Rabu, 27 Oktober 2010

Keracunan Ubat-ubatan Moden


Sudah begitu lama Lady tidak menulis berkaitan ubat-ubatan, dan sudah dua hari juga Lady tidak update blog. Hanya mampu blogwalking kerana penjanaan idea tidak berlaku. Idea terbantut seketika dan ia memberi banyak ruang untuk Lady mengunjungi blog rakan-rakan. Terdapat beberapa blogger yang sudah lama tidak hadir di alam maya ini, dan tidak kurang juga yang sakit/ tidak sihat, maklumlah keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu. Semoga blogger semua dikurniakan kesihatan yang baik, ameeennn..

Disebabkan ramai blogger yang sakit dan perlu kepada pengambilan ubat, maka kali ini Lady terpanggil  untuk menulis tentang ubat lagi. Ramai  daripada kita tidak sedar "benda" yang dipanggil ubat tersebut sebenarnya bukanlah  sebenar-benar ubat yang mampu menyembuhkan penyakit, sebaliknya racun yang bakal menghancurkan sistem tubuh badan kita. Cuma menunggu masa untuk menunjukkan kesannya. Lady bukan melarang makan ubat, tetapi kalau boleh dielakkan, amat digalakkan untuk menghindarinya demi kebaikan masa hadapan. Tetapi kepada pesakit yang sememangnya perlu kepada pengambilan ubat secara berterusan, silalah mengambil ubat mengikut aturan yang telah ditetapkan. Jangan  mengambil mudah dengan ubat, kesannya banyak yang negatif andai tidak mengikut peraturan. Bukan hanya pada kita, tetapi pada orang lain juga, janganlah kerana kesilapan kita memudaratkan hidup orang lain.

Ubat merupakan salah satu kumpulan racun yang kesannya boleh berlaku secara mendadak seandainya arahan pengambilannya tidak diikuti. Ubat-ubatan yang boleh dan sering menyebabkan keracunan adalah seperti ubat antidepresi, ubat analgeik yang mampu mengurangkan kesakitan, ubat selsema, ubat tidur yang mengandungi bahan barbiturat, ubat sakit jantung, ubat penambah mineral dalam badan seperti zat besi, ubat batuk yang mengandungi bahan-bahan narkotik serta ubat penenang.

Ubat Antidepresi 

Ubat ini diberikan kepada pesakit yang menghadapi masalah gangguan psikologi. Kebiasaan pesakit ini mengalami kemurungan, perubahan tingkah laku, tidak mampu mengawal emosi, tidak dapat tidur, hilang selera makan, serta hilang berat badan. Untuk merawat pesakit yang menghadapi masalah ini, kebiasaan  ubat antidepresi trisiklik seperti  imimpramin digunakan.

Keracunan akibat pengambilan berlebihan ubat depresi trilisiklik boleh menyebabkan gangguan sistem saraf dan denyutan jantung. Ia boleh menyebabkan mangsa menunjukkan gejala seperti suhu badan menurun, sawan, tekanan darah menurun, pernafasan tertekan, penglihatan kabur, gangguan denyutan jantung dan koma. Sebenarnya kes ini tiada penawar selain daripada menggunakan Sirup Ipecac untuk mengeluarkan punca keracunan di dalam badan. 

Ubat Analgesik

Kumpulan ubat ini menahan atau meredakan kesakitan akibat sakit kepala, sakit gigi, sakit perut, sakit sendi dan sebagainya. Ubat analgesik hanya membantu mengurangkan rasa sakit yang berkaitan. Sekiranya rasa sakit muncul semula atau pun tidak hilang, maka pesakit cenderung untuk menambah atau mengunakan semula dos ubat berulangkali sehingga menyebabkan keracunan. Terdapat dua jenis ubat analgesik iaitu jenis narkotik dan bukan narkotik. Jenis narkotik merujuk khususnya kepada dadah narkotik seperti morfin atau petidin, satu lagi adalah seperti aspirin dan parasetamol.

Penggunaan ubat analgesik jenis narkotik sentiasa diawasi oleh doktor tentang dosnya manakala bukan narkotik bebas digunakan tanpa nasihat oleh doktor. Ubat ini boleh didapati di farmasi. Kebanyakan ubat seperti analgesik sering mengakibatkan keracunan yang terhasil akibat dari kumpulan ini akan diterangkan dengan menggunakan dua jenis ubat yang popular iaitu parasetamol dan aspirin sebagai contoh.
Parasetamol

Dalam pengambilan ubat ini secara biasa, metaboit membahaya ini bergabung dengan sejenis enzim, glutation di hati untuk menjadi bentuk normal. Apabila ubat diambil secara berlebihan, jumlah enzim glutation yang terhad menyebabkan metaboit perantara tidak dapat dineutralkan. 

