BOULDER, Amerika
Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi
Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran
dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu kajian oleh
sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat
Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak
bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan
bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah
semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan
tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil
mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini
dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut
Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan
simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan
terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai
angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam
menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu
membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer
kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang
bertiup semalaman ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science
p/s : berita diambil daripada facebook Planetarium Terengganu. Jom pakat sertai page Planetarium Terengganu dengan click di SINI.
36 ulasan:
fakta yang dibuktikan saintis.
mm.. agak2 kumpulan saintis tuh masuk islam tak selepas mengetahui kebenaran AQ?
....atau mereka mmg org islam?
kak za :)
hmmm...para saintis pun dh buktikan..:)
Assalamualaikum...
Mereka (saintis) dapat membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa, namun jika di hati mereka tidak dicampakkan Allah taufik dan hidayah, mereka tetap juga dalam kekufuran..
Menarik, tertarik..
^^
subahanallah. Semua kata-kata Allah dalam Al Quran adalah benar belaka.
kebenaran tetap juga akan dapat dibuktikan
insya-allah
Sesungguhnya kejadian itu benar-benar berlaku... Nice sharing admin. :)
bagus mereka mengkaji. moga dapat hidayah.. :)
Nice sharing. :). Info yg berguna,tq !^^
sesungguhnye apa yg termaktub dlm AL-QURAN adalah benar belaka..semoga yg bukan islam akan mendapat hidayah dr kajian tersebut...
apa yg pasti..terbelahnya laut merah yg menyelamatkan nabi Musa as...bersama2 bani israil adalah atas kehendak dan kekuasaan Allah semata2.
selepas terbelahnya laut merah ada lagi pertolongan Allah keatas mereka...antaranya turunnya makanan dari langit manna wa salwa...wallahu 'allam.
sesungguhnya semuanya benar,...
Assalamualaikum LB
salam ukhwah
moga saintis itu menerima hidayah
Wassalam
mmg terbuktikan...subahanallah hebatnye kuasa Allah
subhanallah :)
luv,
cik ana
Sayangnya masih ada yg masih kelabu hati dan fikiran walau kesahihan telah diberikan walau secara scientific
subhanaullah...
salam, sesungguhnya AL-Quran itu benar...:) good info...
fakta sains mampu membuktikan
moga2 mereka mendapat hidayah dan terhindar dari kekufuran Amin
Benarkah karena angin timur laut merah terbelah? :) bagaimana kalau ternyata bukan? Simulasi komputer hanyalah sebuah hipotesa. sebuah kesimpulan sementara. tanpa eksperiman yng sebenarnya mana bisa diperoleh bukti.
Bukti yg dipaparkan oleh ilmuwan diatas, setelah di teliti dengan logika sangat tidak masuk akal. Mungkin jika menggunakan komputer bisa menjadi, tpi jika di praktekkan seccara langsung pasti tidak dapat terjadi. Dengan kecepatan angin yg 100.8 Km/jam.. adakah makhluk hidup yang bisa berdiri tegak diatas tanah? apalagi harus menunggu selama 4 atau 12 jam... sepertinya kok hil hil yg mustahal.. :)
Sebagai Muslim, ada atau tidak ada bukti kalau hal tersebut ada tersurat dalam al qur'an maka kita wajib mempercayainya. seperti firman Allah, " ... Al Qur'an, tiada keraguan didalamnya..."
ini opini saya lho.. :) salam
subhanaAllah..segalanya boleh berlaku dgn izin Allah..
bukti saintifik pun dah akui yg betul..tp ramai lg yg xnak percaya..
planetarium terengganu..i loike..heee
aku seperti pernah menonton satu filem yang memaparkan adegan bagaimana lautan itu terbelah dua disebabkan oleh angin.tapi ia digambarkan seperti kuasa magis.
Fatin Mraz :
semoga mereka jatuh cinta dnegan Islam andai bukti ini sahih..insya-Allah :).. kalau x sahih pun.. moga2 terbuka jugak hatinya..
Iman Nur Aima :
Ayu sihat?
Ungu Violet :
semoga bukti ini betul2 sahih.. lady dah mula confuse.. tetapi sahih atau tak..kisahnye tetap sahih :D..
Abd Razak :
semoga di hati mereka dicampakkan hidayah..ameeennn..
naim :
kau memang de bom... :D
Ekri Rabat :
tidak ada yang tidak benar melainkan semuanya benar.. :D walaupun tanpa bukti secara saintifik..
tehr :
insya-Allah.. cume waktu sahaja yg menentukan :D
Blogger Muslim :
memang benar berlaku wlpn tnpa penemuan bukti scr saintifik
blog tips kurus :
ameeennnn
Siti Arfah :
same2 Q..
ieja amieja :
insyaAllah Ieja.. ameennn..
Ayie Abas :
Subhanallah...
Nizam Ijam :
tiada yang tak benar melainkan benar .. ia adalah mukjizat Rasulullah..
nice sharing info.. arigatou ^^
Catat Ulasan