Rabu, 29 Mei 2024

Kenangan Kereta Rosak.. Innalillahiwainnailaihirojiuuunnn

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat maya.. Didahulukan doa kepada saudara kita di Palestina.. Semoga Allah bagi kekuatan hati untuk sentiasa berserah kepadaNya dan yakin dengan janji2Nya.. sesungguhnya ujian terhebat adalah ujian hati untuk sentiasa kuat dan bersangka baik dengan Allah ketika diri diuji dengan Maha Hebat.. sesungguhnya Syurga itu amat Mahal nilainya.. Semoga Allah sentiasa berikan kekuatan pada Islam secara keseluruhannya.. Ameeennnn
💚💚💚

Khamis baru ni kami ke Kuala Lumpur dan menginap di KLTS. Balik pada hari Sabtu jam 12 tengahari macam tu lebih kurang.. 23 Mei - 25 Mei 2024.

Nak dijadikan cerita .. Alkisahnya lebih kurang jam 4.30 petang tetiba terasa kereta bergetar.. en suami terpaksa berhentikan kereta di pinggir jalan.. waktu tu berhampiran Gambang.. 

Minyak enjin terpercik keluar seperti tiub/paip bocor.. asap memutih keluar dari exzos.. memang menakutkan.. terasa seperti kereta akan terbakar.. bayangan ldy agak menakutkan.. tetapi berlagak tenang setenang-tenangnya.. bagitahu suami dan anak-anak, nikmatilah pengalaman ini sebaik-baiknya.. :D.. seronok.. (dalam kepala duk fikir kereta terbakar :P ) 

Bila tenang, baru mudah untuk berfikir.. en suami call bengkel bertanyakan situasi, call sahabat yang handle insyurans kereta kami.. dan kebetulan semua maklumat detail terdapat dalam kereta.. Alhamdulillah.. smooth sahaja.. tetapi perlu kesabaran yang tinggi menunggu towing datang dengan cuaca yang panas terbakar tepi lebuhraya.. :D


Inilah kami.. terpinggir di tepi jalan.. 😍 Lebih kurang sejam juga menunggu towing datang.. Mereka dari Gambang, dan kami request untuk hantar ke Terengganu.. terus ke bengkel tempat kami selalu hantar kereta.


Inilah kami bersama dengan dua orang anak saudara yang menjadi peneman setia kami anak beranak.. Enjoy sahaja menikmati kepanasan di tepi lebuhraya.. tiada pun yang berhenti untuk bertanya khabar.. tertunggu tunggu juga ada insan baik yang sudi bertanya khabar, menghulurkan air minuman penghilang dahaga, sedikit makanan, atau sekadar bertanya khabar.. tetapi tiada... huhuhuhu.. 


Apa la agaknya yang mereka sedang bercerita menceriakan suasana.. Lama juga menunggu kelibat towing kami... Towing banyak lalu lalang, polis pun ada tetapi mereka tidak berhenti langsung.. mungkin lokasi mereka di tempat yang lain.. Tidak mengharap tetapi hati tertanya-tanya.. 


Alhamdulillah, lebih kurang jam 6.30 petang kenderaan bantuan yang kami tunggu pun sampai.. pusing-pusing, tarik-tarik, ikat-ikat.. lebih kurang jam 7.15 kami pun selamatlah duduk atas kenderaan towing ni.. selama ni hanya tengok sahaja, Alhamdulillah kali ini merasa duduk atas ni..


Anak-anak semua masuk ke dalam kereta, cuma encik suami dan pemandu towing ni sahaja yang berada di luar selesaikan apa yang patut. Kenderaan ni sebenarnya orang panggil apa ya?


Alhamdulillah, jom kita balik kampung... 💖💖💖

Wahai anak-anak, jadikan pengalaman ini pengalaman terindah.. bukan semua orang dapat merasa seperti yang kita rasa.. (kita nikmati dahulu anugerah ini, bayaran kerosakan kita fikirkan kemudian yer encik hubby). Alhamdulillah kos towing ni insurans yang tanggung.. kalau tak, berapa la agaknya dari Gambang ke Kuala Nerus, Terengganu.

