Sabtu, 8 Oktober 2011

Penyakit Tidur

Salam kepada semua sahabat yang dicintai kerana Allah sekalian.. Semoga sejahtera dan sihat tubuh badan.. fizikal mental.. rohani jasmani.. 

Kepada yang sakit dan kurang sihat.. bersyukurlah kalian kerana ada pemberian Allah di situ.. Dia sedang menghapus dosa-dosa kecil untuk meringankan timbangan kita di Akhirat nanti.. 

Insya-Allah andai kita bersabar dan redha dengan ujian-Nya dan sentiasa bersyukur.. pasti banyak hikmahnya.

Tetapi.. kita sebagai manusia memang sentiasa dalam keadaan berubah-ubah.. justeru itu.. kita memang memerlukan sokongan dan sandaran daripada individu lain untuk mendapatkan nasihat supaya sentiasa dalam lingkungan "stabil" insya-Allah.

Entry kali ini lady ingin menulis tentang tidur.. Kerana lady menghadapi masalah tidur.. Sewaktu lady bergelar pelajar, lady sukar untuk tidur dan tidak mempunyai waktu yang cukup untuk tidur.. 

Maka pantang ada waktu terluang.. atas lantai dalam lab pun mampu untuk memejamkan mata barang seketika.. kerana sememangnya tidak sempat untuk tidur dalam waktu yang dikhaskan untuk tidur sehinggakan lady mengalami masalah tidur yang serius iaitu langsung tidak dapat tidur di waktu malam walaupun semua tugasan telah selesai.

Berbeza dengan sekarang.. Sekarang lady memang suka tidur.. dua hari dua malam pun lady pernah tidur.. Mungkin ganti kepada ketidak puasan tidur sewaktu zaman bergelar pelajar.
Penyakit tidur merupakan masalah yang sangat serius kerana ia boleh menyumbang kepada masalah lain seperti tekanan darah tinggi, strok dan diabetes.

Ada di antara mereka yang berasa mereka tidur nyenyak tetapi apa sebenarnya yang berlaku ialah otak mereka masih dalam keadaan sedar walaupun pada lewat malam.

Mereka bangun dengan rasa letih, dan lebih cenderung untuk tidur semasa siang hari.

Banyak daripada kemalangan jalan raya di negara ini mungkin berkaitan dengan masalah tidur.

Masalah utama di Malaysia ialah penyakit ini masih belum diiktiraf sebagai masalah kesihatan.

Rawatan bagi penyakit tidur bukan murah dan pesakit daripada kumpulan berpendapatan rendah memerlukan bantuan kewangan, terutama daripada syarikat insurans atau kerajaan.

Di Malaysia masalah penyakit tidur dianggap sebagai masalah sikap. Para pekerja ditegur oleh majikan kerana tidur semasa waktu kerja dan kanak-kanak sekolah ditegur kerana mengantuk di dalam bilik darjah oleh guru dan ibu bapa mereka. Jika tiada perhatian serius diberikan terhadap isu ini oleh pihak yang berkenaan, masalah ini akan berterusan.

Ini merupakan antara masalah-masalah tidur yang telah dikenalpasti sering melanda masyarakat kita dewasa ini :

Obstructive Sleep Apnea (OSA)

Mereka yang mempunyai masalah OSA berhenti bernafas berulang kali semasa tidur, oleh kerana bahagian atas saluran udara tersekat disebabkan oleh faktor seperti lidah yang besar, tisu berlebihan atau otot yang membuka saluran udara tidak lagi kuat. 

Antara simptom penyakit tidur ialah dengkuran yang kuat, tercungap-cungap atau berasa lemas semasa tidur dan selain rasa mengantuk keterlaluan pada siang hari.

Tanda-tanda lain mungkin termasuk pening kepala di sebelah pagi, hilang ingatan sementara atau kesukaran untuk belajar, terasa jengkel, sukar untuk menumpukan pada kerja, perubahan mood dengan mendadak atau perubahan personaliti.

Sleeping Sickness atau African trypanosomiasis

Penyakit tidur ini disebabkan oleh gigitan lalat Tsetse dengan parasit yang menyerang sistem saraf pusat dan kebiasaannya membawa kepada kematian.

Pesakit yang digigit lalat ini akan rasa mengantuk yang teramat pada siang hari dan mengalami insomnia pada malam hari.

Tidur menjadi tidak terkawal dan jika sudah ke tahap kritikal boleh menyebabkan koma.
Pesakit juga sering tercedera akibat tertidur secara tiba-tiba tanpa mampu dikawal.