Akibatnya metaboit tersebut bergabung dengan sel hati musnah. Selain hati parasetamol juga menyebabkan kerosakan buah pinggang melalui mekanisme yang sama. Sekiranya rawatan diberikan sebelum kerosakan hati dan buah pinggang berlaku akan menyebabkan lebih banyak enzim glutation dihasilkan untuk bergabung dengan meteboit perantara.
Aspirin
 
Aspirin digunakan untuk meredakan sakit, mengurangkan demam dan radang  pada bahagian sendi. Ia juga boleh meredakan penyakit artritis dan melambatkan pembekuan darah. 
Penggunaan aspirin dikalangan kanak-kanak tidak digalakkan. Ini kerana aspirin didapati mengakibatkan kesan sampingan yang dikenali sebagai penyaki Reye, suatu keadaan yang membawa kepada kerosakan hati, otak dan akhirnya maut. Ia mungkin boleh menyebabkan ulser pada bahagian perut serta sistem penghadaman. Rasa mual dan muntah sering berlaku sebagai kesan samping pada orang dewasa.
Memakan aspirin melebihi dos yang disyorkan iaitu 20-25gm boleh menyebabkan kematian. Kesan keracunan pada peringkat awal adalah muntah, lesu dan sakit perut. Jika dibiarkan ia akan mengganggu sistem pendengaran, badan berpeluh, suhu badan akan meningkat dan peringkat akhir mangsa tidak sedarkan diri dan denyutan jantung akan berhenti.
Ubat Selsema 

Ubat selsema mengandungi kumpulan ubat antihistamin. Ubat ini meredakan selsema dengan cara mengurangkan kerengsaan saluran pernafasan terutamanya akibat alahan. Ubat ini juga boleh mengurangkan pengeluaran lendir di tekak dan hidung, 

Contohnya ubat antihistamin akan menyebabkan seseorang itu mengantuk. Sekiranya berlebihan, simptom-simpton keracunan dapat dilihat pada mangsa tersebut iaitu penglihatan akan menjadi kabur, mulut kering, rasa mual, suhu badan meningkat dan sawan. Untuk keracunan ubat antihistamin, tiada penawar boleh digunakan. Rawatan hanya dapat ditumpukan untuk mengeluarkan sebanyak boleh keracunan di dalam badannya.

Ubat tidur yang mengandungi Barbiturat

Ubat tidur digunakan utuk mengatasi isomnia, iaitu kesulitan untuk tidur secara berterusan. Ubat jenis ini juga dikenali sebagai sedatif hipnotik yang digunakn untuk membantu seseorang tidur sebagai satu langkah jangka pendek. Terdapat dua jenis utama ubat tidur iaitu kelas barbiturat seperti amiloarbital dan kelas benzodiazepin seperti mtrazepam. Ubat ini boleh menyebabkan seseorang itu ketagih. Ubat ini juga digunakan untuk merawat sawan serta mnghasilkan kesan bius.
Keracunan barbiturat yang tidak serius boleh menyebabkan mangsa kelihatan seperti orang mabuk alkohol dengan fikiran keliru, percakapan kurang jelas dan pergerakan badan terhoyang-hayang. Keracunan yang lebih serius akibat pengambilan lebih dari 2gm dos untuk amilobarbital dapat dilihat apabila mangsa tidak sedarkan diri, suhu badan serta tekanan darah menurun dan berakhir dengan kematian.

Ubat sakit jantung

Terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan dalam kumpulan ini antaranya termasuklah ubat darah tinggi, antiangina, memulih kegagalan jantung dan pengatur denyatan jantung (antimia). Maklumat daripada segi keracunan akan ditunjukkan kepada sejenis dadah sahaja iaitu digoksin yang digunakan untuk kegagalan jantung. Dengan cara ini, jantung dapat berfungsi dengan lebih baik dan cekap apabila kadar denyutan jantung kembali normal. Kesan keracunan digoksin dapat dielakkan dengan dos yang rendah iaitu 2mg untuk kanak-kanak atau 5mg pada orang dewasa. Keracunan boleh berlaku apabila dos berlebihan . Antara kesan-kesannya adalah  muntah-muntah, denyutan jantung tidak seragam dan penglihatan bersinar-sinar. Dalam rawatan ini antiboti spesifik digoksin boleh digunakan untuk menghilangkan kesan keracunan.

