Friday, August 23, 2013

Baju Sekolah

Salam korang.. Sebenarnye lady nak share lagi citer sal bebi, tp x sempat da.. bebi sokmo nk bermanje2 ngn ibunyer.. hihi.. Lady terjumpe satu kisah d fb.. kisah yg begitu menyayat hati.. :( kisah kemiskinan.. korang bacalah ek.. sedih sgt2.. lady share di sini.. mesti korg dh pernah baca..

..........................................................................


Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakaia, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat.

Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan.

Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"

Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"

" Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu..

10 comments:

~ Al-FaQirah Ila Rabbi ~ said...

Assalamualaikum dan slm ziarah ya ukhti..

sayu hati akan pesan si ibu;

" Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."... demikian tarbiyyah indah dr seorang ibu yang baik...Allahurabbi!

Moga sama2 dpt ambil ibrah dari kisah ini, in sha ALLAH..

Jazakillah kheir atas perkongsian ukhti, barakallahu fik..

Puan Bui Junaidi said...

KESIANNYA..BERSYUKUR KITA YANG MAMPU DAN ADA SEGALANYA KAN..:(

insan marhaen said...

pernah baca cerita ini di FB.

Samada rekaan atau benar, bagi IM setiap kita (ahli masyarakat) jangan mudah menghukum anak-anak yang kelihatannya nakal.

Tugas kita sebenarnya memperbetulkan mereka dengan cara paling hikmah!

muhammad naim Abdullah said...

sedih.. :(

btw akak, selamat hari raya. dan selamat kembali blogging. hehe

#R4BIA
#PrayMesir

kerjsama atas perkara mungkar
http://pemudattbc.blogspot.com/2013/08/mesir-kerjsama-ke-arah-kejahatan.html

akubiomed said...

Pernah terbaca kisah ini. Tidak semua mampu dan kita perlu bersyukur dengan nikmat Allah SWT.

atuk said...

Salam Syawal LB

harap2 mereka diambil perhatian

Zul Fattah said...

bersykur dgn apa yg ada.. sntiasa sngka baik dengan Allah.. baru hdup kita tenang kak

wahida said...

dah pernah baca, tapi tiap kali baca, mmg sedih sgt...huhu...

teh ramuan said...

pernah membaca kisah ini
memang sedih

moga2 kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur

LydSunshine said...

citer ni ada org terjemahkan dlm bentuk video. Cool jugak la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...