Tuesday, October 25, 2011

Fenomena Kilat

Kilat adalah cahaya terang yang terbentuk sewaktu pelepasan elektrik ke atmosfera ketika hujan ribut.

Petir boleh berlaku ketika regangan elektrik pada dua titik terpisah dalam satu awan, antara awan dan permukaan tanah atau antara dua permukaan tanah.

Kilat terjadi apabila udara turun naik di dalam awan mengakibatkan pemisahan cas positif dan negatif.

Kilat adalah nyahcas yang terhasil apabila wujudnya perbezaan cas elektrik di antara permukaan bumi dan atmosfera yang cukup besar untuk mengatasi kesan penabatan udara. 

Penyebab Kilat Terjadi

Dalam keadaan ribut petir, terbentuk medan elektrik yang besar di dalam awan apabila cecair dan zarah-zarah ais mencapai keadaan beku dan berlanggar antara satu sama lain.

Apabila keadaan ini mencapai tahap maksimum, terjadinya percikan api yang besar antara mereka yang dikenali sebagai kilat.

Percikan kilat boleh berlaku antara awan dengan awan, antara awan dengan tanah atau antara awan dengan udara.

Fakta Kilat

Kilat menyambar lebih kurang seratus kali per saat di permukaan Bumi iaitu lebih kurang tiga bilion kali setahun.

Jika anda melihat awan tebal menghampiri, segeralah mencari perlindungan untuk mengelak daripada terkena pancaran kilat.

Kilat kerap menyambar di luar kawasan hujan lebat dan boleh berlaku sejauh 16 kilometer dari kawasan hujan berkenaan.

Udara kawasan dipanah kilat menjadi panas dan mencapai suhu melebihi 27,000 °C, lebih panas daripada permukaan matahari. 

Pemanasan dan penyejukan pantas udara berhampiran kawasan yang terkena kilat menghasilkan renjatan gelombang yang mengejut lalu menghasilkan guruh. Satu kilat mampu menghasilkan tenaga elektrik yang besar. 

Sekali kilat menyambar, ia memiliki tenaga yang boleh menyalakan sebiji mentol 100 watt selama 3 bulan. 

Satu sambaran kilat mengandungi kekuatan elektrik sebesar 20,000 Ampere. Kilat bergerak dengan kecepatan 150,000 kilometer sesaat atau separuh kecepatan cahaya dan 10,000 kali ganda lebih cepat dari bunyi.

Kilat terjadi dalam bentuk sekurang-kurangnya dua sambaran. Pada sambaran pertama, muaran negatif mengalir dari awan ke permukaan tanah.

Sejumlah kilat bercabang biasanya dapat dilihat menyebar keluar dari jalur kilat utama. Ketika sambaran pertama ini tiba di permukaan tanah, satu muatan bertentangan terbentuk pada titik yang akan disambarnya dan arus kilat kedua yang bermuatan positif terbentuk dari dalam jalur kilat utama terus menuju ke awan.

Dua kilat berkenaan biasanya bertemu kira-kira 50 meter di atas permukaan tanah. Arus pendek terbentuk di titik pertemuan antara awan dan permukaan tanah itu dan hasilnya satu arus elektrik yang sangat kuat dan terang mengalir dari dalam jalur kilat utama menuju ke awan.

Perbezaan tegangan aliran elektrik antara awan dan permukaan tanah ini melebihi beberapa juta volt.

Saintis mengatakan kilat mampu menyambar semua benda yang terdedah di pemukaan bumi seperti bangunan, tangki, pokok, puncak bukit, kenderaan, menara telekom, lampu, haiwan, dan manusia yang berada di luar rumah ketika ribut petir seperti ahli sukan, pemain golf dan pejalan kaki.

Beberapa tip untuk keselamatan anda jika di luar pada ketika ribut kilat

Jauh dari benda yang cenderung disambar oleh pancaran kilat iaitu:

1. Objek logam termasuk pagar, paip, landasan keretapi, kenderaan dll.
2. Kawasan banyak air yang terbuka
3. Kawasan yang ramai orang
4. Pokok
5. Tiang telefon
6. Elakkan untuk berdiri di atas bukit (tempat yg tinggi)
(Kilat akan menyambar pada titik yang paling tinggi)

Jika berada di kawasan lapang tanpa tempat berteduh apabila kilat sedang menghampiri, bongkok ke hadapan dan tangan di atas lutut. Jangan meniarap di atas tanah. Jika anda rasa rambut anda sedang menegak pada satu hujung, berhati-hati kerana ini adalah isyarat bahawa kilat akan menyambar anda.

Apa perlu dilakukan jika seseorang cedera akibat sambaran kilat?

 Dapatkan bantuan kecemasan dengan mendail 999. Lakukan CPR jika mangsa tidak bernafas -menyentuh mangsa tidak akan menghasilkan kejutan elektrik.

Beringat bahawa mangsa telah terbakar terutama sekali jika mereka memakai objek logam seperti, jam tangan, barang kemas atau kepala tali pinggang. Teman mangsa sehingga bantuan kecemasan tiba.

Jenis – jenis Kilat

- Pancaran kilat yang kecil lebih kurang 30 ribu amp.

- Pancaran kilat yang ekstrim lebih kurang 300 ribu amp atau sehingga dua juta volt elektrik.

- Kilat bebola, jarang berlaku dan ia sebesar saiz bola keranjang yang dilihat seperti bentuk bebola terapung.

Rujukan :
3. Forum

19 comments:

delarocha said...

tq for sharing

atuk said...

Assalamualaikum LadyBird

Alhamdulillah
pengetahuan yg berfaedah

terima kasih

Wassalam

naim said...

menarik akak..

informasi.

Ungu Violet said...

memang takut time kilat...baca laa apa2 yg patut...:)

Nizam Ijam said...

terbaik! :D

dwaty said...

sekarang ni musim hujan... hujannya tak lama... tapi lebat... siap ada kilat lagi...

Yastro said...

Aku inagt lagi...time kecik2 aku takut bebeno ngan pancaran kilat nih...tambah2 lak ado guruh laie laa...siap pegang kaki mak aku...hehehe

Iman Nur Aima said...

i like rainy days :)

insan_marhaen said...

kekadang ada kilat yang menyelinap ke hati!

tehr said...

kalau kilat
aku memang suka berada atas rumah je
main hujan lepas kilat dan guruh berhenti

Tirana said...

Very good info..thanks for sharing.

LydSunshine said...

Kilat sama tak dengan petir? Tapi dahsyat la kan... kepanasannya lebih drpd matahari. Pergghh..

Papa Mifz said...

baru tau pasal jenis2 kilat nih...

wahida said...

mmg takut time kilat...huhu..

bagus info ni...

Suhami Ahmad said...

wah, hebat...terima kasih berkongsi =)

Dinar said...

lady, tima kasih info berguna utk manfaat bersama...teruskan berkongsi..

ghost writer said...

aku sangat risau dengan kilat ketika aku sedang drive.ia seolah buat aku mcm nak hentikan keta dan keluar dari keta.

eiela said...

saya memang takut kilat, tutup mata nampak kilat

chii said...

info yang menarik..

yang chii pernah dengar..orang2 dulu slalu berpesan..tutup cermin kalau kilat di luar..x tau sebab apa...demi menurut perintah..chii lakukan je la apa yng disuruh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...