimat
di negara barat, dah lama pasaraya sediakan beg kertas untuk org ramai datang membeli belah.
BalasPadamkenapa di Malaysia tak nak buat?
kalau shopping kat penang hari2 takder beg plastik...kat kfc pun beg plastik kene bayar...
BalasPadampelan2 jadi 3 atau 4 hari tanpa plastik lama2..kurang la sket pengginaaan plastik
BalasPadamAssalamualaikum...
BalasPadamElok benar jika kita dapat berhenti dari penggunaan plastik dan menggunakan bahan yang boleh dikitar semula.
kat sini sampah harian pun buang ikut kategori untuk mudahkan proses kitar semula, harap boleh dipraktikkan dengan jayanya di mesia, yg penting sikap kita sendiri nak buat atau tidak...
BalasPadamp/s: insyaAllah jawapan bakal menyusul, alhamdulillah terima kasih feberet makan kurma tapi dah habis stok sdg tunggu mama pos kurma :))
BalasPadamtak perlu approve pun takpe komen ni...
kiwi :
BalasPadamhari sabtu mmg semua negeri kan?
smg suatu hari nanti negara kita mampu mempraktikkannnya.. insya-Allah..
LydSunshine :
BalasPadaminsya-Allah x.. kalau dah dimampapkan.. sukar jugak nak terbakar dan cair.. mgkn keadaannya seperti tar jalan tu.. sebab plastik pun dibuat berdasarkan komponen2 yang sama.. hasil drp petroleum..
insan_marhaen :
BalasPadambtl2.. kalau dulu lady kat universiti dah x gune plastik dah.. kalau beli makanan pun dh xde bekas polisterin.. kene bawa bekas bekal sendiri.. sebab tu bila dgh blk kg agak terkejut melihat mrk tidak dpt trm amalan baik mcm tu..
AmirFX :
BalasPadamrsnye kempen tu seluruh Malaysia.. kalau di semenanjung ni kalau ckp x tahu cara agak kurang dipercayai.. tp kalau di sana lady tak tahu.. mungkin persekitaran sana berbeza kot.. lady x pernah sampai lagi setakat ke hari ini..
Papa Mifz :
BalasPadamsetuju ngn papa Mifz.. kalau terpaksa shopping hari sabtu mmg bersungut habis2an..
tehr :
BalasPadamjrg yg berfikiran mcm tu cikgu.. itulah penyebab utama kempen kerajaan gagal.. sdgkan semua tu untuk ms depan kite jugak..
delarocha :
BalasPadamsebab mentaliti masyarakat kite masih rendah.. tgk isu kebersihan.. isu hormati org lain.. malah mcm2 isu malaysia di tahap yang terkebawah..
Ungu Violet :
BalasPadamsetuju ngn miss ungu.. pernah rasa tgl di sana dulu.. tp xde mslh pun tanpa beg plastik.. bukan susah pun nk bw beg sendiri.. lipat2 je..
SUDAIS :
BalasPadamjomkite usaha cube sama2.. sbg blogger kite cube sedarkan masyarakat melalui penulisan.. mungkin mereka masih tak mampu berfikir lagi..
kena pandai jaga alam kalau nak bertahan lama dibumi yang semakin usang dek kerasukan manusia itu sndiri..
BalasPadamAbd Razak :
BalasPadamWaalaikumusalam ustaz..
betul2.. tp skrg ade jugak plastik yg dibua drp hasilan bakteria dan ubi kayu..
Hanis :
BalasPadamsetuju sgt ngn hanis.. kawn2 lady ade yg sambung belajar di jepun.. mereka cerite sal jepun.. suka sgt dengar.. sellau impikan uatu hr nanti Malaysia boleh jadi lebih baik atau kurg2 amalkan sptri di jepun..
Hanis :
BalasPadamp/s : dah teraprove lah.. hihihi..
ok... lady tunggu jawapannya.. :D
Woofer Storm :
BalasPadamtp kebanyakan masyarakat kite ade mslh sikap.. huhuhu..
mentaliti masyarakat skang mmmg camtu sbb diorg xde kesedaran sivik..apa kebaikan kitar semula ni n apa efek pembuangan/pembakaran samapah secara terbuka..
BalasPadamdi selangor pun turut ada kempen tersebut..
BalasPadamx dinafikan mentaliti masyarakat malaysia ttg kebersihan sgt rendah..apa lagi penggunaan barang2 yg mesra alam...utk jangkamasa skrg..mungkin x nampak..tp generasi akan dtg..yg akan menerima kesan nya
kita takboleh elak dengan plastik,tp kita boleh kurangkannya..:)
BalasPadamorg kita mmg kurang peka terhadap kebersihan,jgn kata nak kitar semula.sampah pun buang depan rumah orang,yg penting didikan ibu bapa..
atok bukan nak cakap apo...tapi boto...mentaliti masyarakat kito masih mundur
BalasPadamsementara duk kat rumah lepas spm ni..ana tengah buat operasi menyelongkar barang2 lama (4-5 thn lalu) utk dikitar semula n dpt diut poket..hehe lumayan!!! http://studioous.blogspot.com/
BalasPadam