Ahad, 12 Mei 2024

Ibulah Ibuku dan Ibulah Guruku

Semoga Diberi Kekuatan Untuk Saudara Palestin dan Pejuang2 Mereka Bertahan.. Diberi Ketabahan Dan Kurniakanlah Mereka Nikmat Yang Tidak Terhitung Nilainya.. Dan Musnahkanlah Serta Penuhilah Hati2 Musuh Mereka Dengan Ketakutan Yang Maha Dahsyat. Ameeennnnn..

💚💚💚

Alhamdulillah, dari pertengahan tahun Darjah 4 hingga awal Darjah 5, Ibu dah mula kelas tambahan kakak .. 
Kalau dulu Ibu sangat susah hati dengan matematik kakak, sekarang Alhamdulillah ibu dah boleh tarik nafas lega.. 

Matematik kakak dah ada penambahbaikan.. 

Ibu dah buatkan jadual pembelajaran setiap malam untuk kakak.. Malam Selasa Ibu serahkan tugas ibu kepada Ustazah KAFA secara zoom. 

Dulu kelas Al-Quran ibu serahkan tugas pada Ustazah, tetapi bermula darjah 5 ibu ambil alih tugas tersebut.

Sekarang Ibu duk cari kelas Bahasa Inggeris pula.. Kalau ada sesiapa sudi jadi tenaga pengajar untuk Bahasa Inggeris boleh maklumkan pada ibu yer anak anak.. hihihi

Untuk matapelajaran Sains, Sejarah, Matematik, Bahasa Melayu ibu boleh ambil alih.. Untuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab ibu belum berkemampuan sepenuhnya untuk menjadi pengajar.

Ibu nak anak ibu bukan sekadar 'pandai' Bahasa Inggeris, tetapi juga pandai berkomunikasi dalam bahasa Tersebut. 

Bahasa sangat penting bagi Ibu.. Bahasa Arab, Bahasa Inggeris.. Nanti bila dah panjang langkahnya silalah ambil bahasa lain juga untuk dikuasai.. 

Dahulu seawal usia kakak ibu nak masukkan kakak ke SKJC di tempat kita tinggal sekarang, tetapi ditakdirkan dahulu kita tinggal di Marang, tiada SJKC di situ maka niat itu hanya tinggal niat sahaja. 

Semoga kakak dapat menguasai semua pelajaran dengan baik.. Ameeennn..

Jangan stress kalau ibu jadi singa jadian, bukan niat ibu untuk selalu marah-marah.. Ibu ini bukan seorang cikgu.. sebab tu lah ibu tidak sabar orangnya selain dari tidak mempunyai skill mengajar. 

Maka wahai anak ibu, bersabarlah kalian kerana mempunyai ibu seperti ini.

13 ulasan:

MRENEYOO berkata...

Mudah"an para ibu bisa mendidik dan membimbing anak-anak sampai dia berhasil, dunia akhirat, itulah kebahagiaan seorang ibu jika berhasil membawa anaknya menjadi lebih baik.

fanny_dcatqueen berkata...

I feel you kakak.... Saya pun bukan tipe sabar nak mengajar. Ntah kenapa memang tak pandai mengajar siapapun. Kalo suami bilang, saya ini tipe yg memang kerja sebaiknya sendiri atau tidak memegang team.

Krn sadar dengan kekurangan saya yg tidak bisa mengajar, Krn nya saya pun lebih suka cari guru buat anak2. Terbukti mereka lebih bagus dan improve.

adnil linda berkata...

Alhamdulillah...semoga terus maju jaya kakak

Carneyz berkata...

Saya kena carikan kelas tuisyen utk anak2 sbb saya bukan jenis penyabar dan dgn penyakit darah tinggi ni, takut naik pulak darah bila mengajar 🤣

nohas berkata...

Alhamdulillah..semoga berjaya dgn cemerlang..usaha, doa & tawakkal..

Mama Zharfan berkata...

semua ibu nak yg terbaek utk anak2nya...termasuk lah u and me jugak..i memang suruh my razeen buat latihan utk bagi paham esp math etc

anamizu berkata...

mmg normal para ibu jadi snga jadian hehehe

dear anies berkata...

kalau sy ada anak mungkin tak boleh jd cikgu kot utk depa. sejenis yg garang mcm singa hehehe

penah jd cikgu ganti. lps kelas ada cikgu lain tegur. "suara awak dr tingkat 4 boleh dgr smpi bilik guru (tingkat bwh)" hahahaha...

Ujie Othman berkata...

Walaupun ibu bertukar jadi singa jadian 😄, tapi momen ibu bersungguh mengajar pasti akan tersemat dalam memori anak-anak.

uncle gedek berkata...

Ibu juga pandai berblog!

Kakmim berkata...

sy selalu bgtau anak-anak ayah ibu antar tusyen sana sini sbb nk anak-anak ayah ibu pandai... xmo ketinggalan di sekolah... bkn nak susahkan diorang pun.. semoga dipermudahkan urusan kita mak ayah mendidik anak-anak kita

Fiza Aizzawa berkata...

Kita sbg ibu mmg sanggup buat apa sje utk anak2 berjaya. In syaa Allah

mamapp berkata...

mama pun sejenis singa juga aduyai haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...