Tuesday, July 3, 2012

Petua Memilih Ikan Segar

Assalamualaikum :D.. Kali ini lady nak share berkaitan dengan ikan.. Sebenarnya seumur hidup lady, hanya beberapa kali lady ke pasar.. kalau tak silap lady kurang dari 4 kali.. Maka nak beli ape2 memang lady x pernah pandai.. Nama ikan pun x tahu, apatah lagi nama sayur yg sememangnya lady xmakan.. Kalau lady tahu pun hanyalah nama buah jerk sebab lady memang suke buah.. 

Maka, sekarang lady perlulah tahu macamana nak membeli belah ni.. walaupun sebenarnya bukan tugas seorang isteri untuk membeli belah atau pergi ke pasar.. Kalau tak silap lady, perempuan tidak digalakkan untuk ke pasar.. Allahua'lam..

Ini kaedah pemilihan ikan segar untuk dijadikan pedoman bagi yang baru mengenali alam 'kehidupan' ni.. Kalau dulu x pernah nak ambil tahu, tp sekarang perlu untuk diambil tahu.. 

Ikan ape ntah ni..
Kalau nak pilih ikan segar ni, kita boleh kenal berdasarkan beberapa perkara. Antaranya adalah :

1. Penampilan dan Bentuknya

Ikan segar adalah ikan yang penampilannya 'menawan', bersih, tidak menggelupas kulitnya dan tidak terpotong-potong.

Apabila diletakkan dalam kedudukan horizontal, ekornya tidak menjuntai ke bawah. Itu menunjukkan bahawa ikan tersebut masih segar kecuali ikan-ikan elastik seperti belut.

Apabila ditekan dengan jari, kulitnya tidak mudah tersiat. Semasa jari diangkat, dagingnya akan cepat kembali dalam keadaan asal.

2. Baunya

Ikan segar tidak memiliki bau selain bau hanyir semulajadi ikan. Untuk ikan yang diletakkan di dalam ais akan kelihatan kaku dan tiada bau dihasilkan kecuali setelah ais cair.

3. Dagingnya Tidak Rapuh

Tubuh ikan segar saling terikat antara satu dengan yang lain. Kulitnya melekat kuat dengan daging dan daging dengan tulang. 

4. Warna Insang

Ikan segar memiliki insang yang merah terang, bersih dan memiliki bau hanyir. 

5. Sinar pada Kedua-dua Matanya

Ikan segar memiliki dua mata yang bercahaya, sedangkan ikan yang sudah lama terlihat kedua-dua matanya cengkung dan layu.

6. Terapung Dalam Air

Ikan yang busuk biasanya mengembang di permukaan air.

7. Menguji Keadaan Darah

Setelah ikan diambil beberapa saat, darahnya berubah menjadi beku. Kemudian kerosakan mengubah kebekuan ini menjadi cair kembali untuk kali keduanya. Ketika darah ikan itu mencair, ia berwarna merah darah segar. Ini menunjukkan ikan tersebut masih segar.

Jika ikan yang busuk/ rosak, cucuran darahnya berbau busuk dan berwarna coklat gelap dan pekat.

Lady ambil info ni daripada buku jugak... :P kene rajin bace buku.. tp skrg dah xde banyak ruang untuk mentelaah.. kelas pun dah beberapa kali ponteng :P.. Lady dah nak balik dah.. sekarang lady kat office sebenarnya.. Ambil peluang nak update blog jap.. tata korang.. salam...

30 comments:

cik kumbang said...

nice info
thanx 4 sharing :)

naim said...

tengok kulit ikan sama,kalo kaler dah pucat, 2 ikang lama

kak, suka x makang ikang termenung@ kembung?
hehe

bakpo tulih gaya ganu nie. hehe

nohas said...

Ikan2 di pasar,murah..suka pegi pasar moden..

Zeti.Halim said...

nak tambah...

ikan tak kira segar @ tak biasanya ada lalat hinggap... kalu lalat lalu tp tak singgah, mungkin ikan tu dah direndam ngan pengawet... taktik sesetengah peniaga nak jual ikan lama..