Ubat penambah mineral (Zat Besi)

Salah satu ubat penambah mineral yang sering menyebabkan keracunan ialah pil pembekal zat besi. Biasanya ia diberikan kepada kanak-kanak yang membesar dan ibu-ibu mengandung. Zat besi yang diambil diperlukan dalam pembuatan sel darah merah dan protein tertentu dalam badan serta pengecutan dan pengenduran otot badan. Dalam keracunan zat ini akan menyebabkan hakisan dinding saluran usus sehinggakan dinding usus pecah dan berdarah. Disamping itu kesan lain adalah seperti kesakitan bahagian abdomen, kadar nadi menurun , cirit-birit dan koma. Penawarnya ialah deferioksamin boleh digunakan. Ia akan bergabung debgan zat besi yang berlebihan. Penawar ini diberikan secara berterusan sehingga keracunan pulih.

Ubat Penenang

Ubat penenang digunakan mengurangkan rasa resah, tegang dan kejang otot serta dapat menghasilkan rasa mengantuk dan menghentikan serta mencegah sawan. Kumpulan ubat penenang yang sering digunakan sekarang ialah kumpulan benzodiazepin seperti klordiazepoksid (librium), diazepal (valium) lorazepam (ativan) dan klorazepin (tranxene). Dalam keracunan ubat benzodiazepin, kesan yang diperhatikan ialah kesan penindasan sistem otak dan saraf pusat. Antara kesan keracunan yang diperhatikan ialah percakapan tidak lancar, anak mata mengecil terketar-ketar dan pernafasan terhenti. Dalam keracunan kumpulan ubat ini penawar khusus ialah flumazenil yang boleh digunakan bagi memulihkan kesan keracunan.

Ubat Batuk yang mengandungi Narkotik (Kodien)

Ubat batuk jenis narkotik merupakan ubat yang bertindak ke atas pusat batuk di otak supaya batuk dapat diredakan secara langsung dan kekerapannya dikurangkan, salah satu jenis ubat batuk dalam kategori ini ialah kodien yang dikelaskan sebagai sejenis dadah berbahaya. 

Selain menyebabkan ketagihan ubat jenis ini jika diambil berlebihan akan menyebabkan mangsa kelihatan letih dengan tanda anak mata mengecil, otot anggota lembik serta tekanan darah dan kadar nadi menurun . Sekiranya kuantiti ubat diambil tinggi, pernafasan menjadi perlahan sehingga terhenti lantas menyebabkan kematian. Penawar adalah nalokson untuk menghalang kesan keracunan. Penawar ini juga boleh digunakan untuk lain-lain ubat yang sejenis kodein seperti opiat dan apioid.

Itulah kesan sampingan akibat daripada pengambilan ubat tanpa kawalan. Kebanyakan ubat boleh menyebabkan kematian. Oleh sebab itu, Lady sekali lagi ingin mengingati kawan-kawan yang dihormati dan kasihi agar tidak mengambil mudah tentang ubat-ubatan. Ambil ubat mengikut  tatacara yang telah dilabelkan pada botol ubat. Semoga kita terlindung daripada menanggung kesan akibat kecuaian sendiri. Allahua'lam.

Nota kaki:
Diedit dan diolah kembali oleh LadyBird. Artikel asal di sini.

24 ulasan:

Encik MamaT berkata...

encik mamat pon dah tak amik ubat sekarang ni... mcm ada konspirasi pulak kan dalam hal ni...

saya lebih suka guna cara tradisional... maksudnya penggunaan herba... dah bahan semulajadi... bukan jumpa bomoh.. haha...

nurul rasya berkata...

Good one! orang sekarang ni kalau pening sikit je mesti makan ubat. Actually benda ni xelok sebab sistem imun kita akan cepat lemah

kay yea berkata...

ubat nk cemerlang jwb xm ade? :D

Srifairus berkata...

elakkanler mkn ubat2 dr nie klu tak teruk sngt sakitnyer.. apa kata kita beralih kepada vitamin.. mknn sel.. mencegah itu lebih baik dari berubat.. tul tak.. sel sihat, insyaAllah badan sihat

Tanpa Nama berkata...

akk study amek pe ea?

LadyBird berkata...

En Mamat :

hehehe.. lady sekarang 2 2 ubat takut dah en mamat.. amalkanlah memakan sayur2an dan buah2an segar :P.. hihihi.. supaya bdn sentiasa sihat, dan yg penting x perlu ambik ubat :P

LadyBird berkata...