Amat merbahaya jika pesakit tertidur sewaktu melakukan kerja-kerja yang melibatkan mesin dan memandu kenderaan.

Ketika seseorang terkena jangkitan akibat gigitan lalat Tsetse akan terasa sakit dan menyebabkan bengkak merah di tempat gigitan.

Jangkitan ini kemudian menyebar ke darah yang membuatkan pesakit demam, sakit kepala, berkeringat dan keradangan nodus limfa.
Jika infeksi sudah menyebar ke sistem saraf pusat, menyebabkan gejala mengantuk yang berlebihan.

Ketika jangkitan telah sampai ke bahagian otak, pesakit akan mengalami perubahan perilaku seperti rasa takut dan selalu tidak bermaya, sakit kepala, demam, lemah dan boleh menyebabkan keradangan jantung.

Insomnia
Insomnia pula adalah suatu gangguan tidur yang dialami oleh pesakit dengan gejala-gejala seperti selalu merasa letih dan lelah sepanjang hari dan secara terus menerus (lebih dari sepuluh hari).

Mengalami kesulitan untuk tidur atau selalu terbangun di tengah malam dan tidak dapat kembali tidur. 

Seringkali pesakit terbangun lebih cepat dari yang diinginkannya dan sukar untuk meneruskan tidur.

Ada tiga jenis gangguan insomnia, iaitu:

1. Susah tidur (sleep onset insomnia),
2. Selalu terbangun di tengah malam (sleep maintenance insomnia), dan ;
3. Selalu bangun jauh lebih cepat dari yang diinginkan (early awakening insomnia). 

Insomnia merupakan gangguan yang belum serius jika anda alami kurang dari sepuluh hari. 

Untuk mengatasi gangguan ini kita dapat menggunakan teknik-teknik relaksasi dan pem'program'an bawah sadar. 

Yang penting kita harus dapat menjaga keseimbangan frekuensi gelombang otak agar sering berada dalam keadaan relaks dan meditatif sehingga ketika kita harus tidur kita tidak mengalami kesulitan untuk menurunkan gelombang otak ke frekuensi delta. 

Hipersomnia (Oversleeping)

Pesakit sentiasa dalam keadaan mengantuk walaupun telah tidur melebihi lapan jam sehari.

Pesakit mengalami perasaan yang sentiasa mengantuk dan menyebabkan mereka sentiasa tidur dan boleh tidur di mana sahaja mereka berada samada di tempat kerja, di dalam kelas ataupun di perhentian bas/ teksi.

Hipersomnia juga menyebabkan mereka tertidur untuk jangka waktu yang lama pada malam hari. 

Kebanyakan pesakit hipersomnia mengalami gejala-gejala seperti sentiasa cemas, lemas tidak bertenaga, dan mengalami gangguan ingatan sebagai akibat dari perasaan ingiun sentiasa tidur.

Narcolepsy

Narcolepsy adalah gangguan tidur yang diakibatkan oleh gangguan psikologi dan hanya boleh disembuhkan melalui bantuan daripada pakar psikiatrik.

Penyakit ini berbeza dengan insomnia yang terjadi secara terus menerus. 

Justeru penderita narcolepsy ini terkena serangan secara mendadak pada saat yang tidak tepat, seperti sedang melakukan aktiviti/ tugasan – biasanya terjadi serangan apabila individu dalam emosi yang tegang seperti marah, takut atau jatuh cinta. 

Serangan narcolepsy dapat melumpuhkan seseorang dalam beberapa minit ketika dia masih sedar dan secara tiba-tiba membawanya ke alam mimpi.

Apnea

Apnea merupakan salah satu gangguan tidur yang cukup serius. 

Ciri utama pesakit ini sentiasa berdengkur.

Ia merupakan penyakit tidur yang paling merbahaya. Boleh menyebabkan gangguan pernafasan, dan gangguan fungsi jantung sehingga boleh menyebabkan strok.

Penyakit ini biasa menyerang golongan yang mempunyai masalah berat badan (overweight), lelaki dan wanita yang berumur antara 40 ke atas dan golongan warga emas yang pernah mengambil ubat-ubatan secara berterusan.

Apnea adalah penyakit yang disebut juga 'to fall asleep at the wheel' kerana sering dialami ketika pesakit sedang membawa kenderaan.

Apnea terjadi akibat tekanan yang tidak teratur kepada salur darah dan kadar denyutan jantung.

