Khamis, 7 Oktober 2010

Kesan Merokok Kepada Ubat

Dah lama lady tak menulis dari hati ke hati.. hari ni lady nak menulis tentang perokok.. Lady kalau sebut perokok memang lady anti.. bukan lady sombong tapi disebabkan keimunan badan lady yang sememangnya lemah. Lady lemah dengan asapnya, kalau terhidu jerk, terus demam seminggu, siap ngn batuk2 lagi.. bukan mengada2 tapi itulah hakikat kehidupan seorang lady.. :P hehehe.. so kalau korang tengok ade minah2 yang lari or menutup hidungnya dgn tangan or menjeling tajam apabila korang menghisap rokok tu janganlah marah.. sebab mereka memang alah dgn asp rokok, so korang kenelah faham..jangan merokok merata2.. kalau nak jugak boleh.. korang jangan hembus asapnye..korang telan semua.. pasti lagi nikmat.. xdelah berlaku pembaziran.. rokokkan mahal sekarang.. :P

Hari ni lady nak menulis kesan ubat ke atas perokok.. terutamanya perokok tegar.. Sesetengah ubat ada pantang larang tersendiri dari segi kaedah memakannya.

Contohnya ubat yang mengandungi ion kalsium tidak boleh dimakan bersama susu kerana saling tindakan di antara keduanya dan bahan boleh menyebabkan ion kalsium mendak sebagai kalsium laktat dan tidak aktif di dalam badan.

Demikian juga dengan pesakit yang makan ubat bagi rawatan diebetes. Ubat diebetes tidak boleh dimakan bersama alkohol kerana dapat meningkatkan kesan ubat tersebut.

Jejas Keberkesanan

Kebanyakan daripada warga Malaysia adalah perokok, terutamanya lelaki. Mereka tahu bahaya terhadap tubuh badan mereka, namun jarang daripada mereka yang tahu perbezaan kesan ubat-ubatan terhadap mereka. Asap rokok yang disedut mengandungi kira-kira 4000 bahan kimia. Antaranya termasuklah nikotina, tar, karbon monoksida dan hydrogen sianida.

Merokok dan ubat antibiotik:

Antibiotik digunakan bagi merawat jangkitan kuman, namun demikian, ada kalanya antibiotik gagal memberi kesan yang diharapkan.

Contohnya gandingan antibiotik oksasilin dan omeprazole dalam rawatan ulser peptik berkaitan dengan jangkitan bakteria Helicobacter pylori.

Kajian mendapati bahawa sesetengah pesakit yang terus merokok ketika sedang menggunakan antibiotik ini, gagal dirawat sepenuhnya.

Merokok dan ubat antiparkinson:

Amantadin ialah ubat bagi merawat penyakit Parkinson (sejenis penyakit gangguan pergerakan dan pertuturan yang dihadapi oleh bekas Juara Tinju Dunia Muhammad Ali dan penyanyi pujaan tahun 1960-an. A. Ramlee) dan juga sebagai ejen antivirus.

Selepas dimakan, lebih banyak armantidin yang tersebar di dalam tubuh seorang pesakit yang merokok daripada pesakit yang tiada merokok.

Jadi, bagi dos yang sama kesan ubat berkenaan mungkin berlainan bagi seorang perokok daripada kesannya terhadap pesakit yang tidak merokok.

Merokok dan ubat antisawan:

Karbamazepin adalah sejenis ubat antisawan. Kajian menunjukkan bahawa pesakit yang merokok ketika menggunakan karbamazepin lebih cenderung mengalami keadaan kurang ion natrium (hiponatremia) di dalam darah.

Merokok dan ubat antimalaria.

Kuinin digunakan bagi merawat malaria dan merokok boleh mempercepatkan penyingkiran ubat kuinin dari tubuh.

Merokok dan ubat antilelah.

Ramai pesakit telah menggunakan teofilin bagi meredakan kesesakan nafas. Perokok didapati lebih cepat menyingkirkan teofilin daripada pesakit yang tidak merokok. Oleh itu, kesannya untuk merawat lelah akan berkurangan.

Merokok dan ubat antiulser.

Kesan beberapa ubat antiulser yang dimakan pada sebelah malam juga didapati berkurangan bagi perokok berbanding pesakit yang tidak merokok.

Merokok dan ubat pencegah hamil.

Terdapat bukti menunjukkan bahawa sesetengah hormon yang terdapat di dalam pil-pil pencegah hamil lebih mudah diungkai bina di dalam hati perokok. Ini boleh mengurangkan keberkesanan ubat tersebut.

