Khamis, 9 Mei 2024

Kisah Uban Rasulullah SAW



♥ Nabi saw. hanya mempunyai uban yang sedikit sahaja di kepala dan janggutnya iaitu sekitar 14 hingga 20 urat sahaja.

♥ Oleh sebab uban di rambut Nabi saw. sedikit sahaja, maka apabila baginda memakai minyak rambut, ubannya tidak nampak ketara kerana ditutupi oleh minyak.

♥ Punca uban di kepala Nabi saw. adalah kerana memikirkan kegemparan kiamat dan azab Allah yang terdapat dalam Surah Hud dan surah-surah seumpamanya.

Hukum Mencabut Uban

Terdapat larangan Nabi saw. daripada mencabut uban di mana Baginda saw. bersabda yang bermaksud:

"Janganlah kamu mencabut uban kamu kerana ia sesungguhnya menjadi nur (cahaya) bagi seorang Muslim pada hari Kiamat."

Dalam sebuah hadis Shahih Muslim, sahabat Nabi saw. iaitu Anas bin Malik r.a. berkata, "dimakruhkan ke atas seorang lelaki mencabut rambut putih (yakni uban) di kepala dan janggutnya."

Menurut majoriti ulama (termasuk mazhab asy-Syafi'i dan Maliki); larangan hadis di atas adalah larangan makruh. Sebahagian ulama berkata; larangan itu adalah haram.

Allahua'lam

Rujukan : Buku Allah Doktorku, Wahyu Ubat Penyakitku
.

14 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Kepala wak dah penuh uban

aizamia3 berkata...

'ibu, ibu ada ubanlah..'
Kena terima hakikat diriku dah mula menghampiri RemajaPurba.

Abam Kie berkata...

sy x cabut pun rambut yg beruban tu. cuma gunting bila panjang je...

Mama Zharfan berkata...

thanks for sharing. salam jumaat almubarak

Eyma Balkish berkata...

Assalamualaikum...Menjawab persoalan, blog kak yang selalu aktif ialah blog https://eyma0913.blogspot.com/ dan juga https://balqis-resepiku.blogspot.com/. Terima kasih yer :)

Wak Lat berkata...

faktor usia nih

Sharhanah berkata...

Dah tak kisah pasal uban di kepala sebab peringatan untuk kita bahawa kita semakin berumur. Cuma risau bekalan amalan yang tak seberapa je ni utk dibawa 'pulang' nanti.

uncle gedek berkata...

Uncle kalau cabut uban.... alamat botak la kepala!

Syazni Rahim berkata...

Uban ni kadang buat kepala saya gatal huhu

NA berkata...

Rupanya sedikit uban Rasulullah S.A.W.

mrhanafi berkata...

syukur juga rambut saya belum beruban dan belum botak...

rezeki untuk menutupi usia tua hehehehe

tapi mati itu pasti

Nur berkata...

Bukan kepala je ada uban, bulu hidung pun turut keluar uban. Tua dah. Huhu..

fanny_dcatqueen berkata...

Waah sedikit ternyata uban rasulullah yaaa... Saya berharap masih lama lagi mendapat uban. Saat ini masih rutin pakai minyak kemiri sebelum keramas. Harap2 jadi obat utk memperlama uban 😅

dear anies berkata...

ramai bagi alasan cabut uban sebab gatal... hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...