She's retarded :

betul2.. asyik makan ubat je kan.. sikit2 ubat.. sikit2 ubat..

kay yea :

ada.. amalkan membaca al-quran dan menghafaznya.. ia mampu merangsang kecerdasan otak.. :).. so otak kite jd cepat bertindak dan lebih cerdas dan cergas..kalu x cayer cube amalkan..insyaALlah menjadik :)

LadyBird berkata...

Srifairus :
betul2 sri.. vitamin..tapi bukan dlm bentuk tablet tu..original vitamin jauh lebih baik.. idea yg bagus.. tq2.. :)..

maCy :
kenapa macy, kalau ade fakta akak salah tolong teguri yer.. tQ..

CIK TOM berkata...

tenkiu ladybird syg 4 komen..erm ciktom memang antara calon2 blogger yang tak sihat tue..so mmg tepat entry ni..huk3 ;0

semua blogger ln suh ciktom makan ubat..tp ciktom xnak makan la..sbb xnak manjakan diri sgt..dr kecik hingga besar mmg byk giler dah ciktom makan ubat.huhu

Fello Ariza berkata...

salu makan aspirin ngan paracetamol..huhu

LadyBird berkata...

Cik Tomato :

lady tau ciktom demam.. lady tulis tuk org yang sakit :P.. hihihihi.. kalau ciktom boleh sihat tanpa ubat.. ok jerk.. :).. good luck.. lady x nasihatkan org tuk makan ubat.. tp sekali die dh makan.. die perlu habiskan.. :P..

LadyBird berkata...

Fello :

kalau fello tak makan ok x?
:).. or kalau x makan mmg langsung xleh wat ape2? cubela jadikan badan fello kuat.. :).. latihan fizikal penting tuk menjadikan badan kuat dan rintang terhadap penyakit.. ayuh.. berlari setempat skrg.. 20 minit.. :P

My Love berkata...

Salam...

Nampaknya, lepas ni kalu sakit, Ustaz Love kena makan jamu le gamaknya..huhu..

LadyBird berkata...

Ustaz Love:
Waalaikumusalam :)

jamu? jangnla.. better gi panjat pokok nyior..insyaALlah baik, :P.. panjat tangga sampai tingkat empat ke.. leps tu turun balik.. kih2x.. tp lepas tu lembikla kejap 10-30 minit :P

Unknown berkata...

salam, sangat menarik artikel ni...boleh dikatakan semua ubat ada dadah tapi dlm kuantiti yg terkawal...malah beracun...tapi kita ada pilihan dgn rawatan homopati, uruveda dan bahan berasaskan herba...masih tdk menyeluruh..kot2 manapun kita kena juga ke hospital atau klinik...

Aretikz berkata...

Standard org sakit memg kena suru mkan ubat punya.. ahakz.. Tapi terpulang dgn kita.. yg pntg.. ubat tu bukn jminan kesembuhan.. tetapi usaha untuk nak sembuh.. sakit tu kan nikmat.. :)

AngahSayang2314 berkata...

lady baru angah tahu heheh al-maklum la...tak ambil jurusan sains

Kak Amy berkata...

salam..

amy x suke makan ubat kalau masuk hospital pun habis ubat masuk dalam tong sampah..

LadyBird berkata...

Abhamz :
Betul tu en Abhamz.. Rawatan yg en Abhamz suggest jauh lebih baik, namun begitu mengambil masa yang lama untuk menunjukkan kesan. Nak x nak, terpaksa jugak ke klinik/ hospital.

Aretikz :
betul3.. ubat bukan jaminan kesembuhan.. :) hihihihi.. ia hanyalah salah satu usaha untuk sembuh. Sakit penghapus dosa..

LadyBird berkata...

Angah :
hihihi.. xpe angah.. :).. lady tahu pun sebab lady mangsa kepada ubatan moden dan tradisonal :) xnak org lain turut merasa seperti lady :)

Amy :
hihihi.. ruginya kat ubat tu amy.. tp lady pun buang jugak kalau terlalu banyak..tapi kene sembunyikan daripada parents.. kene buang dalam toilet.. parents x tahu :P.. hihi

fiezah91 berkata...

huhu..byk lak ubt..tp x elok sgt bergantung pada ubt..

Tanpa Nama berkata...

Sorry for my bad english. Thank you so much for your good post. Your post helped me in my college assignment, If you can provide me more details please email me.

LadyBird berkata...

budak nakal :

betul2 budak nakal.. tp xleh elak :(

the bert berkata...

suka ubat batuk..sebab manis..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...