Merokok dan benzodiazepina.

Benzodiazepina adalah sejenis ubat tidur yang kuat. Kesan ubat ini mungkin berkurangan kepada perokok.

Menanggung risiko

Daripada hasil kajian yang dirumuskan di atas, bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa tabiat merokok ketika makan sesetengah jenis ubat boleh mengubah keberkesanan ubat-ubat tersebut.

Pesakit yang terus merokok ketika makan ubat boleh menanggung pelbagai risiko akibat saling tindakan yang tidak diingini.

Oleh sebab itu, wahai perokok, ayuhlah sama-sama berhenti merokok. Rokok ni terlalu banyak kesan negatifnya daripada positif. Yang pasti, kesannya bukan hanya pada si perokok sahaja, malah kepada orang2 sekeliling. Janganlah korang pentingkan diri sendiri, fikirlah kami jugak.. yang turut menanggung kesannya akibat daripada aktiviti tidak sihat itu. 

21 ulasan:

the bert berkata...

owh betul rupe nyer teori hisap rokok bole hilang ngantuk..

LadyBird berkata...

the bert : huhuhuhu.. kalau ambik dadah perangsang pun boleh hilangkan ngantuk :P malah boleh merangsang kite melakukan kerja.. :) hehehe..

The Sharkox berkata...

Iyelah hilang mengantuk..nak hilang nyawa pun cepat...hehehe

The Sharkox: Jejaka Kacak dari Sintok

Encik MamaT berkata...

ledibed... ubatan semulajadi takde ke.. maksudnya guna ubatan bukan ubatan kimia.. :)

LadyBird berkata...

The Sharkox : hehehehe.. bgsla cara anda menjawabnye.. lady xde ideala nak menjawab tuk soklan tu td.. terpaksa tarik nafas dlm2 kemudian tlis.. :P

Encik Mamat : ubatan tuk ape? ubat ngantuk ke?

AngahSayang2314 berkata...

lady nie angah jd kawan
jom kalau senang kita tukar2 link

LadyBird berkata...

insyaALlah... :)

Asri Alam berkata...

aku tk merokok tp klu driving jauh2 bleh merokok jugak, hilangkan rasa mengantuk

LadyBird berkata...

Sasa sl-Sharif :
ooo..bgs2.. tp klu time drive tu, klu ngntuk kunyah gule2 pun berkesan kot.. minum air kopi pekat.. org ckp berkesan..

wachak berkata...

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam
Malaysia Kali ke 37 yang telah
bersidang pada 23 Mac 1995 secara
sebulat suara membuat keputusan
bahawa merokok adalah haram dari
sudut pandangan Islam kerana padanya
terdapat kemudaratan.

~ bawa-bawa ar berhenti. Berat timbangan dosa kat akhirat nanti ... hu33

L Bro M berkata...

ye ke lemah imun lady hehe.. na tau kan kot2 lady ni yg jadi makcik kat kedai runcit yg jual rokok haha
jgn kekanda lady =)

Fello Ariza berkata...

alamak..terase plak..hihi :P

LadyBird berkata...

wachak :
Fatwa dari Mufti Malaysia ke Wa?

Bro M :
hahahaha, a'ah..lady la tu yg jual rokok tepi jalan tu.. :P

Fellow Ariza :
jangan terasa saje, cepat bertindak.. :).. pompuan tak suke perokok tau.. :P

giha lalala berkata...

memang. perempuan tak suka.
tapi masalahnye skang nih..
pompuan pun ada yg lebih2 dari lelaki. btol tk?

nur berkata...

jarang jumpa artikel camni.. selalunya pasal tips berenti merokok je
thanks for sharing

ALL IN ONE

LadyBird berkata...

giha :
perempuan yg lebih2 mcmn tu? lady kurang faham.. maksudnye perempuan yg merokok ke?

nur :
u r welcome nur :)
sharing is loving..

Unknown berkata...

aish,,tp merokok mmbhayakan,,

LadyBird berkata...

iszieylyanziy :

ye dik.. bahayer..

CIK TOM berkata...

katakan tak nak pada merokok!

LadyBird berkata...

Tomato girl :
hihihihi..
katakan xnak pada PEROKOK :P

Nur Fannun berkata...

tak nak pada semua jns rokok & apa jua bentuk, bukan tak nak pada rokok yg bengkok cm dlm iklan tu. (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...