Wednesday, October 12, 2011

Hulurkan Tangan Ringankan Beban

Salam semua kawan-kawan lady..

Lady pernah membaca suatu kisah yang amat terkesan di hati berkaitan dengan berdikari.. Berdikari untuk mencari rezeki tanpa meminta kepada orang selagi kita diberi kudrat.

Allah memberi kita otak.. dan bersama otak itu Allah mengurniakan kita akal.. iaitu nikmat yang paling besar yang diberi kepada makhluk ciptaan yang terpilih.

Tidak kisahlah samada kita ini tidak berkaki.. tidak bertangan.. tidak berhidung.. tetapi ingatlah.. kita tetap berkepala..dan kepala itu mengandungi otak yang sudah pastinya berakal, insya-Allah.

Gambar Hiasan
Selagi kita mampu berusaha.. usahalah tanpa meminta-minta. Tetapi andai ada yang memberi.. terimalah seadanya..dan belajarlah untuk berterima kasih dan bersyukur.

Ini ada kisah yang lady mahu kongsikan bersama.. kisah ini dipetik daripada sahabat blogger lady.. Kak Chik Niza yang diambil daripada laman Facebook beliau.

Bacalah sampai habis.. semoga kita semua mendapat manfaat dan ikhtibar dari kisah ni..


Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.

“Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik… Abang dah pesan makanan,” jawab saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

“Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

“Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, “Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?”

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan.

Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu.

Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

“Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang.” katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

“Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu,” Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai.

Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

“Kenapa, abang nak beli kuih ke?” tanyanya.

“Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!” Kata saya tanpa menjawab pertanyaannya.

“Abang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

“Abang nak beli semua ke?” Dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

“RM25 saja bang.”

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya ke dalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya?

Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Beginilah kisahnya.. :).. Selagi kita diberi tenaga untuk bergerak, otak yang berakal, nafas yang masih lancar.. belajarlah untuk berdikari seperti adik di dalam kisah tadi. 

Andai kita sempurna jasad dan fizikalnya, apalah masalahnya untuk kita bekerja membanting tulang empat kerat untuk mencari sesuap nasi.. asalkan rezeki yang kita dapat itu halal. 

Andai kita sempurna segala-galanya.. hulurkan tangan.. ringankanlah beban.

Hulurkan Tangan.. Ringankanlah Beban..
Andai kita seorang menteri, bantulah rakyat tanpa sekelumit 'pengharapan'. 

Andai kita seorang majikan.. ambillah pekerja tanpa perlu sokongan orang-orang yang berkepentingan.

Andai kita wakil rakyat, tidak perlu untuk memilih parti baru nak salurkan bantuan.

Andai kita orang yang tidak berharta.. x perlulah untuk menjadi kaya baru nak tolong orang.

Andai kita tiada apa-apa, apalah salahnya korbankan tenaga hulurkan bantuan.

Fikir-Fikirkanlah~ 

[LadyBird's Life]

31 comments:

LYAfrina said...

pernah baca kisah adik nidlm fb... mmg bgus sgt didikan ibubapanya....

naim said...

^^

tq akak

kakchik said...

Assalamualaikum lady. Bila dibaca sekali lagi, terasa macam baru membacanya buat kali pertama kerana kesyahduan dan rasa terharu itu berulang lagi. Semoga kita mendapat pengajaran berharga dari kisah ini.

nurul huda jumri said...

terkedu bace...tersentap dalam hati...terkenangkan org zaman skrg yg byk menipu utk cari duit lebih..sdgkan tkde keberkatan, mcm mn nk kaya...hmm..

ghost writer said...

aku juga sudah membaca tentang kisah tersebut.sangat mengesankan pada diri dan hati.tidak kira lah berapa banyak usaha kerajaan menghapuskan golongan ini tapi memberi sesuatu itu seharusnya diikhlaskan.

Bui Junaidi said...

dtg blog bui yer..
ada sesuatu utk awak..*_*

Cik Rose Cute said...

Cik Rose pun pernah baca cerita nie...

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Sungguh manusia mulia begini mengetahui bahawa Allah telah jamin rezeki mereka, tidak mengharap pertolongan makhluk, mereka berusaha dan Allah beri mudah...

aRoL said...

menginsafkan...

Majalah Masjid Kita said...

memang benar sungguh teramat menyentuh cerita tersebut :)

Suhami Ahmad said...

ponah baca kisah ni...memang menginsafkan...

HEROICzero said...

budak yang jual kuih ni , sure a legend . semua orang bercerita pasal dia .

=P


good story , though ~

LadyBird said...

LYAfrina :

betul kak... sukar nak jumpe didikan mcm ni dan anak yang hebat mcm ni..pasti ibu bapanya HEBAT.

LadyBird said...

Naim :

QQ dik :D

LadyBird said...

KakChik :

Waalaikumusalam wbt KakChik.. :D.. kisah ni bermakna sgt kak.. nilainya sesuai tuk diterapkan dalam masyarakat kita hari ini. :D.. Ameeennn.. semoga semua mendapat pengajaran :D..insya-Allah.

LadyBird said...

Nurul Huda Jumri :

betul tu nurul.. kalau xde keberkatan.. susah nak kaya.. kalau kaya pun sekejap jerk.. hidup pun x tenang walaupun kaya tp banyak hak2 org lain dalam harta kekayaan kita..

LadyBird said...

ghost writer :

a'ah.. malah semakin ramai wujudnye golongan ini..

LadyBird said...

Bui Junaidi :

Ok kak.. :D.. lady dah tengok tadi dan komen..

terima kasih kak kerana sudi beri pada lady.. :D

semoga Allah sentiasa merahmati hidup akak dan orang2 di sekeliling akak.. ameeennn..

LadyBird said...

Cik Rose Cute :

best kan citer ni.. ade pengajarannye..

LadyBird said...

Abd Razak :

Waalaikumusalam wbt..

jarang manusia yang sebegini skrg ni kan ustaz... jrg jugak nak menjumpai ibu bapa yang berjaya mendidik anak menjadi seperti ini :(

LadyBird said...

aRol :

a'ah..

LadyBird said...

Majalah Masjid kita :

semoga semua akan terkesan dgn kisah ini..

LadyBird said...

Suhami Ahmad :

betul3x.. sebab tu lady letak jugak di sini :D

LadyBird said...

HEROICzero :

semoga ramai anak2 dan generasi yang membentuk masyarakat sebegini~

ferry said...

Kisah yang luar biasa sahabat...
Semoga kita bisa mencontohnya dan menjadikan pelajaran yang berharga buat kita...
Terima kasih sahabat atas berbagi kisahnya ini.
Follow sini juga

C` Ayob-Ilmu Asas Hidup said...

huhuh....susah nak bayangkan...tak perna pula aku terbaca kes ini

tautanpena said...

Pena hadir dan absen malam di sini sobat...
Semoga kita bisa mengambil ibrah dari kisah di atas,
Pena follow blog ini juga

Ayie Abas said...

ya Allah bagusnya cerita dlm entry ni...ayie betul2 terkesan...nak share boleh tak...?

Miecyber said...

Terharu saya baca entri ini.
Saya pun nak kenal siapakah budak yang mulia itu...

Kantoi
Taman Negara Package
Travel Online Shopping

Ungu Violet said...

susah nak cari anak2 yg brdikari zaman nih...semuanye manja2..
benarlah didikan itu bermula dr rumah...

tehr said...

satu kisah yang menarik
berusaha dengan kudrat sendiri adalah lebih baik dan lebih rasa puas di hati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...