Sepanjang perjalanan semestinya kami bukak semua tingkap.. lemas... tetapi seawal perjalanan hujan, terpaksa tutup.. ya Allah memang nikmat kepanasan itu terasa.. seperti berada di sauna.. peluh menitik tak tak tak.. bau hanya Allah sahaja yang memahaminya.. 👅👅👅

Lupa pula nak snap gambar kami dalam kereta sepanjang perjalanan tu.. yang pasti kami enjoy.. selepas bukak tingkap kembali.. cuaca dah gelap.. setiap kali melalui kawasan hutan, pelbagai bau bauan hutan menerobos ke lubang hidung kami.. 

Yang pasti baunya harum... sangat2 harum.. ada yang bebrbau harum lembut, harum tajam, pelbagai jenis bau wangi hutan.. sangat2 indah baunya.. terakam indah di ingatan.. ada seperti bau bunga kemboja, bunga melur, bunga kenanga, bunga tanjung.. seronok.. angin pun menerobos melalui tingkap membuatkan kami terasa terawang-awangan di sepanjang perjalanan.

Terbayang-bayang kami berada di dalam paruh burung, dibawa terbang mengelilingi syurga.. menikmati bau bauan indah syurga.. waktu tu teringat-ingat kanak-kanak syahid di Palestin. Semoga mereka bahagia di sana menikmati keindahan Syurga Yang Maha Esa. Ameeennn..

Alhamdulillah lebih kurang jam 1 pagi, kami selamat berada di rumah kami di Kuala Terengganu selepas hantar kereta ke Bengkel di Gong Badak. 

Terima kasih kepada sahabat yang sudi ambil dan hantar kami ke rumah jam 1 pagi tu.. dan terima kasih juga kepada semua sahabat dan adik beradik yang sentiasa menghubungi kami untuk memastikan kami selamat sampai. Dan tidak lupa juga kepada driver towing tersebut. Semoga kita berjumpa sekali lagi di SyurgaNya.. ameeennn.. 

25 Mei 2024.

33 ulasan:

Roziah @ Cie berkata...

Kalau travel kereta rosak memang merisaukan. Semoga dipermudahkan urusan lady & family.

Ana Jingga berkata...

Alhamdulillah... selamat sampai ke Terengganu, jauh juga tu dari Gambang. Satu pengalaman untuk LBL dan anak-anak, tak mudah tapi itulah ujian kehidupan untuk kita hamba-hambaNya..

mama tisya berkata...

Dugaan menunggu towing dikala cuaca panas...nk plak anak2 skali ada..mmg kena dok rmi2 dlm kete...pernh kete kena towing tp sbb sorang so driver soh dok dpn

Muhammad Naim Abdullah berkata...

Alhamduillah, nasib anak-anak akak tak teriak dengan cuaca panas sekarang

Ujie Othman berkata...

Fuh! lama jugak tu duduk dalam kenderaan yang ditunda...lebih kurang 5 jam. Syukur juga waktu malam, kurang panas berbanding siang.

Kenderaan tu mungkin dipanggil trak tunda.

Najib Ariyan Ali Basha berkata...

Aduh kesiannya, kalau kena kat saya pun tak sanggup nak hadap

Fajarwalker.com berkata...

Kalau derek di malaysia cepat atau tidak ya kak?
Dan untuk biayanya mahal atau tidak?

Pha Is berkata...

jarang tengok 4x4 kena towing.. hehehe

Mama Zharfan berkata...

Allahumma yassir

thisni3za berkata...

Alhamdulillah semuanya selamat...=)

Puan Hazel berkata...

Bagusnya Ldy dan suami boleh bertenang dan bersabar. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan ye 🤲

Carneyz berkata...

Alhamdulillah selamat sampai ke rumah walaupun ada cabaran yang kena dilalui. Saya pernah sekali merasa pengalaman kereta kena towing masa nak hantar anak ke sekolah. Tengah bawak kereta tiba-tiba klac kaki tak berfungsi. Cepat2 bagi isyarat tukar laluan ke kiri lepas tu berhenti dekat tepi jalan. Blur jugak masa tu, call husband dia suruh call nombor insurans kereta dekat sticker mintak dieorg hantar towing truck angkut ke bengkel panel. Nasib baik adik ipar kebetulan lalu dekat situ boleh mintak tolong dia hantar anak saya ke sekolah sementara saya ikut ke bengkel.

Suria Amanda berkata...

Allahu..pengalaman sangat..SA pernah kena macam ni..masa guna kereta Wira lama..Beltingnya putus..hangit bau kereta..tersadai kami beberapa jam...

dear anies berkata...

di panggil wrecker kot... kalau x silap... ke tow truck? hahaha sy hentam je

dear anies berkata...

antara perkara yg sy takuti kalau drive kat highway...
alhamdulillah semuanya dipermudahkan...

so laa ni kereta dah ok dah?