Ketika diserang, pesakit seketika merasa mengantuk teramat sangat dan terus tertidur.

Pesakit apnea mengalami kesulitan bernafas bahkan berhenti bernafas pada saat tidur ketika diserang gangguan ini.

Ketidak seragaman denyut jantung dan tekanan darah yang tinggi dapat menyebabkan kematian seketika pada pesakit.

Gangguan Tidur

Gangguan tidur lainnya seperti berbicara atau berjalan dalam keadaaan tidur, ataupun menggeser gigi merupakan gangguan tidur yang tidak berbahaya. 

Namun berbahaya jika berjalan dalam tidur menemui objek yang berbahaya (benda tajam, api, dll) atau terjatuh. 

Gangguan berbicara dalam tidur hanya akan mengganggu teman sebiliknya. Sedangkan menggeser gigi dapat merosakkan gigi. Penyakit menggeser gigi ini disebut dengan bruxism.

Dengan mengetahui dan memahami berbagai jenis gangguan atau penyakit tidur kita dapat mengambil langkah yang diperlukan.

p/s : Pernah dulu sewaktu lady kecik-kecik area umur 6-7 tahun, lady boleh tidur dalam hujan tanpa sedar air hujan menimpa badan. Rasa teramat selesa. Tidak sedikitpun terasa hujan yang menimpa itu suatu masalah untuk tidur, malah semakin rasa untuk meneruskan tidur kerana suasana yang sejuk.

Menjadi suatu kesalahan tak lady menggunakan gambar anjing tu dalam post ni? Kalau salah, tegur ya.. nanti lady remove. Lady just suka tengok gambar jer.. xde maksud tersirat. Mohon kemaafan.

45 ulasan:

Acik Erna berkata...

lady..acik dapat masalah tidur sejak dapat anak sulung..
mudah tidur..kejap je dah lena..tapi sekejap sangat..dan kerap terjaga malam..bangunpun awal sangat kul 4 lebih dah jaga.
pernah jumpa doktor..tapi macam tu jugak..

Muhammad Naim Abdullah berkata...

Salam alaik Akak

Informasi!!

p/s: pic tidak membawa apa2 maksud tersirat.

Ungu Violet berkata...

Alhamdulillah..ungu xder lg masalah susah tido...senang tido adalah..tengok tv pon..tv yg tengok kita balik...huhu

PaK PiS berkata...

bnda pling best ada lah tdo...
npe sdey???

sud@is berkata...

alhamdulillah masih ada nikmat tido

fatin berkata...

nice entry! info yg bagus..

ghost berkata...

aku suka tidur saat aku tak suka nak buat sesuatu.

sebenarnya aku juga punya masalah tidur.

insan marhaen berkata...

ibu_suri mutakhir ni susah tidur malam. isomea?

tehr berkata...

saya ni jarang ada masalah dengan tidur
kalau lewat atau tak cukup tidur sebelah malam, besok siang ganti
hehe

Unknown berkata...

Alhamdulillah..aiN sekarang tiade masalah tidur..jike ade, akan ku gagahkan jue utk tidak tidur dengan membuat aktiviti2 yang berfaedah..

nice entry lady..=)

NER berkata...

alhamdulillah, saya takde lg masalah tidur..tp ada kwn saya dgt sudah tidur. kesian kat dia..

Nizam Ijam berkata...

saya ssh nak tdor..hehe

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Tidur adalah hak badan yang perlu ditunaikan...

si kiut lavender berkata...

alhamdulillah..belum perah hadapi mslah nih..klaw xleh tido pun ada msa2 tertentu,,cam nak amek exam dan yg seangkatan dgnnya..:)

eiela berkata...

saya setakat nih mmg xde masalah nak tidur, mmg jenis sng tidur, dapat bantal je terus lelap. hehe. bahaya jgk imsomnia nih rupanya.

Unknown berkata...

sya suka tidut bila dah rasa penat sgt. kalau bdn masih segar dan belum ngantuk, better buat apa2 jer kerja yg berfaedah

blog-tips-kurus berkata...

tidur mesti cukup! :-)

LadyBird berkata...

Achik Erna :

Acik Pernah cuba mengurut tak?
kadang2 disebabkan kepenatan kite menguruskan rumahtangga memberi kesan kepada sistem saraf. Akak trylah..

LadyBird berkata...

Naim :

oh ye ke dik.. tq :D.. hihi~

LadyBird berkata...

Ungu Violet :

mudahnya ungu tidur.. dalam kuliah mudah x tuk tertidur? hihihi.. bestkan tidur~..

