Iklan yang betul-betul menyentuh jiwa..
Lakonan yang mempunyai mesej tersirat..
Mari kita sama-sama menghayatinya..
Kasih sayang antara ayah.. ibu.. anak..
Mungkin bakal memberi seribu "erti" pada kita..
Iklan yang mampu membuatkan kita menangis..
Apakah maksud tersirat di sebalik yang telah dipaparkan?
Mari kita sama-sama fikirkan..
Video ini bukanlah mengisahkan kehilangan seorang ayah
semata-mata.. anak membesar tanpa seorang ayah di sisi.. tetapi maksud
yang ingin disampaikan jauh lebih mendalam..
Yakni nilai seorang ayah dan ibu di sisi anak-anaknya..
Nilai seorang anak di sisi seorang ayah dan ibu..
Dewasa
ini.. ramai anak yang tidak menghargai ibu bapanya.. mereka dengan
mudah melupakan kasih sayang ibu bapa yang telah membesarkan mereka
kerana "sesuatu" yang lain.
Mereka sanggup membuang ayah dan ibu di tepi longkang semata-mata kerana suami atau isteri.
Mereka sanggup membunuh ibu demi kepentingan diri.
Mereka sanggup meninggalkan ayah dan ibu kerana seorang kekasih hati.
Tiada nilaian ibu bapa di mata anak-anak..
Anak-Anak kehilangan arah tujuan hidup..
Mereka terlalai, terpesong arah kehidupan disebbakan "sesuatu" yang lain..
Mereka terlupa tujuan mereka berada di muka bumi ini..
.....................................................................................
(Adegan yang dipaparkan dalam iklan)
...Di dalam bilik seorang doktor....
Seorang ibu meminta saya untuk melahirkan anaknya dua bulan lebih awal..
Saya hairan dan menanyakannya mengapa..
Dia hanya menjawab.. "Kami kesuntukan masa."
Dua jam selepas pembedahan.. dia terus mengambil bayinya dan berlari keluar dari bilik persalinan..
...Di bilik lain, seorang lelaki sedang nazak akibat tumor di otaknya...
Melihat keadaannya, sepatutnya dia sudah lama menemui ajal.. Tetapi mungkin Allah masih memberi kesempatan untuknya melihat "sesuatu" miliknya..
Dalam kehidupan kita, persoalan ini selalu bermain di fikiran kita...
"Mengapa kita dilahirkan.."
"Untuk apa kita dilahirkan.."
...Di dalam bilik lelaki yang sedang nazak tersebut...
Bayi itu didakap untuk kali pertama dan terakhir oleh bapanya..
Mungkin soalan-soalan tadi tidak perlu dijawab..
Mungkin kita patut bertanya..
"Untuk siapakah kita hidup?"
Wasiat si ayah sewaktu masih sihat kepada anaknya yang ketika itu masih dalam kandungan ibunya..
"Anakku, jaga ibumu baik-baik."
"Sayanginya selalu."
"Ayah amat menyayangimu."
"Terlalu menyayangimu nak."
"Jaga ibumu baik-baik nak."
36 ulasan:
sedih nyer tengok tangan anak dier bergerak2 memegang tangan ayahnyer..dierat kuat..=(
adegan macam ni la yang kita mahu
bukan adegan2 tak senonoh yang mengajar remaja berbuat sesuka hati
adoi...mmg sedih...
cukup tersentuh...
memang sedih...anak akan membesar tanpa ayahnya
i miss my dad :(
terharuu tgok tangan kecil bayi tuu bergerak :(
Assalamualaikum...
Allah akan gantikan dengan yang lebih baik...
tersentuh dan sedih hati ini...:)
Allah tahu yang terbaik buat kita
banyak maksud tersirat...mampu dirungkai dari lubuk hati suci...
kekadang bahasa bergambar lebih ampuh untuk melembutkan hati yang keras.
tak perlu ceramah panjang lebar!
♥Aien Najwa♥ :
betul.. mesti ayah die masih sedar kan.. cume x bergerak jerk.. :(
tehr :
betul.. tp di Malaysia sukar nak jumpe iklan yang bermesej mcm ni
Mario :
mcmn ek kalau kite di tempat ayah dan ibu itu~
Papa Mifz :
kalau dah ada anak, mesti lagi tersentuh kan.. sebab dapat rasa naluri seorang ayah..
Acik Erna :
kesian die kan acik.. betapa bernilainya seorang anak.. betapa besarnya harapan si ayah..
Cik Jari :
sabar ye Cik Jari~
Cik Aien :
Baby itu masih tidak mengerti apa2.. :(
Abd Razak :
Waalaikumusalam Ustaz..
insya-Allah.. walaupun tidak sama..
si kiut lavender :
sedih jugak..
Yatie Awang :
Yer.. Allah knew the best..
puteraduyong :
setuju dengan putera.. putera fikir yang tersirat daripada yang tersurat.. semoga org lain pun nampak apa yang kita nampak.. tetapi melalui komen.. mereka nampak hanya tersurat.. yakni kehilangan seorang ayah..
insan_marhaen :
betul2 pakcik Im..
tetapi kadang2 ade yang sukar mencari siratan di sebalik suratannya..
sempat jgk kan dia jumpa ank dia sebelum dia sendiri dijemput ALLAH..ada hikmah d sebaliknyer
air mata si ayah masih mengalir walaupun dalam keadaan begitu ..
SETUJU DGN TEHR.
ieja amieja :
betul.. pasti ada hikmahnya..
Rashid :
cikgu.. maksudnye die masih sedar dengan apa yang berlaku kan?
Nur : setuju jugak dgn nur dan tehr :)
sedihnya..mmg ada maksud tersurat dan tersiratnya..
yakni,bagi mereka yang pernah kehilangan seorang bapa akan cukup tersentuh dengan citer nih.tapi ia menjadi peringatan pada yang masih punya seorang bapa supaya terus memberi perhatian.
salam..
amat mendalam maksud iklan tu..
sgt menghibakan... T_T
syukur masih ada ayah...
sedihnya..hargailah ibu bapa seadanya..sbb xsemua berpeluang utk merasa kasih syg seorg bapa...
sedihnya...
harap2 la ramai yg insaf lps tgk tu :)
Catat Ulasan