Abam Kie berkata...

Syukrlah segala kesusahan ini berjaya diatasi. Ngeri juga bila berlaku mcm ni di tempat yg sunyi pd waktu mlm plak tu...

mamapp berkata...

pengalaman mcm ni jarang2 dpt, enjoy je la ldy buat kenangan. mama pun penah kena masa eksiden dulu, mujur tak malam kalau tak lagi risau kan

Azirahman berkata...

Pernah juga ada pengalaman kereta rosak di hiway tapi waktu malam. Nasib baik peronda cepat sampai bagi bantuan.

Syazni Rahim berkata...

Allah, seriau saya membacanya sebab duduk tepi jalan dengan budak2 kecil kan. Alhamdulillah semua dah selesai.

NA berkata...

Innalillahiwainnailaihirajiun. Paling seam kalau pandu seorang kena begini.
Harap kereta dah ok.

Eyma Balkish berkata...

Ujian yang menguji kesabaran fizikal dan mental. Memberi pengalaman yang amat bermakna. Alhamdulillah semuanya selamat.

Eyma Balkish berkata...

Ujian yang memberi pengalaman yang amat bermakna.

Mulan berkata...

Moga Allah gantikan dengan yg lebih baik. Alhamdulillah settle semua nya. Kenangan kan, kami juga pernah. Semoga dipermudahkan segala urusannya.

MRENEYOO berkata...

Menunggu tu pekerjaan yang menjemukan....biaya mobil derek kalau disana mahal kah sis ?

anamizu berkata...

Allahuakbar mujurlah semuanya selesai juga & selamat sampai ke rumah.. Ana pon pernah juga merasa naik towing sbb ada kejadian di hgway Ipoh.. sejam lebih juga tggu towing utk sampai & mujur bplh claim insurans je semua..

fanny_dcatqueen berkata...

Saya sering kali lihat mobil di derek dari jalan tol , tp blm ngerasain sendiri. Suami yg pernah, saat mobilnya pecah ban. Nasib baik dia tetap bisa control mobil sehingga bisa diberhentikan pinggir jalan.

Lama jugaaa perjalanan kakak yaa. Pastilah anak2 letih sangat... Semoga dilancarkan semua urusan. Di sinilah baru terbantu sangat kalo ada car insurance.

aizamia3 berkata...

Saya pun pernah kena, merasa naik towing macam ni. Tersadai lebih dua jam tengah panas terik mentari. Satu pengalaman yang bukan semua orang dapat. Bila jadi macam ni, apa yang saya terapkan dalam kepala saya, jangan panik dan segera berhenti di tepi jalan sebelum call skuad bantuan datang tolong.

dear anies berkata...

p/s for u:

https://aniesandyou.blogspot.com/2024/06/may-for-blogger-lady-bird.html?m=1

Nina Mirza berkata...

Kenangan sungguh! Kadangkala ujian dan dugaan adalah pengalaman terbaik untuk kita sekeluarga kann... Apapun Alhamdulillah, mujur semuanya ok belaka. Tumpang lega baca sampai habis.

Bola Katok berkata...

Semoga urusan dipermudahkan. Risau bila jadi macam ni. Kalau malam-malam, pasti lagi risau.

mrhanafi berkata...

Ya memang mendebarkan..

lebih-lebih lagi kalau ada anak-anak

apa-apapun bersyukur kerana semuanya selanat.

nona sani berkata...

Allahu..Ujian..Mujurlah beramai ramai..Saya ada pengalaman naik lorry Towing! Bulan Puasa pulak tu tapi sebab sy period, dapatlah Makan epal masa tu bwk dalam bag..Haha

Kereta berhenti tepi Dan tengah jalan pun pernah..Disebabkan dah selalu, jadi relaks je..kalau berhenti kt hiway, call PLUS dulu..mntk tlg tgk tgk dulu...hihi..

Selalunya time kereta Rosak, sy sorang sorang jee 😂 Tapi now Syukurlah, tiada lagi kerosakan..Kereta lama dah jual balik..Sayang tapi Banyak dah berhabis duit untuknya..

✿Cik Cappuccino Latte ✿ berkata...

Memang spoil mood kalau nak gi mana² kereta pulak buat hal ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...