LadyBird berkata...

Pak Pis :

betul2.. benda paling best adalah tidur.. rasa hilang tekanan kejap.. :)

LadyBird berkata...

SUDAIS :

Alhamdulillah.. lady pun :D.. tp sellau tidurlah~ hihi

LadyBird berkata...

Fatin Mraz :

tq fatin :).. semoga memberi info berguna kepada fatin :)

LadyBird berkata...

Ghost Writer :

kes kite same kot mr ghost.. bila tension jerk.. bila byk keje jerk.. bila esok nak exam jerk.. mesti bantal memanggil2.. mesti tetibe rase penat.

wahida berkata...

hobi aku adalah tdo...yeeehaaa!!

LadyBird berkata...

Insan_Marhaen :

mungkin insomnia pakcik Im.

LadyBird berkata...

tehr :

kalau siang x keje lehlah ganti.. kalau siang keje mcmn lak en tehr :(

LadyBird berkata...

Aien Najwa :

Alhamdulillah~..

LadyBird berkata...

Ekri Rabat :

Alhamdullillah.. semoga Allah memberi nikmat itu berterusan.. ameennn

LadyBird berkata...

Nizam Ijam :

cube try cari ubat tdur..hihi~

LadyBird berkata...

Abd Razak :

Waalaikumusalam ustaz :)

:).. untuk menyegarkan badan dan memberi kerehatan.

LadyBird berkata...

Si Kiut Lavender :

Alhamdulillah si kiut.. semoga berkekalan nikmat itu.. ameeennn..

LadyBird berkata...

eiela :

Alhamdulillah.. penyakit tidur memang bahaya tuk perjalana kehidupan.. sebab badan tidak dpt menjalankan aktiviti dengan baik jika kurang atau lebih tidur. proses terganggu.

LadyBird berkata...

MataHati :

alhamdulillah.. :D.. awak seorang yang rajin..

LadyBird berkata...

blog tips kurus :

betul! :D

LadyBird berkata...

wahida :

samelah kite~

Bicara Bisu berkata...

assalam LB..

tq share...Alhamdulilah xda pnktt tdo yg LB senaraikan kat ats..

tp membe da penyakit imsomia..

kesian diaorg,,,

g clas esoknya..mla la letih...

Unknown berkata...

bilo dah anak nih perkara biaso terjago tgh2 pagi...dah addapt dah...mulo2 dulu raso lain mcm jo...

C`ayob.com berkata...

mmm susah nak tidur...cuz ingat awk..upsss silap..ingat blog.....heheh.

sempat lagi tu ikut segmen jam 10 malam baru tutup....

CIK TOM berkata...

ciktom sejak aktif berblog ni asyik tdo lewat je tiap malam..huhu..

MissyNursy ♥ berkata...

yg plg menarik hypersomnia ngan gigitan lalat 2! adeeeii..lalat oh lalat!!

Unknown berkata...

dlm byk2 penyakit yg dinyatakan ..chii hanya biasa dgr pasal insomnia je..term yg lain sgt baru dan asing bagi chii..thanks ya utk info yg berguna..

mcm chii sndiri..kalo mlm tdo awal..mmg paginya susah sgt nak bgn tdo..tp kalo tdo lewat..alhamdulillah senang plak nak bgn..

tdo yg berkualiti bukan nya masa penentunya kan..lg lama kita tdo..lagi sukar nak bgn...

Tanpa Nama berkata...

saya rasa saya seorang yang hypersomnia, sebab.. saya selalu sgt tido, dimana mana saya akan tdo, dalam berjalan saya pernah tido, dalam berdiri pernah tdo, walaupaun telah tdur cukup lapan jam, saya tetap mengantuk pada waktu siang nya..

Unknown berkata...

salam LB, kdg2 sy rsa sgt trtekan bla tgk kawan2 sebilik tdo ngn nyenyak tp sy masih brkelip2.. mcm2 cara sy dh buat tetap x leh tdo... tp alhamdulillah, stkat ni x mggu tumpuan sy dlm kelas.. bla mlm, sy akn tdo awal bla sy rsa sgt2 letih..

Unknown berkata...

salam LB, kdg2 sy rsa sgt trtekan bla tgk kawan2 sebilik tdo ngn nyenyak tp sy masih brkelip2.. mcm2 cara sy dh buat tetap x leh tdo... tp alhamdulillah, stkat ni x mggu tumpuan sy dlm kelas.. bla mlm, sy akn tdo awal bla sy rsa sgt2 letih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...