Sabtu, 9 Oktober 2010

Kencing oh Kencing

Kelakar lak tengok tajuk.. Segan jer nak tulis berkaitan dengan kencing ni.. Pernah ari tu, lady gi Selangor dari Kuala Terengganu. Dalam perjalanan tu, Abang lady singgah di stesyen minyak untuk menunaikan hajat. Sementara menunggu abang lady duk dalam tandas, lady ternampak seorang lelaki (cina) sedang berdiri membelakangkan lady menghala ke pagar. Lady duk perhati jer kat mamat cina ni, leh tahan macho jugak.. duk ralit perhati mamat tu, tak tersedar yang die dah berpaling dan melihat lady memandang kepadanya dengan penuh minat. :P kemudian die cepat2 lari menuju ke keretanya yang diparkir di hadapan kereta abg lady. Apabila lady pandang balik tempat yang die berdiri tadi, nampak kesan air mengalir di pagar. Sah, memang die kencing.. dahlah berdiri, kencing kat pagar org lak tu.. seolah2 seperti kucing dan anjing kencing.. memang xleh jadi suamilah manusia mcm tu.. eiii.. geli.. x senonoh.. dahla depan2 orang.. Tapi xpelah, lady anggap je die ade masalah pundi kencing lemah.. hihihihi.. think positif sokmo :P

Lady sebenarnye bukan nak citer perihal mamat tuh, tetapi lady nak citer sal kegagalan pundi kencing menampung urin. Terdapat sesetengah daripada kita mengalami masalah untuk menahan air kencing dalam tempoh waktu yang lama. Masalah ini kebiasaan dialami oleh golongan wanita. Antara sebab musabab kegagalan pundi kencing berfungsi dengan baik adalah disebabkan oleh :
* Masalah jangkitan bakteria pada pundi kencing. Pesakit tidak dapat menahan kencing dan kerap kencing tidak kira masa, samada siang atau malam. Selain daripada itu, pesakit juga akan rasa pedih atau panas ketika  kencing dan pengeluaran cecair dari saluran kencing. Kebiasaannya terjadi di kalangan wanita kerana saluran uretranya yang pendek. 
* Overactive bladder, seseorang yang menghadapi masalah ini akan kerap kencing sekurang-kurangnya sepuluh kali sehari dan tidak mampu menahan kencing. Masalah ini dialami oleh lelaki dan wanita. 
*Nocturia, pesakit akan kencing kerap pada waktu malam. Kebiasaannya dialami oleh pesakit kencing manis.  Pesakit akan mengeluarkan air kencing dalam kuantiti yang banyak dan kerap pada waktu malam walaupun kurang mengambil minuman.
* Pundi kencing menghadapi masalah untuk menampung kuantiti urin dalam kuantiti yang normal. Berlaku kebocoran air kencing jika pesakit menahan air kencing kerana pundi kencing lemah untuk menahan pengeluarannya.
* Inkontinens, lemah kawalan kencing yang dihadapi oleh wanita. Air kencing keluar sedikit (tanpa kawalan) apabila setiap kali bangun dari duduk, apabila batuk, bersin, ataupun ketika melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam. Kebiasaannya dihadapi oleh wanita yang telah berumur. ia disebabkan oleh masalah pada otot dan saraf yang mengawal dan membebaskan air kencing.
Ia adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria pada saluran kencing, berlaku keradangan dan jangkitan bakteria pada vagina, kehamilan serta melahirkan anak. Selain dari itu, masalah ini juga boleh dikaitkan dengan menopaus (disebabkan hormon), penuaan, pernah melakukan pembedahan dan kecederaan pelvik, strok, Alzheimer, Parkinson dan kecacatan sejak lahir.
Kebiasaan pesakit yang menhidapi masalah dalam pembuangan air kencing segan untuk berjumpa dengan doktor kerana menyangka ia perkara yang memalukan dan sentiasa mengambil langkah untuk mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti bermasyarakat. Mereka jarang keluar dari rumah dan jika keluar, mereka akan memastikan tempat yang mereka bakal kunjungi terdapat tandas.

Dan terdapat sesetengah daripada mereka yang mengurangkan pengambilan air untuk mengelakkan daripada kerap ke tandas tanpa mengambil kisah kesan negatif yang terpaksa mereka tanggung akibat daripada tindakan mereka. Kekurangan air menjejaskan fungsi organ dalaman. Selain daripada itu, badan akan mudah terasa letih, mengantuk dan tidak bermaya.

Untuk mengelakkan masalah ini daripada berterusan, lady menasihatkan agar jika hadapi masalah tersebut sila lah dapatkan rawatan. Kerana bukan kita sahaja yang hadapi masalah tersebut, malahan ramai lagi yang menghadapi masalah yang sama. Terutamanya wanita. Sebagai wanita, kita memang sukar untuk mengelakkan diri daripada menghadapi masalah kegagalan mengawal air kencing kerana peranan kita sebagai ibu yang mengkehendaki kita untuk mengandung dan melahirkan. Di samping keadaan uretra kita yang pendek jika dibandingkan dengan lelaki menjadi penyebab utama berlakunya jangkitan.  

13 ulasan:

Fello Ariza berkata...

erkk miss lady bird tgok dier kencing ke..hehek...

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

kelakar tapi berinfo...nice sharing kak

Tanpa Nama berkata...

info yg sangat berguna, terima kasih! :D

LadyBird berkata...

Fello Ariza :
bukan tengok, tertengok.. :P..
lady ingatkan die watpe la ralit sangat tuk tepi pagar hijau tu.. :P rupe2nye duk kencing :P

Nur Hawa :
Nanti kita akan tetap melaluinye dik.. moga2 xdelah sampai kene pakai pampers.. ade org tu lepas bersalin kene pakai pampers sebab saraf die rosak.. langsung xleh rasa bile nak kencing..

maCy :
Sama2 dik.. sharing is caring.. :).. semoga kite sentiasa peka dengan kesihatan kita.. :)

CIK TOM berkata...

thanks for sharing mmg info yg bagus sbb kadang2 orang amik mudah je pasal kencing2 ni kan..huhu

LadyBird berkata...

Tomato girl :
a'ah dik.. kdg2 mereka tersekse disebabkan berfikir yg mslh mereka hanyalah disebabkan proses penuaan, dn mereka tidak mengambil inisiatif tuk merawat. sdgkan mslh tersebut boleh dirawat.

m.a.r.i.n.a.r.i.z.u.a.n. berkata...

kwn marina pn ada gak yg mempunyai masalah lemah pudi kencing... hahahaha... klu dia baca enty nie mesti dia tersenyummm.... tq 4 information

LadyBird berkata...

Marina :
Nasihatlah kawan Marina tuk dapatkan rawatan dr. InsyaAllah boleh diatasi.

liza sahab berkata...

salam Lady,
very informative article, suke sungguh kakliza kat tulisan lady ni. Keep it up ;)

LadyBird berkata...

Kak Liza :
tQ kak liza..
bantu bagi idea dan tajuk kat lady ek :)..

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

ye kak? Ya Allah..takotnye

The Official Miss CHEKLEEN berkata...

ooo...tq...
info berguna sangat..
at least leh taw masalah2 gini..

alongxp berkata...

eee...lady tgk die ngan penuh minat eeeee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...