S..U..D..@..I..S said...

yg no 6 tu takan boleh chek lady sbb ikan kat pasar diatur atas meja setakat tengok insang ja la..apapun kita kena hati2 bila membeli//

semutsengal said...

hmm.hmm


nasiblah mak yg sllu g pasar.

hihihi

Telor Power said...

huhuhu selama ni hanya tahu ttg mata ikan dan kesegaran tubuh badan si ikan aje... yg lain2 tak tahu pula


terima kasih. pasni boleh la aku inspection ikan2 tu segar ke tak hihihihi

alif haris said...

thanks lady atas info ni.. boleh guna waktu tolong parent belikan ikan kt pasar heheh

ainnoraini said...

Bila dah tak segar dan busuk nk masak ikan tu pun tak sedapkan...

Tima kasih ladybird..

Hanis said...

bagus info ni
thanks for sharing

akubiomed said...

Selalu lihat pada insang dan mata ikan.

ஜ miss klanika ஜ said...

hurm . slalu beli ikut firasat . hehe . nak lg fresh tgap seniri

amirah said...

ikan kalau tersalah beli memang tak sedap rasanya bila dh masak nnt..kdng org kata yg keras semcm tu byk buh ubat pengawet

Rafflesia™ said...

mak pesan tengok dekat mata dan insang je.. :) tapi penjual sekarang cerdik. kalau ikan kita sendiri pilih, harga tinggi compare dengan harga ikan yang diorang sudah siap letak dalam pinggan.. :(

Emma said...

wah3.. bgs nih.. lg2 sy mmg xtw bnd2 cmni.. ho3... thank u :)

L said...

sbg sorg laki L terpakse amik tau.. hik3.. thx utk info ni akak..=D

ummiross said...

Lady..ummi yang dah tua ni pun tak berapa pandai pilih ikan lagi, thanks for the info

Wanieys said...

wani bab2 pilih ikan mmg failed...selalu husband yg beli hihihihi

Yumida said...

nice tips...sy klo beli ikan main bedal je..asal tgk ikan tu nampak ensem sy trus beli...xpon klo sllu kena usik oleh mamat si penjual ikan nih, ikan ade depan mata trus tunjuk, pastu blah...
hehe...

N.Aima K said...

saya pilih ikan tingu mata ikan..kalau putih saya ambil..kalau yang merah-merah tu saya nda ambil suda..mesti gatal-gatal kalau makan

Bui Junaidi said...

KAK BUI KALAU BELI IKAN SELALU TENGOK MATA DIA..KALAU MATA PUTIH,OKLAH IKAN TU,KALAU MERAH TAK OK..TAK TAU PULAK ORG LAIN MCM MANA

jebengotai said...

biasa mmg snang nk tgk kat mata la samada lama atau baru..

tehr said...

selalunya aku jadi tukang angkat je
semua isteri yang pilih, beli dan bayar
hehe

Miss Purple said...

info yang sangat menarik, sejak kebelakangan ni suka makan ikan =D

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Saya pun tak berapa pandai bab memilih ikan cuma berpegang kepada perkara pertama dan ketiga yang Lady tulis di sini...

eiela said...

kalau nak beli ikan biasa tengok rupa ikan dan warna insang ikan je.

chii said...

ngeee..k.chii lg la. rasanya br bbrp kali je beli ikan..yg lebihnya.mak beli.x sukaa..ehehhe

Suhami Ahmad said...

kalau atok p pasar nanti leh amalkan tips ni....

dina syahmi said...

thanks for sharing..
walaupun saya selalu beli ikan tapi masih tak boleh bezakan mane ikan yg segar & mana ikan beku/lama..hehe

http://vitaminhalal.com/

Ikan Fresh said...

Terima kasih info yang berguna... sekarang dah boleh beli ikan secara online memang betul2 fresh harga sama seperti di pasar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...